You are on page 1of 13

Soalan 1. Berikan sebab-sebab kepercayaan mesti dipertahankan 1.identiti sesuata kebangsaan dikekalkan 2.kerjasama dalam sesuatu kkmuniti 3.

meningkatkan hubungan dan ikatan kaum 4.memeliharaan keselamatan dan kesejahteraan kelompok 5.melibatkan iman dan keyakinan Soalan 2: Nyatakan program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. Jawapan: 1. Mengadakan kemudahan asas seperti air, elektrik dan telefon di sekolah yang belum menerima kemudahan ini, supaya dapat mengurangkan jurang kemudahan asas. 2. Menyediakan rumah guru. 3. Perbezaan elaun (esentif). Kerajaan memberi elaun khas kepada guru terlatih yang berkhidmat di sekolah di kawasan pedalaman. 4. Memberi taklimat kepada guru terlatih supaya mereka memahami masalah yang dihadapi oleh murid di kawasan pedalaman. 5. Mewajibkan guru-guru terlatih berkhidmat di kawasan pedalaman. SOALAN 3 Nyatakan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran terutamanya murid-murid dalaman. Menyediakan pelbagai program dan aktiviti kepada ibu bapa murid yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi memastikan murid tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas enam bulan mengikuti persekolahan ada masalah lagi masuk kelas pemulihan. Program Pembacaan Tambahan sediakan bahan-bahan bacaan tambahan bagi murid di pedalaman Sabah dan Sarawak. Agihan peruntukan kewangan tanpa bias membolehkan para pelajar luar Bandar menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di Bandar. Program LINUS

Soalan 4 Nyatakan kepentingan melaksanakan pelan tindakan untuk memastikan kesinambungan keamanan dan kesejahteraan masyarakat Jawapan : 1. Rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. 2. Mewujudkan perpaduan . 3. Menghormati budaya etnik lain. 4. Memupuk semangat kekitaan . 5. Menjaga sensitivity kaum lain. 6. Mamahami adat resam Soalan 5 : Bincangkan 5 program yang sesuai untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya. Selaras dengan matlamat pembinaan negara bangsa untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang beberapa program untuk mencapai hasrat tersebut. Kaedah yg diguna pakai termasuk mengadakan program-program yg diterima oleh semua khalayak ramai dgn menggalakkan kesatuan dlm kepelbagaian & rakyat boleh meneruskan amalam agama , kebudayaan & adat resam mengikut kaum masing2. Kaedah sebegini dapat menyatupadukan masyarakat di samping program2 sebegini dapat mewujudkan suasana yg mesra budaya untuk semua rakyat di Malaysia. Dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), sekolah boleh menganjurkan Hari Ko-kurikulum yang melibatkan semua murid dr pelbagai kaum dlm aktiviti2 sukan & seni. Pertandingan seperti pidato, kawad kaki, bercerita, permainan tradisional, gubahan, kaligrafi Cina, tulisan khat Jawi, tulisan Tamil dan aktiviti sukan boleh dilaksanakan. Aktiviti perkhemahan boleh dijalankan kerana aktiviti ini diminati oleh murid pelbagai kaum. Sebagai contoh, sekolah boleh menganjurkan aktiviti 'Dapur Kita' . Aktiviti ini membuka peluang kpd murid berlainan kaum mengendali makanan tradisional kaum masing2. Program ini bersifat mesra budaya di mana program ini dapat mengeratkan perhubungan antara murid dengan murid serta mewujudkan satu persekitaran yg mesra budaya. Program 'Jati Diri' boleh diadakan di mana murid pelbagai kaum mengambil bahagian dalam pertunjukkan seni kebudayaan masing2 seperti tarian singa, tarian zapin, tarian kipas, tarian kuda kepang dan silat. Program2 ini dapat menggalakkan perpaduan kaum selain membina jati diri murid2. Satu lagi contoh ialah program 'Buddy Stops' yg merupakan satu program bertujuan

