You are on page 1of 36

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF LEV VYGOYSKY

PENGENALAN TOKOH

BIODATA TOKOH

Nama sebenar ialah Lev Semenovich Vygotsky Dilahirkan pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada tahun 1934) Beliau merupakan seorang psikologi berbangsa Rusia. Beliau juga seorang guru dan sarjana sastera. Beliau telah menulis buku tentang Pemikiran dan Bahasa' dan Fikiran Masyarakat '.

Lokasi tempat lahir.

PENDIDIKAN

Mendapatkan pendidikan awal daripada ibunya sendiri yang merupakan seorang guru dan mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Mendapat pengaruh dari sepupunya David Vygotsky. Beliau meneruskan pengajian sekolah menengahnya di sebuah sekolah persendirian. Menamatkan pengajian sekolah menengahnya dengan anugerah medal emas.

Beliau menamatkan pengajian di Moscow State University pada 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat. Antaranya ialah Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad dan Kharkow di mana beliau bekerja keras menyatakan ideanya tentang perkembangan kognitif.

LEV BERSAMA ISTERI DAN ANAKNYA.

KARYA-KARYA LEV VYGOTSKY

ZAMAN KEJATUHAN
Karya, idea dan nama Lev Vygotsky telah diharamkan oleh Joseph Stalin yang memerintah Russia pada masa itu.
Selama lebih 20 tahun karya dan idea Vygotsky tidak dibenarkan disebarkan di khalayak ramai.. Para ahli psikologi telah mengangkat semula idea-idea Vygotsky dan memperkenalkan di bidang psikologi dunia sehingga ke hari ini.

Percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial dan budaya.

Melalui interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, rakan, orang dewasa lain, sekolah dan sebagainya.
Bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental (elementary mental function), iaitu perhatian, sensasi, persepsi dan memori.

TEORI SOSIOBUDAYA VYGOTSKY

Vygotsky sangat dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori sosiobudaya. .

Teorinya ini juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang ada di sekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekelilingnya.

CARA SOSIOBUDAYA DISAMPAIKAN

Cara pertama belajar daripada peniruan. Cara kedua pula ialah dengan mengingati membuat pemahaman sendiri.

Cara ketiga ialah belajar melalui kolaborasi


dalam kumpulan.

Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dengan persekitaran sosial. Kanak-kanak akan lebih tinggi tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabila berinteraksi dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Vygotsky percaya bahawa interaksi sosial yang menjadi tunjang kepada perubahan pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak. Pemikiran dan tingkah laku inilah yang membezakan sesuatu budaya.

Kemudian berubah melalui interaksi dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit iaitu fungsi mental peringkat tinggi (higher mental function) complete form of thinking.

CONTOH: Strategi mengingat : Orang barat - buat nota Orang asli cantas dahan pokok untuk ingat jalan

Vygotsky setuju dengan teori Piaget bahawa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan dicirikan dengan gaya berfikir yang berbezabeza, akan tetapi Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget bahwa anak menjelajahi dunianya sendirian dan membentuk gambaran realitinya sendirian, kernaa menurut Vygotsky suatu pengetahuan tidak hanya didapat oleh anak itu sendiri melainkan mendapat bantuan dari lingkungannya juga.

Karya Vygotsky didasarkan pada tiga idea utama: Bahawa intelektual berkembang pada ketika individu menghadapi idea-idea baru dan sulit mengaitkan idea-idea tersebut dengan apa yang mereka ketahui. Bahawa interaksi dengan orang lain memperkaya perkembangan intelektual. Peranan utama guru adalah bertindak sebagai seorang pembantu dan moderator pembelajaran murid

FAKTOR UTAMA DALAM PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Faktor utama yang terlibat ialah: Faktor interaksi sosial Biasanya antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya. Faktor kemahiran bahasa Apabila beroleh maklumat dari sekelilingnya, kanak-kanak akan secara sendirinya membina kemahiran berbahasa.
VIDEO

PERKEMBANGAN KOGNITIF INDIVIDU

Perkembangan ini berlaku dalam dua peringkat iaitu:


Peringkat sosial Maklumat atau pengetahuan diperolehi hasil daripada interaksi dengan individu lain yang ada di sekitarnya. Peringkat individu (peribadi) Kemampuan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehinya kepada kefahaman individu (peribadi)

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA


PERINGKAT BAYI

a) Prelinguistic Speech Pertuturan diperingkat permulaan komunikasi dengan menggunakan bunyi tanpa perkataan dan tatabahasa. Tidak mewakili konsep-konsep tertentu tiada kepentingan semantik dan banyak menggunakan pergerakkan. Boleh digunakan untuk menjelaskan pelbagai emosi.

