You are on page 1of 9

PENGENALAN HOMEOSTASIS

Homeostasis merupakan proses pengekalan keseimbangan faktor fizikal dan


faktor kimia di persekitaran dalam sesuatu organisma. Persekitaran dalam ialah
cecair tisu yang membasahi sel-sel dan tisu-tisu, bersama dengan sistem peredaran
darah. Persekitaran dalam dikekalkan pada aras paling optimum supaya aktiviti
metabolisme sel berlaku dengan cekap. Ini adalah kerana semua tindak balas kimia
dalam sel hidup dikawal oleh enzim yang peka terhadap perubahan persekitaran.
Terdapat dua jenis faktor dalam persekitaran dalam, iaitu faktor fizikal dan faktor
kimia (dalaman). Faktor fizikal merupakan faktor yang perlu dikekalkan iaitu suhu
badan dan tekanan darah manakala faktor kimia termasuk tekanan separa oksigen
dan karbon dioksida, tekanan osmosis dan aras gula darah. Homeostasis dapat
dicapai melalui mekanisme suap balik negatif. Mekanisme suap balik negatif terdiri
daripada tiga bahagian penting, iaitu:

a) Organ deria atau reseptor untuk mengesan perubahan dalam persekitaran
dalam.
b) Pusat kawalan yang berupaya memulakan tindakan pembetulan yang sesuai.
c) Organ bergerak balas atau efektor yang melakukan tindakan pembetulan
untuk mengembalikan keadaan normal persekitaran dalam.
Homeostasis
Struktur
Buah
Pinggang Struktur
Nefron
Penbentukan
Air Kencing
Osmokawalaturan
Peranan Buah
Pinggang dalam
osmokawalaturan
Akibat
Kegagalan
Fungsi Buah
Pinggang
Pengawalan
Tahap Gula
dalam Darah
Pengawalan
Suhu Badan

Terdapat tiga kepentingan homeostasis iaitu:




Buah pinggang terletak di dalam dinding dorsal abdomen. Terdapat dua renal
iaitu arteri renal dan vena renal. Arteri renal bertanggungjawab membekalkan darah
beroksigen dan nutrien kepada buah pinggang manakala renal vena
bertanggungjawab membawa darah yang telah ditapis ke jantung. Buah pinggang
mempunyai satu bahagian luar yang dikenali korteks, bahagian dalam iaitu medula
dan pelvis yang disambung kepada ureter dan buah pinggang mengandungi
beberapa unit bertubul yang dipanggil nefron.



Buah pinggang terdiri daripada berjuta-juta nefron. Setiap nefron terdiri
daripada kapsul Bowman, tubul berlingkar proksmimal, liku henle, tubul berlingkar
distal dan duktus pengumpul. Kapsul Bowman bertindak sebagai unit ultraturasan.
Tubul membentuk tubul liku proksimal yang bersambung ke medula untuk
membentuk liku berbentuk U yang dipanggil liku Henle. Tubul bersambung untuk
membentuk tubul liku distal dan bercantum ke tubul pengumpul. Nefron juga terlibat
dalam pengawalan kandungan garam dalam darah, tekanan darah dan pH dalam
urin.



Untuk mengekalkan dan mengawal keadaan yang
dinamik dan keseimbangan.
Untuk memastikan proses psikologi dalam badan
berjalan pada kadar optimum.
Untuk memastikan organisma boleh menyesuaikan
diri dengan perubahan persekitaran.
Struktur Buah Pinggang
Struktur Nefron


Pembentukan air kencing melibatkan proses ultraturasan, penyerapan semula
dan rembesan. Ultraturasan berlaku di kapsul Bowman. Darah dari glomerulus
dipaksa merentas masuk ke dalam kapsul Bowman oleh tekanan tinggi yang
dihasilkan oleh arteriol aferen. Sel darah merah dan protein darah terlalu besar dan
tidak dapat menembusi liang-liang pada dinding glomerulus dan kapsul Bowman.
Glukosa, asid amino, urea, air berlebihan dan garam mineral yang berbentuk
turasan glomerulus mengalir ke dalam tubul berlingkar proksimal.

