You are on page 1of 11

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 13

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PENGAYAAN

Sinopsis Aktiviti pengayaan memerlukan guru menyediakan satu perancangan yang baik dari aspek ruang, objektif, langkah aktiviti dan menetapkan strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan untuk membolehkan guru melaksanakan aktiviti pengayaan dengan berkesan. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. ii. iii. 13.1 Menyusun atur ruang di dalam kelas untuk aktiviti pengayaan. Menulis objektif yang berbeza bagi setiap kumpulan pengayaan. Menentukan strategi pengayaan yang sesuai. Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan memerlukan guru menyediakan rancangan pengajaran supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan yang positif ke arah meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Dalam perancangan pengajaran, guru perlu mengambil kira aspek ruang pengayaan, objektif aktiviti, langkah-langkah aktiviti dilaksanakan dan strategi pengajaran pengayaan. 13.1.1 Mengenal pasti ruang pengayaan Murid berada dalam kumpulan berdasarkan pencapaian, seperti kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Guru perlu mengatur ruang/tempat di dalam kelas untuk menempatkan setiap kumpulan murid bagi aktiviti pengayaan supaya lebih terurus. Bahan disimpan di tempat yang sesuai supaya mudah untuk diambil dan digunakan. Kumpulan murid tidak sama setiap masa kerana kebolehan setiap murid tidak sama bagi semua mata pelajaran. Murid perlu dilatih untuk bergerak dengan cepat dalam kumpulan supaya aktiviti pengayaan dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh itu, pengurusan ruang untuk aktiviti pengayaan secara kumpulan hendaklah dilaksanakan secara mudah alih.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

13.1.2 Objektif dan langkah-langkah aktiviti Objektif aktiviti pengayaan bagi setiap kumpulan harus berbeza. Objektif secara kumpulan ini dianggap sebagai objektif lanjutan daripada objektif P dan P secara kelas. Aktiviti pengayaan bagi tiga kumpulan berdasarkan kemahiran yang sama. Peringkat kesukaran objektif setiap kumpulan berbeza sesuai dengan tahap kebolehan dan pencapaian kumpulan. Pencapaian minimun dalam objektif perlu sesuai dengan tahap kebolehan setiap kumpulan murid. Contoh objektif pengayaan untuk kemahiran menulis ayat tunggal dengan menggunakan kata kerja transitif: Kelas: Tahun 3 Kumpulan Anggerik (cerdas) Murid dapat menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa merujuk gambar tanpa pilihan perkataan. Langkah:

Guru memberi arahan kepada murid supaya menulis lima ayat tunggal dengan menggunakan kata kerja transitif selain daripada kata kerja transitif yang telah dipelajari. Murid menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa bimbingan guru.

Kumpulan Mawar (sederhana) Murid dapat menulis lima ayat tunggal secara gramatis berdasarkan gambar tunggal tanpa pilihan perkataan. Langkah:

Guru memberikan sekeping gambar tunggal yang mengandungi lima individu dalam sebuah keluarga sedang melaksanakan tugas masing-masing. Murid menulis lima ayat tunggal berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh setiap individu dalam gambar tanpa bimbingan daripada guru.

Kumpulan Cempaka (lambat) Murid dapat menulis lima ayat tunggal berdasarkan gambar bersiri dengan mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang diberikan. Langkah:

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Guru memberikan gambar bersiri yang terdiri daripada lima keping gambar yang menunjukkan individu sedang melakukan sesuatu aktiviti. Di bawah gambar terdapat satu ayat yang dikosongkan untuk diisi dengan kata kerja transitif. Lapan pilihan jawapan disediakan oleh guru. Guru membimbing murid untuk memilih jawapan yang paling tepat.

13.1.3 Menentukan Strategi dan aktiviti Guru menentukan sama ada ingin melaksanakan aktiviti pengayaan melalui kumpulan mengikut kebolehan murid atau aktiviti pengayaan bersama kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan atau melalui kumpulan pelbagai kebolehan. Jika aktiviti pengayaan dalam kumpulan mengikut kebolehan murid, aktiviti murid cerdas harus lebih mencabar daripada murid sederhana, aktiviti murid lambat lebih mudah daripada murid sederhana. Murid cerdas dapat membimbing murid dalam kumpulan lambat. Bagi aktiviti pengayaan diberikan kepada murid cerdas dan sederhana manakala murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan , guru memberikan arahan yang jelas kepada murid pemulihan kerana guru perlu membimbing murid pemulihan. Jika guru melaksanakan aktiviti pengayaan dalam kumpulan pelbagai kebolehan, murid cerdas dilatih untuk membantu/membimbing murid lambat. Sesuai dilaksanakan jika kekurangan bahan bantu belajar. Wujudkan stesen untuk meletakkan bahan yang berbeza (jumlah setiap bahan sedikit).

