You are on page 1of 3

PENGURUSAN DAN PERLAKSANAAN PBS DI SEKOLAH (LMS) A. 1. 2. 3. 4. 5.

Fokus Pemantauan Pentaksiran Berasas Sekolah Oleh JNJK , JPN & PPD Fail Pengurusan/ Induk Fail Perkembangan Murid Fail Showcase/ Pameran Kes-Kes Khas Penjaminan Kualiti ( Pemantauan Dalaman, Pementoran, Penyelarasan dan Pengesanan)

Pengurusan dan Perlaksanaan PBS meliputi aspek seperti berikut: a) Pengurusan fail induk & JK PBS sekolah b) Pengurusan penyebaran maklumat (ldp) c) Pengurusan bahan/ dokumen d) Pengurusan evidens murid e) Penjaminan Kualiti dan Sppbs (online) B. Pentaksiran Sumatif 1. Boleh dijalankan untuk lihat sejauh mana murid menguasai deskriptor/ tajuk (boleh buat selepas beberapa topik selesai diajar. Bentuk soalan bergantung kepada kesesuaian - membuktikan keesahan pencapaian murid. Contoh : Ujian Sumatif , Kuiz dsb. 2. Sebelum ini murid hanya diuji tertumpu pada pentaksiran formatif sahaja. 3. Jika murid betul (contoh) 30/50 soalan dikira menguasai mesti selari dengan pelaporan dalam sppbs (pelaporan formatif & Sumatif)-menguasai atau tidak ditentukan oleh keputusan mesyuarat panitia masing-masing atau mesyuarat PBS di sekolah. 4. Jika hasil diperoleh sebaliknya perlu lihat balik kesesuaian eviden/instrumen yang digunakan. Aktiviti pemulihan perlu dijalankan oleh guru mata pelajaran bagi murid-murid yang belum menguasai dengan menukar strategi pengajaran atau mempelbagaikan instrumen bagi memudahkan pemahaman murid. 5. Keputusan sumatif tidak dilaporkan dalam sistem sehinggalah penghujung tahun. 6. Pelaporan dalam sppbs pula hanya melaporkan penguasaan/ pencapaian murid (dijana oleh sistem): pelaporan secara formatif & sumatif. C. Sistem Fail PBS: (telah dibekalkan ke semua sekolah) 1. Fail Induk/ Pengurusan PBS a. Surat Pekeliling Ikhtisas PBS dari Lembaga Peperiksaan, KPM b. Surat Siaran Pelaksanaan PBS Jabatan Pelajaran Negeri c. Senarai Nama Jawatankuasa PBS d. Carta Organisasi Jawatankuasa PBS e. Senarai Tugas JK PBS f. Jadual Kerja / Pengoperasian PBS g. Minit Mesyuarat Jawatankuasa PBS h. Keputusan mesyuarat dilaksanakan / tindakan susulan i. Laporan Penjaminan Kualiti (Pementoran / Pemantauan / Penyelarasan)

2. Fail Perkembangan Murid (FPM) a. Satu fail bagi setiap murid, yang menyimpan setiap evidens terkini bagi setiap deskriptor untuk setiap mata pelajaran. b. Eviden terdahulu tidak perlu simpan lama , boleh diserah kepada pelajar (dalam tempoh dua @ tiga minggu) setelah direkod dalam sistem sppbs dan direkod dalam rekod transit(setiap m.pelajaran disimpan oleh guru m.pelajaran) c. Eviden yang terkini atau tertinggi sahaja bagi setiap deskriptor yang disimpan dalam FPM

3. Fail Showcase/ Pameran a. Menyimpan semua evidens (terbaik) bagi semua deskriptor untuk setiap mata pelajaran. b. Fail showcase dijadikan rujukan piawaian evidens. c. Disediakan mengikut tingkatan/ tahun atau mengikut kelas, bergantung kepada keputusan JK PBS sekolah. 4. Fail Pentaksir Guru a. Maklumat guru b. Standard Prestasi Mata Pelajaran c. Borang checklist @ Rekod Transit d. Instrumen Pentaksiran e. Takwim Pentaksiran Guru f. Jadual Waktu Mengajar Guru g. Surat Lantikan sebagai Pentaksir h. Salinan Modul Teras Asas dan Tema (Sekolah Rendah)

D. Jenis Evidens 1. Evidens Murid: a. Menunjukkan keupayaan sebenar murid tentang apa yang murid tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan. b. Guru boleh melihat dalam konteks lisan, persembahan,lakonan, nyanyian atau aktiviti fizikal. c. Evidens seperti di atas tidak perlu buat dalam bentuk lembaran @ dimasukkan dalam fail FPM. Guru hanya buat pemerhatian dan tandakan dalam rekod transit bagi pelajar yang melepasi evidens berkenaan dan laporkan dalam sppbs. d. Mata pelajaran yang ada banyak eviden murid seperti Pend Sivik, Pend Moral, Pend Jasmani & Kesihatan.

2. Evidens Bahan: a. Apa-apa bukti produk atau proses yang dihasilkan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. b. Eviden berbentuk lembaran (soalan), buku latihan, penulisan, grafik, artifak, bahan ICT/ rakaman. c. Boleh disediakan secara individu atau kumpulan. d. Kolaborasi evidens boleh diadakan. Contohnya guru boleh gabungkan dua evidens dalam satu pentaksiran ( jika ada perkaitan )

Kesimpulan:

i) ii) iii) iv)

v)

Tidak semua eviden pentaksiran perlu ada dalam bentuk lampiran dalam fail. Hanya eviden berbentuk bahan yang perlu dimasukkan dalam fail. Manakala bagi eviden murid guru hanya buat pemerhatian dan tandakan jika murid melepasi tahap. Setiap kali pentaksiran guru perlu : a. rekodkan dalam rekod transit dan failkan eviden yang berkenaan b. tandakan dalam sistem sppbs :Guru digalakkan log masuk ke sppbs sekali atau 2 kali sahaja dalam 1 bulan.(berkala, terpulang pada keselesaan guru) Panduan pengurusan PBS terpakai untuk semua darjah atau tingkatan semua sekolah mulai 2013.(Buku Panduan Pengurusan dan Pengendalian PBS terkini telah diberi kepada semua sekolah)

You might also like