PERINGKAT-PERINGKAT PRA BAHASA:

3/1/10

Tangisan

(lahir) membawa pelbagai maksud.

Mendekut ( umur 1 4 bulan). eg: aaaahhh, ooohhh . contoh : video kanak-kanak mula belajar bercakap) Mericau (umur 4 6 bulan) ba ba ba , ma ma ma diulang-ulang Mengajuk bunyi/ suara secara tidak sengaja (7 12 bulan) Mengajuk bunyi / suara secara sengaja walau pun tidak faham maksudnya (9 10 bulan). Protowords (10 12 bulan) perkataan yang ada maksud tetapi masih lemah dari segi penyebutan.

b) LINGUISTIC SPEECH (PERTUTURAN BERBAHASA)

Bahasa yang digunakan dalam pertuturan ada intonasi, sebutan, tatabahasa dan irama dalam menyampaikan maksud.
Terbahagi kepada 3 tahap: 1) TAHAP 1 PERKATAAN Satu perkataan membawa pelbagai maksud (holophrase). Umur 15 bulan sudah memperolehi lebih daripada 10 perkataan. Contoh : air bermaksud nak minum / nak mandi / dahaga.

2) TAHAP DUA PERKATAAN


Umur 18 24 bulan mula mencantum perkataan Ayat telegrafik ayat pendek tetapi jelas maksudnya. Cth: makan nasi bermaksud mak! Mari makan / saya sudah makan nasi sampai habis. Umur 2 2 tahun sudah boleh menggunakan kata sifat Contohnya kereta merah / bunga cantik. 3) TAHAP LEBIH DARIPADA DUA PERKATAAN Umur 2 tahun ke atas kebolehan berbahasa yang pesat. Sudah boleh menggunakan tatabahasa, imbuhan, sintaks, semantik tetapi penggunaannya masih tidak betul. Umur 2 5 tahun pandai menggunakan bahasa secara kreatif / cipta bahasa sendiri.

PERINGKAT SEKOLAH PENGUCAPAN i. Kanak-kanak sudah boleh faham dan menggunakan pelbagai perkataan tetapi lebih suka pada perkataan yang senang disebut. SINTAKS i. Turutan perkataan di dalam frasa / ayat. ii. Kanak-kanak dapat menguasai dengan cepat asas-asas aturan perkataan dalam bahasa ibunda iii. Tetapi bentuk-bentuk sintaksis yang agak sukar seperti ayat pasif mengambil masa untuk mahir.

ISTILAH & MAKSUD Umur 2 6 tahun Purata kanak-kanak telah mempelajari antara 6 sehingga 10 perkataan sehari. Umur 6 tahun, mereka sudah ada 8,000 14,000 patah perkataan. Umur 9 11 tahun bertambah lagi 5,000 patah perkataan. Pragmatik

Meliputi kesan-kesan seperti konteks maksud dan penggunaan bahasa yang sesuai mengikut majlis / tempat / keadaan dan lainlain.
KESEDARAN METALINGUISTIK Umur 5 tahun memahami tentang bahasa dan bagaimana ia boleh menjadi explicit.

PERCAKAPAN PERIBADI PERCAKAPAN PERIBADI


Fenomena dimana kanak-kanak bercakap sendiri ketika menyelesaikan masalah / membuat sesuatu. Bahasa digunakan sebagai satu cara merancang tindakan untuk mencapai matlamat. Terdapat 2 jenis percakapan peribadi:
i.

ii.

