You are on page 1of 2

Pergerakan

Pergerakan boleh dilihat melalui pola atau corak berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan penting dan amat dititikberatkan kerana pergerakan dapat :
menarik penglihatan mata ke arah item yang utama. menggerakkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik permulaan semula.

Jenis-jenis pola yang digunakan dalam rekaan visual: berasaskan geometri dan huruf.

Kontra
Pelbagai elemen digunakan bagi meimbulkan kesegaran dan minat pada sesuatu karya. Contohnya ialah variasi dari segi warna, sudut hbentuk dan sudut saiz. Kontra hanya akan terjadi apabila wujudnya pertemuan antara dua elemen yang berbeza. Tujuannya adalah untuk menjadikan perbezaanperbezaan itu nampak ketara. Penggunaan jalinan, bentuk, penjajaran, arah, dan pergerakan juga dapat menimbulkan kontra.

You might also like