You are on page 1of 2

13 Buah Negeri dan 3 Wilayah Persekutuan Membentuk Malaysia

2011 - Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan yang ditadbir di bawah
naungan sultan yang dipilih (selama 5 penggal) dari 9 buah negeri yang mengekalkan kerabat di raja
sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pentadbiran kerajaan persekutuan pula diterajui oleh seorang Perdana
Menteri bersama jemaah-jemaah menteri yang dilantik bagi melancarkan tugas selia tadbir di
Malaysia. Dari 13 buah negeri dipecahkan pula kepada daerah, mukim serta kelompok. Pentadbiran di
Malaysia terbahagi kepada dua iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Setiap negeri diketuai
oleh seorang Ahli Dewan Undangan yang terpilih oleh suara rakyat melalui sistem Pilihanraya.
Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang pesat membangun dan mula membuka mata dunia.
Pusat pentadbiran negara berpengkalan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang dihuni oleh pelbagai kaum serta etnik.
Kepelbagaian budaya menjadikan Malaysia unik di mata dunia. Agama rasmi negara Malaysia adalah
Islam. Tetapi kebebasan beragama diberikan kepada rakyat yang berbilang bangsa. Penggunaan bahasa
Malaysia atau bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Manakala bahasa Inggeris adalah
bahasa pengantar atau bahasa kedua selaras dengan hubungan luar yang terjalin dengan negara luar
melalui medium ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Tiga Belas Buah Negeri


Johor Darul Takzim - Ibu Negeri (Johor Bahru)
Kedah Darul Aman - Ibu Negeri (Alor Setar)
Kelantan Darul Naim - Ibu Negeri (Kota Bharu)
Melaka Bandaraya Bersejarah - Ibu Negeri (Bandar Melaka)
Negeri Sembilan Darul Khusus - Ibu Negeri (Seremban)
Pahang Darul Makmur - Ibu Negeri (Kuantan)
Perak Darul Ridzuan - Ibu Negeri (Ipoh)
Perlis Indera Kayangan - Ibu Negeri (Kangar)

Pulau Pinang Pulau Mutiara - Ibu Negeri (Georgetown)


Sabah Negeri Di Bawah Bayu - Ibu Negeri (Kota Kinabalu)
Sarawak Bumi Kenyalang - Ibu Negeri (Kuching)
Selangor Darul Ehsan - Ibu Negeri (Shah Alam)
Terengganu Darul Iman - Ibu Negeri (Kuala Terengganu)

Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Labuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya

You might also like