You are on page 1of 20

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731

1.0 PENGENALAN Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Negara kita, Malaysia telah mendapat merdeka selepas 400 tahun dijajahi oleh penjajah asing. Lantaran itu, kita perlulah bersatu dan bersepadu dalam mencapai perpaduan agar Negara kita tidak tertakluk oleh Negara lain. Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu Perpaduan Teras Kejayaan. Jika slogan tersebut dibaca dengan teliti, slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Sebagai pembuka bicara, kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini? Untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Negara kita, semua pihak sama ada kerajaan atau masyarakat haruslah berganding bahu dalam mengekalkan perpaduan kaum. Bak pepatah: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Sekiranya salah satu
1

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 pihak tidak memberi kerjasama, maka sesuatu usaha kita tidak akan mencapai matlamat. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan
2

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya seperti kera mendapat bunga agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.

2.0 I THINK-

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 PERANAN MASYARAKAT DAN PERANAN KERAJAAN DALAM

MENGERATKAN HUBUNGAN TKNIK

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 3.0 TIGA PROGRAM YANG DILAKSANAKAN DI KOMUNITI SEKOLAH DALAM MEMUPUK PERPADUAN 3.1 Bulan Kemerdekaan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan salah satu langkah yang dapat dilaksanakan dalam kalangan komuniti sekolah dalam memupuk perpaduan di antara pelajar yang berbilang kaum, bangsa dan budaya. Sebagaimana yang kita tahu, perpaduan amat penting bagi semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum demi keamanan dan kedamaian negara. Walaupun matlamat utama Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah adalah untuk memupuk semangat cintakan negara di kalangan warga sekolah, tetapi, objektif dan tujuannya adalah membolehkan muridmurid mengamalkan hidup bersatu padu antara berbilang kaum, memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di kalangan pelajar. Menyedari hakikat ini, keiltizaman semua pihak diperlukan dalam menyambut sambutan kemerdekaan sehingga mencapai objektifnya bak kata pepatah alang-alang berdakwat biarlah hitam. Dalam sambutan Bulan Kemerdekaan ini, pelbagai program atau aktiviti yang boleh dilakukan dalam memupuk semangat perpaduan dalam naluri murid-murid. Antara aktiviti yang dilancarkan seperti pertandingan melukis dan mewarna poster Hari Kebangsaan, pertandingan melukis portrait tokoh-tokoh perjuangan

kemerdekaan, pertandingan menyanyi lagu patriotik, pertandingan mencipta sajak dan mendeklamasi sajak, pertandingan kuiz sejarah Malaysia, (Rujuk Lampiran1) pertandingan menulis esei, program kibarkan Jalur Gemilang secara beramai-ramai, persembahan multimedia menyambut Hari Kebangsaan dan sebagainya.

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 Aktiviti-aktiviti, program-progran dan pertandingan yang diadakan sempena Bulan Kemerdekaan boleh dilaksanakan dan disertai oleh semua murid-murid mengikut kelas masing-masing atau sekumpulan kawan baik atau semua warga sekolah terlibat. Misalnya, pertandingan menyanyi boleh disertai oleh semua murid di sekolah sama ada secara solo, berpasangan, atau beramai-ramai. Bagi berpasangan, iaitu melibatkan2 orang, iaitu in-pairs atau bagi solo, iaitu seorang atau chorus, iaitu beramai-ramai dan sebagainya. Melalui cara penyertaan secara berpasangan dan beramai-ramai, hubungan silaturahim dapat dieratkan dan murid-murid akan bersatupadu dengan hati yang penuh dengan muhibah dalam menyertai aktiviti dengan seronok. Hal ini demikian kerana seseorang itu akan berasa pengalaman itu dengan sendiri dan akan berasa kemegahan dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. Misalnya, bak kata peribahasa tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan melibatkan diri semasa sambutan bulan kemerdekaan ulang tahun. Setiap aktiviti dan program yang dilancarkan dalam bulan kemerdakan menggabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung, justeru, dapat melahirkan murid-murid yang mengenal erti perpaduan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sempena Bulan merdeka ini sudah pasti dapat memupuk perpaduan kerana mereka saling berinteraksi, bertoleransi dan bekerjasama supaya aktiviti dapat dijalankan dengan mudah dan lancar. Murid-murid pelbagai kaum berganding bahu dan bekerjasama terlibat dalam sambutan dalam bulan kemerdekaan. Satu contoh yang diketengahkan ialah kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Murut, Bidayuh dan sebagainya turut serta dalam sambutan bulan Kemerdekaan dan bersama-sama menyertai program yang dianjurkan seperti menyanyi lagu kebangsaan dengan penuh ikhlas, penuh semangat kerjasama dan bertoleransi tanpa mengira perbezaan kaum demi memenangi dalam pertandingan
6

