You are on page 1of 2

PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 2020

MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23)

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 (KLGT2)

1. ARAHAN KEPADA MURID


1.1 Tugasan ini adalah WAJIB dilaksanakan sehingga hujung November 2020
1.2 Murid melaksanakan KLGT2 mengikut prosedur seperti berikut:
a. Menentukan isu atau tajuk
b. Merancang perlaksanaan
c. Mengumpul data dan merekod data
d. Menulis laporan kepada guru mata pelajaran
e. Menghantar laporan kepada guru mata pelajaran
1.3 Murid di larang meniru menyalin atau memplagiat hasil laporan daripada mana-mana
sumber.

2. TUGASAN
Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang masalah pengangkutan di kawasan kajian yang
dipilih.

Kajian lapangan tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :


2.1 Mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan darat di kawasan kajian
2.2 Menjelaskan faktor-faktor perkembangan pengangkutan di kawasan kajian
2.3 Mengkaji masalah-masalah pengangkutan di kawasan kajian
2.4 Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah-masalah
pengangkutan di kawasan kajian.

3. PROSES MELAKSANAKAN KERJA LAPANGAN (perlu buat Jadual Kerja)


Bagi memastikan KLGT2 dapat dilaksanakan guru dan murid hendaklah mengikuti langkah
berikut:

a. Menentukan isi dan tajuk


Guru berbincang dengan murid untuk menentukan isu atau tajuk KLGT2. Isu atau tajuk
yang dipilih hendaklah berkaitan dengan kurikulum geografi yang dipelajari.

b. Menentukan objektif
Murid hendaklah menentukan objektif kajian yang hendak dilaksanakan dalam KLGT2
Guru membimbing murid menulis objektif kajian

c. Menentukan kaedah kajian


Murid hendaklah menentukan kaedah kajian yan sesuai untuk melaksanakan KLGT2
Murid boleh menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif
d. Mengumpul, merekod dan menganalisis data atau maklumat
Murid boleh mengumpul data atau maklumat melalui sosial selidik, pemerhatian, temu
bual dan analisis dokumen. Data atau maklumat yang dikumpul hendaklah direkod dan
dianalisis.
e. Merumus dan membuat pelaporan
Murid hendaklah membuat rumusan mengenai isu atau tajuk yang dikaji berdasarkan atau
maklumat yang diperoleh dan satu laporan KLGT2 hendaklah dihasilkan.

4. FORMAT PENULISAN KERJA LAPANGAN


Format asas penulisan laporan KLGT2 hendaklah mengandungi perkara berikut :

- Jadual kerja
- Penghargaan
- Pendahuluan
- Objektif kajian
- Kawasan kajian
- Kaedah kajian
- Hasil kajian
- Rumusan
- Rujukan
- Lampiran

5. SKOR MENGIKUT DIMENSI


1. Mengumpul maklumat - 18 markah
2. Merancang - 18 markah
3. Aplikasi - 36 markah
4. Membuat refleksi - 6 markah
5. Berkomunikasi - 12 markah
6. Etika dan kerohanian - 10 markah

Jumlah 100 markah

You might also like