memberikan pengiktirafan yg saksama kpd semua murid di sekolah tanpa mengira latar belakang, pendidikan, agama & bangsa murid (KPM,2008). 'Buddy Stops' terdiri drp hentian2 yg diwujudkan khas utk aktiviti bermain sambil belajar. Aktiviti di setiap hentian terdiri drp permainan tradisional, permainan moden, lakonan & nyanyian. Antara permainan tradisional termasuklah congkak, tarik upih, ketingting, lompat tali, batu seremban & kayu tiga manakala permainan moden terdiri drp catur, dam, Shahibba, Saidina & Permainan Kim. Secara umumnya, KPM melalui pelbagai program akademik & ko-kurikulum telah berusaha mencapai hasrat melahirakn murid yg mengamalkan sikap muhibah dengan rakan2 berlainan kaum & budaya, mengamalkan sikap peka terhadap sensitiviti rakan2 lain & melibatkan diri secara aktif dalam semua program integrasi nasional. Soalan 6. Nyatakan cara-cara bagaimana guru boleh mewujud dan menguruskan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
1. Menyusun kumpulan murid-murid yang berbilang kaum.

Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid- murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Contohnya dengan menggabungkan murid-murid Cina, India, dan Melayu dalam satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan mencampuradukkan murid-murid yang berbilang kaum ini, murid-murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka. 2. Mewujudkan ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat memberi keselesaan, kegembiraan, dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran murid. Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya, keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruangan-ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif

seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki. 3. Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya. Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama-kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid-murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi. 4. Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum-kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid-murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan bosou dengan cara menjeruk nasi dan ikan. 5. Menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian muridmurid. Oleh itu, apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya.

Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid-murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting (melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. 6. Guru perlu bersikap adil. Guru tidak adil, murid berasa tidak puas hati. 7. Bahan bantu pengajaran. Huraian contoh sesuai untuk pelbagai kaum. Soalan 7. Nyatakan komunikasi bukan lisan yang boleh digunakan oleh guru ketika pelaksanaan P&P di bilik darjah. Komuniasi Bukan Lisan a. Pergerakan muka b. Pergerakan mata c. Pergerakan badan Pergerakan muka i) ii) iii) i) Guru angkat kening sekiranya ingin murid mengulangi soalan yang ditanya. Guru menunjukkan muka masam ketika murid kurang tumpu perhatian Guru beri senyum manis ketika murid menunjukkan pencapaian yang baik Guru mengelakkan pandangan dengan murid tertentu sekiranya murid tersebutmemberi pandangan kosong ii) Guru memberi renungan tegas semasa murid sengaja mengulangi kesalahan yang selalu dibuat iii) Guru membuka mata besar apabila murid memberi jawapan yang menakjubkan Pegerakan badan i) ii) Guru berpeluk badan apabila marah Guru meletakkan jari teluju di depan bibir supaya murid diam

Pergerakan mata

iii)

Guru menunding jari ke arah murid tertentu supaya dia berhenti melakukan sesuatu perbuatan yang salah

Soalan 8 : Huraikan sejauh manakah kemahiran komunikasi lisan Dan bukan lisan dapat MembAntu murid memahami kepelbagaian sosio budaya di sekolah? Jawapan : 1. dapat menguasai bahasa yang baik 2. Proses p Dan p dapat dijalankan dengan lancar 3. Objektif p Dan p dapat dicapai dengan mudah 4.membantu murid menarik perhatian Soalan 9: Nyata dan jelaskan kategori pola budaya? Jawapan: a) wajib iaitu individu hanya mempunyai satu cara untuk melakukannya. b) Preferred iaitu yang lebih digemari. c) Tipikal iaitu ada beberapa cara melakukannya tetapi tidak satupun digemari tetapi satu daripadanya lebih kerap dilakukan. d) Alternatif iaitu ada beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari. e) Terhad iaitu cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu sahaja. SOALAN 10: Nyatakan sebab-sebab individu saling bergantungan dan bergabung dalam kelompok: 1) Dapat mewujudkan keamanan dalam diri sendiri 2) Memberikan pengakuan status untuk kelompok 3) Memberikan individu perasaan bahawa dirinya berharga 4) Memenuhi keperluan sosial afilasi 5) Mewujudkan kekuatan dalam tindakan kelompok 6) Mewujudkan pencapaian tujuan Soalan 11 : Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia .

