You are on page 1of 7

TUGASAN 1 1.

Buat banding beza konsep perpaduan dan integrasi berikut: a) Segregasi b) Akomodasi c) Akulturasi d) Asimilasi e) Amalgamasi Pendahuluan Malaysia sebagai sebuah negara kecil di peta dunia , namun Malaysia

mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan geografinya yang strategik yang dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain menambahkan keunikan yang ada. Usaha-usaha untuk memupuk

perpaduan dan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar melalui sistem pendidikan yang sedia ada. Pengertian beberapa konsep dalam konteks hubungan etnik perlu dijelaskan untuk meningkatkan pemahaman terhadap pertalian hubungan sosial dalam kehidupan harian masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia. Pemahaman ini penting supaya tidak timbul kekeliruan tentang perbezaan dan kaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Konsep Perpaduan dan Integrasi Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi pula merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional

dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi

dalam sesebuah unit politik menurut integrasi boleh dikategorikan kepada : i)

(Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur-unsur

Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dengan Malysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha untuk membentuk satu kebudayaan kebangsaan.

ii)

iii)

iv) Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan. v) Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem

pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani, dan vi) Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula

dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik. Proses hubungan ras dan etnik yang berbentuk continuum (berterusan) yang dimulai dengan segregasi hingga kepada penyatuan biologi (amalgamasi) seperti dalam rajah :

Integrasi Rendah

Integrasi Tinggi

Segregasi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Amalgamasi

Rajah : Proses hubungan ras dan etnik

Konsep Segregasi Segregasi merupakan pemisahan atau pengasinagan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksnakan antara tahun 1948 -1994. Konsep Akomodasi Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A+ B +C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya ( Ting Chew Peh, 1987). Akomodasi juga merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis, dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa yang lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara

yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Konsep Akulturasi Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi , proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budaya yang positif sebagai contoh : pemakaian tali leher telah diterima oleh hampir semua masyarakat dunia. Begitu juga dengan angpau, makanan, hiburan dan sebagainya yang boleh dijadikan contoh dalam masyarakat Malaysia. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideology dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. Konsep Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah proses dalam mana kelompok kelompok yang berfikir , berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975). Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya , orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua
4

aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti: terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan etnik majority menerima kumpulan etnik minoriti. Konsep Amalgamasi Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apbila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi yang dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di sini A,B,C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B, dan C. Sebagai contoh, kumpulan kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu

membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka. Contohnya, di Brazil dan Hawaii. SOALAN 2 Jelaskan TIGA faktor pembentukan pluraliti di Malaysia. Pengenalan Pluraliti atau kemajmukan masyarakat di rantau Alam Melayu wujud dan berlaku secara berterusan kerana wilayah Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. Pluraliti pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.Melaka di perintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh. Berdasarkan kepada fakta sejarah, Melaka adalah sebuah pelabuhan yang penting dan empayar yang besar di Nusantara pada abad ke-15 di bawah kekuasaan Parameswara. Hubungan diplomatik yang dijalin dengan negara China dan perlindungan yang diberikan China kepada Melaka pada waktu itu

menguntungkan Melaka kerana ancaman daripada Siam dan Majapahit dapat dielakkan. Apabila Parameswara memeluk Islam sekitar tahun 1414 dan menukar namanya kepada Iskandar Syah, menyebabkan lebih ramai lagi pedagang Islam dari Arab dan India datang berniaga ke Melaka. Perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan Puteri Pasai pula telah meningkatkan hubungan Melaka dengan Pasai dan pada masa yang sama Pasai terkenal dengan pelabuhan yang maju, menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan penyebaran agama Islam. Dengan terjalinnya hubungan melalui perkahwinan ini, kecemerlangan Pasai juga memberikan impak positif kepada perkembangan Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar. Semua ini ialah hasil daripada sistem pemerintahan terbuka (menerima sesiapa sahaja yang ingin berdagang) di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undangundang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam. Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada pemaksaan daripada mana-mana pihak. Zaman ini bukanlah zaman negara bangsa sebagaimana yang diperkenalkan oleh British dan seterusnya mewujudkan masyarakat pluralistik yang nyata. Para pedagang tidak memerlukan passport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka telah berakomodasi dengan penduduk temapatan dan sistemnya dengan baik.
6

Akomodasi antara pedagang dari China dan India dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti masyarakat Baba. Mereka terus menetap di Melaka. Pluraliti Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu sehingga Kewujudan Masyarakat Majmuk. Persaingan kuasa-kuasa Barat untuk memperolehi dan menguasai tanah-tanah jajahan Afrika dan Asia dikatakan bermula sejak tahun 1870-an. Tujuan perlumbaan kuasa Barat iaitu antara negara-negara seperti Britain, Perancis, Sepanyol, Belgium dan Amerika Syarikat adalah bagi memenuhi keperluan ekonomi dan menguasai kawasan strategic sama ada untuk kepentingan laluan perdagangan mahupun pertahanan. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah dan Asia yang akhirnya berjaya menguasai politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang dijajah. Terdapat tiga faktor penguasaan penjajah Barat ke atas negara-negara di Afrika dan Asia ialah faktor ekonomi (Gold Oriented), faktor politik (Glory Oriented) dan Faktor budaya ( Gospel Oriented).

You might also like