You are on page 1of 9

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

PENDAHULUAN
Kajian Geografi Tempatan (KGT) adalah sebahagian daripada kandungan Sukatan Pelajaran Geografi KBSM. KGT mempunyai kesinambungan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Setiap murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 DIWAJIBKAN melaksanakan KGT

Buku Panduan KGT ini memberi panduan untuk merancang pelaksanaan KGT, format penulisan dan cara penilaian

Buku Panduan KGT diharapkan membantu guru melaksanakan KGT dengan lebih sistematik dan berkesan.

KGT DILAKSANAKAN DENGAN TUJUAN:


Mempraktikan kemahiran Geografi yang telah dipelajari Kemahiran mengesan dan mengenalpasti masalah dan isu

Menjalankan kajian secara ilmuah

OBJEKTIF
Mensyukuri, mencintai dan berbangga keunikan kawasan kajian Menjelaskan salingkaitan dan saling bergantung antara alam sekitar dengan manusia

Mencadang langkah-langkah kurangkan/penyelesaian

Mengemukakan idea secara tersusun

Memberi pendapat secara kritis dan kreatif

BAHAGIAN C: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN


1.1 ARAHAN AM:
1. Semua murid Tingkatan 1 wajib menjalankan KGT. 2. KGT dijalankan setelah selesai Bahagian A dan mana-mana satu tema Bahagian B. 3. Kerja lapangan boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan tetapi laporan KGT hendaklah dibuat secara individu.

4. KGT dijalankan mulai awal penggal kedua selama enam hingga lapan minggu. 5. Kerja lapangan tidak menggunakan waktu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 6. Laporan KGT diberi penilaian untuk peperiksaan akhir tahun. 7. Sekiranya kajian melibatkan temu bual, saiz sampel tidak melebihi 20 responden.

8. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam mencari maklumat dan penulisan laporan digalakkan. 9. Panjang laporan Hasil Kajian tidak melebihi 250 patah perkataan. 10. Laporan KGT hendaklah disediakan dalam kertas bersaiz A4. 11. Laporan yang disediakan perlu menyentuh semua kriteria yang ditetapkan dalam format penulisan laporan.

1.2 PEMILHAN TAJUK Hendaklah memilih satu tajuk yang bersesuaian dengan kawasan kajian daripada mana-mana tema atau isu geografi semasa.

FORMAT PENULISAN LAPORAN


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Rujukan Lampiran

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

You might also like