You are on page 1of 39

Disediakan oleh : Adeline Joe Johmen Wan Nurul Najihah Wan Latiff

PROSES PEMBENTUKAN
FUNGSI

RUJUKAN

KANDUNGAN

PENYAKIT BERKAIT

VIDEO

STRUKTUR SISTEM URINARI

SISTEM URINARI
VENA KAVA AORTA

URETER

GINJAL

PUNDI KENCING URETRA

Ginjal Ureter Pundi Kencing Uretra

Mengumuhkan bahan toksid

Salur yang membawa air kencing dari kedua-dua ginjal ke pundi kencing Tempat pengumpulan / penyimpanan air kencing Membawa air kencing dari pundi kencing ke luar badan

Ultraturasan Proses Pembentukan Penyerapan semula Rembesan

ARTERI RENAL

MEDULA

KORTEKS

VENA RENAL
PELVIS

URETER

PIRAMID

Pergerakan plasma serta kandungannya secara pukal merentas dinding glomerulus ke dalam Kapsul Bowman dan seterusnya ke dalam nefron. Tekanan hidrostatik ( tekanan darah ) dan tekanan osmosis merupakan daya yang menggerakkan cecair merentasi dinding kapilari . Tekanan hidrostatik ialah daya yang menolak manakala tekanan osmosis ialah daya yang menarik.

Sambungan..
Tekanan hidrostatik dalam kapilari 55 mmHg, manakala dalam kapsul Bowman pula 15 mmHg. Jadi, daya yang menolak plasma keluar dari kapilari ialah 55 - 15= 40 mmHg Tekanan osmosis dalam kapilari ialah 30 mmHg disebabkan wujudnya protein manakala dalam kapsul Bowman pula ialah 0 mmHg kerana protein xboleh keluar. Jadi, daya yang menarik plasma ke dalam kapilari ialah 30 - 0 = 30 mmHg

Sambungan..
Oleh kerana daya tolakan melebihi daya tarikan, maka plasma akan keluar dari kapilari ke kapsul Bowman. Proses ini berlaku dengan kadar yang tinggi di glomerulus kerana:
Tekanan darah lebih tinggi Glomerulus merupakan kapilari yang lebih panjang Terdapat liang-liang di dinding glomerulus

Hasil turasan akan memasuki kapsul Bowman kecuali protein Plasma yang terturas bersama-sama dengan kandungannya ( air , nutrien , garam , urea) kecuali sel darah dan molekul protein yang bersaiz besar. w/pun tekanan hidrostatik tinggi dalam kapilari, proses ini tidak akan berlaku sekiranya daya yang menghalang pergerakan keluar juga tinggi. Daya penghalang terdiri daripada tekanan osmosis & hidrostatik dalam kapsul Bowman

Sambungan..
Bahan-bahan kecil yang terlarut di dalam plasma darah, seperti glukosa, asam amino, natrium, kalium, klorida, bikarbonat dan urea dapat melepasi saringan. Hasil penyaringan di glomerulus disebut filtrat glomerolus atau urin primer, mengandung asam amino, glukosa, natrium, kalium, dan garam-garam lainnya

Pergerakan air dan zat terlarut yang dituras ke dalam nefron balik semula ke dalam salur darah iaitu kapilari peritubul Merentas dinding tubul proksimal. 180 liter air dituras dan hanya 1.8 liter yang akan dikumuhkan sebagai air kencing 99% daripada air yang dituras diserap semula ke dalam salur darah. Tidak berlaku secara pukal tetapi secara berasingan

Sambungan..
Gula dan amino asid meresap melalui proses difusi, manakala air melalui proses osmosis. Penyerapan air terjadi pada tubulus proksimal dan tubulus distal. Ubat-ubatan seperti penisilin, lebihan garam dan bahan lain pada filtrat dikeluarkan bersama urin.

Proses rembesan
Pergerakan bahan yang tidak terturas dari kapilari peritubul ke ginjal Bahan yang dirembes :
Ion kalium Ion hidrogen Bahan lain yang tidak diperlukan

Proses ini adalah untuk mengawal pH badan dan menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan.

Sambungan..
Urea tidak dirembeskan secara aktif ke dalam ginjal. Separuh daripada urea yang dituras tidak diserap semula, justeru dikumuhkan Kadar perkumuhan mencukupi untuk menjaga kandungan urea dalam darah.

