You are on page 1of 3

PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK

Penjanaan merupakan proses pengeluaran tenaga elektrik yang

terhasil daripada pemotongan fluks oleh pengalir gegelung yang terdapat

pada sebuah penjana. Terdapat dua jenis penjanaan iaitu penjanaan arus

terus dan penjanaan arus ulang-alik.

Arus terus adalah arus yang mengalir dalam sebuah litar pada satu

arah sahaja. Ia mengalir dari kutub positif ke kutub negatif. Contohnya sel

suria, bateri dan penjana arus terus.

Arus ulang-alik pula merupakan arus yang sentiasa berubah arah

pengalirannya mengikut perubahan kutub sumber bekalan. Arus ulang-alik

dijana di stesen janakuasa.

Di Malaysia terdapat tiga jenis stesen janakuasa utama iaitu stesen

janakuasa hidroelektrik, stesen janakuasa elektrik terma dan stesen

janakuasa elektrik gas. Keupayaan sesebuah stesen janakuasa menjana

elektrik bergantung kepada penjana dan penggerak utamanya. Voltan yang

dihasilkan adalah antara 10.5kV hingga 11.0kV. Walau bagaimanapun, untuk

memudahkan penyelarasan nilai tersebut ditetapkan pada kadar 11kV.

Stesen janakuasa hidroelektrik menggunakan tenaga kinetik air untuk

memutarkan turbin janakuasa. Komponen utama di stesen janakuasa

hidroelektrik ialah empangan (dam), tasik buatan (reservoir), pintu kawalan

(control gate), salur getah (intake), pintu air (penstock), turbin (turbine), salur

keluar (outflow), janakuasa (generator), pengubah (transformer), powerhouse

dan

talian

penghantaran

(power

lines). Rajah

menunjukkan

Stesen

Janakuasa Hidroelektrik.

Rajah : Stesen Janakuasa Hidroelektrik.

You might also like