You are on page 1of 5

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis TUGASAN AMALI & ISL PJM 3106 Kepada guru-guru

pelatih PISMP Semester 3, 2012 : Tugasan Amali 1 & ISL 1. Setiap individu dikehendaki melaksanakan amali mewarna lembaran kerja yang berkaitan dengan: 1.1 organisasi badan dari peringkat sel dan tisu. 1.2 anatomi tulang panjang dan pengklasifikasi tulang. ISL Melalui bahan daripada pusat sumber atau internet (innerbody.com, jawab soalansoalan yang berkaitan dengan organisasi badan manusia.

2.

Tugasan Amali 2 & ISL 1. Setiap individu dikehendaki melaksanakan amali mewarna lembaran kerja yang berkaitan dengan: 1.1 turus vertebra dalam sistem rangka. 1.2 klasifikasi artikulasi di setiap sendi tulang manusia. ISL Melalui bahan daripada pusat sumber atau internet (innerbody.com), cari maklumat berkatitan dengan sistem rangka dan artikulasi bahagian sendi.

2.

Tugasan Amali 3 & ISL 1. Setiap individu dikehendaki melaksanakan amali mewarna lembaran kerja yang berkaitan dengan struktrur otot rangka manusia. 2. ISL Melalui bahan daripada pusat sumber ATAU internet (innerbody.com) , cari maklumat berkaitan dengan nama-nama saintifik otot-otot dan dan anggota manusia dan fungsi otot tersebut berhubung dengan jenis pergerakan yang dapat dihasilkan. Maklumat yang diperolehi perlu dibentang dan dibincang dalam sesi kelas yang akan datang.

Tugasan Amali 4 & ISL 1. Setiap individu dikehendakai melaksanakan amali mewarna lembaran kerja yang berkaitan dengan struktrur sel otot rangka manusia. 2. ISL Melalui bahan daripada pusat sumber ATAU internet (innerbody.com) , cari maklumat berkaitan dengan Teori Gelungsuran Filamen dalam penguncupan otot. Maklumat yang diperolehi perlu dibentang dan dibincang kepada semua ahli dalam kelas anda .

Tugasan Amali 5 & ISL Setiap individu dikehendakai melaksanakan amali berkaitan dan membuat rujukan perpustakaan dan laman sesawang innerbody.com untuk mendapatkan maklumat-maklumat lanju !zt. 1. Warnakan bahagian neuron dalam lembaran edaran yang disediakan. 2. ISL Dalam kumpulan kecil, anda dikehendali bekerjasama mencari maklumat menggunakan internet (innerbody.com) berkaitan dengan : 2.1 saraf pinggir somatik (aferen dan eferen) dan hubungkaitannya dengan sistem saraf pusat. 2.2 saraf autonomik (simpatetik dan parasimpatetik) Maklumat yang diperolehi perlu dibentang dalam kelas.

Tugasan Amali 6 & ISL Setiap individu dikehendakai melaksanakan amali berkaitan dan membuat rujukan perpustakaan dan laman sesawang innerbody.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. 1. Warnakan bahagian sistem saraf pantulan dalam lembaran edaran yang disediakan. 2. ISL Dalam kumpulan kecil, guna internet (innerbody.com) untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan fisiologi impuls saraf dan bincangkan maklumat tersebut dalam kuliah akan datang.

Tugasan Amali 7 & ISL 1. Setiap individu dikehendakai melaksanakan amali berkaitan dengan komposisi darah dengan membaca malklumat yang disediakan dalam lembaran kerja. 2. ISL Dengan mengguna internet (innerbody.com) untuk cari maklumat yang berkaitan dengan komposisi darah.

Tugasan Amali 8 & ISL 1. Setiap individu dikehendakai melaksanakan amali berkaitan dengan anatomi jantung dan salur darah yang berkaitan dengannya. 2. ISL Melalui laman sesawang innerbody.com, dapatkan maklumat tentang struktur dan fungsi setiap bahagian jantung dan jenis-jenis injap yang berperanan dalamnya. Maklumat ini perlu dikongsi dalam pembentangan dan perbincangan dalam kelas.

Tugasan Amali 9 & ISL 1. Setiap individu dikehendakai melaksanakan amali mewarna lembaran kerja berkaitan dengan sistem peredaran darah. 2. Dalam kumpulan kecil, guru pelatih dikehendaki bekerjasama dalam memahirkan diri mengambil dan mengira denyutan nadi di beberapa bahagian arteri pada anggota badan. 3. Secara bergilir-gilir guru pelatih menjalankan amali mengambil tekanan darah (sistolik dan diastolik) rakan secara manual menggunakan sphygmomanometer. Maklumat ini perlu dikongsi dalam pembentangan dan perbincangan dalam kelas. 4 . ISL Dengan menggunakan internet cari maklumat berkaitan dengan tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular seperti atherosklerosis, jantung berlubang, angina,myocrdium infarct dll.

Tugasan Amali 10 & ISL Setiap guru pelatih dikehendaki: 1. Mewarna lembaran kerja berkaitan dengan anatomi sistem respirasi manusia. 2. ISL Dengan menggunakaan laman sesawang innerbody.com. cari maklumat tentang respirasi luaran, respirasi dalaman dan respirasi sel.

Tugasan Amali 11 & ISL Setiap guru pelatih dikehendaki: 1. Melihat animasi dan mewarna lembaran kerja berkaitan mekanisme menarik dan menghembus nafas dalam proses respirasi manusia. 2. ISL Dalam kumpulan kecil, pelajar dikehendaki mencari mencari maklumat melalui laman sesawang internet tentang kesan senaman fizikal, merokok kepada respirasi manusia dan kanser paru-paru.

Tugasan Amali 12 & ISL Setiap guru pelatih dikehendaki: 1. Mewarna lembaran kerja berkaitan anatomi sistem penghadaman dan sistem endokrina 2. ISL Melalui laman sesawang innerbody.com, cari maklumat berkaitan dengan fisiologi kedua-dua sistem tersebut.

Tugasan Amali 13 & ISL 1. Mewarna lembaran kerja berkaitan anatomi sistem urinari dan sistem integumentari . 2. ISL Melalui laman sesawang innerbody.com, cari maklumat berkaitan dengan fisiologi kedua-dua sistem tersebut.

Tugasan Amali 14 & ISL Setiap guru pelatih dikehendaki: 1. Mewarna lembaran kerja berkaitan anatomi sistem limfatik . 2. ISL Melalui laman sesawang innerbody.com, cari maklumat berkaitan dengan fisiologi kedua-dua sistem tersebut.

Sekian. Terima kasih.

You might also like