You are on page 1of 1

Ahli sejarah berbangsa Belanda, Francois Valentijn, mencatatkan bahawa bahasa Melayu dituturkan dengan meluas di Kepulauan Melayu,

ia tidak ubah seperti Bahasa Latin di Eropah. Menurut beliau , bahasa Melayu difahami sehingga ke Parsi dan sesiapa sahaja yang dapat memahami bahasa Melayu tidak akan kehilangan jejak di rantau ini. Bahasa Melayu mudah difahami kerana sifatnya yang mudah lentur, tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyarakat, dan mempunyai sistem yang jauh lebih ringkas berbanding bahasa bahasa lain. Bahasa Melayu yang digunakan sehingga kini telah menerima pelbagai pengaruh dan istilah pinjaman dari bahasa asing seperti Sanskrit, Arab, Parsi, Jawa, Cina, Tamil, Portugis, Belanda dan Inggeris. Penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu adalah disebabkan faktor perantauan dan penjajahan. Sehingga kini, masyarakat antarabangsa juga telah mengiktiraf bahasa Melayu dan juga semua aspek yang berkaitan dengan Melayu (budaya, adat, kesenian dan sebagainya). Sehubungan itu, beberapa negara telah mewujudkan Pengajian Melayu serta menawarkan kursus Pengajian Melayu di peringkat universiti. Antara universiti tersebut termasuklah Universiti Leiden (Belanda), Universiti London (England), Universiti Kebangsaan Australia (Australia), Unuversiti Victoria (New Zealand), Institut Negara Moscow (Rusia), Universiti Beijing (China) dan Universiti Hankuk (Korea Selatan).

You might also like