Aktiviti Sediakan rancangan pengajaran harian untuk anda melaksanakan satu pengajaran dengan memasukkan objektif pengayaan dan langkah-langkah pelaksaanaan aktiviti berdasarkan strategi yang sesuai.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 14

SESI LATIHAN PENGAJARAN AKTIVITI PENGAYAAN

Sipnosis Tajuk ini memfokuskan sesi latihan pengajaran aktiviti pengayaan yang perlu dirancang berdasarkan kemahiran-kemahiran bahasa. Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. ii. 14.1 Mengenal pasti dan merancang sesi latihan bagi aktiviti pengayaan Melaksanakan sesi latihan pengajaran bagi aktiviti pengajaran Program Pengayaan Program pengayaan hendaklah dilaksanakan untuk semua murid cerdas, sederhana, dan lambat di dalam kelas KBSR dan KSSR. Program pengayaan merupakan suatu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk murid memperoleh pelbagai aktivitiaktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka. Jenis-jenis pengayaan boleh terdiri daripada bacaan tambahan, kerja projek, dan permainan dan rekreasi. Ketika melaksanakan aktiviti pengayaan perkara-perkara yang berikut hendaklah diambil kira ialah: Program pengayaan dijalankan secara tidak formal. Program hendaklah dirancangkan dengan teliti. Guru berperanan sebagai pendorong Guru memberikan bimbingan kepada murid lambat ketika aktiviti pengayaan dijalankan. Murid cerdas digalakkan mengajar murid yang lambat Penghargaan diberikan kepada murid yang telah menghasilkan kerja.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

14.2

Kemahiran Mendengar dan Bertutur (Lisan) Lengkapkan kata bual berdasarkan gambar bersiri cerita harimau dengan sang kancil. Selepas melengkapkannya, murid secara berpasangan dikehendaki mengujarkannya dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Mula

z z z Tamat

14.3

Kemahiran Membaca Bil. 1 Aktiviti-aktiviti kemahiran Membunyikan huruf yang ditunjukkan. Membunyikan suku kata 2 yang ditunjukkan. Membaca perkataan yang 3 ditunjukkan Aktiviti-aktiviti pengayaan Memadankan kad gambar yang ejaannya bermula dengan huruf yang ditunjukkan. Menyesuaikan suku kata dengan gambar yang diberikan. Memadankan gambar dengan perkataan yang diberikan.

14.4

Kemahiran Menulis Contoh 1 Bil. Contoh Aktiviti-aktiviti Contoh Aktiviti-aktiviti Pengayaan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kemahiran Melawat ke kawasan 1 sekolah untuk melihat pelbagai jenis bunga. Memasukkan keratan pokok-pokok bunga 2 Bersoal jawab tentang bunga-bunga yang dilihat Memadankan gambar 3 bunga dengan kad perkataan Mencari kad-kad huruf bagi menamakan gambar Mengisi petak kosong untuk melengkapkan satu nama. 6 Menyalin perkataanperkataan yang dipelajari. Melukis bunga yang digemari. ke dalam botol-botol yang berisi air untuk dijadikan hiasan bilik darjah dan ditanam ke dalam pasu apabila tumbuh akarnya. Melengkapkan silang kata tentang pokok atau bunga. Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar. Membaca kad-kad atau buku-buku yang disediakan oleh guru tentang pokok atau bunga. Menulis sebuah cerita pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disalin. Menyediakan buku skrap berkaitan dengan bunga-bungaan. Mengkaji bunga, iaitu bau, warna, dan saiz

Contoh 2 SAYA PANDAI MENULIS AYAT Objektif: Murid-murid dapat membina dan menulis ayat mudah.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Bahan: Kad yang mengandungi perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka. Buku latihan atau kertas.

ada

bapa

saya

biru

suka

baru

beli

baju

Bentuk permainan: 1. Cara bermain: 2. Individu Berpasangan

Aktiviti permainan: Guru memberi kepada murid kad senarai perkataan. Guru menyuruh murid membina dan menulis seberapa banyak ayat yang boleh dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut. Murid atau kumpulan yang paling banyak dapat membina ayat dengan betul dikira sebagai pemenang.

Contoh jawapan: 1. Saya baca buku. Saya beli buku. Saya baru beli buku. Saya baru beli buku. Bapa beli buku baru. Bapa suka baca buku baru.

2. Buku bapa biru. Buku bapa saya. Buku bapa saya biru. Buku bapa saya baru. Saya suka baca buku. Saya suka baca buku baru.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Bapa baru beli buku. Bapa beli buku. Bapa suka beli buku. Bapa saya suka baca buku.

Bapa saya beli buku. Bapa saya beli buku biru. Bapa saya baru beli baju. Bapa saya baru beli baju biru.

