You are on page 1of 1

LAPORAN AMALI ANATOMI DAN FISIOLOGI (9)

NAMA: OO WOEI TIAN


UNIT: PISMP SEM 2 PJK (SJKC)
TAJUK: Sistem Urinari
OBJEKTIF:
Di akhir pembelajaran ini, pelajar diharap dapat
i.
Mengenal pasti fungsi ginjal terhadap seseorang individu.
ii.
Menyatakan perbezaan penghasilan urin sebelum dan selepas aktiviti fizikal.
iii.
Menyatakan kepentingan sistem urinari dalam kehidupan seseorang.
PROSEDUR:
1. 4 orang guru pelatih menjalankan kajian untuk menguji perbezaan penghasilan urin sebelum
dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
2. 1 jam sebelum eksperimen 1, mereka diminta minum sebanyak 500ml air.
3. Selepas itu, mereka diminta membuang air kecil dan jumlah air kencing diukur.
4. Kemudian, mereka diminta minum 500ml air untuk menjalankan eksperimen 2.
5. Selepas 1 jam, mereka diminta berlari sebanyak 3km dan membuat latihan litar sebanyak 30
minit.
6. Selepas aktiviti fizikal dijalankan, air kencing yang dikeluarkan diukur dan warna air kencing
diperhatikan dan dicatatkan.
KEPUTUSAN:
Eksperimen 1
Guru Pelatih
Jumlah air kencing yang
dikeluarkan (ml)
Warna air kencing

400

350

375

380

Kuning cerah

Kuning cerah

Kuning cerah

Kuning cerah

230

200

Kuning gelap

Kuning gelap

Eksperimen 2 (Selepas menjalankan aktiviti fizikal)


Guru Pelatih
A
B
Jumlah air kencing yang
200
150
dikeluarkan (ml)
Warna air kencing
Kuning gelap Kuning gelap

PERBINCANGAN:
Apabila seseorang kurang air, tekanan osmosis darah meningkat. Lebih banyak ADH
dikeluarkan untuk meningkatkan ketelapan dinding tubul berlingkar distal dan duktus
pengumpul untuk menyerap semula air ke dalam darah secara osmosis. Oleh itu, lebih banyak
air diserap semula dari tubul dan air kencing dihasil sedikit atau pekat. Apabila terlalu banyak
air dalam badan, tekanan osmosis darah jatuh dari tahap normal. Sedikit air yang diserap dari
tubul. Dinding tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul menjadi kurang telap terhadap air
dan tidak diserap semula menyebabkan banyak air kencing dihasilkan (cecair).
RUMUSAN:
Kawalan penyerapan semula air ialah proses homeostasis. Ginjal merupakan organ
pengosmokawalaturan yang menyelaras kadar penyerapan semula air di tubul uriniferus
semasa pembentukan air kencing. Ginjal memastikan kandungan plasma darah agak tetap. Air
yang berlebihan dalam badan dikumuhkan dengan bantuan rembesan hormon antidiuretik
(antidiuretik hormon/ ADH) dari kelenjar pituitary. Hormon antidiuretik (ADH) mengawal kuantiti
air yang diserap semula pada tubul uriniferus.

You might also like