You are on page 1of 2

BAHASA MELAYU DI THAILAND

 Bangsa Melayu di Thailand sangat berbeza berbanding negara-negara lain kerana


majoriti penduduk di Thailanda adalah orang Thai.
 Terdapat juga bangsa Melayu beragama Islam yang berbahasa Melayu manakala orang
Thai berbahasa Thai yang beragama Buddha.
 Setelah Patani dijajah oleh Siam bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa komunikasi
antara masyarakat Melayu dan dijadikan bahasa pengantar dalam mata pelajaran
agama dan disekolah-sekolah pondok.
 Bahasa Melayu di negara Thai secara umumnya menjadi bahasa minoriti kerana hanya
beberapa tempat yang masih menggunakan bahasa Melayu. Ada beberapa wilayah di
sekitar Bangkok yang masih menggunakan bahasa Melayu dalam berkomunikasi
sesama mereka seperti di Ayuthya, Minburi, Tha'it, Klongneng, Tambon Bangpo dan
Kloungluang Pathomthan.
 Punutur Bahasa Melayu di negara Thai telah menghasilkan beberapa dialek berbeza.
Terdapat tiga dialek iaitu dialek Urak Lawoi, dialek Patani dan dialek Satun.
 Bahasa Urak Lawoi ialah bahasa yang didapati di pulau dan pantai di sebelah barat,
selatan Thai bermula dari wilayah Pang Nga, Ranong, Krabi, Satun dan Victoria Point
Burma.
 Bahasa Melayu Patani pula diguna di kawasan empat wilayah Selatan Thai iaitu wilayah
Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian di daerah Songkla seperti daerah Cana,
Sabayoi, Thapha, dan Nathawi.
 Manakala Melayu dialek Satun digunakan di dua kawasan, iaitu kawasan persisiran dan
kawasan luar bandar wilayah Satun. Kawasan persisiran merangkumi mukim
Tammalang, Che Bilang dan Tanjung Gabus, sementara kawasan luar bandar meliputi
mukim Bankhuan dan sebahagian mukim Ban Chalung.
 Semasa pengajaran agama, guru agama menggunakan buku atau kitab bahasa Melayu baku
dan menghuraikannya dalam bahasa Melayu dialek Patani.
 Kesannya, kanak-kanak selatan Thailand berpeluang untuk belajar agama dan bahasa
Melayu dengan baik.
 Doktor dan misionaris barat yang datang menyebarkan agama Kristian di Thailand juga
menggunakan bahasa Melayu sebagai alat penyebaran.
 Bahasa Melayu mula dituturi oleh penutur asing yang terdiri daripada pelajar berbangsa
Thai di Universiti Walailak, Nakon Si Thamarrat.
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI KAMPUCHEA

 Bahasa Melayu yang dikuasai oleh masyarakat Melayu Kampuchea ialah bahasa
Melayu Cham, manakala sebilangan besarnya mahir bertutur dalam bahasa Khmer.
 Program kerjasama Kebahasaan pertama kalinya telah diadakan di Kemboja pada
tahun 2002.
 Program ini menyasarkan penduduk kemboja yang berketurunan Melayu Cham yang
merupakan majoriti penduduk di Kemboja selain Khmer.
 Bahasa Melayu Cham merupakan bahasa yang belum disusun tatabahasanya secara
sistematik.
 Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) mengambil inisatif untuk mengadakan
kerjasama dengan negara Kemboja dalam usaha untuk mengembangkan bahasa
Melayu di persada antarabangsa.
 Peserta yang berumur 12 hingga 60 tahun telah menyertai satu kursus bahasa Melayu
yang dianjurkan oleh DBP di Kampuchea.

You might also like