Aktiviti: Bina satu rancangan pengajaran yang memfokuskan aktiviti pengayaan kemudian cadangkan bahan bantu mengajar dan cara-cara mengendalikannya di dalam kelas. Simulasikan pengajaran tersebut.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 15
Sinopsis

PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PENGAYAAN

Tajuk ini membincangkan kaedah penilaian yang dapat dilaksanakan untuk menilai pencapaian murid yang mengikuti aktiviti pengayaan, cara rekod penilaian disimpan oleh guru dan tindakan susulan yang dijalankan oleh guru selepas penilaian dilaksanakan. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. ii. iii. Menghuraikan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menilai hasil daripada aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid yang mengikuti pengayaaan. Menjelaskan cara penyimpanan rekod pencapaian murid selepas aktiviti pengayaan dilaksanakan. Menyenaraikan tindakan susulan yang dapat dilaksanakan oleh guru hasil daripada penilaian aktiviti pengayaan.

15.1

Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan Selepas murid melaksanakan aktiviti pengayaan yang disediakan, guru hendaklah membuat penilaian terhadap pencapaian murid semasa proses melaksanakan aktiviti dan menilai hasil kerja murid selepas aktiviti dilaksanakan. Guru boleh menilai hasil dengan menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian. 15.1.1 Kaedah Penilaian Antara kaedah penilaian yang dapat diaplikasikan oleh guru seperti yang berikut: a. Pemerhatian semasa aktiviti pengayaan murid Guru boleh menilai murid dari aspek cara murid berinteraksi dengan rakan-rakan dalam kumpulan, kerjasama, toleransi, tanggungjawab, kesungguhan, kepimpinan, semangat berpasukan dan aspek lain yang berkaitan. Penilaian lebih berfokus pada sikap dan sahsiah murid. Guru boleh menyediakan borang senarai semak yang mengandungi aspekaspek yang dinilai, gred pemarkahan dan ulasan guru secara keseluruhan bagi setiap murid.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

b.

Soal jawab dan perbincangan selepas aktiviti pengayaan Penilaian dapat dilaksanakan melalui kaedah soal jawab dan perbincangan. Kaedah ini digunakan oleh guru selepas aktiviti pengayaan dijalankan. Guru boleh bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dilaksanakan sama ada senang atau sukar bagi murid, masa yang diberikan mencukupi atau sebaliknya serta kenal pasti masalah yang dihadapi murid semasa menyiapkan aktiviti. Perbincangan tentang cara murid mendapatkan idea untuk menghasilkan tugasan yang diberikan atau berbincang tentang sumber yang digunakan untuk menghasilkan projek dan sebagainya.

c.

Pemeriksaan dan penelitian hasil kerja murid selepas aktiviti pengayaan Guru menilai hasil kerja murid sama ada secara individu atau berkumpulan. Hasil kerja yang dinilai boleh terdiri daripada hasil aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dan aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Hasil kerja dinilai berdasarkan jenis aktiviti pengayaan yang dilaksanakan. Guru boleh menyediakan borang pemarkahan yang mengandungi kriteria-kriteria yang ingin dinilai seperti kreativiti, kekemasan, kesesuaian jika menilai aktiviti projek.

Jenis penilaian yang sesuai untuk menilai aktiviti pengayaan ialah penilaian formatif, iaitu penilaian yang dibuat setiap kali aktiviti diberikan kepada murid. Untuk aktiviti yang berbentuk projek, penilaian diberikan selepas projek disiapkan. Penilaian boleh dilakukan oleh guru sendiri atau mendapatkan bantuan daripada guru lain atau penilaian sesama murid itu sendiri. Guru perlu menyediakan borang senarai semak yang mengandungi kriteria penilaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Penilaian yang diikuti oleh penghargaan daripada guru dapat membangkitkan semangat belajar dalam kalangan murid.

15.1.2 Penyimpanan Rekod

10

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Keputusan penilaian yang telah dilaksanakan oleh guru semasa dan selepas aktiviti pengayaan perlu direkodkan dan disimpan di dalam fail. Guru boleh menyimpan rekod murid di dalam fail secara individu atau secara kumpulan. Rekod ini penting sebagai rujukan untuk melihat pencapaian dan hasil kreativiti murid dalam aktiviti pengayaan yang telah dijalankan. 15.1.3 Tindakan Susulan Guru dapat menjadikan hasil penilaian sebagai asas untuk mengadakan tindakan susulan seperti memberikan bahan dan aktiviti yang lebih mencabar dan menguji minda bagi murid cerdas untuk mengelakkan mereka berasa bosan dengan aktiviti yang diberikan manakala guru juga berperanan untuk mempertingkatkan aktiviti bagi murid yang sederhana dan lambat jika mereka telah dapat menguasai kemahiran dengan baik berdasarkan aktiviti pengayaan yang telah diadakan. Kesimpulannya, guru dapat menyediakan aktiviti yang lebih sesuai dan mencabar minda untuk setiap individu/kumpulan hasil daripada penilaian yang telah dilaksanakan.

Aktiviti a. Bincangkan kaedah penilaian yang dapat digunakan dalam pendidikan pengayaan yang dapat membantu guru untuk meningkatkan kualiti aktiviti pengayaan seterusnya. b. Anda dikehendaki menyediakan fail yang mengandungi rekod hasil penilaian aktiviti pengayaan yang telah anda laksanakan di sekolah anda dengan memilih satu daripada kaedah penilaian yang telah dipelajari.

11

You might also like