You are on page 1of 30

SENARAI KANDUNGAN

BIL.

TA J U K

M U K A S U R AT

1.0

SENARAI KANDUNGAN

2.0

BAB 1 : PENGHARGAAN

3.0

BAB 2 : PENDAHULUAN

4.0

BAB 3 : OBJEKTIF KAJIAN

5.0

B A B 4 : K A WA S A N K A J I A N

6.0

BAB 5 : KAEDAH KAJIAN

10

7.0

B A B 6 : D A P AT A N K A J I A N

11

8.0

BAB 7 : RUMUSAN KAJIAN

29

9.0

BAB 8 : LAMPIRAN

30

10.00

BAB 9 : RUJUKAN

31

BAB 1 : PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya dalam pengumpulan maklumat sehingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khususnya kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Setinggi tinggi perhargaan kepada Encik ________________, guru geografi sekolah ini yang telah memberikan panduan, nasihat, serta bimbangan sepanjang masa kajian ini telah dijalankan. Tidak lupa juga kepada Tuan Pengetua sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada respoden-respoden yang sudi ditemubual dan memberi maklumat serta kerjasama sepenuhnya semasa kajian ini dijalankan.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan sekelas saya yang telah memberi sokongan dan kerjasama yang sangat membanggakan dalam menyiapkan laporan kajian ini. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

BAB 2 : PENDAHULUAN
Nama saya ______________________. Saya adalah pelajar tingkatan _____ di Sekolah _________________________. Saya menjalankan Kerja Kursus Geografi iaitu membandingkan bentuk muka bumi di kawasan ____________, Ipoh, Perak, Malaysia dan dibandingkan dengan Negara Singapura untuk memenuhi keperluan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Saya memilih kawasan __________________ sebagai kawasan kajian saya adalah kerana saya sudah biasa dengan kawansan ini dan ia dapat memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan penduduk di sini. Keluarga saya telah tinggal di kawansan ini selama 21 tahun. Kesemua adik-beradik saya telah dilahirkan dan dibesarkan di sini. Saya memilih Negara Singapura sebagai perbandingan pula kerana merupakan Negara jiran kita dan saya mempunyai banyak maklumat Negara ini yang saya perolehi daripada pembacaan buku serta pencarian maklumat di internet. Saya telah mengambil masa selama ______ minggu / bulan untuk menyiapkan kajian ini. Menerusi kajian ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang berguna tentang bentuk muka bumi yang dijalankan di kawasan tempat tinggal saya serta di Negara Singapura yang menjadi perbandingan. Ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan meyeronokkan terutama semasa mengumpul dan memdapatkan data serta maklumat untuk kajian ini.

BAB 3 : OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk : 1. Mengenal pasti bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Gunung Rapat Ipoh Perak Malaysia serta bentuk muka bumi yang terdapat di negara Singapura. 2. Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi yang terdapat di ____________ serta potensi bentuk muka bumi yang terdapat di negara Singapura. 3. Mengenal pasti halangan bentuk muka bumi yang terdapat di ______________ serta halangan bentuk muka bumi yang terdapat di negara Singapura. 4. Mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di _______________ serta kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di negara Singapura. 5. Mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan _______________ serta langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di negara Singapura. 6. Menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme seperti bersyukur dan berbangga terhadap kawasan ______________ khasnya dan negara Malaysia yang tercinta amnya.

BAB 4 : KAWASAN KAJIAN


Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak dalam Daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia. Ia dibuka sekitar tahun 1888.

Kawasan

kajian

Gunung Rapat, adalah sebuah pekan terletak lebih

yang berhampiran 5 km minit dari ke

dengan pusat Bandaraya Ipoh. Gunung Rapat pusat bandaraya pusat bandaraya Ipoh dan mengambil masa

kira-kira kurang 10

Ipoh. Ia dikenali dengan nama Gunung Rapat kerana terdapat

beberapa gunung atau gua di sepanjang Jalan Gopeng. Gua-gua ini merupakan landmark kepada kawasan Gunung Rapat. Kawasan Gunung Rapat mempunyai ketinggian aras laut sebanyak 21.95m.Secara umumnya kawasan Gunung Rapat adalah kawasan tanah rata. Penduduk di kawasan Gunung Rapat terdiri daripada

majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini, walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis.Oleh kerana kebanyakan penduduk di kawasan Gunung Rapat adalah orang-orang Cina, maka apabila tibanya perayaan orang Cina seperti Tahun Baru Cina dan beberapa perayaan agama Buddha dan Tao, pekan ini dibanjiri dengan suasana yang meriah di mana banyak keluarga orang Cina membuat perayaan menyembah Tuhan sama ada di hadapan rumah sendiri atau pun pergi ke tokong-tokong gua di Gunung Rapat.

