You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN PEMBELIAN ALATAN PERMAINAN UNTUK KELAB USAHAWAN MUDA SEK. MEN. KEB.

SEKSYEN 10, KOTA DAMANSARA 1.0 LATAR BELAKANG Kelab Usahawan Muda telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan keahlian seramai 30 orang murid dan seorang guru penasihat. Penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli aktiviti perniagaan dan cara-cara merekod setiap urusniaga yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah jualan makanan dan minuman, jualan cenderahati dan projek mengedar kertas jawapan Prinsip Perakaunan. Ahli-ahli akan diberi saguhati bagi setiap projek jualan yang diusahakan. Ini adalah untuk menghargai setiap sumbangan daripada ahli. Jamuan tahunan juga telah diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya bagi meraikan ahli-ahli yang aktif dalam aktiviti kelab. 2.0 PENGENALAN Pihak kelab telah bercadang untuk membeli set permainan MONOPOLY (versi Bahasa Inggeris) dan SAIDINA (versi Bahasa Melayu) sebagai satu daripada aktiviti bagi ahli-ahli kelab. Permainan ini akan mendedahkan kepada ahli tentang penggunaan wang dan bagaimana untuk menambahkan wang yang telah sedia ada. Ahli-ahli juga dapat mempelajari masa yang sesuai untuk membeli harta dan mendapat keuntungan daripadanya melalui jualan semula atau menyewakannya. Keputusan yang dibuat akan menambahkan wang masing-masing. Pemain yang mengumpul kekayaan paling banyak akan digelar saidina. Satu set permainan ini boleh dimain oleh enam orang pemain. 3.0 OBJEKTIF Melalui permainan ini, ahli-ahli dapat: 3.1 Menanam sikap bekerjasama dan bertolak ansur sesama murid 3.2 Mengeratkan hubungan antara murid 3.3 Belajar membelanjakan wang sebaik mungkin untuk menambah nilai wang sedia ada 3.4 Melatih murid untuk membuat keputusan yang terbaik 3.5 Melatih murid membuat catatan bergu bagi setiap transaksi dijalankan 4.0 SASARAN 4.1 Ahli-ahli Kelab Usahawan Muda 4.2 Murid-murid Tingkatan 4, 5 dan 6 yang mengambil subjek perakaunan 4.3 Murid Tingkatan 3 (aktiviti selepas PMR)

5.0 KEWANGAN RM Pendapatan: Tabung Ko-kurikulum Perbelanjaan: Permainan Saidina (2 set x RM49.90) Permainan Monopoly (2 set x RM89.90) 6.0 HARAPAN Semoga permohonan ini diluluskan dan seterusnya akan memberi pengisian yang membina kepada ahli-ahli Kelab Usahawan Muda. RM 279.60 99.80 179.80 279.60

Disediakan oleh, Diluluskan oleh, . (YUSRA YAHAYA) Penasihat Kelab Usahawan Muda SMK Sek. 10, Kota Damansara

Disahkan oleh,

..

You might also like