You are on page 1of 23

PEMARKAHAN

KRB 3033 :PENGANTAR BAHASA MELAYU


TAJUK

TUGASAN BAHAGIAN A & TUGASAN BAHAGIAN B


KUMPULAN

GROUP EL-R02 ( A121PJJ )

DISEDIAKAN OLEH NAMA NOOR FARILA BINTI OMAR No.K/P 800501025026 NO. ID D20112052654 NO. TELEFON 013-4949639

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: :

DR. NORLIZA BT JAMALUDDIN

23 November 2012

1 | D20112052654

ISI KANDUNGAN
Bil Tugasan A 1 2 1.0 Pengenalan 2.0 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Di Sekolah 2.1 Definisi Bahasa Pengantar 2.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa 4 4- 7 3 Isi Kandungan Muka surat

Pengantar 3 3.0 Kepentingan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan 3.1 Bahasa Kebangsaan 3.2 Asas Pembinaan Negara dan 7 8

Kebudayaan Masyarakat 3.3 Lambang Jati Diri Negara Bangsa 3.4 Bahasa Cemerlang Membina Tamadun Negara 4 5 Tugasan B 6 7 8 9 10 11 1.Pengenalan 2. Definisi Tatabahasa 3. Konsep Tatabahasa 4. Analisis Kesalahan Tatabahasa 5. Rumusan 6. Bibliografi 12 12 13-17 18-21 21 22 Rumusan Bibliografi 10 11 9 9

2 | D20112052654

Tugasan A 1.0 Pengenalan Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaannya yang tersendiri sebagai lambang jati diri rakyat negara tersebut. Melalui bahasa kebangsaan juga akan dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat di negara tersebut. Sejak merdeka, Bahasa Melayu telah dinaikkan

martabat sebagai bahasa kebangsaan yang menggantikan bahasa Inggeris yang pada ketika itu menjadi bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Kedudukan dan

peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaiamanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan

dikembangkan. Perkara 152 ini juga tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda( Edisi Februari 2006). Dengan pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebngsaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan dan mata pelajaran wajib dalam pendidikan di Malaysia. Mata pelajaran bahasa Melayu ini perlu dikuasai oleh semua peringkat pelajar sama ada sekolah rendah, menengah dan juga peringkat pengajian tinggi. Ini bermaksud bahasa Melayu adalah saluran utama untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bilik darjah dan juga salah satu komunikasi utama untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang berkesan untuk digunakan oleh pelajar dan guru. Mengikut Kamus Dewan (1998), bahasa membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan atau fikiran. Manakala Melayu dapat ditakrifkan sebagai nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun nama suku bangsa terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu ( Kamus Dewan 1998). Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bahasa Melayu adalah kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan yang diterima dan digunapakai oleh rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan dan menjadi kebanggaan negara.

3 | D20112052654

2.0 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar di Sekolah 2.1 Definisi Bahasa Pengantar Bahasa pengantar ditakrifkan sebagai bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sitem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bahasa-bahasa tersebut telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar. 2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar Terdapat beberapa fungsi bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Anatara fungsi fungsi bahasa pengantar di sekolah adalah seperti berikut: I. II. III. Sebagai bahasa ilmu Sebagai bahasa yang memupuk perpaduan Sebagai bahasa komunikasi

i. Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu Seperti yang diketahui, bahasa Melayu telah membuktikan kehebatannya sebelum abad ke 13 lagi kerana pada ketika ini ia telah menjadi lingua franca dan menjadi bahasa pengantar kepada perkembangan agama Islam dan Hindu yang kemudiannya telah menerima pengaruh bahasa Arab dan Sanskrit. Pedagang-pedagang yang berlabuh dan berdagang di Tanah Melayu telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam aktiviti perdagangan mereka. Dan ia juga telah mempengaruhi kepada aspek-aspek lain seperti dalam bidang pendidikan kerana telah terhasil penulisan dan penterjemahan kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu. Menurut Al Attas (1988), antara kitab yang dihasilkan adalah kitab Al-Aqaiid al Nasafiyyah yang telah ditulis oleh seseorang alim ulama iaitu Umar bin Muhammad Al- Nasafi pada kurun ke 54. Selain itu terdapat beberapa tokoh ilmuan lain seperti Hamzah Fansuri yang telah mengungkapkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Situasi ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mencapai puncak ketinggian ilmu pengetahuan semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Setelah mencapai kemerdekaan , bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ini bermaksud bahawa bahasa
4 | D20112052654

