You are on page 1of 9

KATA BANTU DENGAN KATA KERJA BANTU. 1.

0 Konsep Menurut Nik Safiah at ell, Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian, kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam

Kata Bantu Aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, sudah, pernah,sedang, masih, akan, dan belum yang masing-masingnya digunakan. Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat. Kata Kerja Bantu ialah kata kerja yang membantu sesuatu kata kerja utama dalam memberikan ciri-ciri aspek dan suasana. Lazimnya, kata kerja bantu hadir sebelum kata kerja utama. Kata kerja bantu hanya boleh diletakkan di hadapan kata kerja dan tidak boleh sama sekali diletakkan di belakang suatu kata kerja. Inilah yang dikatakan kata kerja bantu, iaitu kata bantu yang hanya hadir sebelum kata kerja. Kata kerja bantu terbahagi kepada dua iaitu kata kerja aspek dan kata kerja modalitas

2.0

Ciri-ciri kata bantu Kata bantu berfungsi untuk memberitahu keterangan lanjut tentang sesuatu perbuatan atau kata kerja. Kata bantu boleh digunakan di depan kata kerja, kata adjektif, dan kata nama. Kata bantu tidak boleh digunakan sendiri. Oleh itu, kata bantu juga boleh dikategorikan sebagai sejenis kata kerja, iaitu kata kerja bantu sekiranya ia hadir di hadapan kata kerja.

Contoh : 1 a. Linda sedang menjahit (betul) b. Linda sedang (salah). 2 a. Kami sudah makan (betul) b. Kami sudah (salah)

Kata bantu tidak boleh digunakan di belakang kata kerja. Contoh : 1 a. Linda menjahit sedang (salah) b. Linda sedang menjahit (betul) 2 a. Kami makan sudah (salah) b. Kami sudah makan (betul) Terdapat sesetengah kata bantu ragam yang tidak boleh hadir bersama-sama dalam satu ayat. Dua kata bantu ragam yang tidak boleh hadir dalam ayat yang sama kerana menyalahi rumus tatabahasa melayu, di samping menjadikan ayat tersebut tidak gramatis. Contoh bagi ayat yang mempunyai dua kata bantu, antaranya seperti berikut: 1 2. 3 Lisa hendak mahu pergi berjalan bersama keluarga barunya. (X) Saliza hendak harus membawa ayahnya yang sakit ke hospital. (X) Ahmad hendak mesti memberi makanan kepada kucing kesayangannya. (X)

Selain itu, kata bantu aspek tertentu boleh hadir bergandingan dengan kata bantu ragam, sama ada secara mendahului kata kerja atau ,mengikutinya. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.

Berikut merupakan contoh penggunaan kata bantu aspek yang mendahului kata bantu ragam dalam satu ayat yang sama. 1 2 Pak Husin sedang hendak mengambil wuduk. Razif belum hendak pulang ke rumahnya kerana hendak menghabiskan kerjanya.

Menurut Asmah Haji Omar, Ciri-ciri kata kerja bantu adalah kata kerja yang membantu kata kerja leksikal dalam member ciri aspek atau modalitas. Kata kerja bantu memasuki sistem tertutup. Sungguhpun ada kata kerja bantu yang diambil dari bahasa lain (mesti dari bahasa Inggeris, wajib dari bahasa Arab), tetapi jumlahnya terbatas, dan pengambilan itu berlaku dalam jangka masa yang lama. Peminjaman yang paling muda ialah bias dari bahasa Jawa, melalui bahasa Indonesia, tetapi ternyata tidak mantap kedudukannya dalam bahasa Melayu.

3.0

Jenis/Bentuk/Golongan Kata bantu aspek ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata kerja dan wujud sebelum kata kerja. Kata bantu aspek menerangkan perbuatan dari segi waktu iaitu belum, sedang atau sudah. Contoh kata bantu aspek 1. belum Belum merujuk kepada perbuatan, keadaan atau sifat yang tidak pernah berlaku. Di samping itu belum mengandungi ciri nafian : Contoh : Dia belum makan dari tengahari. Kakaknya belum berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading 2. akan Kata aspek akan bermaksud untuk menyatakan sesuatu kemungkinan kejadian, perlakuan dan sebagainya. Berbeza dengan belum, akan tidak mempunyai cirri nafian, tetapi mempunyai komponen makna kehendak. Contoh : Perdana Menteri akan tiba lima minit sebelum upacara bermula.