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 menyanyi. Justeru semangat bersatu hati dan perpaduan dapat dicapai melalui program-program dalam sambutan Bulan Kemerdekaan ini. Tidak dinafikan bahawa, sambutan bulan Kemerdekaan sudah pasti dapat memupuk semangat cinta akan Negara. Apabila pelajar mempunyai semangat cinta akan negara maka mereka dapat menyedari kepentingan perpaduan antara berbilang kaum demi keamanan dan keharmonian Negara. Semangat perpaduan ini merupakan elemen yang penting yang menunjukkan bahawa kita cinta kepada Negara kita sendiri. Perpaduan juga merupakan satu langkah untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan yang dimiliki. Pelajar yang sedar tentang kepentingan perpaduan kaum pasti tidak akan melakukan perbuatan yang menyinggung perasaan kaum lain di sekolah yang boleh membawa kepada pergaduhan atau perselisihan faham. Sambutan seumpama ini bolehlah menjadi amalan di setiap sekolah pada setiap tahun, bulan Ogos bagi memperingati semula detik kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 agar setiap individu tidak melupai perjuangan ahli-ahli patriotik demi mencapai kemerdekaan Negara kita, justeru pelajar akan mencintai Negara kita dengan penuh ikhlas serta penghayatan yang mendalam. Program sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah memberi banyak manfaat kepada genarasi-genarasi baru. Program Bulan Kemerdekaan bukan sahaja memupuk semangat cinta akan Negara, malah, yang penting sekali, program ini turut memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar seperti memelihara keharmonian hidup, bekerjasama, bertolak ansur dan berfikiran positif. Murid-murid dipupuk untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melalui tingkah laku, pertuturan dan pemikiran mereka. Lantaran itu, sikap-sikap negatif seperti agresif, tidak menghormati kaum lain dan sebagainya akan dihapus secara tidak langsung.
7

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 Justeru, dapat melahirkan masyarakat yang hidup dalam keharmonian tanpa perselisihan dan pergaduhan. Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada kita dengan semangat perpaduan dan bersatu-padu untuk mengukuhkan Negara kita dari segi politik, sosial, sekonomi, keselamatan dan sebagainya. Sambutan program bulan kemerdekaan pula telah mencakupi dan merealisasikan impian Perdana Menteri dalam memacu konsep 1 Malaysia, perpaduan di kalangan murid dapat ditingkatkan.

