You are on page 1of 36

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH:


LATAR BELAKANG, KONSEP, DASAR DAN STRATEGI PERLAKSANAAN

Latar Belakang
1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan strategi Withdrawal System. 1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan Pendidikan Imbuhan bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas / mata pelajaran. 1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR. 1998 - Program Intervensi 3 M. 2000 - Multiple Intelligence

Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 : (PERAKUAN 5)


Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu

Takrifan
kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa. (A.E. Tansley dan Gulliford) kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. (M.F. Clough) Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk muridmurid yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana. (Sharifah Rahmah Ali)

Takrifan
Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan. (National Association for Remedial Education NARE Great Britain - 1977)

Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.

(Panduan Am KBSR - 1982)

Konsep
Dalam proses pendidikan, pendidikan pemulihan ialah: Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satusatu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR.

Objektif Program Pemulihan Khas

1.

membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka; memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain;
memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin; meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa; membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran; membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran;

2.

3. 4.

5.

6.

Objektif Program Pemulihan Khas

7. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; 8. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

Dasar Pelaksanaan
Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan. (yang masih digunapakai):

Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8691/Jld.II/(32) bth. 22 Januari 1985. Guru Khas Pendidikan Pemulihan Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (26) bth. 18 Januari 1986. Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V (34) bth. 30 Jun 1989. Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah

Perjawatan Guru Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil (under enrolment) diperuntukkan satu (1) perjawatan Guru Khas Pemulihan. Peruntukan Guru Khas Pemulihan tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas (n x 1.5). Guru Khas Pemulihan tidak terlibat sebagai guru penganti kepada guru asas atau sebagai guru kelas sesuatu darjah. Guru Khas Pemulihan berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pendidikan pemulihan.

Penutupan Kelas Khas Pemulihan atau pemberhentian program pendidikan pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pendidikan Negeri.

Perjawatan Guru Khas Pemulihan


600 500 400 300 200 100 0 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 Peruntukan
352 358 370 529 550 550 556 560 564

JENIS-JENIS PROGRAM Pemulihan Dalam Kelas


Pemulihan KBSR dalam kelas biasa - bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari KIA2M oleh BPK -bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum dibebaskan gagal Ujian Pelepasan 3 masuk ke kelas Pemulihan Khas pd th berikutnya PROTIM Program Pemulihan 3M Membantu murid th 6 menguasai 3M Dilaksana selepas menduduki UPSR

Pemulihan Khas
Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) murid yang dikenalpasti ke kelas pemulihan pd waktu tertentu utk BM dan Matematik dihantar balik ke kelas setelah menguasai kemahiran asas yang ditentukan

Kelas Khas murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap prestasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M

MURID PEMULIHAN KHAS Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah bersedia Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh Rencatan akal ringan Kurang peluang Budaya / ekonomi tersekat Gangguan emosi Kurang upaya sensori Bermasalah dalam pembelajaran secara khusus Ganjaran intrinsik

MURID PEMULIHAN KHAS Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task) Kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai boleh ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar Pemakanan yang betul sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya Tidur yang mencukupi boleh menambahbaik prestasi mereka Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN (SLOW LEARNERS) Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan, ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah. Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja Tidak dapat merancang objektif jangka panjanglebih suka merancang untuk keperluan semasa. Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan Lemah daya ingatan Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif, Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku Bersikap egosentrik

Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process. A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.

Carta Alir Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Tidak diterima Pengambilan Awal

Pencalonan

Pengumpulan Maklumat

Ramalan Penentuan

Tidak diterima

Diagnosis (Ujian Diagnostik)

Diterima

Analisis Keputusan dan Penentuan Calon

Ujian Saringan
Meneruskan P&P

Perancangan Pengajaran

P&P

Penilaian Pencapaian

Analisis Keputusan

Balik ke Kelas Biasa

Susulan

Pencalonan Siapa mencalonkan murid ? Guru Kelas


- berdasarkan prestasi mata pelajaran asas dan keputusan ujian.

