You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ORKID DESA

JALAN 13/142, TAMAN ORKID DESA,


56000 KUALA LUMPUR.
Telefon : 03-91017086
Faks
: 03-91017084
E-Mel :
la.wea0257@btpnkl.edu.my
Ruj. Kami : SMKOD 800-2/1/3 (
Tarikh
: 10 September 2015

Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50604 Kuala Lumpur
(u.p: Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan)
Tuan
Permohonan Peruntukan Peralatan Sukan
Dengan segala hormatnya kami ingin merujuk kepada perkara di atas.
2.
Dimaklumkan bahawa SMK Orkid Desa telah beroperasi pada 31 Mac 2014. Sebagai sekolah yang
baharu, kami masih kekurangan peralatan sukan bagi keperluan murid menyertai semua aktiviti kokurikulum
terutama aktiviti sukan dan permainan. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon peruntukan peralatan
sukan bagi kegunaan murid menjalankan aktiviti kokurikulum dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Mata
Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
3.

Bersama-sama ini disertakan kertas kerja untuk rujukan dan makluman tuan.

4.
Oleh itu, kami memohon jasa baik daripada pihak tuan agar permohonan ini mendapat perhatian yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Keprihatinan dan kerjasaman daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(AHMAD KAMIL B. IBRAHIM)


Pengetua
SMK Orkid Desa
56000 Kuala Lumpur

You might also like