3.2 Malam Kebudayaan


8

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 Secara etimologi, kata kebudayaan berasal dari kata Sansekerta iaitu budhayah, yang merupakan bentuk jamak dari kata budik yang bererti akal. Dalam bahasa asing kebudayaan disebut culture. Istilah kebudayaan itu sendiri, Kamus Dewan memberikan definisi cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi) iaitu merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusa dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Mungkin boleh menyatakan bahawa dalam zaman klasik, istilah kebudayaan itu tidak digunakan, dan ditempatnya digunakan istilah adat, sebagaimana yang disyaratkan oleh Dr Zainal Kling. Beberapa ahli antropologi merumuskan pengertian kebudayaan. E.B. Tyler menjelaskan kebudayaan adalah keseluruhan yang kompleks di dalamnya terkandung ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan yang lain serta kebiasaan yang didapat oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ralph Linto pula menyatakan kabudayaan adalah konfigurasi dari tingkah laku, yang unsur-unsur pembentukannya didukung dan diteruskan oleh anggota masyarakat tertentu. Manakala White mengulaskan kebudayan adalah sesuatu organisasi dari tingkah laku. Daripada definisi-definisi di atas, kita tidak dapat menafikan bahawa budaya kita di malaysia cukup dinamik kerana ia tergabung serta terpadu daripada ras budaya pelbagai kaum yang ada. Di peringkat sekolah, program malam kebudayaan dilangsung bertujuan untuk membawa mesej kepada murid supaya menjadikan seni dan hiburan sebagai satu medium untuk beramah-mesra, menanam nilai-nilai seperti saling menghormati, toleransi, bermuafakat dan sebagainya dalam hiburan, dan membina hubungan silaturahim yang erat antara berbilang kaum. Lantaran itu, melalui penganjuran Malam Kebudayaan dilihat mampu untuk melahirkan sebuah
9

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 masyarakat yang bersatu padu dan mengamalkan amalan hidup berkomuniti yang mantap melalui aktiviti kesenian berbilang kaum. Antara aktivit-aktiviti atau persembahan yang dipersembahkan oleh muridmurid berbagai kaum pada malam kebudayaan seperti tarian etnik, lagu etnik, seni, lakonan drama, bahasa, koir dan sebagainya. Misalnya, seni tari ditakrif oleh seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs yang memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri badan, tangan dan kaki mengikut rentak muzik berirama yang indah. Antara tarian berbagai kaum seperti tarian mak yong, zapin, gamelan,( kaum Melayu) bhrata natyam, (kaum India), singa, kipas, (kaum Cina) ngajat (kaum Iban) dan sumazau (kaum Kadazan) . (Rujuk lampiran 2) Selain daripada tarian etnik, seni-seni etnik dan permainan pelbagai kaum juga merupakan budaya yang dimiliki oleh setiap kaum yang boleh dipersembahkan dan diperkenalkan kepada kaum lain. Misalnya, pada malam kebudayaan, permainan seperti permainan gasing, wau, congkang, wayang kulit, batu seremban, catur cina, silambam dan sebagainya. (Rujuk Lampiran 3) Melaui persembahan-persembahan ini, murid-murid bukan sahaja mengetahui seni bangsa diri sendiri, malah mereka akan mengenali seni bangsa lain. Murid-murid akan menerima seni ini sebagai sebahagian hiburan dalam kehidupan seharian. Justeru, dapat mengelakkan pertikaian dan sikap mengindir dan prejudis terhadap seni kaum lain. Maka, suasana yang harmonis dan mesra dapat diwujudkan bukan sahaja di sekitar alam sekolah, maka turut dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum. Persembahan-persembahan berbilang kaum dan budaya bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara murid yang terdiri daripada berbilang kaum.
10

