You are on page 1of 5

CUTI HAJI

Soalan: Encik Hamid, Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 berhajat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 4 tahun dan hanya mempunyai baki cuti sebanyak 20 hari pada tahun ini. Bolehkah Encik Hamid memohon cuti haji pada tahun ini? Sila nyatakan syarat-syarat permohonan cuti haji kepada beliau. 1.0 Pengenalan Cuti adalah satu kemudahan yang dapat dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia. Pemberian cuti ini merupakan satu kemudahan kepada semua penjawat awam, namun begitu cuti bukan hak tetapi hanya keistimewaan kepada penjawat awam. Kemudahan ini disediakan bertujuan untuk menjamin kebajikan semua penjawat awam. Salah satu cuti yang boleh dinikmati oleh penjawat awam adalah cuti haji.

CUTI HAJI 2.0

Takrifan cuti Peruntukan cuti bagi seseorang Penjawat Awam terkandung dalam Perintah-Perintah Am

yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mengikut Fasa1 (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan. Dalam bab ini, cuti ditafsirkan sebarang tempoh seorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Perkhidmatan yang melayakkan bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakkan mendapat cuti seorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar. Merujuk kepada Perintah-Perintah Am Bab C (IV), Cuti Haji perkara 34, Kelayakan Cuti Haji hanya sekali sahaja. Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang beragama Islam untuk menunaikan fardu haji di Mekah. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari, atas sebab-sebab tertentu, pegawai bolehlah memohon untuk menggunakan cuti rehatnya atau cuti penggal sekolah bagi guru-guru atau cuti tanpa gaji.

CUTI HAJI

Mengikut perkara 35(a), syarat-syarat Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun dan telah disahkan dalam jawatannya. Cuti haji boleh diluluskan kepada anggota beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; dan kemudahan ini juga dipanjangkan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan.

3.0

Kelayakkan Jika telah disahkan perjawatan dalam perkhidmatan Dalam situasi ini, Encik Hamid merupakan Penolong Pegawai Tabir Gred N27

3.1

berkelayakan mendapat cuti haji mengikut syarat-syarat seperti dalam Perintah-Perintah Am 34 dan 35. Sekiranya Encik Hamid merupakan seorang pegawai yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 4 tahun dan telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan, maka beliau layak untuk memohon cuti haji pada tahun ini selama 40 hari termasuk cuti mingguan dan cuti kelepasan am.

CUTI HAJI

3.2

Jika belum disahkan perjawatan dalam perkhidmatan Sebaliknya, jika Encik Hamid masih belum disahkan jawatannya walaupun telah bekerja

dalam tempoh 4 tahun, maka beliau tidak layak untuk memohon cuti haji bergaji penuh. Namun demikian, Encik Hamid layak untuk memohon cuti tanpa gaji mengikut tempoh sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji. Dengan itu, Encik Hamid dianggap telah menggunakan kemudahan cuti haji bergaji penuh.

3.3

Jika ingin melanjutkan cuti haji Sekiranya encik Hamid ingin menunaikan Haji melebihi 40 hari, beliau masih layak

menggunakan baki cuti rehat iaitu sebanyak 20 hari dengan kelulusan Ketua Jabatan.

3.4

Jika ingin menunaikan haji kali ke dua Sekiranya Encik Hamid ingin menunaikan haji untuk kali kedua, maka Encik Hamid perlu

memohon cuti tanpa gaji. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji mengikut pembekalan dalam Perintah Am 14.

CUTI HAJI

3.5

Cuti Tanpa gaji Oleh kerana En Hamid telah berkhidmat selama 4 tahun beliau layak untuk mengambil cuti

tanpa gaji selama 30 hari untuk setiap tahun perkhidmatan. Sekiranya beliau ingin mengambil cuti tanpa gaji, Encik Hamid layak mengambil cuti tanpa gaji selama 120 hari dan maksimum 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Contoh pengiraan: 30 hari X 4 tahun = 120 hari Pengiraan Cuti Tanpa gaji = maksimum 360 hari

4.0 Kesimpulan Tuntasnya penjawat awam di Malaysia sangat bertuah kerana pihak kerajaan menyediakan kemudahan cuti kepada semua penjawat awam contohnya cuti haji, maka tepatlah dengan moto gagasan 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan iaitu yang telah di utarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Semoga dengan kemudahan yang disediakan ini akan menaikkan semangat kakitangan untuk berkhidmat seterusnya meningkatkan pencapaian dalam pencapaian.

You might also like