You are on page 1of 3

LAPORAN JAWATANKUASA KERJA Alhamdulillah, selesai sudah segala aktiviti Perkhemahan Unit-Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Charok Kudong

dengan jayanya. Sepanjang tempoh perkhemahan tersebut, semua guru yang bertugas berjaya melaksanakan tugas mereka dengan baik. Masing-masing memainkan peranan dan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi. i. LAPORAN JAWATANKUASA DISIPLIN DAN KESELAMATAN : AJK Disiplin dan Keslamatan amat berpuas hati dengan disiplin para pelajar sepanjang tempoh perkhemahan berlangsung. Secara keseluruhan pelajar telah menunjukkan tingkah laku yang baik dan memuaskan. Tiada sebarang tingkah laku yang boleh membawa kepada keadaan huru hara dan pertelingkahan mahu pun perkelahian. Setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan berjaya dipatuhi oleh para pelajar dengan baik sekali. Bersama ini dipaparkan peraturan yang telah dimeterai dan mesti dipatuhi sepanjang tempoh perkhemahan, di antaranya ialah : 1. Semasa perkhemahan para peserta hendaklah menjalinkan silaturrahim, kenalmengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain. 2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan. 3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. 4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. 5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan. 6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. 7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang. 8. Lelaki tidak dibenarkan memasuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. 9. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam. 10. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan. 11. Peserta yang melangkar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia. 12. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan perkhemahan. 13. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi. 14. Penjagaan diri / peralatan / harta persendirian perlu diberi keutamaan. 15. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.

16. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur. 17. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan. 18. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu. Peraturan yang ke tujuhbelas iaitu tidak boleh memakai selipar tidak dapat dipatuhi kerana cuaca tidak memuaskan, boleh dikatakan setiap hari, hujan turun dengan lebatnya. Oleh sebab itulah para peserta terpaksa memakai selipar di sepanjang tempoh perkhemahan tersebut. Lain-lain peraturan dapat dipatuhi sepenuhnya oleh para peserta. ii. LAPORAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN AKTIVITI Bagi menjayakan Perkhemahan Unit-Unit Beruniform ini sebanyak enam aktiviti telah dirancang iaitu Ice Breaking & Grouping, Jungle Tracking, Sukaneka, Pertandingan Memasak, Latihan Persembahan dan Malam Kebudayaan. Walau bagaimanapun dua aktiviti ini tidak dapat dilaksanakan kerana ada masalahmasalah yang tidak dapat dielakkan Antaranya ialah Ice Breaking & Grouping dan Jungle Tracking tidak dapat dijalankan kerana hari hujan, menyebabkan keadaan tidak mengizinkan, jalan yang licin boleh membahayakan keselamatan para peserta. Oleh sebab itu, para urusetia mengambil keputusan untuk membatalkan aktiviti tersebut dan diganti dengan aktiviti yang lain iaitu mencari harta karun. Alhamdulillah, sepanjang aktiviti berlangsung para peserta memberi kerjasama dan komitmen yang memuaskan. Tanpa kesungguhan dan kerjasama yang baik ini, mana mungkin aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Para peserta berasa amat gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang dirancangkan, walaupun pada awalnya mereka agak kecewa kerana Ice Breaking dan jungle Tracking gagal untuk dijalankan, tetapi mereka bersemangat semula apabila aktiviti itu digantikan dengan aktiviti mencari harta karun juga mencabar dan mengembirakan mereka. iii. LAPORAN JAWATANKUASA MAKANAN AJK Makanan berjaya menyiapkan segala kelengkapan memasak dan juga membekalkan bahan-bahan mentah seperti ikan, sayur, ayam dan bahan-bahan asas yang lain untuk diagihkan kepada para peserta di sepanjang tempoh perkhemahan tersebut. Wang yang diperuntukkan untuk membeli barang-barang juga mencukupi. Kebijaksanaan AJK membelanjakan wang, amat dihargai. Para peserta berasa gembira dengan layanan yang diberi dan mereka berpuas hati dengan bekalan makanan yang disediakan, segar dan mencukupi. Ketika hari hujan, para peserta telah dibekalkan dengan makanan yang siap dimasak, kerana mereka tidak dapat menyediakan makanan sendiri. Disebabkan ketiadaan tempat memasak yang sesuai apabila hari hujan. AJK bertugas mengikut giliran untuk memastikan segala urusan berjalan dengan lancar dan tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati di kalangan para peserta. iv. LAPORAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN KESIHATAN Kebajikan para peserta amat dititikberatkan. Sebelum memulakan aktiviti urusetia akan memberi taklimat terlebih dahulu kepada para peserta untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Alhamdulillah, sepanjang tempoh perkhemahan tersebut, tiada seorang pun para peserta yang sakit, yang menyebabkan mereka perlu di bawa ke hospital. Cuma ada seorang sahaja yang demam, pada malam terakhir perkhemahan tersebut, pelajar berkenaan telah diberi rawatan dan telah sembuh pada keesokan harinya.

v. LAPORAN JAWATANKUASA KEROHANIAN AJK Kerohanian terdiri daripada tiga orang ustaz dan tiga orang ustazah. Mereka bertugas mengikut giliran di sepanjang tempoh perkhemahan tersebut. Setiap waktu solat akan dilaksanakan di surau secara berjemaah. Pada malam jumaat telah diadakan bacaan surah yasin, dan pada waktu subuhnya mereka telah mendirikan solat sunat sajjadah. Para peserta telah memberi kerjasama yang amat memuaskan. Mereka bersemangat untuk mengerjakan ibadah tanpa perlu dipaksa. Mereka bangun, awal-awal pagi tanpa perlu dikejutkan dan dengan sendiri bersiap sedia untuk ke surau bagi mengerjakan solat secara berjemaah. vi. LAPORAN JAWATANKUASA PENGANGKUTAN AJK Pengangkutan telah menyediakan sebuah bas bagi menghantar para peserta pergi dan balik ke tapak perkhemahan. Sebanyak RM 600.00 telah diperuntukan untuk menyewa bas tersebut. Pengangkutan yang disediakan memberi kemudahan kepada para peserta, para waris tidak perlu lagi menghantar anak-anak mereka, kerana lokasi perkhemahan agak jauh dari penempatan para peserta. Bas yang disewa, berkeadaan baik dan telah tiba ditempat menunggu tepat pada masa yang ditetapkan tanpa perlu menunggu lama. Pemandunya adalah berhemah dan amat memuaskan hati para peserta dan urusetia

You might also like