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 Hal ini terbukti apabila murid-murid bekerjasama dalam proses mempraktikkan dan mempersembahkan persembahan mereka dengan sedaya-upaya. Murid-murid dapat menikmati dan bersuka ria sesama ahli. Selain itu, mereka juga akan saling menolong, saling menghormati budaya kaum lai, di samping mengenali dan memperlajari budaya kaum lain. Penerimaan budaya berbilang kaum membolehkan murid menyesuaikan diri mereka dalam suasana dan persekitaran yang penuh dengan budaya kaum lain. Mereka mengetahui bahawa seiap kaum hidup bebas dengan identity mereka masingmasing. Mereka mempelajari untuk menghormati budaya setiap kaum. Misalnya, kaum melayu menari tarian Zapin; kaum cina pula terkenal dengan tarian kipas dan sebagainya. Apabila murid-murid mengenali dan menghormati budaya berbilang kaum, maka tidak akan memperlekeh-lekehkan dan mengindir budaya kaum lain. Maka, wujudlah perpaduan dalam naluri setiap murid. Walaupun Negara kita berbilang bangsa, mahupun agaman, mahupun budaya, namum sejak peristiwa Mei 1969, tidak ada pencemuhan budaya kaum berlaku., tidak ada satu kaum yang mendominasi akar umbi kehidupan masyarakat secara totalisme. Baik kaum Melayu, Cina, atau India, mereka hidup bebas dengan budaya dan identiti tanpa bersikap prejudis dan ethnocentrisme, iaitu bersikap, memperlekeh-lekehkan budaya kaum lain dan menggangap budaya sendiri lebih bagaus daripada kaum lain. Kita dapat menyaksikan bahawa penerimaan budaya dewasa ini, masyarakat bukan Melayu, iaitu kaum Cina, India, Iban turut menerima budaya orang Melayu dari segi pemakaian dan makanan. Contohnya, mereka memakai menggayakan baju kurung, makan nasi lemak dan sebagainya. Keadaan ini juga sama pada kaum Melayu, turut makan roti canai (makanan tradisi India), limau Cina (makanan Cina pada Raya) dan sebagainya. Jadi, untuk memperkukuhkan lagi budaya berbagai ini, murid-murid sejak kecil perlu dilatih untuk menanamkan nilai menerima dan menghormati budaya yang
11

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 berbaza kaum, justeru kesan dan amalan diskriminasi akan dipupus dari naluri mereka. Murid-murid akan saling menyayangi antara satu sama lain tanpa memperlekeh adat dan budaya kaum lain dan justeru hidup di bawah bumbung yang bersatu-padu dan harmoni,

3.3 Aktiviti Kokurikulum Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U.(A)531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan12

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 Peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi difinisi Kokurikulum. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dalam Warta kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai kegiatan kumpulan. Manakalan, dalam warta Kerajaan Bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, no. 26, Tambahan no. 94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996, peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan telah memberi definisi: kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi penyertaan dalam sukan dan permainan, penyertaan dalam persatuan dan kelab, penyertaan dalam pasukan pakaian seragam. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman dan memupuk perpaduan melalui pengalaman. Walaupun terdapat banyak objektif kokurikulum, tetapi semua objektif kokurikulum ini dapat disimpul bahawa matlamat utamanya adalah memupuk nilainiali murni, semangat bersatu-hati dan semangat perpaduan antara berbilang kaum. Hal ini kerana kokurikulum memupuk nilai-nilai murni setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Untuk mencapai matlamat tersebut, pihak sekolah juga dicadangkan untuk melaksanakan beberapa strategi yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kokurikulum dapat dilengkapi di peringkat sekolah. Antaranya nenambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta
13

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 mempelbagaikan aktiviti tersebut dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara sepasukan atau kumpulan; melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan; melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat; serta melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatua Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), dalam guru-guru dan murid-murid

perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Oleh itu, pihak sekolah memastikan strategi-strategi mampu menggalakkan murid-murid

hendaklah

melibatkan diri mereka dalam pelbagai jenis aktiviti dam=n melibatkan pelbagai kaum. Kegiatan Kokurikulum dikatakan dapat memeupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan ini penting dalam menjaga hubungan etnik yang harmonis di Malaysia. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum saling membantu, bekerjasama, bertoleransi, saling memberi dan menerima pendapat satu sama lain, dan bersatu-padu dalam melakukan kegiatan bagai aur dengan tebing. Sebagai contohnya, pasukan chorus speaking, pasukan koir, pasukan bola kerajang, pasukan bola sepak, dan sebagainya mewakili sekolah mahupun negeri untuk bertanding dalam acara-acara tertentu yang diadakan pada setiap tahun. Secara langsung, hubungan mereka dibina melalui interaksi dan kerjasama yang sepenuhnya. Tambahan pula, pelajar ingin bersatu-padu untuk mencapai kerjayaan maka merka akan berusaha untuk mencapai semangat pasukan yang bersatu hati kerana bersatu teguh bercerai roboh. Justeru, semangat bersatupadu, semangat perpaduan dapat dipupuk, disemai, dan dikukuhkan dalam naluri mereka sejak kecil lagi.

