You are on page 1of 2

HIDUP TANPA WANITA. (buat mereka yang terpaksa berjauhan...

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah
ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap
rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh
lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan
mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu
rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,


NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka


kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.


HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu
cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator. Bisikkan ke
telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi
Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Allah, kerana rahim wanita yang lembut
itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "
wan-wan" lain.

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat
kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan
akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula
membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN


DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN
SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal
diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah
kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri
dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,rosaklah
jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI
DAHULU KEPADANYA. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-
galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,


KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

You might also like