You are on page 1of 1

Mad Sahaid Bin Handuian, Lot 9 MDLD 5737, Lorong 2, Taman Aman Jaya, 91100 Lahad Datu, Sabah.

Pentadbiran, SMK Agaseh, Lahad Datu, Sabah. Tuan/Puan, PERLETAKAN JAWATAN

18 MAC 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya Mad Sahaid Bin Handuian bertugas sebagai Guru Ganti ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang perletakan jawatan saya bermula 19 Mac 2013. 2. Untuk makluman pihak puan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran Guru Interim di SK Bakapit, Lahad Datu dan diminta melapor diri pada 19 mac 2013 ini. 3. Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan semasa saya bertugas di sekolah ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. 4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak puan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian terima kasih. Yang benar, . (Mad Sahaid Bin Handuian) Guru Ganti, SMK Agaseh

You might also like