Seterusnya,negara bandingan saya adalah Negara Singapura. Singapura dibuka sebagai koloni perdagangan Inggris pada 1819. Bergabung dengan Federasi Malaya pada 1963 namun berpisah 2 tahun kemudian dan menjadi negara merdeka. Kemudian menjadi salah satu negara makmur dunia dengan hubungan perdagangan antarabangsa yang kuat. Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil, dan dijadikan kota di Asia Selatan, terletak antara Malaysia dan Indonesia. Singapura memiliki jumlah daerah daratan 692,7 km dan 193 km garis pantainya. Terpisah dari Indonesia oleh Selat Singapura dan dari Malaysia oleh Selat Johor. Koordinat geografinya adalah 118 U 10351T. Iklim negara ini adalah khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun. Titik terendah di Singapura adalah di Selat Singapura yang berketinggian 0 m dari aras laut manakala titik tertingginya adalah di Bukit Timah iaitu setinggi 164 m dari aras laut.

Kawasan Kajian Dalam Peta Ipoh

PETUNJUK : KAWASAN KAJIAN: Gunung Rapat

Peta Singapura

Peta Lakar Kawasan Gunung Rapat Ipoh


U

PETUNJUK :

BAB 5 : KAEDAH KAJIAN


1. Pemerhatian Selama menjalankan kajian ini, saya telah memerhatikan jenis Bentuk muka bumi di kawasan Gunung Rapat Ipoh. Saya telah menjalankan pemerhatian bersama rakan saya tentang bentuk muka bumi

2. Kaedah Rujukan Rujukan Buku Ilmiah Saya telah menggunakan pelbagai sumber-sumber buku rujukan bagi memastikan mendapat fakta atau data yang tepat dan terperinci.

3. Internet Saya telah melayari internet untuk mendapatkan isi isi yang penting bagi menyiapkan kerja khusus ini.

4. Temu bual Saya juga telah menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan kajian saya bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

5. Kaedah soal selidik Saya telah menemuramah seramai 20 respoden yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan kajian dengan menggunakan borang soal selidik.

10

BAB 6 : DAPATAN KAJIAN


Jenis Bentuk Muka Bumi di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura
Kawasan kajian Gunung Rapat, Ipoh merupakan sebuah kawasan tanah mula dibuka sekitar tahun 50 yang lalu. Pandang darat

pamah. Kawasan ini

fizikal adalah sebuah kawasan yang rata dengan beberapa gunung atau gua di dalamnya. Di antaranya ,Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong dan kek Lok Tong merupakan antara gua-gua tokong-tokong ternama di Ipoh terletak di kawasan Gunung Rapat. Oleh kerana terdapat gunung-gunung di kawasan Gunung Rapat, maka terdapat banyak pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan di

sekeliling gunung-gunung ini. Pokok-pokok yang besar-besar dan tumbuh-tumbuhan yang hijau segar ini membuat kawasan Gunung Rapat kelihatan amat indah dengan pemandangan flora yang menarik. Keunikan fizikal ini telah menyebabkan suhu di kawasan ini agak nyaman dan sejuk terutama kawasan di taman perumahan yang dibina berhampiran dengan gunung-gunung seperti Taman Saikat, Taman Gunung ViewTaman Pinggir Perdana dan beberapa taman perumahan yang lain. Di samping itu, terdapat juga sebatang sungai iaitu Sungai Pinji yang mengalir di antara pinggir kawasan Gunung Rapat iaitu berdekatan dengan Kampung Sungai Rokam, sebuah kampung Orang Melayu dengan pusat bandaraya Ipoh.