3 fungsi utama ginjal : Mengawal atur tekanan osmosis darah (kepekatan zat terlarut dan isi padu darah) Mengawal atur kandungan elektrolit dan pH darah Menyingkirkan bahan kumuh yang bertoksid dalam darah.

Fungsi lain:
Penapisan darah Penyingkiran bahan kumuhan Homeostasis Mengimbangi bes-asid Tekanan darah Isipadu plasma Rembesan hormon : Buah pinggang merembes pelbagai hormon. Eritropoietin dibebaskan sebagai tindak balas kepada tahap O2 rendah dalam kitaran renal (kencing). Ia merangsang penghasilan eritrosit dalam sum-sum tulang merah. Renin terbabit dalam pengawalan rembesan aldosteron melalui sistem renin-angiotensin-aldosteron. Calcitriol, bentuk aktif bagi vitamin D, merangsang penyerapan Ca2+ dari darah dan penyingkiran PO32-. Kesemua membantu peningkatan aras Ca2+.

Secara umumnya, manusia mampu hidup normal dengan hanya satu buah pinggang, kerana setiap satu memiliki tisu renal berfungsi lebih dari yang diperlukan bagi terus hidup. Hanya apabila fungsi atau tisu buah pinggang menurun dengan banyaknya sakit buah pinggang kronik tahap 5 akan terbentuk. Jika kadar penapisan glomerular (ukuran fungsi ginjal) jatuh amat rendah ( Sakit Buah Pinggang Kronik Tahap 5), atau jika kegagalan fungsi renal mendorong kepada simptom teruk, kemudian rawatan penggantian renal diindikasikan, sama ada melalui rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Sambungan..
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru). Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :
1. Keturunan 2. Jangkitan 3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi 4. Diabetes mellitus 5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Sambungan..
Faktor :
Makan makanan berlemak Kolesterol dalam darah yang tinggi Kurang berolahraga Merokok, dan Minum minuman beralkohol.

Sambungan..
Tanda2/simptom:
sakit atau susah bila kencing kencing lebih kerap terutama di sebelah malam kencing yang bercampur dengan darah bengkak disekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki terutama bila berlaku pada kanak-kanak sakit disebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah pinggang) tekanan darah tinggi

Sambungan..
Rawatan :
Kemajuan ilmu pengetahuan, memungkinkan fungsi ginjal digantikan. Penggantian fungsi tersebut dikenal dengan Renal Replacement Therapy (RRT) atau Terapi Pengganti Ginjal (TPG). Ada dua cara TPG, yakni transplantasi/cangkok ginjal dan dialisis/cuci darah . Dialisis/cuci darah dibedakan menjadi: 1. HD (Hemodialisis), dialisis dengan bantuan mesin
2. PD (Peritoneal Dialisis), dialisis melalui rongga perut

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Apabila kuman (bakteria) menyerang saluran kencing, ia dikenali sebagai UTI. Escherichia Coli (E.coli) biasanya terdapat di saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling kemaluan. Jangkitan pada pundi kencing dikenali sebagai "cystitis".

Sambungan..
Ada juga lelaki yang dijangkiti jangkitan saluran kencing tetapi jarang jika dibandingkan dengan kaum wanita. Jika lelaki mendapat jangkitan salur kencing, mereka mungkin mempunyai struktur dan fungsi yang abnormal di sistem saluran kencing mereka. Uretra perempuan adalah pendek. Lubang uretra terletak bersebelahan dengan dubur dan lubang kelamin. Pencemaran bakteria mungkin berlaku semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj (vagina) mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan kelamin.

Sambungan..
Gejala biasa UTI
Kencing dengan kerap Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas) Rasa sakit di bahagian bawah abdomen Kencing berdarah atau kencing yang berbau Demam sederhana

Sambungan..
Rawatan :
diberi ubat antibiotik untuk membunuh kuman. Adalah penting menghabiskan rawatan antibiotik seperti yang diarahkan oleh doktor.

Pencegahan :
Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas buang air Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa datang haid Pergi ke tandas setiap kali rasa hendak membuang air Jangan gunakan seluar dalam jenis nilon Jangan gunakan spray kebersihan wanita atau 'douche' kerana produk ini boleh merengsakan uretra.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Buah_pinggang http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_ke sihatan/ginjal.htm http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/JA NGKITANSALURANKENCING.php Fokus Biologi SPM

You might also like