You are on page 1of 3

Konsep Persekutuan Malaysia Kerajaan persekutuan bermaksud suatu sistem pemerintahan yang terdiri daripada beberapa buah negeri

yang disekutukan demi kepentingan bersama. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada dua, iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan. Setiap negeri mempunyai kuasa eksekutif dan perundangan ke atas perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman seperti Kerajaan Tempatan, meletakkan hal-ehwal perhutanan di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat pula mempunyai kuasa perundangan dan eksekutif atas perkara-perkara berhubung dengan luar negara dan perkara-perkara umum yang memerlukan keseragaman seperti pendidikan, pertahanan dan kewangan. Ini bermakna Kerajaan Negeri mempunyai kuasa bebas dalam hal pentadbiran negeri tanpa campur tangan Kerajaan Pusat, kecuali hal ehwal yang bercanggah dengan pentadbiran Persekutuan. Dalam Kerajaan Persekutuan, rakyat sebenarnya terikat dengan dua bentuk perlembagaan atau undang-undang, iaitu Perlembagaan atau Undang-undang Persekutuan dan Perlembagaan atau undang-undang negeri.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Persekutuan disini bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempuyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Malaysia terdiri daripada gabungan 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Persekutuan merupakan satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah yang sebelum ini wujud berasingan. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mestilah memelihara dan memperkukuhkan hubungan baik antara mereka. Sifat ini dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang stabil dan berwibawa serta membantu mengurangkan perbalahan antara kumpulan etnik. Hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri perlu sentiasa dipupuk bagi menjamin keharmonian. Disamping itu, pemimpin dan rakyat haruslah sentiasa mengamalkan toleransi untuk kepentingan bersama.

Negeri
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Johor Darul Takzim (Johor Bahru) Kedah Darul Aman (Alor Setar) Kelantan Darul Naim (Kota Bharu) Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka) Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban) Pahang Darul Makmur (Kuantan) Perak Darul Ridzuan (Ipoh) Perlis Indera Kayangan (Kangar) Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown) Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu) Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching) Selangor Darul Ehsan (Shah Alam) Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)

Wilayah Persekutuan
1. 2. 3. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Labuan Wilayah Persekutuan Putrajaya

You might also like