11

Negara bandingan, Republik Singapura ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia, berhampiran dengan Negeri Johor Darul Takzim dan Kepulauan Riau (Indonesia). Negara Singapura adalah sebuah negara yang kecil dengan keluasan tanahnya 692.7 km. Singapura mengandungi 63 pulau termasuk tanah besar Singapura . Pulau Jurong, Pulau Tekong, Pulau Ubin dan Pulau Sentosa adalah pulau-pulau yang besar di antara pulau-pulau Singapura. Puncak tertinggi di Negara Singapura ialah Bukit Timah dengan ketinggian 166 m (545 kaki). Di bahagian selatan Singapura, berhampiran dengan muara Sungai Singapura, iaitu dikenali sebagai Downtown Core masa kini, adalah sebuah bandar yang pesat membangun. Terdapat lebih kurang 23% daripada tanah di Singapura terdiri daripada hutan hujan tropikal dan tanah simpanan semulajadi. Perbandaran yang pesat maju telah mengakibatkan banyak hutan hujan yang utama dibangunan untuk petempatan. Kini, hanya sebuah kawasan hutan hujan yang masih tinggal ialah Bukit Timah nature Reserve. Sejak tahun 1960an, kerajaan Singapura memulakan projek petempatan yang sempurna di kawasan pinggir laut. Singapura telah menjalani projek penebusgunaan tanah. Sebahagian besar tanah di kawasan pinggir laut di Singapura diperolehi dengan menebus pantai yang berhampiran dengannya. Contohnya , tanah yang berhadapan dengan Villa Haw Paw adalah pantai. Kawasan pinggir laut di Singapura kebanyakan digunakan untuk tujuan rekreasi, contohnya di Taman Labrador.

12

Tanah-tanah diperolehi daripada bukit-bukit di dalam negara itu sendiri, diperolehi daripada dasar laut dan juga dibeli daripada negara jiran yang lain. Jesterunya, keluasan Negara Singapura bertambah dari 581.5 km2 (224.5 batu persegi) dalam tahun 1960an kepada 704 km2 (271.8 kaki persegi) hari ini dan dijangka bertambah lagi keluasan 100 km (38.6 batu persegi) pada tahun 2030 Projek penembusgunaan tanah kadang-kadang melipatkan sesetengah daripada pulau-pulau yang kecil dicantumkan menjadi dataran yang lebih berfungsi, contohnya Pulau Jurong.

Selepas mengkaji bentuk muka bumi di kedua-dua kawasan, saya berasa bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan gunung rapat yang berbentuk tanah pamah kerana mempunyai pelbagai ciri fizikal dan pelbagai kegunaan. Saya amat bertuah kerana tinggal di negara ini kerana pembangunan kebanyakan kawasan di negara ini sebenarnya adalah setanding dengan pembangunan yang terdapat di negara yang saya bandingkan.

13

Potensi Bentuk Muka Bumi di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura
GUNUNG RAPAT : FUNGSI PETEMPATAN Gunung Rapat, Ipoh merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang rata. Pekan Gunung Rapat merupakan sebuah kawasan petempatan yang baik. Di dalam kawasan Gunung Rapat, terdapat banyak petempatan yang diduduki oleh berbilang bangsa. Di antaranya, Kampung Tersusun Gunung Rapat merupakan petempatan yang pertama di Gunung Rapat. Kebanyakan penduduk di Kampung tersusun Gunung Rapat terdiri daripada orang Cina. Selain daripada itu, Kampung Tersusun Sungai Rokam yang terletak di kawasan Gunung Rapat juga merupakan sebuah lagi petempatan yang pesat dengan kebanyakan penduduknya orang Melayu. Seawal tahun 70an, petempatan yang moden seperti taman-taman perumahan telah didirikan dengan pesatnya di Gunung Rapat, termasuk Taman Hill View, Rapat Setia dan Taman Ipoh Jaya. Selaras dengan perkembangan ekonomi yang pesat, semangkin ramai orang berpindah ke kawasan Gunung Rapat kerana lokasinya yang berhampiran dengan pusat Bandar Ipoh memudahkan peluang mendapat pekerjaan. Menjelang tahun 80an, banyak projek perumahan telah diusahakan dan taman-taman perumahan seperti Taman Golf, Taman Rapat, Taman Song Choon, Taman Harilela dibuka. Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 50 taman perumahan di kawasan Gunung Rapat.