Melayu adalah saluran utama bagi guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sama ada dalam bentuk mata pelajaran teras mahupun elektif yang akan dibincangkan di dalam kelas. Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan adalah ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuteraan, fizik, kimia, dan undang-undang selain sastera dan agama. Menurut Syahidah binti Ghazali (2012), penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak penentuan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa

pengantar ilmu pengetahuan. Menurutnya lagi, kejayaan universiti itu yang melahirkan ramai siswazah yang menerima ilmu dalam bahasa Melayu dengan menghasilkan ribuan tesis yang ditulis dalam bahasa Melayu membuktikan bahawa sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai bidang. Selaras dengan itu, untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa melayu perlulah mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2002), apabila memperkatakan konsep ekonomi, bahasa Melayu perlulah mempunyai perbendaharaan kata, istilah, dan laras bahasa yang sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu berperanan untuk memperkembangkan ilmu dan sekaligus menjadi bahasa penting dan utama dalam bidang ilmu moden pada hari ini. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi yang mempunyai dua ciri penting iaitu intelektual bahasa dan kesempurnaan bahasa. Menurut Kamaruddin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1999), intelektual bahasa ini dapat dicapai terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Menurut mereka lagi, bahasa Melayu pada hari ini, adalah berbeza dengan corak bahasa Melayu dahulu yang banyak dipengaruhi dengan bahasa Arab dan Sanskrit. Bahasa Melayu hari ini banyak dipengaruhi dengan istilah-istilah bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden. ii. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai satu proses menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Menurut kamus
5 | D20112052654

bahasa Melayu

mampu dijadikan

Dewan (1994), perpaduan adalah penggabungan iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan kelompok satu manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat berbilang kaum di dalam sesebuah negara. Dari sudut pendidikan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan untuk merealisasikan aspirasi negara di dalam mewujudkan perpaduan kaum. Dewasa ini, pendidikan telah membuktikan bahawa negara berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan. Dari sudut pendidikan ini guru dapat menerapkan nilai-nilai murni di dalam setiap mata pelajaran yang di ajar seperti sikap toleransi, bertanggungjawab, menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Dalam masa yang sama juga, penyatuan rakyat berbagai kaum ini dapat mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan kerana jika sistem persekolahan yang berbeza tidak akan dapat melahirkan identiti bangsa yang dikehendaki oleh negara. Bagi merealisasikan pendidikan adalah alat untuk mencapai perpaduan satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada yang dikenali sebagai Penyata Razak dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan Pelajaran ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Manakala bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah khususnya untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai bangsa, kumpulan etnik dan masyarakat. iii. Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi Selain itu, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perhubungan dan komunikasi juga akan meyatupadukan rakyat dan mempercepatkan lagi perpaduan di antara kaum. Ini kerana sifat bahasa Melayu itu sendiri yang difahami oleh semua rakyat Malaysia dan dapat menghilangkan prasangka buruk dalam kalangan mereka. Sebagimana yang telah dibincangkan, pada zaman penjajahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di setiap pelusuk Nusantara. Bahasa melayu telah tersebar luas dari Malaysia, Indonesia, yang

Filipina sehinggalah ke Brunei. Berdasarkan catatan sejarah pengembara yang melawat semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan lain di Nusantara, seperti I-Shing, Ibn Batuta, Antonio Fegafeta dan ramai lagi, terbukti bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi seawal kurun yang ke-7 Masihi.
6 | D20112052654

Di dalam persekitaran sekolah, komunikasi amat penting buat guru dan pelajar bagi mengeratkan perpaduan dan sikap saling menghormati di kalangan warga sekolah. Sikap ini perlu dipupuk agar tidak menimbulkan permusuhan dan pergaduhan di kalangan pelajar. Seperti yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai berbagai kaum, etnik dan bangsa yang perlu dihormati kepercayaan pegangan agamanya. Untuk itu, para pelajar perlu berinteraksi dengan rakan-rakan berlainan bangsa dan kaum agar benih-benih yang boleh merenggangkan ikatan perpaduan dapat dielakkan. Dalam ledakan teknologi kini juga mempengaruhi sistem komunikasi di antara pelajar dan juga guru. Dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi, maklumat dapat disampaikan melalui siaran-siaran radio, televisyen, internet, SMS, e-mail dan lain-lain lagi. Kini ramai yang berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu bagi melahirkan pendapat yang membuktikan bahawa bahasa Melayu berperanan penting dalam bahasa komunikasi di negara ini selain daripada bahasa Inggeris. Dengan kata lain, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individu mengalami perkongsian idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan berbahasa Melayu, komunikasi antara manusia sejagat berlangsung dengan baik dan memudahkan penyampaian serta penerimaan maklumat. 3.0 Kepentingan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan. Akta Pendidikan 1996 menegaskan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dengan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Ini terkandung dalam Seksyen 17(2), Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