Pertuturan egosentrik (egocentric speech). Pertuturan dalaman (inner speech)

PERTUTURAN EGOSENTRIK

Kecenderungan kanak-kanak prasekolah untuk bercakap kepada diri sendiri semasa membuat sesuatu / menyelesaikan masalah. Percakapan egosentrik ini boleh mempengaruhi apa yang mereka fikir dan buat. Satu cara menyatakan fikiran atau ingatan yang berkembang dan cara meluahkan perasaan dalaman. Ia membantu kanak-kanak menyepadukan (intergrate) bahasa dengan pemikiran dan menolong mereka mengawal tindakan mereka Ia meningkat ketika tahun-tahun awal persekolahan kerana kanak-kanak menggunakannya untuk membimbing dan merancang tindakan bagi menyelesaikan masalah. Ia akan semakin berkurangan apabila mereka telah berupaya berfikir secara senyap

Percakapan

peribadi ini berterusan seiring dengan peningkatan usia, tetapi ia bertukar kepada percakapan dalaman. di dalam diri hanya didengari oleh diri sendiri.
membimbing pemikiran semasa membuat sesuatu perkara atau menyelesaikan masalah selangkah demi selangkah.

Bermonolog

Dapat

Kajian mendapati kanak-kanak yang suka bercakap sendiri memberikan impak positif kepada perkembangan mereka. Mereka yang bercakap sendiri didapati lebih tekun dan lebih cenderung memperbaiki kelemahan mereka berbanding dengan kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri ( Berk & Spuhl,1995)

IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

.
PENILAIAN PERLU DIFOKUSKAN UNTUK MENENTUKAN ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL SETIAP KANAK-KANAK. Latihan yang berbeza kesukaran pada murid.

Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi. Contoh aktiviti:

Mengunakan pelbagai jenis aras soalan iaitu aras senang, sederhana dan susah untuk melihat keupayaan murid dan seteruskan dapat menentukan tahap bimbingan yang akan diberikan.

MENGGUNAKAN ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL DI DALAM PENGAJARAN Guru memberi bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan apabila kanak-kanak sudah mula menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif. Contohnya aktiviti : Guru mengajarkan murid menulis pantun dua kerat dengan bimbingan. Kemudian , dibiarkan menulis pantun dua kerat dengan sendiri berdasarkan kefahaman yang telah diberikan.

MEMBERI GALAKAN

Menggalakan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Guru menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan. Bentukkan kumpulan heterogenus di mana kanak-kanak dengan tahap kemahiran yang pelbagai diletakkan dalam satu kumpulan. Kanakkanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan daripada rakanrakan yang sudah memahami konsep yang diajar. Contoh aktiviti: Guru membahagikan murid di dalam kumpulan yang terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai tahap kefahaman dan seterusnya memberikan satu tugasan kepada murid untuk dilakukan di dalam kumpulan. Dalam menjalankan tugasan tersebut, murid yang mahir akan membantu murid yang kurang mahir di dalam kumpulan masing-masing.

GALAKAN BERCAKAP SENDIRI.

Kawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Contoh aktiviti : Guru menyuruh murid menulis sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebatang Pen .Murid akan bercakap sendiri untuk mendapatkan idea dengan membayangkan dirinya sebatang pen bagi menyiapkan karangan tersebut.

ARAHAN YANG BERMAKNA.

Guru memberikan arahan yang bermakna seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengapikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar. Contoh aktiviti: Guru memberi panduan mengenai cara menunaikan solat yang betul dan murid akan mengaplikasikan cara tersebut ketika solat.

RUJUKAN

BUKU Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2010). Cetakan Ketiga. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dr. Rahil Hj Mahyuddin, Dr. Abd Majid Mohd Isa, Dr. Zaidatol Akmaliah Lopie Pihie. (1995). Longman Malaysia Sdn. Bhd. Selangor INTERNET : Muh. Rifqi Fauzi. (tt). Konsep Vygotsky. [ online]. Diperoleh: http://riefqie yupss.blogspot.com/2009/03/konsep-vygotsky-tentangperkembangan.html(2010,23 Februari). Joanne kiernan. (tt). Vygotsky. [online].Diperoleh:http://www.scribd.com/doc/3993566/Vygo tsky(2010,20 Februari).

SEKIAN,TERIMA KASIH

You might also like