14

GUNUNG RAPAT : FUNGSI JARINGAN PENGANGKUTAN Oleh kerana kawasan Gunung Rapat berada pada lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan pusat bandar Ipoh, Gunung Rapat mempunyai sistem pengangkutan yang sempuran. Lokasi Gunung Rapat yang strategik menjadikan ia sebuah kawasan yang mudah dihubungi, selain dari Jalan Gopeng yang menghubungi Gunung Rapat dengan Bandaraya Ipoh, Jalan Diary juga menghubungi Gunung Rapat dengan Bandaraya Ipoh. Keadaan fizikal kawasan Gunung Rapat yang baik dengan tanah yang rata memudahkan pengangkutan. Sama ada kenderaan berat atau pun kenderaan ringan dapat melalui kawasan ini. Selain daripada itu, kawasan Gunung Rapat juga merupakan sebuah kawasan perindustrian kecil yang terkenal dengan penghasilan biskuit Hong Piah. Perindustrian biskuit Hong Piah diusahakan oleh penduduk Cina di Kampung Tersusun Gunung Rapat secara kecil-kecilan. Di samping itu terdapat sebuah kilang getah di Gunung Rapat. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa bengkel memperbaiki kereta di kawasan Gunung Rapat. Walaupun Gunung Rapat sebuah kawsan tanah pamah, tidak banyak pertanian diusahakan. Terdapat beberapa kebun sayur yang kecil diusahakan oleh orang Cina terletak di Kampung Tersusun Gunung Rapat dan juga di tanah lapang yang

berhampiran dengan Gua Kek Lok Tong dan Taman Gunung View. Foto : Gua Kek Lok Tong.

15

SINGAPURA : FUNGSI PELABUHAN UTAMA Berbanding dengan kawasan tanah pamah Gunung Rapat, Ipoh, kawasan pinggir laut di Singapura merupakan salah sebuah perlabuhan perdagangan yang terkenal di dunia. Oleh kerana negara Singapura kekurangan tanah dan sumber alam

semulajadi, maka pelabuhan Singapura bukan sahaja merupakan satu sumber ekonomi yang penting, malah ia juga merupakan satu keperluan ekonomi kepada negara itu. Pelabuhan Singapura merupakan pelabuhan dunia yang sibuk. Pelabuhan Singapura adalah kritikal untuk mengimpot masuk bahan-bahan mentah atau pun sumber asli dan selepas itu mengekspot semula bahan-bahan yang telah diubahsuai atau disiap bina dalam beberapa keadaan dan bentuk, contoh, penapisan minyak, penyulingan air. Kegiatan-keguatan ini mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan kepada negara ini. Perlabuhan seperti Pasir Panjang, Pelabuhan Keppel, Jurong, dan Sembawang

merupakan terminal-terminal perkapalan yang utama di kawasan pinggir laut di negara ini.

Foto : Pelabuhan Keppel di Singapura.

16

SINGAPURA : FUNGSI PELANCONGAN Industri pelancongan Singapura merupakan industri yang utama di mana berjuta-juta pelawat melawat ke negara itu setiap tahun. Pulau Sentosa, satu

destinasi pelancongan yang terkenal yang terletak di bahagian selatan Singapura telah menarik lebih kurang 5 juta pelawat setiap tahun. Ia mempunyai lebih kurang 20 kawasan tarikan pelancong seperti Fort Siloso, iaitu satu galeri yang dibina untuk memperingati kesan Perang Dunia Kedua. Baru-baru ini, Calsberg Sky Tower telah dibina di mana seluruh pelawat dapat melihat pulau Sentosa.

pemandang

Singapura juga akan mempunyai dua lagi resot persepadu dengan casino pada tahun 2010, satu terletak di Marina Bay dan

satu lagi di Pulau Sentosa. Foto : Merlion, Pulau Sentosa Singapura. Selepas mengkaji potensi muka bumi di kedua-dua kawasan, saya bersyukur bahawa dapat tinggal di kawasan Gunung Rapat yang mempunyai pelbagai potensi yang menyelesakan penduduk di kawasan setempat. Walaupun Singapura mempunyai Pulau Pelancongan yang indah seperti Pulau Sentosa, namun di kawasan Gunung Rapat juga mempunyai tarikannya yang tersendiri seperti gugugan bukit batu kapur yang indah. Saya amat berbangga tinggal di kawasan ini.