Guru Besar
Ibu bapa / Penjaga

- berdasarkan kad laporan kemajuan murid dan pemerhatian.


- berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran asas.

Bila mencalonkan murid ?


Tahun 1 - selepas penilaian yang pertama / enam - lapan minggu persekolahan atau pemulaan penggal ke 2.

Tahun 2 - selepas meninjau prestasi mata pelajaran &Tahun 3 asas tahun sebelumnya. Awal tahun akademik.

Pengumpulan Maklumat Apakah maklumatnya ? Latar belakang taraf pendidikan ibu bapa / penjaga. Sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat:
Rekod-rekod sekolah - Peribadi, Prestasi dan Kesihatan.

Perbincangan dengan Guru Besar.


Perbincangan dengan Guru Kelas. Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga.

Borang Rujukan.
Pemerhatian oleh Guru Pemulihan.

Mengapa maklumat penting ?


Untuk memahami murid yang dicalonkan berkaitan: Kesihatan dan sosio-ekonomi keluarga. Kehadiran dan ketetapan masa ke sekolah. Perkembangan sosial. Tingkahlaku umum dan kegemaran. Kelemahan dalam mata pelajaran asas. Maklumat adalah elemen penting bagi ramalan penentuan proses selanjutnya -

menduduki Ujian Saringan.

Ujian Saringan (US)


US ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas. Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa. Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan. Faktor yang menentukan bilangan murid : Skor yang rendah dalam Ujian Saringan. Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.

Masalah murid.
Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

Ujian Diagnostik (UD)


UD bertujuan untuk menunjukkan kelemahan dan kekuatan murid dalam mata pelajaran asas dan pengamatan secara khusus. UD terdiri daripada Ujian: - Pengamatan - Mata pelajaran asas (BM dan MATEMATIK) Analisis keputusan UD dikumpul, direkod dan diberi interprestasi dengan cermat untuk menentukan masalah khusus dialami oleh murid. Rancangan pengajaran dan pembelajaran dirancang berdasarkan interpretasi analisis keputusan UD.

Pengajaran & Pembelajaran


Perkara penting dalam proses pengajaran:
Sebelum mengajar Guru Khas Pemulihan perlu mengetahui 2 perkara penting: - Apa yang diketahui oleh murid sebelum mengajar. - Apa yang dipelajari oleh murid selepas mengajar. Maklumat penting ketika merancang: - Maklumat individu murid. - Sebab-sebab memasuki program pemulihan. - Diagnosis - ujian dan penilaian. - Analisa kesalahan. - Faktor-faktor sampingan. Pengelolaan : - Pengelolaan bahan pengajaran. - Kaedah yang hendak digunakan. - Kaedah berdasarkan kemampuan murid (berpusatkan kepada murid).

Pengajaran & Pembelajaran


Format Pengajaran
Butiran mengenai murid: - Sebab-sebab memasuki program pemulihan. - Diagnosis - ujian dan penilaian. - Analisa kesalahan. - Faktor-faktor sampingan.
Rancangan Pengajaran: - Obejktif pengajaran - Kaedah - Alat. Penilaian: - Ujian - Keputusan - Pencapaian Objektif - Komen / Cadangan.

Penilaian

Perkara utama dalam penilaian

Rekod Kemajuan menunjukkan pencapaian murid selepas pengajaran. Bahagian penilaian mata pelajaraan bahasa: - mengenal abjad - membunyi/menyebut huruf-huruf - mengenal/menyebut perkataan - membaca dengan fahaman - mengeja

Bahagian penilaian mata pelajaran matematik: - membilang - mengenal angka - mengetahui proses-proses asas - yang berkaitan denan wang - timbangan, ukuran dan masa.

Perbandingan antara pencapaian ujian pra dan pos. Penyimpanan rekod prestasi / kemajuan individu murid.