3. sedang Kata bantu aspek sedang bermakna tengah/masih melakukan sesuatu Contoh : Ayah sedang menonton televisyen di ruang tamu Kakak sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. 4. sudah Kata bantu aspek sudah bermakna telah siap sedia/lengkap/selesai Contoh : Adik sudah memberi makanan kepada kucing kesayangan. Sebelum pergi bermain, adik sudah menyiapkan kerja rumahnya.

5. pernah Kata bantu aspek pernah bermakna sudah ada mengalami/melakukan/merasai Contoh : Dia pernah dimarahi oleh ayah saya kerana telah menggangu kakak saya.

Kata bantu ragam. Kata bantu ragam berperanan untuk menyatakan atau menerangkan ragam atau suasana perasaan yang berhubung dengan perbuatan yang dilakukan. Bentuk kata bantu ragam yang lazim diungkapkan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu baku ialah hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, perlu, wajib, enggan dan patut Contoh kata bantu ragam 1. hendak Kata bantu ragam hendak bermaksud berhasrat mempunyai/mengambil Contoh : Ibu hendak pergi mengambil adik pada pukul 2 petang.

2. boleh Kata bantu ragam boleh membawa maksud untuk melakukan sesuatu benda, tidak disekat atau dilarang. Contoh : Sesudah menyiapkan kerja rumah, awak boleh pergi bermain di taman.

3. dapat Kata bantu ragam boleh dapat bermakna berupaya melakukan sesuatu Contoh : Emak berharap adik dapat menjawab semua soalan dalam peperiksaan PMR tahun ini.

4. mesti Kata bantu ragam mesti dapat bermakna tidak boleh tidak wajib

Penggabungan Kata Kerja Bantu. Menurut Asmah Haji Omar di dalam Buku Nahu Melayu Terakhir Edisi Kelima, Kata kerja bantu seperti kata kerja aspek mahupun kata kerja modalitas boleh bergabung sama sendiri. Penggabungannya adalah seperti : i. ii. Aspek + Aspek Modal + Modal

iii.

Aspek + Modal

Penggabungan jenis (i) mempunyai pernah sebagai unsur keduanya dan dengan itu terdapatlah penggabungan-penggabungan berikut : a) belum pernah, misalnya : Dia belum pernah dating b) sudah pernah, misalnya : Dia sudah pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu Cantik c) telah pernah, misalnya : Saya telah pernah melihatnya dahulu. Penggabungan jenis (ii) merupakan penggabungan antara kata kerja modalitas kemestian dengan keupayaan. Bagaimanapun, penggabungan ini terhad dalam penggunaanya. Penggabungan diwujudkan oleh frasa berikut : a) mesti boleh, misalnya : Kita mesti boleh sampai hari ini juga. b) Harus boleh, misalnya : Dia harus boleh melompat pagar setinggi itu. Penggabungan jenis (iii) merupakan penggabungan yang paling banyak sekali berlaku. Contoh-contoh yang ada menunjukkan bahawa hampir semua kata kerja aspek dapat berdiri sebelum salah satu kata kerja modalitas. Kekecualian ialah telah dan pernah kerana telah hanya terdapat dalam bahasa tulisandan dengan itu mempunyai kadar kekerapan yang rendah, sedangkan pernah dalam penggabungan dengan mana-mana kata kerja bantu akan menempati acuan unsure kedua sahaja. Penggabungan jenis (iii) yang mungkin berlaku adalah seperti berikut : a) Sudah dan belum dapat bergabung dengan kata kerja modalitas kehendak, kemestian, keupayaan, keizinan dan keperluan. Dengan demikian terdapatlah penggabungan di bawah ini : (sudah) (belum) + (mahu) (hendak) (mesti) (sudah) (belum) + (harus) (wajib) (boleh) (dapat) (perlu)