17

Halangan Bentuk Muka Bumi di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura
GUNUNG RAPAT : HALANGAN KAWASAN BANJIR Oleh kerana kawasan Gunung Rapat sebuah kawasan tanah pamah. dengan beberapa kawasan yang agak tinggi dan beberapa kawasan tanah rendah, maka pada musim hujan, terutama apabila hujan sangat lebat, air hujan dari tanah tinggi akan mengalir ke tanah yang rendah. Contohnya, Taman Song Choon yang terletak di atas bukit kecil, air hujan yang lebat mengalir turun ke bawah jalan raya di sepanjang Jalan Gopeng berdekatan dengan Gua Lin Sin Tong, selalu berlaku banjir Keadaan ini mengakibatkan sesakan lalu-lintas. Apabila hujan terlalu lebat, Sungai Pinji yang mengalir melalui belakang Taman Pinji Perdana ada kalanya melimpah keluar ke tebing kerana air sungai yang penuh tambahan pula pengliran air yang tidak lancar. kerana perlakuan manusia yang membuang sampah ke dalam sungai itu. Di samping itu, terdapat beberapa bahagian di kawasan Gunung Rapat menghadapi masalah takungan air pada musim hujan, kerana air hujan yang berlebih tidak sempat diserap oleh tanah dan juga kerana masalah perparitan yang tidak begitu sempurna. , biasanya parit-parit di kawasan itu adalah parit-parit yang kecil dan cetek seperti yang berlaku di taman perumahan Pekan Razaki dan Kampung Sungai Rokam.

18

GUNUNG RAPAT : HALANGAN PENCEMARAN Kawasan Gunung Rapat juga menghadapi masalah pencemaran, walaupun tahap pencerman itu tidak begitu serius. Kawasan perindustrian ringan Kinta Jaya yang terletak di belakang Hotel Hillcity mempunyai beberapa puluh kilang kecil. Sistem pembuangan bahan buangan yang tidak sempurna dari kilang-kilang mengakibatkan sampah sarap bertimbun-timbun dibuang merata-rata, ada yang dibuang ke dalam longgang, adalah di sepanjang jalan raya dan ada yang terbiar di dalam tong sampah MBI. Sampah sarap yang tidak diuruskan dengan baik, iaitu setelah dijemur

matahari dan dibasahi air hujan mengeluarkan bau yang busuk yang menjejas kesihatan penduduk.

SINGAPURA : HALANGAN BENTUK MUKA BUMI KURANG MENARIK Negara bandingan kawasan pinggir laut negara Singapura juga menghadapi halangan daripada bentuk mukanya. Di antaranya ialah kekurangan pantai-pantai yang cantik dan menarik. Tidak seperti Malaysia, terdapat banyak pantai-pantai yang menarik seperti Pulau Tioman, Pantai Port Dickson, Pantai Desaru dan lain-lain lagi menghalang Singapura daripada menjadi destinasi alam semula jadi dalam industrian pelancongan. Pinggir pantai Singapura diusahakan dengan projek penebusgunaan tanah untuk menambah keluasan negara, dengan projek-projek pembangunan ini, ia semakin kehilangan muka atau pun pemandangan yang semulajadi, apa yang tinggal adalah keindahan buatan manusia yang tidak setanding dengan keindahan semulajadi.

19

SINGAPURA : HALANGAN KEKURANGAN SUMBER HUTAN Halangan muka bumi negara Singapura yang kedua ialah kekurangan bahan atau pun seumber-sumber semula jadi terutamanya sumber hutan. Oleh kerana Singapura sebuah negara yang kecil, kerajaan Singapura telah berusaha untuk menambah keluasan negara dengan menjalankan projek penebusguna tanah, maka bukit-bukit yang terdapat di Singapura digunakan dengan projek tersebut. Bukit-bukit diratakan dan tanah yang diperolehi itu digunakan untuk menjadi tanah yang berfungsi untuk membuat petempatan, kediaman atau pun perindustrian yang membawa pendapat kepada negara. Oleh kerana tidak ada kawasan hutan serta kawasan tanah tinggi di negara Singapura, maka, cuaca di negara itu agak panas, iaitu 1 atau 2 darjah lebih tinggi berbanding dengan kawasan tanah rata di Malaysia.