-jurang bandar dan luar Bandar -jurang digital -jurang antara pencapaian pelajar -jurang antara pelajar normal dan pelajar keperluan khas -jurang sosial ekonomi -kelas sosial , jantina (minat pelajar), kumpulan minority. Ketidaksamaan berlaku akibat daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama. Kedudukan sekolah , latar belakang pelajar , status sosioekonomi, pencapaian akademik , minat pelajar , peluang hidup dan perbezaan bahasa. Ketidaksamaan peluang pendidikan wujud kerana golongan atasan mempunyai keupayaan kewangan untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan . Dalam proses pendidikan, pelajar perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuan dan kelakian secara langsung menjadi ketaksamaan wujud .

Soalan 12

Soalan 13 : Nytakan cara-cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah untuk menggalakkan suasana mesra budaya. a. Pelan lantai Memaksimumkan ruang bilik darjah sebaik mungkin. Mengambil kira keluasan bilik darjah, susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap kelas serta gaya pengajaran. b. c. Kebersihan, Pencahayaan dan Pengudaraan Susunan kerusi dan meja murid Pastikan bahawa kerusi dan meja yang akan diduduki murid dapat dilihat oleh guru bagi memastikan bahawa semua murid dalam perhatian guru serta bersesuaian dengan aktiviti P&P yang hendak dilaksanakan. d. Susunan perabot dan peralatan

Perlu disesuaikan dengan suasana dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kemudahan TMK yang disediakan perlu diletakkan di sudut yang sesuai dengan aktiviti P&P. e. Hiasan bilik darjah Murid diberi kebebasan menghiaskan bilik darjah dengan nasihat dan pandangan guru. Papan kenyataan perlu ada jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi dan lain-lain f. Sudut dan ruang bacaan Menjadikan bilik darjah sebagai satu tempat di mana berlakunya galakan budaya membaca dalam kalangan murid. g. Ruang dan sudut multimedia Kepelbagaian bahan menjadikan proses belajar dalam kalangan murid lebih menarik dan menyeronokkan.

14.Bincangkan kaedah pengajaran guru yang releven budaya untuk menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum. 1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif Guru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini, mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ahmad, Seng Yan dan Kumaran. Murid digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan perlu mempamirkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas

2. Penemuan

Guru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing

3. Projek Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya.

15. Nyatakan masalah komunikasi dalam bilik darjah dan cara mengatasinya. Jawapan: Masalah komunikasi bermaksud halangan ataupun gangguan yang berlaku semasa komunikasi, antara masalah komunikasi yang berlaku dalam bilik darjah dan cara mengatasinya ialah : a) Murid kurang minat dalam mesej yang hendak disampaikan oleh guru, biasanya murid akan bosan kerana sudah tahu apa yang hendak disampaikan oleh guru. Untuk menyelesaikan masalah ini guru mestilah memperbagaikan cara penyampaian dalam kelas untuk menarik perhatian murid. b) Guru kekurangan pengalaman akan gagal menggunakan bahasa ataupun ayat yang betul dalam kelas, ini terus menjejaskan kesan komunikasi dalam kelas. Cara penyelesaian bagi masalah ini ialah guru mestilah menbuat rancangan yang rapi sebelum memasuki kelas dan juga boleh membincang dengan guruyang lebih berpengalaman.

c) Persekitaran yang tidak sesuai juga turut menjadi masalah komunikasi seperti kelas yang kotor ataupun bising. Maka guru perlu sentiasa memastikan kekemasan kelas dengan menyusun satu jadual tugas untuk mengemaskan kelas. Disiplin juga perlu dititik beratkan dengan mengadakan peratyran-peraturan dalam kelas supaya semua murid tidak bising. d) Penyampaian guru yang kurang menarik akan memyebabkan murid menjadi bosan dan guru seharusnya perlu memgunakan perbagai alat bantu mengajar untuk menarik perhatian murid. Cara penyampaian juga perlu diperbagaikan. e) Saluran penyebaran maklumat yang tidak sesuai seperti semasa guru hendak memberi sesuatu arahan kepada murid tetapi tidak terus memberi tahu murid tersebut tetapi di catat dalam memo, ataupun melalui pihak yang ketiga(murid yang lain) , apabila masalah komunikasi ini berlaku, maklumat yang hendak disampaikan akan ditambah atau ditolak. Untuk memyelesaikan masalah ini,guru mestilah menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.

You might also like