You are on page 1of 10

Tulis lima pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah.

Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Hari ini latihan bola sepak telah diadakan oleh Cikgu Borhan. Beliau mengadakan latihan itu untuk membaiki kelemahan yang masih dimiliki oleh para pemain pasukannya. Semua pemain telah hadir kecuali Shahrul. Walaupun Shahrul pandai bermain bola sepak, namun dia malas untuk berlatih. Sudah dua kali Cikgu Borhan menegurnya, namun teguran itu tidak dipedulikan oleh Shahrul. Baginya dia tidak perlu berlatih kerana dia memang berbakat. Akhirnya, Cikgu Borhan telah menyingkirkan Shahrul daripada pasukan bola sepak itu. Tempat Shahrul telah diganti oleh Fahmi yang semakin terserlah permainannya setelah mengikut latihan yang diadakan. Tambahan pula, Fahmi rajin berlatih dan menerima teguran Cikgu Borhan dengan hati terbuka.

Jawapan Contoh Pengajaran daripada petikan ialah kita hendaklah rajin menjalani latihan supaya dapat meningkatkan prestasi permainan kita. Seterusnya kita mestilah mengambil berat teguran guru supaya kita akan menjadi pemain yang baik.Selain itu kita perlulah menjadi pemain yang berdisiplin walaupun kita mempunyai bakat dalam sesuatu permainan. Disamping itu , kita haruslah berusaha untuk memperbaiki diri kita jika ingin berjaya. Akhir sekali, kita wajiblah ikhlas menerima teguran daripada guru supaya kita akan disayangi.

Tulis lima pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah.Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Aminah seorang murid yang rajin. Setiap hari dia akan membantu ibunya membersihkan rumahnya. Apabila ada masa lapang, dia akan bermain badminton bersama-sama jirannya. Selepas itu dia akan mandi dan makan malam bersama keluarganya. Dia selalu mencuci tangannya dengan bersih sebelum makan malam. Lauk kegemarannya ialah ikan dan sayur. Ibunya juga sering menghidangkan buahbuahan untuk keluarganya. Selepas makan dia akan membantu ibunya mengemaskan meja makan. Aminah sayang akan keluarganya. Dia berazam akan membalas jasa kedua ibu bapanya pada suatu hari nanti

Jawapan Pengajaran daripada petikan ialah kita hendaklah . Seterusnya, kita mestilah. Selain itu, kita perlulah... Di samping itu, kita haruslah. Akhir sekali, kita wajiblah......

Latihan 1 Tulis lima pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah.Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Norma tinggal disebuah kampung yang terpencil. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Raja . Setiap hari dia akan bangun awal dan sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Sebelum ke sekolah dia akan bersalaman denggn ibunya dahulu. Apabila sampai di sekolah dia akan menjalankan tugasnya membersihkan kelas.Selepas itu dia akan membuat latihan sementara loceng belum berbunyi lagi Setiap hari dia akan membantu ibunya menjual kuih kerana keluarganya miskin. Pada waktu malam pula dia akan mengulang kaji pelajarannya. Dia berazam untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR yang akan dihadapinya tidak lama lagi. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor apabila dewasa nanti. Dia juga berharap nasib keluarganya kan berubah suatu masa nanti.

Jawapan Pengajaran daripada petikan ialah kita hendaklah . Seterusnya, kita mestilah. Selain itu, kita perlulah... Di samping itu, kita haruslah. Akhir sekali, kita wajiblah......

Latihan 2 Tulis lima pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah.Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Ali dan Abu baru sahaja selesai menjalani latihan bola sepak di sekolahnya. Mereka segera pulang sambil berbasikal bersama-sama. Mereka menunggang basikal mereka berhati-hati terutama di jalan raya yang sibuk. Tiba-tiba Ali ternampak sesuatu yang berwarna hitam di atas jalan raya. Mereka segera menghampiri benda tersebut.Rupa-rupanya benda itu ialah sebuah beg duit. Di dalamnya terdapat jumlah wang yang banyak. Mereka berbincang mengenai tindakan selanjutnya. Akhirnya mereka sepakat untuk menyerahkan beg duit itu ke balai polis yang berhampiran. Mereka menyerahkan beg duit tersebut kepada pegawai polis yang bertugas. Rupa-rupanya pemilik beg duit tersebut ada di situ sedang membuat laporan kehilangan beg duit. Dia mengucapkan terima kasih kepada Ali dan Abu kerana menjumpai beg duit tersebut. Mereka berasa sangat gembira kerana telah berjaya menolong seseorang. Jawapan Pengajaran daripada petikan ialah kita hendaklah . Seterusnya, kita mestilah. Selain itu, kita perlulah... Di samping itu, kita haruslah. Akhir sekali, kita wajiblah......

BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit) Tulis lima nilai yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Fauzi bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam.Dalam keadaan tergesa-gesa itu, Fauzi lupa bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya.Dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah kenderaan tidak banyak ketika itu. Sesampainya dihadapan sekolah , murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa menhormati lagu Negaraku yang sedang dinyanyikan oleh murid-murid yang berhimpun pada waktu itu. Fauzi telah dipanggil oleh pengawas bertugas kerana lewat sampai. Fauzi memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Ketika dalam bilik darjah, Fauzi telah dinasihatkan oleh guru kelas. Fauzi juga tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi . Fauzi diminta mengubah sikapnya jika ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

BAHAGIAN B (Masa yang dicadangkan ; 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.

Tuliskan sebuah karangan tentang faedah kokurikulum

ATAU 2. Kamu mempunyai seorang sahabat karib.Tuliskan karangan tentang sahabat karib kamu.

ATAU

3.

Setiap orang mempunyai insan yang disayangi. Tulis karangan tentang orang yang paling kamu sayangi

SEKOLAH KEBANGSAAN PEDAS UJIAN BULANAN BULAN OGOS BAHASA MELAYU KERTAS DUA TAHUN EMPAT

NAMA :.. TAHUN: : MARKAH

LATIHAN ULANGKAJI BAHAGIAN B Tajuk ; FAEDAH MENYERTAI KOKURIKULUM Aktiviti berfaedah persatuan, permainan dan unit beruniform. Mempelajari pelbagai kemahiran rawatan, ikatan dan kawad kaki Berasa seronok aktiviti berbeza dengan dalam bilik darjah Mendapat kenalan baru Memupuk semanagt kerjasama Aktif dalam kokurikulum banyak manfaat

Tajuk ;

SAHABAT KARIB SAYA

Sahabat karib kenalan paling rapat, nama Umurnya , bila mula kenal , tinggal di mana Banyak membantu pelajaran, disenangi oleh kawan-kawan, baik hati Pelajar cemerlang menjadi contoh, menasihati saya rajin belajar Cita citanya menjadi saintis. Berazam belajar bersungguh-sungguh Bangga mempunyai kawan sepertinya cantik, berbudi bahasa

TAJUK : ORANG YANG PALING SAYA SAYANGI Semua orang ada orang yang disayangi ibu saya Nama. Pekerjaan , wajah menarik Penyayang, tidak suka marah , memberi teguran dan nasihat

Pandai memasak makanan kegemaran, sedap Berfikiran jauh, sentiasa memberi dorongan kepada saya Bangga akan membalas jasa

You might also like