Selepas mengkaji halangan muka bumi di kedua-dua kawasan, saya bertekad akan lebih menghargai alam sekitar kerana halangan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti masalah banjir dan pencemaran sebenarnya berpunca daripada kecuaian manusia sendiri. Namun begitu saya ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan tempatan kerana berusaha menyelesaikan masalah masalah tersebut untuk keselesaan penduduk di kawasan kajian saya. Ini membuatkan saya lebih mencintai negeri dan negara kelahiran saya.

20

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura
Berdasarkan soal selidik yang telah saya jalankan ke atas 20 orang responden, didapati bahawa terdapat beberapa kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di sekitar kawasan kajian. Berikut ditunjukkan hasil soal selidik tersebut dalam bentuk jadual dan graf bar : BILANGAN RESPONDEN MENANDA Hakisan tanah 3 Longgokan sampah sarap 14 Pencemaran udara 18 Pencemaran air 12 Perubahan landskap 15 Banjir kilat 10 Jadual : Jenis Kesan Kegiatan Manusia Yang Berlaku di Kawasan Gunung Rapat Sumber : Soal Selidik 20 orang responden. JENIS KESAN YANG BERLAKU

Jenis Kesan Kegiatan Manusia Yang Berlaku di Kawasan Gunung Rapat


20 18 18 16 14 14 12
Bilangan

PETUNJUK Hakisan tanah


15

Longgokan sampah sarap Pencemaran udara


10

12 10 8 6 4 2 0
Jenis-Jenis Kesan

Pencemaran air Perubahan landskap Banjir kilat

Graf Bar : Jenis Kesan Kegiatan Manusia Yang Berlaku di Kawasan Gunung Rapat

21

GUNUNG RAPAT : KESAN PENCEMARAN Kegiatan ekonomi di kawasan ini turut memberi kesan-kesan yang negatif terhadap Gunung Rapat. Pencemaran sungai seperti di Sungai Pinji yang kotor dan berbau adalah salah satu kesan negatif yang berlaku. Dahulunya, sungai ini bersih dan jernih serta selamat digunakan. Namun, itu semua berubah selepas pertumbuhan ekonomi di kawasan ini meningkat dengan mendadak. Ini berpunca akibat sesetengah pihak pemaju yang memajukan kawasan ini. Mereka telah membuang bahan lebihan yang tidak digunakan lagi ke dalam sungai seperti kayu-kayu atau simen. Selain itu, pihak daripada kilang juga turut terlibat mengenai kesan-kesan ini. Ada pihak kilang telah membuang sampah sarap ke dalam sungai. Ada juga yang membuang sisa-sisa toksik atau kimia ke dalam sungai. Ini dapat menjejaskan kualiti sungai yang menjadi kediaman bagi ikan-ikan. Terdapat banyak sampah sarap sekitar sungai. Ada yang hanyut dibawa arus, dan ada juga yang tersangkut. Pembuangan sisa-sisa toksik dan bahan kimia pula telah memberikan kesan yang sangat buruk terhadap sungai di kawasan ini. Selain udara yang berdebu atau kotor juga masalah yang telah saya kenal pasti di kawasan ini. Menurut pemerhatian saya, masalah ini berpunca daripada kilang-kilang yang terdapat di kawasan ini yang mengeluarkan asap. Di samping itu kenderaan berat seperti lori-lori yang melintas di kawasan perindustrian

mengakibatkan debu berterbangan terutama pada musim cuaca kering.

22

GUNUNG RAPAT : KESAN PERUBAHAN LANDSKAP Kesan perubahan landskap turut berlaku di kawasan Gunung Rapat. Dahulunya kawasan ini adalah kawasan hutan yang ditumbuhi tumbuhan semulajadi serta mempunyai deretan bukit batu kapur yang indah. Namun sekarang, semakin banyak pokok ditebang untuk memajukan kawasan ini dan kawasan bukit batu kapur turut diganggu untuk tujuan pelancongan serta dijadikan kuari. Akibatnya, landskap kawasan ini telah berubah dari kawasan yang banyak pokok kepada kawasan yang mempunyai banyak bangunan serta kilang.