14

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 Kita tidak dapat menafikan bahawa penyertaan pertandingan dalam aktiviti kokurikulum dapat mengembangkan minat, bakat dan potensi dalam diri pelajar. Namun, kesemua keminatan dan kebakatan murid-murid ini dapat mendorong muridmurid untuk melibatkan diri mereka dalam pernyertaan pertandingan kerana mereka berbakat dan mereka berasa bangga terhadap diri, sekolah mahupun negeri. Maka, penyertaan murid-murid membenarkan mereka untuk mempelajari nilai seperti saling menghormati, toleransi, dan besatu hati demi mencapai kejayaan. Contoh-contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi pengukuhan perpaduan seperti bahas dan pidato, koir, projek membuat kincir air, olahraga, pertandingan bola, khidmat masyarakat, perkhemahan, pertolongan cemas, kawad kaki serta permainan tradisional seperti gasing, wau, batu seremban, catur cina dan sebagainya. Misalnya, dalam projek membuat kincir air, sekumpulan murid yang terdiri daripada berbilang kaum yang terlibat akan memberi pendapat tentang pengetahuan mereka dalam sains dan matematik, menyumbang kreativiti dan kemahiran dalam kerjayaan dalam menciptanya. Apabila mereka saling membantu, dan berinterasi, maka hubungan yang erat dapat dibina antara mereka. Murid-murid akan menghayati nilai-nilai murni seperti saling membantu, menerima pandangan orang lain, menghormati, dan sebagainya. Justeru secara tidak langsung, semangat bersatu padu dan perpaduan dapat dilahirkan dalam jiwa mereka. Aktiviti khidmat masyarakat juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam kegiatan kokurikulum, iaitu di bawah bahagian kelab. Dalam aktiviti khidmat masyarakat pula, sekumpulan murid akan dibawa di bimbingan beberapa orang guru untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Misalnya, melawat ke rumah warga tua, membersihkan dan menceriakan tamana rekreasi, menderma untuk anak miskin, membuat seni kraftangan dan sebagainya. Tujuan dalam aktiviti khidmat adalah
15

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama, saling membantu antara satu sama lain, justeru memupuk semangat perpaduan berbilang kaum. Tambahan pula, menerusi aktiviti pertolongan cemas, murid-murid diberi peluang untuk belajar cara-cara memberi rawatan kecemasan dan menggunakan pengetahuan ini untuk membantu murid lain yang cedera. Pembantuan dan pertolongan yang diberi ini tidak mengira kaum dan tempat manakala menghulur bantuan kepada sesiapa dan tanpa mengira di mana. Apabila ahli-ahli uniform PBSM sudi membekalkan bantuan tanpa mementingkan diri sendiri, maka dapatlah mewujudkan perpaduan dan suasana harmonis di kalangan murid. Perpaduan ini turut dapat dipupuk melalui latihan kawad kaki. Aktiviti ini dapat mewujudkan disiplin dalam pasukan misalnya, murid-murid memberi kerjasama, semangat berpasukan dan justeru melahirkan semangat bersatu hati demi mendapat kedudukan dalam pertandingan. Jadi, perpaduan dapat disemai secara tidak langsung melalui latihan kawad kaki. Aktiviti perkhemahan juga merupakan salah satu aktiviti yang dapat memupuk semangat perkhemahan di kalangan murid. Aktiviti ini membekalkan mereka untuk cara hidup berdikari, semangat kembara, dan berani di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid. Umum mengetahui bahawa perkhemahan ini bukan terlibat dengan satu kaum dan bangsa sahaja. Apabila murid-murid berbilang kaum ini melakukan perkara seperti mendirikan khemah, membaca peta, menyanyi lagu, membuat persembahan dan sebagainya, murid-murid akan bekerjasama dalam pasukan supaya setiap perkara yang dilakukan tidak gagal dan boleh dijalankan dengan lancar. Apabila sesuatu perkara itu dijalankan dengan lancar, murid-murid akan berasa seronok dan akan melakukan sesuatu dengan lebih bersemangat dan menyukai ahli-ahli sepasukan mereka. Keadaan ini membolehkan hubungan yang erat
16