(2) where the main medium of instruction in an educational instutuition is other than the national language, the national language shall be taught as acompulsory subject in the educational institution. (Education Act 1996, sec17)

3.1

Bahasa Kebangsaan

7 | D20112052654

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011), bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa dan negara. Menurut Nuraini Yusof (2005) pula berpendapat setiap bahasa yang telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan akan berperanan yang tertentu bagi menggambarkan identiti sesebuah negara. Terdapat empat ciri utama bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ciri-ciri tersebut ialah; 1. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang melambangkan identiti bangsa dan negara. 2. Bilangan bahasa kebangsaan hanya satu sahaja bagi setiap negara. 3. Cara bahasa kebangsaan dipilih adalah daripada bahasa yang ditutur oleh masyarakat asal. 4. Pengiktirafan bahasa kebangsaan dibuat melalui penggubalan undang-undang. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini jelas di sisi perlembagaan pada perkara 152 Perlembagaan Persekutuan selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan juga Akta Pendidikan 1996. Dalam akta pendidikan menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan. Seperti yang tertulis dalam Laporan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sama ada peringkat rendah, menengah, termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan ataupun peringkat universiti. Dengan cara ini, dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu yang akan dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain. Untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu ini sebagai bahasa kebangsaan kesepaduan rakyat mestilah sentiasa ditingkatkan agar tiada anasir yang dapat memecahbelahkan perpaduan yang tersedia ada. Dengan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan akan Berjaya mencerminkan hubungan rakyat Malaysia yang bersatu padu. 3.2 Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memainkan peranan yang penting

menjadikan bahasa Melayu sebagai asas pembinaan Negara. Perkara 152 telah mengistiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.Oleh itu, menjadi satu kepentingan bahawa negara Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai alat perpaduan..Bahasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat sesebuah negara. Hal ini dapat dilihat menerusi bahasa yang mempunyai kuasa untuk mendukung, meneruskan serta mengekalkan identiti budaya bagi masyarakat Malaysia. Bagi masyarakat Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa
8 | D20112052654

yang mengungkapkan kehidupan dan pengalaman bangsa Malaysia. Ini kerana bahasa Melayu mempengaruhi cara masyarakat Malaysia mempersepsi sesuatu dan mempengaruhi proses mental masyarakat Malaysia. Dalam pembinaan negara bangsa pula, bahasa memainkan peranan sebagai alat perhubungan sosial semenjak sebelum merdeka lagi. Ini dapat dibuktikan apabila bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca antara pelbagai bangsa sama ada bangsa tempatan ataupun bangsa yang datang dari rantau lain. Dalam konteks negara merdeka, pihak kerajaan telah merancang pembinaannya supaya bahasa Melayu berkembang dan memainkan peranan utama sebagai asas pembinaan negara bangsa dan kebudayaan masyarakat. Usaha ini dilakukan melalui pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Dengan itu, ia dapat dilihat dari dua segi iaitu penggunaannya dalam sistem pendidikan negara dan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan. Langkah penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan amat besar ertinya dalam matlamat ke arah proses pembinaan negara bangsa. Konsep negara bangsa yang digunakan ialah negara yang ditandai oleh kewujudan satu bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. 3.3 Bahasa sebagai lambang jati diri negara bangsa Bahasa Melayu adalah lambang bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa 1Malaysia. Hasrat ini diungkapkan melalui pada perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Seperti yang diketahui setiap negara mempunyai bahasanya yang tersendiri yang melambangkan identiti negara tersebut. Sebagai contoh negara Jepun amat mementingkan bahasanya dalam komunikasi sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Jesteru itu, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang negara Malaysia di persada antarabangsa dan juga berperanan sebagai lambang jati diri bangsa Malaysia sepertimana yang dikehendaki dalam wawasan 2020. Tuntasnya negara bangsa dan jati diri boleh dibentuk dengan pelbagai cara, satu di antaranya adalah melalui bahasa. 3.4 Bahasa yang cemerlang dalam membina tamadun negara Bahasa Melayu berperanan untuk menjadikan bahasa yang cemerlang dalam membina tamadun negara. Untuk itu, warganegara Malaysia perlulah berusaha menjadikan bahasa Melayu ini sebagai bahasa yang lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjamkan. Oleh yang demikian, penduduk negara Malaysia perlulah mempunyai keyakinan apabila menggunakan bahasa Melayu sebagai memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.
9 | D20112052654

