You are on page 1of 2

Eco-School Committee, Sekolah Sri Bestari.

YBrs. Puan Rosnah binti Sulaiman, Ketua Bahagian Menengah, Sekolah Sri Bestari. Melalui, YBrs. Cr. Shamsul Mutaza bin Abu Bakar Kounselor, Sekolah Sri Bestari, Persiaran Margosa, Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur. 2013 YBrs. Puan, CADANGAN UNTUK MENGADAKAN SAMBUTAN EARTH HOUR DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Arif Muzafar bin Abdul Mushir, selaku Pengerusi Eco-School Sekolah Sri Bestari ingin mengutarakan beberapa cadangan untuk mengadakan sambutan sempena kempen Earth Hour di kawasan sekolah. Sepertimana yang diketahui umum, Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada bulan Mac. 2. Dengan mengadakan sambutan ini, murid-murid Sekolah Sri Bestari akan lebih didedahkan kepada kepentingan penjimatan kuasa elektrik. Selain itu, murid-murid juga akan lebih sedar tentang keburukan pembaziran kuasa elektrik dan sekali gus, perasaan cinta akan alam and keinginan untuk membuat perubahan dan menyelamatkan alam sekitar akan tersemai dalam diri murid-murid. Melalui sambutan ini, murid-murid juga akan lebih berjimat-cermat apabila menggunakan kuasa elektrik di sekolah dan di tempat-tempat lain. Sambutan ini akan memberi peluang keemasan untuk murid-murid mempelajari sesuatu sambil bersuka-ria kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan akan dijalankan. 3. Berikut merupakan butiran mengenai sambutan : Majlis : Sambutan Earth Hour Tarikh : 23 Mac 2013 Masa : 7.00 PM 9.45 PM Tempat : Sekolah Sri Bestari

12 FEBRUARI

Cadangan Aktiviti untuk Diadakan 6.00 PM 6.30PM : Ceramah mengenai Earth Hour daripada Encik (____) dari badan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA). 6.30PM 7.30PM : Murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan bermain beberapa jenis permainan papan dalam kumpulan masing-masing. 7.30PM 8.20PM : Persembahan Eco Drum dari Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai dan persembahan oleh murid-murid Sekolah Sri Bestari. 8.20PM 8.30PM : Tutup semua suis lampu dan kipas di kawasan Sekolah Sri Bestari dan menyalakan lilin beramai-ramai. 8.30PM 9.30PM : Beredar ke padang sekolah dan melihat bintang sambil dikaji oleh wakil dari Pusat Sains Negara atau FRIM-MNS-SHELL Nature Education Centre 9.45PM : Bersurai.

4. Seterusnya, sambutan Earth Hour di Sekolah Sri Bestari juga mengalu -alukan kedatangan ibubapa, murid-murid dari sekolah lain dan semua orang yang berminat. Konklusinya, sambutan ini dapat menghebahkan kepada orang ramai mengenai Eco-School Sekolah Sri Bestari di samping dapat menyebarkan kesedaran kepentingan menjimatkan kuasa elektrik kepada orang ramai. 5. Semoga cadangan yang diutarakan ini dapat memberikan sedikit sebanyak faedah kepada semua pihak yang terlibat. Kerjasama daripada pihak puan amat kami hargai demi kepentingan bersama. Sekian, terima kasih. Yang Menurut Perintah,

____________________________________ (LIEW SIEU RICK) Ketua Projek Eco-School, Sekolah Sri Bestari.

____________________________________ (ARIF MUZAFAR ABD MUSHIR) Kapten Eco-School, Malaysia.

You might also like