You are on page 1of 8

Bebanan tugas luaran dan

peribadi tanpa kawalan

Persekitaran kelas yang tidak


Guru kurang kreatif dalam
kondusif
mengurus bilik darjah

Masalah peribadi yang tidak Tidak mengaplikasi


dapat dikawal teori, teknik dan
kaedah pengajaran
yang berkesan

Tidak menyediakan peraturan Mengabaikan aspek sosial


dan amalan bilik darjah yang dalam pengajaran dan
sempurna pembelajaran

Sumber : Berita Harian. 23 Oktober 2001.


Kurangnya penekanan kepada Pelajar Terdedah Unsur seram, ganas.
budaya ilmu dikalangan murid
Persekitaran

Kesihatan Dan Perubatan Tekanan Psikologikal

Aktiviti Dan Tahap


Ransangan Ketakutan Dan Fobia

Peneguhan Yang Kurang


Kesukaran Tugasan Sesuai

Kemahiran Komunikasi Dan


Sosial Yang Terhad Sumber: Bahgian Pendidikan Guru (BPG).
2007. modul Pendidikan pemulihan
(mejor).
SOALAN II : HURAIKAN BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGURUS BILIK
DARJAH DENGAN BERKESAN MELALUI AMALAN KOMUNIKASI YANG
BERKESAN.

Konsep Komunikasi
Komunikasi bermaksud perhubungan. Tujuan utama berkomunikasi antara
orang ialah menyampaikan khabar, berita, masej, pendapat atau maklumat
kepada pendengar. Terdapat pelbagai cara digunakan oleh manusia untuk
berkomunikasi. Antaranya ialah penggunaan alat media seperti majalah,
akhbar, radio, television, internet dan sebagainya. Tetapi biasanya komunikasi
berlaku dalam bentuk lisan dan bertulis. Mengikut Hight, komunikasi ialah
pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran seorang kepada
pemikiran orang lain. Dalam konteks pendidikan, ia merupakan satu
pertukaran maklumat di antara dua individu atau dintara seorang individu
dengan dengan sekumpulan orang. Umumnya, komunikasi merupakan suatu
interaksi sosial dintara orang mealui aktiviti pemindahan masej secara lisan.
Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru dengan
murid semasa aktiviti pengajara dan pembelajaran.

Pembentukan komunikasi melalui interaksi yang berkesan dalam bilik


darjah.

Interaksi dua hala yang wujud di antara guru dengan murid, murid dengan
murid dalam bilik darjah adalah penting dan kondusif ke arah peningkatan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru haruslah
berusaha mewujudkan interaksi yang boleh menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini akan menjadikan kerja
pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran murid lebih menarik dan
menyeronokkan. Berikut ialah beberapa cadangan yang boleh diamalkan oleh
guru untuk membentuk interaksi yang berkesan dalam bilik darjah:
Amalkan sikap kepimpinan demokratik.

Kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala


dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis dintara
guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh
mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid dapat
berdamping rapat dengan guru., tidak merasa segan untuk bertanya atau
mengemukakan pendappat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga
mendorong murid-murid berinteraksi di antara satu dengan yang lain, dan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

Menggunakan teknik menyoal.

Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan teknik


menyoal untuk mendapatkan tindak balas murid atau mencunkil pendapat
murid. Dengan menggunakan kaedah menyoal, murid-murid akan dibimbing
dan digalakkan menjawab soalan-soalan guru. Melalui teknik ini, murid-murid
akan melibatkan diri secara aktif dengan memberi tindak balas, demi
mewujudkan interaksi dua hala yang sihat di antara guru dan murid.

Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan.

Aktiviti kumpulan banyak memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi


di natara satu dengan yang lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang
dan menguruskan banyak aktiviti kumpulam untuk membolehkan murid-murid
menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti-aktiviti pemulihan, lakonan dan
sebagainya jika difikirkan perlu dan bersesuaian dengan pengelolaan
kumpulan.

Menggunakan percakapan yang sesuai.

Percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi di antara guru dan murid-
murid adalah diklasikasikan di bawah ketegori pengaruh tidak langsung. Ini
bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan
kaedah menyoal, percakapan guru haruslah boleh menggalakkan murid
megemukakan pendapat atau emberi tindak balas mereka seperti dengan
menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid dengan
hati yang terbuka.

Menggunakan strategi berpusatkkan murid.

Startegi berpusatkkan murid ini adalah strategi yang digunakan untuk


melibatkan murid secara aktif dalam aktivi pembelajaran mereka. Ini
bermakna kaedah menerang, syarahan atau demontrasi guru harus
dikurangkan kepada peringkat yang minimum. Sebaliknya, kaedah
perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah ditambahkan kepada
peringkat yang maksimum. Apabila murid-murid melibatkkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran, interaksi antara murid akan dibentuk secara tidak
langsung.

Menggunakan banyak alat bantu mengajar.

Alat bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-


murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid
telah dapat dibangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan
diri secara aktif dalan aktiviti pengajara dan pembelajaran. Alat bantu
mengajar merupakan suatu media yang boleh mengaitkan hubungan guru
dan murid-murid, dan secara tidak langsung interaksi di antara mereka akan
dibentuk melaui penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.

Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah.

Suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah dapat diwujudkan dengan
menyusun keadaan fizikalnya. Ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat
duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan yang difikirkan sesuai
mengikut kerativiti sendiri.
Membantu murid yang bermasalah.

Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat


pendiam, penakut dan pemalu, guru harus mengadakan sesi kaunseling
untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadi dan seterusnya
menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersma dengan murid-
murid yang lain. Guru juga harus mendorong murid-murid normal supaya
mereka dapat menerima murid-murid bermasalah dalam kumpulan mereka
dan tidak menyingkirkan murid-murid benrmasalah tersebut. Cara ini akan
dapat melibatkan lebih ramai murid-murid berinteraksi diantara satu dengan
yang lain.

Kesimpulan

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti,


kemahiran komunikasi yang baik serta peka terhadap segala perubahan
yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran
waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa
dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan


yang cemerlang, di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan
memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja
untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik,
boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam
pengurusan masa.

Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai,


meletakkan keutamaan dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran
melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berintrkasi, dan
berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran
mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan
menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memiliki wawasan yang
jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja
yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki
sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik
kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika
dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.

Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru


memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis,
kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
memberansangkan serta mencapai objektif.
BIBLOGRAFI

Berita Harian. 23 Oktober 2001. Pelajar Terdedah Unsur seram, ganas.

Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2002). Panduan Ulangkaji Ilmu
Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (2003). Psikologi Pendidikan 11, Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mohd. Salleh Lebar.1992.Perubahan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:


Nurin Enterprise.

Mok Soon Sang (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff.1985.Sosiologi Pendidikan . Petaling Jaya:


Longman.

Ting Leng Siong, Dr. Hj. Muhamad Sidek Said (2007). Ingin Menjadi Guru,
Ilmu Media Trade.

You might also like