Contoh dalam ayat : I. II. III. Dia belum perlu melaporkan diri. Orang Islam yang akil baligh sudah wajib sembahyang. Saya belum mahu mandi

Dalam banyak hal sudah dan belum memperlihatkan cirri penggabungan yang sama, disebabkan kedua-duanya terletak dalam paksi pertentangan. Dengan perkataan lain, belum adalah bentuk nafi dari sudah. Kekecualian ialah terletak pada tidak mungkinnya belum bergabung dengan enggan. Hal ini disebabkan adanya komponen nafian pada belum dan juga pada enggan, sedangkan sudah tidak mempunyai komponen ini. belum + masa depan + nafian sudah + masa depan, + selesai b) Masih dapat bergabung dengan kata kerja modalitas kehendak, keupayaan dan keizinan. Dengan itu, terdapatlah penggabungan seperti berikut : (hendak) masih + ( mahu ) (dapat ) (boleh ) Contoh dalam ayat : I. II. Mereka masih mahu bercerita sungguhpun hari sudah larut malam. Usianya sudah lanjut, tetapi dia masih boleh bermain bola

c) Sedang hanya dapat bergabung dengan kata kerja modalitas kehendak. Dengan itu, timbul penggabungan seperti berikut : sedang + (hendak) (mahu)

Contoh dalam ayat : I. Mereka sedang hendak (mahu) keluar. Bagaimanapun, rangkai kata seperti sedang mahu dan sedang hendak itu tidak kerap digunakan orang. II. Akan hanya dapat bergabung dengan kata kerja modalitas keupayaan dan keizinan. Akan + (boleh) (dapat) Contoh dalam ayat : I. II. Tahun hadapan, dia akan boleh tinggal di kota. Saya tidak akan dapat menghubunginya kerana di tempatnya tidak ada telefon atau pejabat pos.

4.0 Perbandingan/Dapatan (Buat perbandingan dari segi persamaan. Perbezaan, kekurangan, kelebihan) KATA BANTU Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. KATA KERJA BANTU Kata kerja bantu adalah kata kerja yang membantu kata kerja leksikal dalam memberikan ciri aspek atau modalitas

Terdapat dua subgolongan : 1. Kata bantu aspek Kata bantu aspek menerangkan perbuatan dari segi waktu iaitu belum, sedang, sudah

Terdapat dua subgolongan : 1. Kata kerja aspek Kata kerja aspek merujuk kepada proses perbuataan atau keaddan sama ada belum , masih atau selesai berlaku. Kata kerja aspek mempunyai hubungan yang erat dengan konsep waktu, yakni waktu perbuatan atau keaddan berlaku, tetapi tidak memasuki sistem kala.

2. Kata bantu ragam Kata bantu ragam menerangkan ragam atau suasana perasaan yang hendak berkaitan dengan perbuatan hendak, boleh, dapat, mesti

2. Kata kerja modalitas Kata kerja modalitas membantu dalam member ciri suasana kepada perbuatan atau keadaan yang dirujuk oleh kata kerja leksikal

Kata Bantu Aspek Masa hadapan belum akan Masa ini (kini) sedang tengah masih Masa lampau telah sudah pernah selalu

Kata Bantu Ragam Mesti melakukan Hendak melakukan Berkeupayaan melakukan perbuatan) harus mesti perlu wajib mahu hendak dapat boleh Pengizinan (sesuatu

(sesuatu perbuatan)

(sesuatu perbuatan)

(sesuatu melakukan perbuatan)

Bentuk Lemah dari Kata Kerja Bantu Kata kerja bantu tertentu mempunyai bentuk lemah yang biasanya timbul dalam bahasa lisan. Bentuk-bentuk lemah itu adalah seperti berikut : nak mau dah untuk hendak untuk mahu untuk sudah

5.0

Kesimpulan

You might also like