Kemudahan Fizikal
Keperluan ruang bagi Kelas Pemulihan Khas
Bilik / Ruang keluasan 3 bay (saiz satu bilik darjah biasa) bagi sekolah yang diperuntukkan kemudahan satu bilik untuk Kelas Pemulihan Khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan sekolah. Bilik / Ruang keluasan 2 bay bagi sekolah yang tiada / tidak diperuntukan kemudahan bilik untuk Kelas Pemulihan Khas.

Tiga alternatif mengadakan Kelas Pemulihan Khas


Dua (2) atau lebih kelas bagi setiap darjah 3 atau 4 orang murid sahaja dari setiap kelas. Satu (1) kelas bagi setiap darjah murid dari darjah lain boleh diambil bagi sesuatu sessi pengajaran & pembelajaran tetapi tidak melebih 15 orang. Dari satu darjah sahaja bilangannya antara 6 hingga 10 orang murid sahaja.

Persoalan yang perlu dibincangkan dalam perbengkelan. 1. Bagaimana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran boleh laksanakan jika sekolah tidak dapat mengadakan ruang untuk Kelas Pemulihan Khas. 2. Bagaimana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran boleh laksanakan bagi sekolah kecil (under enrolmen murid < 150 orang) dan tiada peruntukan jawatan Guru Pemulihan Khas.

Kedudukan / Lokasi Kelas Pemulihan Khas


Berhampiran dengan kelas murid yang terlibat. Bebas daripada gangguan yang menjejaskan tumpuan murid.

Cukup cahaya dan pengaliran udara tidak tersekat.


Perabot yang sesuai aktiviti pemulihan khas. (mudahalih).

Susun atur Kelas Pemulihan Khas


Kajian tentang interaksi dalam kelas oleh Ned Flanders (1963) dan Wragg (1973) :
2/3 daripada semua pelajaran adalah percakapan guru. 2/3 daripada masa percakapan itu adalah percakapan guru. 2/3 daripada percakapan guru adalah dalam bentuk syarahan.

Susun atur perlu dapat menjanakan interaksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran:
Guru dengan semua Murid Guru dengan seorang Murid Murid dengan Murid Murid dengan Murid-murid lain

Tiga (3) pendekatan susun atur Kelas Pemulihan Khas


G

Susunan Tradisional

Susunan Horse-Shoe

G M M M M M M M M M M M M

Susunan Modular

Suasana sosial dalam Kelas Pemulihan Khas


Ujian Sosiometri MORENO. Tujuan: Menentukan sama ada seseorang murid itu ialah seorang ahli bagi sesuatu kumpulan atau seseorang murid itu boleh di terima sebagai ahli dalam kumpulan. Kaedah melaksanakan: Setiap murid dalam Kelas Pemulihan Khas memilih Seorang rakan untuk bekerjasama. Seorang rakan untuk bermain. Seorang rakan yang akan duduk disebelahnya

Seorang rakan yang seseorang murid itu tidak mahu berkerjasama, bermain, melakukan kerja dalam kumpulan dan duduk di sebelahnya.

Ujian Sosiometri menunjukkan keadaan perasaan murid.


Tele- positif perasaan suka akan seseorang. Tele- negatif perasaan tidak suka akan seseorang.

Simbol atau nama keadaan perhubungan murid:


BINTANG PASANGAN BERSAMA KLIK RANTAIAN : 2 orang murid memilih sesama sebdiri dalam 2 atau 3 situasi pilihan. : 2 orang murid memilih sesama sebdiri dalam 2 atau 3 situasi pilihan. dalam Kelas : 3, 4 atau 5 murid yang memilih sesama sendiri. : Murid A memilih murid B, murid B memilih murid C dan seterusnya.

ASINGAN
SINGKIRAN

: Murid yang tidak dipilih oleh sesiapa.


: Murid yang dinyatakan oleh murid lain yang tidak dikehendaki dalam sesuatu kumpulan.

SOSIOGRAM hasil daripada Ujian Sosiometri

D C

BILIK DARJAH PEMULIHAN KHAS

You might also like