You are on page 1of 2

1.

Bahasa Melayu di Thailand tergolong dalam kelompak bahasa minoriti dania


dituturkan oleh kaum peribumi Melayu yang beragama Islam yang tinggal di lima wilayah
selatan Thailand iaitu wilayah Patani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Satun Melayu.Ada
beberapa wilayah di sekitar Bangkok yang masih menggunakan bahasa Melayu dalam
berkomunikasi sesame mereka seperti di Ayuthya, Minburi, Klongneng, Tambon Bangpo
dan Kloungluang Pathomthani majoriti. Bahasa Melayu menjadi bahasa Ibunda (bahasa
pertama) dan warisanpeninggalan paling berharga bagi masyarakat Melayu yang tinggal di
selatan Thai.Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting di selatan Thai.

Manakala, BFSU adalah universiti terawal menawarkan jurusan pengajian Melayu di


peringkat ijazah sarjana muda, dan kini ada sembilan lagi universiti lain yang menawarkan
jurusan yang sama. Sekaligus, universiti di China telah memartabatkan Bahasa Melayu di
luar Nusantara Melayu. Bahasa Melayu terus berkembang maju melalui persidangan
antarabangsa dalam bahasa Melayu yang diadakan di negara China, penerbitan ribuan
buku dan makalah dalam Bahasa Melayu di negara berkenaan selain daripada radio yang
mengudarakan bahasa Melayu di negara yang terkenal dengan kain sutera.Lulusan
pengajian Melayu BFSU sebahagiannya menjadi pegawai diplomatik, jurubahasa, penyiar di
Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China, wartawan agensi berita Xinhua,
pegawai di pelbagai syarikat China di alam Melayu, pemandu pelancong dan pegawai bank
(termasuk Bank of China di Kuala Lumpur). Dengan beberapa contoh in, jelas ia
menunjukkan nilai bahasa Melayu adalah suatu yang amat menarik untuk diteliti kerana ia
memberi peluang pekerjaan kepada rakyat China yang boleh kuasai Bahasa Melayu dengan
baik dan lancar, sama ada di dalam negara China mahupun di luar negara China.
2. Pada pendapat saya,Penduduk di negara ini khususnya dalam kalangan masyarakat
Melayu apabila ramai yang beranggapan bahawa bahasa Melayu merupakan perkara yang
terlalu remeh untuk dipelajari . Generasi muda dewasa ini pula berfikiran bahawa perkataan
baku dalam bahasa Melayu itu kolot dan ada juga remaja yang tidak boleh bertutur dengan
betul dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Melayu. Kononnya mereka menggunakan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa kedua dan bahasa penjajah (bahasa Inggeris) sebagai
bahasa perantara utama.Kemungkinan besar ibu bapa yang mempunyai pandangan
bahawa bahasa Melayu itu tidak penting kerana mereka sendiri sudah dilahirkan Melayu dan
berbahasa Melayu. Tanggapan ini seterusnya diturunkan kepada anak-anak mereka.
Pemikiran seperti ini perlu dikikis dengan segera kerana generasi muda sepatutnya
meneruskan perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan bukan memperlekehkan
bahasa Melayu.

You might also like