You are on page 1of 12

Nama Guru Mata Pelajaran : Tarikh : Masa Mula : Masa Tamat : Mata Pelajaran : Kelas : Tema/ Tajuk : Unit

: Objektif Pelajaran :

ZURINA BINTI YAHAYA 5/1/2009 12.00 1.00 BAHASA INGGERIS 5 AZIM WORLD OF SELF UNIT 1- FAMILY FIRST By the end of the lesson, pupils should be able to: 1. Talk about their family. 2. Read and understand the poem. 3. Name the people and describe the people in the poem

Aktiviti :

1. Talk about the picture. 2. Relate the picture to pupils' own families. 3. Read the poem. 4. Name and describe the following people in the poem. 5. Dicuss the theme.

Impak : Kerja Rumah 1. Encourage pupils to draw their own family trees.

Nama Guru Mata Pelajaran : Tarikh : Masa Mula : Masa Tamat : Mata Pelajaran : Kelas : Tema/ Tajuk : Unit : Objektif Pelajaran :

ZURINA BINTI YAHAYA 5/1/2009 9.40 10.40 BAHASA INGGERIS 4 AKIL WORLD OF PERSONAL RELATIONSHIP UNIT 1- WHAT DO YOU LIKE? By the end of the lesson, pupils should able to : 1. Talk about the picture. 2. Give information on pupils' like and dislike.

Aktiviti :

1. Greet pupils and introduce myself. 2. Refer to the textbook. Look at the concept page and identify the characters. 3. Read the text. 4. Doing question and answer drill in groups. e.g. What do you like? I like ........................ 5. Write 5 sentences what they like to do.

Impak : Kerja Rumah

Nama Guru Mata Pelajaran : Tarikh : Masa Mula : Masa Tamat : Mata Pelajaran : Kelas : Tema/ Tajuk : Unit : Objektif Pelajaran :

LISTINA BT. MOHD ALI 5/1/2009 11.00 12.00 BAHASA INGGERIS 5 Akil World of Personal Relationships 1 - Family First At the end of the lesson, pupils should be able to : 1. talk about their family 2. read and understand different types of texts 3. identify and use compound words

Aktiviti :

1. Teacher asks questions based on the picture in TB pg 1. 2. Teacher asks pupils to relate the picture to pupils' own families. 3. Teacher reads the poem and pupils read after the teacher. 4. Teacher asks questions as they read. 5. Teacher identify a compound word. Then pupils identify compound words in the poem. 6. Teacher gets pupils to tell their friends about their families. 7. Teacher guides pupils to draw their own family trees.

Impak : Kerja Rumah 1. Teacher asks pupils to list out 10 compound words. 2. Teacher asks pupils to draw their own family trees in their exercise book. (E 1)

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Fungsi dan Keberkesanan Panitia Mata Pelajaran Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah Penyediaan Rancangan Harian Penyediaan Rancangan Tahunan Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Panitia Mata Pelajaran


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan. 2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi. 3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan 3.1 Latarbelakang Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.

Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekepan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar. 3.2 Struktur dan Organisasi 3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran.) 3.2.3 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah 3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah. 3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman 3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran. 3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran: 3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran 3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran 3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. 3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan

kelab akademik 3.4 Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas. 3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia; 3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan; 3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka. 3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah; 3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah ) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan; 3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran; 3.4.7 Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu; 3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara froamal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut; 3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain; 3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran; 3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan; 3.4.12 Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;

3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia; 3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.

atas

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting 2. Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas: 2.1 Rasional 2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan pengajaran-pembelajaran. 2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu dititikberatkan 2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme

di sekolahnya. 2.2 Tujuan 2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara 2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada Pengetua/Guru besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu. 2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dan murid. 2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif. 2.3. Bidang 2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2(dua) bidang: a. bidang organisasi b. bidang pengajaran dan pembelajaran Bidang Organisasi Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah : Iklim kelas Organisasi kelas Kawalan murid Komunikasi Motivasi Sikap murid Kebersihan dan perhiasan Penyeliaan gerakerja Penilaian prestasi Profil murid Panitia pelajaran Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah: Rancangan pengajaran Objektif Isi kandungan Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya Penyampaian isi pelajaran Teknik bersoaljawab Interaksi guru murid Penggunaan masa

2.4 Prinsip Perlaksanaan 2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru 2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan ringkas dan tepat 2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru 2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di tangan Pengetua/Guru Besar 2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru. Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab.

atas

Penyediaan Rancangan Harian


1. Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum digunakan 2. Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan tahunan. Rancangan tahunan yang dipilih untuk diajarkan pada minggu tertentu hendaklah mencapai 'hasil pembelajaran yang dihasratkan' bagi minggu tersebut. 3. Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Ini dilaksanakan melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan. 4. Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat 5. Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti yang berikut: Tarikh Hari

Mata pelajaran Tahun/tingkatan Masa Tajuk/bidang pembelajaran Aktiviti pembelajaran Format Rancangan Harian (Satu muka surat boleh dibahagi dua, jika ruang tidak mencukupi Tarikh: Hari: Mata pelajaran: Tahun/Tingkatan: Masa: Tajuk/Bidang pembelajaran: Aktiviti Pembelajaran: Tarikh: Hari: Mata pelajaran: Tahun/Tingkatan: Masa: Tajuk/Bidang pembelajaran: Aktiviti Pembelajaran:

atas

Penyediaan Rancangan Tahunan


1. Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran bagi setahun. Rancangan tahunan hendaklah disediakan pada awal sesi persekolahan 2. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa 3. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun 4. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang) 5. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan

6. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya. 7. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang mengandungi perkaraperkara seperti berikut: Tajuk/bidang pembelajaran Objektif/kemahiran Hasil pembelajaran yang dihasratkan Bilangan minggu Dan catatan Format Rancangan Tahunan Mata Pelajaran: Minggu Tajuk/Bidang Pembelajaran Objektif/Kemahiran Hasil Pembelajaran Yang Dihasratkan Catatan

atas

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:" Buku Rekod Mengajar Guru" bertarikh 1 Julai 1963. 2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru diadakan. 3. Dengan surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod

Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsipprinsip perancangan yang mutakhir. (i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabial dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

You might also like