SINGAPURA :

KESAN PENCEMARAN SUNGAI

Singapura turut mempunyai sungai-sungai yang tercemar akibat kegiatan manusia. Sungai seperti Sungai Kallang, Sungai Whampoa dan Sungai Rochor di Singapura dikenalpasti telah tercemar akibat aktiviti seperti pembuangan sampah, air dari kawasan pembentungan serta aliran air dari kawasan penternakan babi serta itik. Sungai sungai tersebut telah bertukar warna serta menjadi kotor akibat kgiatan manusia di sekitarnya. Foto : Pencemaran Sungai di Singapura.

23

SINGAPURA : KESAN PERUBAHAN LANDSKAP Perubahan lanskap juga turut berlaku akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Singapura. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Singapura telah menjalankan projek penebusgunaan tanah dengan menambak laut di pingir pantai, projek tersebut sering kali membawa bantahan daripada negara Malaysia kerana dikatakan projek-projek tersebut telah mengubah arus laut di sekeliling pantai yang berdekatan dengan negara itu.

Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang dengan

sewenang-wenangnya. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan seperti di atas, kita hendaklah sama-sama menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

24

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Gunung Rapat Ipoh dan Negara Singapura
GUNUNG RAPAT : LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar agar alam sekitar semakin terjaga dan terus dapat dinikmati sehingga zaman akan datang. Ini turut diakui oleh En. Arifin Mansor, seorang responden yang saya temubual. Menurut beliau, pihak berkuasa sepatutnya mendenda kilang-kilang yang cuai melakukan pencemaran terhadap alam sekitar seperti membuang bahan kimia, sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalam sungai dan melepaskan asap kotor dan berbahaya yang tidak bertapis ke udara. Pihak kilang pula tidak sepatutnya menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan. Asap yang dilepaskan pula haruslah ditapis terlebih dahulu agar tidak tercemar udara. Begitu juga kepada pihak pemaju kawasan ini. Mereka seharusnya tidak dijadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa-sisa atau bahan lebihan. Selain itu, pihak kerajaan sepatutnya perbanyakkan lagi tong sampah atau tingkatkan jadual pengutipan sampah oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh di kawasan ini. Ini dapat mengelakkan sistem perparitan atau sungai sebagai tempat pembuangan sampah. Tambahan pula, kawasan ini semakin bersih daripada sampah sekiranya dibanyakkan lagi tong sampah. Dengan pertingkatkan jadual pengutipan sampah di kawasan ini, masalah sampah berbau juga semakin berkurang dan tiada lagi anjing liar yang menyelongkar sampah.

25

En. S.Doraisamy iaitu salah seorang lagi responden yang telah saya temubual menyatakan beberapa langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran yang berlaku pada Gunung Rapat. Cadangan beliau adalah: Mengadakan gotong-royong membersihkan Kawasan Gunung Rapat Mengadakan kempen kesedaran

Pelbagai pihak termasuk para penduduk serta pihak swasta dan kerajaan turut sama dalam aktiviti gotong-royong bagi mengindahkan kawasan ini. Dengan aktiviti gotong-royong ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum yang majmuk di kawasan ini selain memupuk budaya menjaga kebersihan alam sekitar kepada para penduduk terutamanya kepada generasi muda. GUNUNG RAPAT : LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PERUBAHAN LANDSKAP Menurut En. Lee Peng Siang yang juga telah saya temubual, perubahan landskap yang berlaku di kawasan Gunung Rapat ini boleh diatasi dengan menanam semula pokok dengan banyak. Menurut beliau lagi kawasan Gunung Rapat seharusnya mempunyai kawasan hijau untuk memastikan ekosistem di kawasan ini seimbang. Walaupun terdapat banyak pembangunan yang berlaku di sekitar kawasan ini, kita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab kita kepada alam sekitar. SINGAPURA : LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN SUNGAI
http://www1.moe.edu.sg/learn@/singaporerivertrail/sec/G041_Dunman_Sec/river_cleaning.htm ,

Menurut laman web

kerajaan Singapura telak melaksanakan Projek Membersih Sungai (Clean River Project) untuk memastikan sungai sungai yang telah tercemar kembali menjadi bersih.