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 dijalinkan dan secara tidak langsung, semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan murid. Kesimpulannya, pelbagai aktiviti menerusi kegiatan kokurikulum dapat memupuk perpaduan kaum. Di peringkat sekolah rendah tahun 3 dan tahun 4, mereka mempunyai masa 60 minit dalam melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, manakala murid-murid tahun 4 mempunyai masa selama 120 minit dalam melibatkan diri mereka dalam kegiatan kokurikulum. Masa yang diperuntukkan ini adalah memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri mereka secara bebas tanpa gangguan dalam penyertaan aktiviti-aktiviti yang dibekalkan dalam senarai kegiatan kokurikulum. Jadi, menjadi peranan kepada pihak sekolah untuk memastikan semua kegiatan atau aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan menjadi pemangkin kepada modal insan.

4.0 PENUTUP Perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara. Jadi, Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.

17

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Hal ini demikian kerana dengan ada perpaduan maka sikap mementingkan kaum sendiri, sikap prejudis, amalan stereotaip turut dapat dihapuskan. Ia juga akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakat berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman. Dalam hal ini, semua pihak sama ada top-down atau bottom-up mesti bekerjasama dalam usaha memelihara hubungan etnik yang harmonis. Sebagai intihanya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, seperti isi dengan kuku. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Majulah bangsa demi negara! 5.0 REFLEKSI Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan Negara mundur kepada Negara sedang membangun. Pergerakan daripada Negara mundur kepada Negara yang sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun iaitu daripada tahun 1957 sehingga tahun 2007, satu jangka waktu yang cukup pendek menurut sejarah dunia. Pencetus kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah
18

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 peristiwa rusuhan etnik 13 Mei 1969 yang telah membuat semua rakyat tersentak lalu membuka mata. Peristiwa ini telah mendedahkan kepada rakyat Malaysia bahawa hubungan etnik yang harmonis merupakan kunci kemajuan Negara dan bukannya hanya semata-mata bergantung kepada pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik sahaja. Melalui kerja kursus yang saya jalankan, saya berpendapat bahawa perpaduan amat penting dalam mengekalkan hubungan etnik yang harmonis seperti yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Seperti yang dirujukkan dalam peristiwa rusuhan kaum, pengajaran yang besar daripada peristiwa ini ialah kita semua perlu bersatu padu, dan menerima dan menghormati antara satu sama lain. Negara kita terdiri daripada pluraliti budaya, bangsa, adat resam dan kumpulan etnik. Kita perlu mengelakkan amalan prejudis, sikap mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. lain demi mengekalkan hubungan berbilang etnik yang harmonis. Daipada kerja kursus ini juga, saya mengetahui bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak generasi baru tentang kepentingan perpaduan. Nilai perpaduan ini hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna sehingga dewasa kelak nanti. Misalnya, pelbagai program dan aktiviti boleh dijalankan di peringkat komuniti sekolah dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid seperti bulan kemerdekaan, pesta kebudayaan, kegiatan kokurikulum, hari sukaneka dan sebagainya. Semua aktiviti-aktiviti ini mampu melahirkan murid-murid yang memiliki semangat perpaduan melalui pengamalan nilai seperti kerjasama, saling menerima dan menghormati serta bertoleransi dan sebagainya.
19

KIUNG SIEW CHIN 0610/1731 Jadi, saya dapat menyimpulkan bahawa peribahasa Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum, namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian hubungan etnik dapat dilahirkan ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Perpaduan kaum turut meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

20

You might also like