You are on page 1of 2

1. Bahasa melayu moden merujuk bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang.

Bahasa
ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara. Dalam tempoh ini,
bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis, diikuti bahasa Belanda, dan kemudiannya bahasa
Inggeris, bertapak di Nusantara, dan seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu.

Bahasa melayu moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik, tetapi bahasa ini
menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat. Walaupun begitu, bahasa ini tidak menerima
sistem pembentukan bahasa itu, dan tidak juga mengetepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang
diguna pakai sebelumnya.

Bahasa melayu menerima banyak istilah daripada bahasa Inggeris agar dapat mengungkapkan
pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari semasa ke semasa, kerana Bahasa melayu dan tamadun
Melayu tidak mempunyai keupayaan dalam hal itu. Keupayaan Bahasa melayu moden menerima
unsur asing menjadikan Bahasa melayu dinamik dan dapat meneruskan kelangsungan hayat.

Bahasa melayu moden tidak berkembang secara bersendirian seperti Bahasa melayu kuno dan
Bahasa melayu klasik. Hal ini dikatakan demikian kerana Bahasa melayu moden mengalami
perancangan oleh badan bahasa yang ditubuhkan khas, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Selain itu, Bahasa melayu moden diberi status sebagai bahasa kebangsaan melalui Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.

2. Bahasa Melayu Kuno:

 Mempunyai pengaruh yang kuat daripada Sanskrit dan Hindu.

 Gemilang sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran pada abad zaman Sriwijaya
daripada abad ke-7 hingga abad ke-13.

 Ditutur di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Kepulauan Riau.

 Diterima ramai kerana bersistem lebih mudah berbanding Bahasa Jawa, bersifat sederhana,
mudah menerima pengaruh luar dan tidak terikat dengan perbezaan susun lapis masyarakat.

 Antara contoh perkataan: wulan (bulan), mangalap (mengambil), mamava (membawa),


sukhacitta (sukacita), datam (datang), rajaputra (putra raja), vatu (batu).

Manakala , Bahasa Melayu Moden:

 Mempunyai pengaruh daripada penjajah Barat, terutama Inggeris.

 Bermula pada abad ke-19 selepas penjajahan Barat seperti Belanda, Inggeris dan Portugis.

 Hasil karya Abdullah Munsyi iaitu Hikayat Abdullah (1849) dianggap sebagai permulaan
zaman Bahasa Melayu Moden.

 Dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia (Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan)


sejak 1957 dan bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran (Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67).

You might also like