Penyerapan semula glukosa dan asid amino berlaku melalui proses
pengangkutan aktif manakala air diserap secara osmosis. Dalam liku Henle, air, ion
natrium dan klorida diserap semula.

Rembesan ialah pergerakan badan dari kapilari yang melingkari tubul ke
dalam tubul ginjal. Bahan yang dirembas ke dalam tubul ialah bahan yang tidak
terturas ke dalam kapsul Bowman. Bahan yang dirembas secara aktif ke dalam tubul
ginjal ialah bahan bernitrogen, ion hydrogen, ion kalium dan bahan toksik seperti
darah. Rembesan membolehkan badan mengawal atur pH cecair badan dan untuk
menyingkirkan bahan toksik atau bahan yang tidak diperlukan.



Osomokawalaturan ialah proses yang mengawal keseimbangan garam dan
air dalam badan untuk mengekalkan tekanan osmosis darah. Proses ini dikawal oleh
suap balik negatif yang melibatkan pengawalan air dan garam mineral dalam tiub
berlingkar distal dan duktus pengumpul. Terdapat dua jenis tekanan osmosis dalam
darah iaitu tekanan osmosis yang tinggi dan tekanan osmosis yang rendah. Tekanan
osmosis yang tinggi berlaku apabila terdapat garam berlebihan dan air yang kurang
dalam darah manakala tekanan osmosis yang rendah pula berlaku apabila terdapat
air berlebihan dan garam yang kurang dalam darah. Hormon-hormon yang terlibat
dalam mengawal osmokawalaturan ialah hormon antidiuresis (ADH) dan aldosteron.
ADH ialah untuk mengawal penyerapan semula air dan aldosteron ialah mengawal
penyerapan semula garam.
Pembentukan Air kencing
Osmokawalaturan


Peranan Buah Pinggang dalam Osmokawalaturan
Tekanan osmosis
darah normal
Isi padu air kencing
adalah sedikit pekat
Pengurangan dalam
penyerapan garam
Kelenjar adrenal tidak
dirangsang untuk
menghasilkan aldosteron
Dikesan oleh
osmoreseptor
dalam hipotalamus
Kelenjar pituitary
membebaskan ADH
Keupayaan air dalam
darah berkurang
(darah terlalu masin)
ADH meningkatkan
ketelapan tubul liku distal
dan tubul pengumpul dan
air diserap semula ke
dalam darah
Badan perlu
menyimpan air


































Isi padu air kencing
yang banyak
Kelenjar pituitary
membebaskan
kurang ADH
Dikeasan oleh
osmoresptor dalam
hipotalamus
Kupayaan air dalam
darah bertambah
(darah terlalu cair)
Aldosteron meningkatkan
ketelapan tubul liku distal dan
tubul pengumpul untuk
meningkatkan penyerapan
semula garam ke dalam darah
Kelenjar adrenal
menghasilkan
aldosteron
Tekanan osmosis
darah normal
Badan perlu
menyingkirkan air

Jika fungsi buah pinggang gagal, ia boleh menyebabkan pengumpulan
nutrien dan toksin berlebihan dalam darah. Sekiranya, glomerulus juga rosak,
protein plasma turut hadir dalam urin. Selain itu, sesetengah kes kerosakan buah
pinggang, ia juga boleh menyebabkan kehadiran glukosa dalam darah. Terdapat
dua rawatan dalam kegagalan buah pinggang iaitu Hemodialisis dan Pendermaan
dan pemindahan buah pinggang.



Apabila aras glukosa darah meleibihi aras normal, sel-sel dalam kelompok
Langerhans yang terdapat di dalam penkreas merembeskan hormon insulin ke
dalam darah. Insulin menukarkan sebarang glukosa berlebihan kepada glikogen
yang tidak larut dan disimpan dalam hati dan otot.