Penghayatan, pemahaman,

dan peka dalam menggunakan bahasa Melayu harus

diperjuangkan sebagai bahasa kebangsaan yang moden dan bahasa ilmu dalam usaha pembinaan negara bangsa menjadi arus yang selaras dengan globalisasi itu sendiri.

Kerjasama diperlukan dari seluruh lapisan masyarakat yang berbagai kaum bagi mewujudkan negara bangsa yang bertamadun tinggi dan unggul ini. 4.0 Rumusan Masyarakat tidak akan dapat mempertahankan bahasa Melayu sekiranya hanya dengan menguasai bahasa tanpa berusaha untuk meningkatkan nilai bahasa Melayu tersebut. Ini merupakan tugas yang amat berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Malaysia untuk terus berusaha mencari alternatif dan kaedah bagi meningkatkan nilai bahasa tersebut. Ada sebilangan pihak menakutkan-nakutkan masyarakat bahawa kemajuan hanya akan diperolehi melalui bahasa Inggeris. Tetapi pada hakikatnya perjuangan memartabatkan bahasa Melayu ini tidak pernah meminggirkan bahasa Inggeris. mempunyai peranan yang penting dalam Oleh itu, jelaslah bahasa Melayu yang perlu

membina tradisi keilmuan,

diperjuangkan dan diletakkan sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda negara. Selain dari bahasa saintifik, bahasa melayu juga adalah satu aspek penting dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini dalam usaha mencapai perpaduan nasional. Bibliografi __________________________(1988).Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, http://www.moe.gov Abdul Rahim Bakar & Awang Sariyan. (2005). Suara Penjuang Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dayah Hashim. (2008). Bahasa Melayu Antara Realiti dengan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Riduwan Wahab. (2007). Bahasa Membina Negara Bangsa. Pelita Bahasa, 15 - 16, Jun.
10 | D20112052654

Sumber internet: http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/03/peranan-bahasa-melayu-dalampembinaan.html http://koleksikertaskerja1.blogspot.com/2009/03/2-bahasa-malaysia-sebagai-bahasa.html http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/10/fungsi-bahasa.html

11 | D20112052654

Tugasan B 1.1 Pengenalan Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi kerajaan dan pentadbiran kerajaan serta sebagai bahasa perpaduan. Dengan pendidikan, Bahasa Melayu akan dapat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal, budi pekerti, pemikiran rakyat dan pemangkin kepada semangat cintakan Malaysia yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan yang ingin dicapai. Sebagai memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Dalam kurikulum bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa dengan betul dan tepat. Menurut Haji Khaidir (2009), pengajaran tatabahasa adalah pengajaran mengenai hukum-hukum dan peraturan sesuatu bahasa. Hal ini melibatkan struktur dan sistem bahasa tersebut. Pemahaman yang baik mengenai struktur dan sistem bahasa yang dipelajari akan membolehkan seseorang menguasai dan menggunakan bahasa yang betul, cekap dan berkesan. Selain itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (1996), tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. 1.2 Definisi Tatabahasa Tatabahasa ditakrifkan sebagai peraturan, kaedah dan sistem sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terkira jumlahnya. Menurut Nik Safiah Karim (2006), tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Ayat terdiri daripada rentetean perkataan yang bermakna. Perkataan dibina daripada gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang bermakna yabg digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang tatabahasa melihat bagaimana perkataan perkataan ini terbentuk dan tercantum membentuk frasa dan ayat.