26

Mereka telah mengenalpasti kawasan yang menjadi punca pencemaran sungai ini seperti kawasan perindustrian , ladang-ladang ternakan babi dan itik, penjaja jalanan serta kawasan pasar yang sering menyalurkan bahan buangan terus ke sungai. Setelah itu, ada antara kawasan tersebut telah dipindahkan ke kawasan baru dalam penstrukturan semula kawasan sekitar sungai. Projek ini telah berjaya menjadikan sungai-sungai yang tercemar kembali manjadi bersih. SINGAPURA : LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PERUBAHAN LANDSKAP

Untuk mengurangkan kesan perubahan landskap di kawasan penambakan tanah di sekitar pinggir laut di Singapura, mereka boleh mewartakan kawasan pinggir laut mereka sebagai tapak warisan alam yang harus dipelihara. Pembangunan yang pesat adalah perlu namun kita juga harus menjaga alam sekitar supaya tidak dirosakkan. Kawasan yang diwartakan sebagai tapak warisan alam tidak boleh diganggu oleh sebarang pembangunan yang akan merosakkan landskap kawasan tersebut. Oleh yang demikian, kawasan tersebut akan sentiasa terpelihara keaslian landskapnya. Setelah menghuraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk

mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kedua-dua kawasan, saya berpendapat kita sebagai anggota masyarakat seharusnya peka dengan isu-isu yang melibatkan alam sekitar. Kita juga harus memainkan peranan yang aktif dalam memastikan alamsekitar kita terjaga dan terpelihara. Selain itu, kita juga harus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam kempen-kempen penjagaan alam sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan negara yang tercinta ini kekal sebagai warisan alam selama-lamanya.

27

BAB 7 : RUMUSAN KAJIAN


Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian ini, saya telah lebih mengetahui tentang jenis dan bentuk muka bumi di kawasan Gunung Rapat serta di negara Singapura. Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Gunung Rapat serta potensi bentuk muka bumi yang terdapat di Negara Singapura. Selain itu saya juga dapat mengenalpasti halangan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Gunung Rapat serta halangan bentuk muka bumi yang terdapat di Negara Singapura. Akhir sekali saya turut mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Gunung Rapat serta di Negara Singapura dan juga dapat mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Gunung Rapat serta di Negara Singapura Kajian ini juga telah menyedarkan saya bahawa kita seharusnya merasa bersyukur terhadap persekitaran kita. Jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang kurang bernasib baik, kawasan tempat tinggal saya serta negara kita adalah jauh lebih bertuah kerana mempunyai kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa yang ada dan menyayangi negara kita sedalam-dalamnya. Persekitaran yang terpelihara mencerminkan penduduknya yang sentiasa

menghargainya.

28

BAB 8 : LAMPIRAN
Surat kebenaran menjalankan kajian. Surat pengenalan diri untuk menjalankan kajian. Borang soal selidik. Borang temubual Panduan Penulisan Kerja Kursus Geografi Rujukan-rujukan yang difotostat atau dicetak dari internet

29

BAB 8 : RUJUKAN
Rujukan dari Buku Teks / Buku Ilmiah Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva Santhanasamy, Lim Jin Fou, 2006. Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Goh Cheng Leong, 2000. Atlas Eksplorasi Geografi KBSM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tah Koh Lim, 2004. Buku Teks Geografi Ting. 3. Kuala Lumpur : PTS Publications And Distributors Sdn. Bhd.

Rujukan dari Orang Sumber 1. En. Arifin Mansor, 58 tahun, No. 1328 Jalan Besar, Gunung Rapat Ipoh. 2. En. Doraisamy Subramaniam, 53 tahun, No. 63 Jalan Wirajaya Barat 66, Gunung Rapat, Ipoh. 3. En. Lee Peng Siang, 49 tahun, No. 17 Persiaran 34 Taman Strawbery, Gunung Rapat Ipoh.

Laman Web
http://www.scribd.com/doc/3104555/Folio-Geografi-PMR-2008-Jaringan-Pengangkutan http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=FEB&m=1&r=m&i=NOTA http://kudeed.tblog.com/post/1969953506 http://www.scribd.com/doc/3295505/Langkahlangkah-mengurangkan-Kesan-Kegiatan-Ekonomi http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/alam_pencemaran.asp http://www1.moe.edu.sg/learn@/singaporerivertrail/sec/G041_Dunman_Sec/river_cleaning.htm

30

You might also like