You are on page 1of 2

Patrick Wong Pak Ying, Jawatankuasa Perkhemahan Pengakap, SJK(C) Kwong Hua, Brooke Drive 10, 70400 Kuala

Pilah, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, Polis Diraja Malaysia, 70400 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tuan, PERMOHONAN MENJAGA KESELAMATAN TAPAK PERKHEMAHAN ULU BENDUL Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Pengakap sepertimana ketetapan berikut: 2.1 Tarikh 2.2 Masa 2.3 Tempat 2.4 Penyertaan : 20 hingga 23 April 2013 : Sepenuh masa : Tapak perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah : 200 ahli pengakap termasuk 17 orang jurulatih dan guru 4 APRIL 2013

3. Oleh yang demikian bagi melicinkan dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat menghantar beberapa orang polis untuk menjaga keselamatan tapak perkhemahan pada 20 hingga 23 April 2013.

4. Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, Zero (PATRICK WONG PAK YING) Setiausaha, Jawatankuasa Perkhemahan Pengakap, SJK(C) Kwong Hua.

You might also like