You are on page 1of 1

SYARAT PENGURANGAN PINJAMAN PELAJARAN

1. Pelajar yang layak memohon pengurangan pinjaman pelajaran mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: (i) Bantuan pinjaman yang ditawarkan pada 01.01.1985 dan ke atas kecuali bagi pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di bawah Skim Pinjaman Terbuka (SPT) mulai 01.01.1998 Lulus pengajian di bawah tajaan MARA

(ii)

2. Borang permohonan eConversion perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut: (i) (ii) Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang berkaitan) Transkrip rasmi

3. Semua salinan Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang berkaitan) & transkrip rasmi yang dikemukakan hendaklah disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/ Penghulu/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan. 4. Sila kemukakan borang permohonan eConversion berserta dokumen di para 2. (i) dan (ii) dalam tempoh 30 hari ke alamat berikut: Unit Conversion Bahagian Kawalan Kredit Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur **Sila ambil maklum, sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum Pengurangan Pinjaman Pelajaran diluluskan tidak akan dikembalikan.

You might also like