12 | D20112052654

Menurut Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002), secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya bahasa Melayu mempunyai peraturanperaturan tersendiri untuk membentuk kata , frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur bahasa baik dalam tulisan atau sebutan. Manakala menurut Abdullah Hassan (2008), mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan dibina kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara ini disebut sebagai tatabahasa.Selain itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan maksud lain, tatabahasa ialah rentetean ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Sebagai rumusannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat yang menutur bahasa tersebut. Peraturanperaturan atau hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumusan baru yang dipersetujui oleh masyarakat kerana bahasa bersifat dinamik, hidup dan berkembang seiring dengan masyarakat yang menutur bahasa tersebut. 2.1 Konsep Tatabahasa Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa

menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus tertentu. Kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul. Terdapat beberapa konsep tatabahasa yang digunakan oleh ahli-ahli bahasa iaitu seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 tahun atau 6 tahun. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa konsep tatabahasa adalah salah satu cabang telaah dan kajian linguistik atau analisis morfologi dan
13 | D20112052654

sintaksis sesuatu bahasa. Konsep tatabahasa juga ialah etika bahasa, betul salah, tepat kurang, dan tidak tepat ketika seseorang itu berbahasa. Dengan perkataan lain, konsep tatabahasa ialah himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi morfologi dan sintaksis. Ia juga peraturan yang menentukan bahasa yang digunakan oleh individu dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dalam morfologi , kita akan mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan sintaksis pula bidang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Menurut Arbak Othman konsep tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan lain untuk menghasilan ayat yang gramatis. Katanya lagi, tatabahasa tidak lain adalah tentang struktur rentetan ucapan dan pengelompokan serta pengklasifikasikan unsur ucapan yang berulangulang yang ditinjau menurut fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubungan antara satu sama lain yang menghasilkan unsur-unsur tertentu. Manakala Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985), telah mentakrifkan konsep tatabahasa adalah bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan

kajiannya ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukan dan penyusunannya dalam membentuk ayat. 2.1.1 Sistem tatabahasa Tatabahasa merangkumi dua sistem utama iaitu morfologi dan sintaksis. Tatabahasa merupakan aspek terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa individu akan menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu. 2.1.1.1 Morfologi Menurut Lyons (1970), morfologi adalah bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk kata-kata. Manakala menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985),

berpendapat bahawa morfologi ialah bidang kajian bahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukan perkataan. Bagi Abdullah Hassan (2006), morfologi adalah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Bagi Nik Safiah Karim ( 1996), mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan pergolongan kata. Dalam Tatabahasa

Dewan Edisi Ketiga (2006), mendefinisikan sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infeksi atau imbuhan, terbitan, dan pemajmukan.

14 | D20112052654

Sebagai rumusannya, morfologi merupakan satu

bidang mengkaji

bagaimana

perkataan dibina. Kajian ini tertumpu kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. Selain itu morfologi juga adalah bidang yang mengkaji struktur, kata, bentuk kata dan pergolongan kata. Struktur kata ini adalah susunan bentuk bunyi bahasa yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Binaan kata dapat diteliti daripada segi unsur yang membina kata yang dikenali sebagai morfem. Sebagai contoh kata berjalan terbina daripada dua morfem iaitu awalan ber yang dikenal sebagai morfem terikat dan jalan adalah morfem bebas. Bentuk kata pula melihat kepada kata sebagai unit tatabahasa yang berbentuk tunggal atau terhasil daripada pembentukan kata seperti pengimbuhan yang menghasilkan kata terbitan seperti berjalan. Selain itu ia juga boleh menghasilkan proses pemajmukan yang menghasilkan kata majmuk seperti jalan raya dan juga proses penggandaan yang menghasilkan kata ganda seperti jalan-jalan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan perkataan lain dalam golongan yang sama. Golongan kata adalah seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. 2.1.1.2 Sintaksis Sintaksis dipinjam daripada perkataan yunani iatu suntutein yang bermaksud

menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Menurut Asmah (1968), menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat. Manakala tatabahasa dewan edisi ketiga (2008), sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Sintaksis tidak sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga rumus tatabahasa berdasarkan kaedah

penggabungan dan penyusunan perkataan bagi membentuk ayat dalam tatabahasa. Daripada segi binaan, sesuatu ayat yang lengkap perlu mempunyai dua konstituen iaitu subjek dan predikat. Dalam ayat, subjek merupakan unsur yang diterangkan manakala predikat unsur yang menerangkan. Binaan ayat yang terdiri daripada subjek dan predikat ini akan menghasilkan empat pola ayat dasar. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN). Contoh : Lelaki itu pegawai polis. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK) . Contoh : Ibu mencuci baju.
15 | D20112052654

Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA). Contoh :Rumah itu sangat kecil. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+ FS). Contoh : Surat itu daripada Kementerian Pelajaran. Daripada huraian yang diberikan dapat dirumuskan bahawa morfologi merupakan kajian yang spesifik dan terperinci yang member focus kepada struktur dalaman bahasa yang melibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan makna kata. Sintaksis pula adalah kajian membina ayat, ini kerana sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat berdiri sendiri. Begitu juga dengan sintaksis kerana kedua-kedua aspek ini amat berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. 2.2 Fungsi tatabahasa Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis. Fungsi tatabahasa ini berperanan sebagai panduan dan peraturan untuk membentuk bahasa yang betul dan mengelakkan bahasa yang salah digunakan. Jika

penggunaan bahasa yang salah dan tidak gramatis akan membentuk bahasa yang bertaraf rendah. Kita dapat lihat kesannya dari segi sosial, politik malah martabat bahasa itu sendiri. Inilah penekanan fungsi tatabahasa kerana ukurannya berasaskan bentuk ujaran dan

ketuntasan makna bahasa itu. Oleh itu, fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang berlaku dalam ayat yang dibina. Fungsi tatabahasa merujuk kepada subjek , predikat, objek, keterangan dan lain-lain lagi. 2.3 Tugas Tatabahasa Tugas tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna.Penghuraian ayat yang sempurna bermaksud pemerian ayat yang melengkapi aspek dalam linguistik dari segi fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis. Hal ini penting kerana tatabahasa tidak boleh dipandang remeh dan diubah secara kesamaran. Sebagai contoh, peraturan berbahasa yang betul dan cekap menggambarkan ketinggian sesuatu bahasa dari segi tatabahasa. Malah dalam perkembangan linguistik yang semakin maju tatabahasa sering dikaitkan dengan semantic kerana ia merupakan kriteria penting dalam memberi makna. 2.4 Ciri-ciri penting Tatabahasa Mempunyai sistem tatabahasa.
16 | D20112052654

Tatabahasa memainkan peranan tertentu dan berfungsi dalam bahasa. Struktur tatabahasa mengikut pola-pola tersendiri seperti subjek, predikat, objek, keterangan dan sebagainya. Unit tatabahasa mendukung tugas struktur yang berbeza. 2.5 Unit Tatabahasa
Ayat Bidang Sintaksis Tingkat atas

Klausa

Frasa

Kata

Bidang Morfologi

Tingkat bawah

Morfem

Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada 5 peringkat iaitu Ayat : Unit tatabahasa yang tertinggi yang mengungkap fikiran yang lengkap dan tuntas, intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan predikat. Klausa : unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih. Frasa : kata yang membentuk unit sintaksis letaknya antara kata dan klausa. Kata : morfem atau gabungan morfem sama ada bebas dan terikat. Kata ialah unit terkecil yang berstatus ayat. Kata memain peranan penting dalam aspek mofologi bagi penentuan sesuatu unsur misalnya kata nama, kata kerja , kata adjektif dan kata tugas. Mofem ; unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal.

17 | D20112052654

3.0 3.1

Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid dalam bilik darjah. Pengenalan Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa bagi mata pelajaran bahasa melayu telah dilakukan kepada murid-murid tahun 6 bagi mengenal pasti jenis-jenis dan kekerapan kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh mereka. Saya menggunakan dua kaedah ujian iaitu ujian penulisan dan juga ujian objektif bagi mengenal pasti

kesalahan tatabahasa dalam aspek perkataan dan ayat. 3.2 Analisis kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh murid. 3.2.1 Sebilangan murid tidak dapat membezakan kata sendi nama di...... dengan

imbuhan awalan di... Salah disekolah dipasar dikedah diutara di beri di ambil Betul di sekolah di pasar di Kedah di utara diberi diambil

3.2.2

Murid tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke .... dengan imbuhan ke.... Salah kemelaka kepadang kesana kehadrat Betul ke Melaka ke padang ke sana ke hadrat

Kata sendi nama ialah satu golongan kata sendi yang memperkenalkan suatu frasa kata depan. Contohnya, dalam ayat "kucing tidur di sofa", perkataan "di" adalah suatu kata sendi nama, memperkenalkan frasa kata sendi nama "di sofa". Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama yang paling banyak digunakan adalah "dari", "ke", "dalam",

18 | D20112052654

"untuk", "dengan" dan "di". Dalam kata mudah, kata sendi nama menandakan bahawa suatu hubungan di antara perkara-perkara yang disebutkan dalam suatu ayat. 3.3.3 Mengulang kata ganda selepas bilangan kata jamak. Salah semua murid-murid semua guru-guru kebanyakan ahliahli Betul semua murid semua guru kebanyakan ahli

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada: (a) kata ganda seluruh; (b) kata ganda semu; (c) kata ganda separa; (d) kata ganda bersajak atau berima; (e) kata ganda berimbuhan. 3.3.4 Kesalahan menggunakan perkataan imbuhan awalan mempeR...kan bagi kata adjektif.

