You are on page 1of 2

1.

Dasar Bahasa Kebangsaan dibina bagi menyokong matlamat pembangunan negara yang
meletakkan perpaduan Malaysia sebagai teras pembangunan negara. Pada pendapat anda,
tentang peranan yang perlu dimainkan oleh guru Bahasa Melayu untuk memupuk
perpaduan dalam menyokong Dasar Bahasa Kebangsaan.
Jawapan:-
Pada pendapat saya, guru memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi dalam
membentuk perpaduan kaum di sekolah. Pelbagai kaedah yang berkesan perlu digunakan
oleh guru untuk mencetuskan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai
seorang warganegara dan kepentingan perpaduan dalam kalangan kaum. Dapatan
menunjukkan terdapat empat peranan guru sebagai agen sosialisasi yang telah dikenalpasti
iaitu, penyampai ilmu kenegaraan, penyampai ilmu kebudayaan, penyampai ilmu
perpaduan, dan suri teladan kepada pelajar. Seseorang guru yang mempelajari kebudayaan
kaum lain akan membawa manfaat kepada diri dan juga pelajar dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai
ilmu kebudayaan kaum supaya ilmu tersebut dapat disampaikan kepada pelajar dengan
tepat dan berkesan. Guru juga penting dalam menyampaikan ilmu perpaduan kepada
pelajar. Hal ini demikian kerana penyampaian ilmu perpaduan yang berkesan kepada
pelajar dapat menjamin keamanan dan keharmonian negara. Segala tingkah laku guru
mudah diikuti oleh pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah kerana pelajar
menganggapkan guru sebagai idola mereka. Guru mempunyai potensi untuk mempengaruhi
minda dan tingkah laku pelajar melalui tindakan dan tingkah laku mereka. Oleh itu,
tanggungjawab seseorang guru sebagai agen perpaduan amat penting untuk
mempertahankan keamanan dan kestabilan negara memandangkan peranan guru sebagai
agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah penting untuk melahirkan
masyarakat
2.Pilih dua tokoh akademik yang memperkatakan tentang akademik yang memperkatakan
tentang teori kedatangan bangsa melayu ke kepulauan melayu.
Jawapan:-
Menurut Blust, bahasa Austronesia yang termasuk dalam bahasa Melayu Polinesia berasal
dari Taiwan berdasarkan sembilan cabang bahasa Austronesia yang dikesan di negara
itu.Teori Out of Taiwan itu menganggap bahasa Austronesia tersebar ke Asia Tenggara dan
Kepulauan Polinesia selepas berlaku penghijrahan keluar penuturnya dari Taiwan sekitar
10,000 ke 6,000 Sebelum Masihi (SM).Ini menumbuhkan kepercayaan etnik Melayu
Polinesia merangkumi etnik Melayu, Iban, Bidayuh, Kadazan-Dusun, Murut, Penan, Jawa,
Bugis, Minangkabau, Kerinci dan pribumi di rantau ini dan sekitar lautan Pasifik, dikatakan
berasal dari Taiwan.Antara sarjana tempatan terawal yang melakukan kajian bagi menolak
dakwaan itu ialah ahli akademik yang kini Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan
Pertahanan, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh yang melakukan kajian
mengenainya pada tahun 1994.
Menurut Wan Hashim, kajian mengenai asal usul Melayu di Malaysia bukan setakat
bersumberkan daripada satu kaedah, tetapi menggabungkan penemuan arkeologi,
antropologi daripada aspek budaya dan bahasa linguistik serta kajian DNA.Katanya, hasil
kajian oleh sejarawan tempatan menunjukkan alam Melayu sudah diduduki manusia sekitar
72,000 SM, atau kira-kira 2,000 tahun sebelum meletusnya gunung berapi Toba yang
menggegarkan kawasan Tenggara Asia."Ia juga selari dengan teori Out of Sundaland oleh
Ahli Sains Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer berasaskan analisis DNA, arkeologi
dan etnologi yang mengatakan Asia Tenggara sebagai pusat awal peradaban dunia
dinamakan Sundaland sekitar 16,000 tahun lalu."Melalui penemuan data DNA juga, didapati
masyarakat di alam Melayu adalah tamadun kedua tertua di dunia mencecah 70,000 tahun
selepas Afrika yang mempunyai manusia tua paling kuno sekitar usia 150,000 tahun,"
katanya.

You might also like