You are on page 1of 1

Tugas AJK Panitia Sains

PENYELARAS MAKMAL 1. Memastikan rekod penggunaan makmal sains ditulis dan dikemaskinikan. 2. Memastikan peralatan keluar masuk radas , alatan bilik sains direkodkan dengan sempurna. 3. Memastikan penggunaan buku rekod kemalangan, kerosakan alatan digunakan. 4. Memastikan jadual waktu makmal sains diguna dengan berkesan. 5. Memastikan tahap kebersihan dan kekemasan makmal sains dalam keadaan yang memuaskan. JAWATANKUASA JUALAN BUKU 1. Membantu dan menyelaras penjualan buku, majalah berunsur sains dengan berkesan. 2. Mendorong minat murid membeli dan membaca buku , majalah berunsur sains dan pendidikan. 3. Membantu mengadakan promosi bagi jualan buku mengikut tahun . JAWATANKUASA PAPAN BULETIN, DAN ETEMS 1. Menyelenggara papan buletin sains, dan sudut Etems 2. Mengenalpasti, menyediakan bahan yang sesuai bagi sudut-sudut tersebut. 3. Mengemaskini bahan atau maklumat di sudut-sudut berkenaan 4. Memastikan sudut-sudut berkenaan berada dalam keadaan yang tersusun dan memuaskan. JAWATANKUASA PERALATAN DAN BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Mengenalpasti peralatan dan bahan bantu mengajar sentiasa dikemaskini dan berada dalam keadaan yang memuaskan. 2. Memastikan pinjaman peralatan dan bahan bantu mengajar direkodkan dalam buku pinjaman peralatan. 3. Membantu mengenalpasti bahan/alatan yang perlu dibeli, dibaiki atau direkodkan dalam buku stok alatan makmal. JAWATANKUASA PROGRAM DAN AKTIVITI 1. Membantu menyelaras perlaksanaan aktiviti panitia berdasarkan takwim panitia sains yang telah dirancang sepanjang tahun. 2. Membantu menyediakan bahan dan kertas kerja bagi aktiviti-aktiviti tertentu. 3. Membantu memantau perjalanan aktiviti yang dijalankan dengan berkesan. 4. Membantu mengumpul bahan bagi tujuan pendokumentasian.

You might also like