Salah memperlebarkan memperdalamkan

Betul memperlebar memperdalam

Kata adjektif mempeR tidak diikuti dengan akhiran ...........kan. Kata adjektif hanya menggunakan mempeR.... 3.3.5 Kesalahan kata ganti diri. Salah Anjing itu garang. Dia terpaksa dikurung. Basikal ini mahal. Ia diimport dari Australia. Betul Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung Basikal ini mahal. Basikal ini diimport dari Australia.

19 | D20112052654

1. 2.

Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau

kanak- kanak dan binatang. 3. 3.3.6 Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Kesalahan menggunakan penjodoh bilangan. Salah Setiap orang murid Seluruh buah kampung Betul Setiap murid Seluruh kampung

Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan. 3.3.7 Kesalahan kata kerja transitif. Salah Buang sampah Tanam pokok Goreng ikan Betul Membuang sampah Menanam pokok Menggoreng ikan

Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men... 3.3.8 Kesalahan kata kerja transitif yang berapitan men.... kan dan men... i yang berbagai makna. Salah Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Betul
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.

mempunyai

3.3.9

Kesalahan menggunakan kata hubung. Salah Othman termenung bila mendengar Betul Othman termenung apabila mendengar berita itu.

20 | D20112052654

berita itu. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya. 3.3.10 Kesalahan menggunakan frasa kerja pasif. i. Frasa kerja pasif diri pertama. Salah diambil olehku Betul kuambil

ii.Frasa kerja pasif diri kedua. Salah dikirim oleh awak Betul Awak kirim

iii. Frasa kerja pasif diri ketiga. Salah baginda rasmikan Betul dirasmikan oleh baginda

Frasa Kerja Pasif 1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. 2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada : frasa kerja pasif diri pertama frasa kerja pasif diri kedua frasa kerja pasif diri ketiga

3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
21 | D20112052654

4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya. 5. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang

berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan. 4.0 Rumusan Pengertian tatabahasa terdapat dalam pelbagai perspektif. Bagi ahli bahasa

tatabahasa dinamai tatabahasa deskriptif, iaitu tatabahasa yang disusun berdasarkan kajian empiris. Tatabahasa jenis ini bersifat menghuraikan bahasa menurut adanya. Tatabahasa jenis ini amat berguna untuk menghuraikan bahasa atau dialek yang belum mempunyai tradisi persuratan atau bahasa yang belum pernah diuraikan sistemnya. Satu jenis tatabahasa lagi ialah tatabahasa normatif, yang bersifat mengajarkan sistem sesuatu bahasa dan pendekatannya bersifat preskriptif. Tatabahasa yang diajarkan di sekolah ialah tatabahasa normatif. Buku tatabahasa yang disusun oleh Zaba dan kebanyakan penyusunan tatabahasa yang lain termasuk pendekatan tatabahasa jenis ini bersifat preskriptif. Selain itu, kita juga dapat manafaatkan tatabahasa deskriptif itu sebagai titik tolak untuk merancang bahasa baku. Misalnya jika huraian yang terhasil menunjukkan terdapat dalam masyarakat yang melakukan kesalahan bahasa , maka perancang bahasa dapat mengatur strategi untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa di kalangan

masyarakat. Bibliografi Nik Safiah Karim et. al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Arbak Othman (1984). Permulaan Ilmu Linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd.
22 | D20112052654

Awang Sariyan (2002). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sumber internet : http://staff.iiu.edu.my/mascitah/pengaplikasian.doc. -13.8.2008, (Tajuk: Pengaplikasian Morfologi Bahasa Melayu) http://www.scribd.com/doc/37494223/Kesalahan-Tatabahasa-Media-Jelata http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/analisis-kesalahan-bahasa_31.html

23 | D20112052654

You might also like