Aras glukosa darah dalam darah akan menurun dan dengan itu aras glukosa
dalam darah kembali kepada normal. Apabila aras glukosa kurang daripada normal,
sel-sel dalam kelompak Langerhans yang terdapat di dalam pancreas
merembeskan hormon glukagon ke dalam darah yang akan menukarkan glikogen
kepada glukosa semula. Ini mengembalikan aras glukosa darah kepaad aras normal.
Rajah di bawah merupakan suap balik negatif dalam pengawalan tahap gula dalam
darah.
Hemodialisis
suatu proses yang menggunakan mesin dialisis untuk menyingkirkan bahan
metabolik dari darah.
rawatan ini adalah untuk individu yang berada pada peringkat akhir
penyakit buah pinggang kronik atau kegagalan buah pinggang.
pesakit yang menerima rawatan tersebut dalam jangka masa panjang
boleh mengalami anemia atau trombosis.
Pendermaan dan pemindahan buah pinggang
ini adalah kaedah alternatif untuk merawat pesakit buah pinggang.
masalah keserasian tisu penderma yang dipindah ke badan penerima
mungkin timbul disebabkan tindak balas antibodi oleh limfosit dalam badan
penerima.
tindak balas antibodi boleh memusnahkan buah pinggang baru yang
dipindah dalam penerima.
Akibat Kegagalan Fungsi Buah Pinggang
Akibat Kegagalan Fungsi Buah Pinggang
Menurun
Meningkat Menurun
Meningkat
Aras glukosa darah
normal
Aras glukosa darah
normal

Glukosa Glikogen

Glukosa Glikogen
insulin
glukagon


















Secara Fizikal
Dalam persekitaran yang sejuk
Rambut otot erektor diransang
untuk mengecut. Rambut menjadi
tegak dan lapisan udara yang tebal
diperangkap. Udara menghalang
kehilangan haba melalui konduksi
dan radiasi.
Kelenjar peluh menjadi tidak aktif
dan menghasilkan sedikit peluh.
Kadar penyejatan menjadi lebih
lambat dan haba dapat dikekalkan.
Pemvasocerutan berlaku dan
menyebabkan kapilari darah
mengecut. Aliran darah
berhampiran permukaan badan
dikurangkan. Kadar kehilangan
haba secara konduksi dan radiasi
dikurangkan.
Dalam persekitaran yang panas
Rambut otot erektor mengendur.
Rambut mencondong dan sedikit
sahaja haba yang terperangkap.
Haba hilang dengan mudah
menerusi konduksi dan radiasi.
Kelenjar peluh menjadi aktif dan
penghasilan peluh meningkat.
Kadar penyejatan peluh adalah
tinggi dan haba hilang dari kulit dan
menjadi sejuk.
Pemvasodilatan berlaku dan
menyebabkan kapilari darah
mengembang. Darah yang banyak
mengalir ke ddalam kapilari dan
sangat dekat dengan permukaan
badan. Haba hilang secara
konduksi dan radiasi meningkat.
Pengawalan Suhu Badan

Secara Mekanikal
Dalam persekitaran yang sejuk
Aktiviti otot rangka terkawal
ditingkatkan. Pengecutan otot tidak
terkawal dan mengendur dengan
kerap menyebabkan kegigilan untuk
menghasilkan haba.
Rembesan adrenalin menyebabkan
peningkatan dalam kadar
metabolisme. Lebih banyak haba
dihasilkan.
Kelenjar tiroid diransang untuk
merembeskan tiroksina. Kadar
metabolisme meningkatkan dan
haba dihasilkan.
Dalam persekitaran yang panas
Aktiviti otot rangka terkawal dan
aktiviti otot tidak terkawal
dikurangkan. Kehilangan haba
berkurang.
Kelenjar adrenal tidak dirangsang
untuk mengurangkan adrenalin.
Kadar metabolisme berkurang dan
sedikit atau tiada haba yang
dihasilkan.
Kelenjar tiroid tidak dirangsang dan
tiroksina yang terlalu sedikit
dihasilkan. Kadar metabolisme
normal dan kurang haba dihasilkan.

You might also like