You are on page 1of 4

Journal untuk Sepuluh Perjumpaan Tarikh : 10 Januari 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Penubuhan

n AJK Kelab
Refleksi : Ahli-ahli AJK untuk kelab kebudayaan 2012 telah dilantikan secara pengundian dalam

perjumpaan ini. Semua ahli telah hadiri perjumpaan ini. Calon-calon dicadangkan oleh ahli-ahli dan ahli-ahli membuat undian bagi menetapkan jawatan yang benar. Saya rasa perjumpaan ini dijalankan dengan lancar dan berjaya. Semua ahli berpuas hati dengan ahli-ahli AJK yang dilantikan. Saya rasa ahli-ahli AJK akan dapat bekerjasama dengan baik buat tahun 2012 ini.

Tarikh : 14 Febuari 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Rancangan perlaksanaan aktiviti Refleksi: Dalam perjumpaan ini, semua ahli telah menghadir kecuali pengerusi disebabkan ada urusan rasmi. Ahli-ahli telah diberikan takwim tahun 2012 dan diberitahu secara terperinci tentnang aktiviti kelab kebudayaan pada tahun ini. Perjumpaan hari ini dilancarkan oleh naib pengerusi kelab. Naib pengerusi meminta semua ahli untuk berbincang dan merancang tentang cara melancarkan aktiviti pada masa yang akan datang. Perbincangan berjalan dengan lancar. Semua ahli mengemukakan idea dan perancangan yang baik.

Tarikh : 28 Febuari 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tontonan Video Refleksi: Jurulatih telah menghadiri perjumpaan kali ini. Jurulatih metayangkan video tarian yang akan dipelajari oleh semua ahli pada tahun ini. Murid-murid menonton video dan meniru tarian yang ditonton oleh mereka. Jurulatih memberi tunjuk ajar dan memberitahu betul dan

salah setiap penari. Jurulatih juga memberi ingatan tentang apa yang perlu ahli-ahli sediakan sebelum, semasa, dan selepas menari. Dalam perjumpaan ini, saya rasa ahli-ahli telah mendapatkan ilmu pengetahuan daripada jurulatih. Saya berasa tuah kerana dapat bekerjasama dengan jurulatih yang berpengalaman.

Tarikh : 14 Mac 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Menghasilkan buku skrap Refleksi: Pada perjumpaan ini, saya telah membantu murid-murid untuk menghasilkan buku skrap. Dalam buku skrap ini, murid-murid perlu mencari gambar persembahan tarian kipas cina, tarian joget, dan tarian iban. Selain mencari gambar dan menampalkan dalam sebuah buku, ada juga murid yang melukiskan gambar sendiri. Pada akhir perjumpaan ini, saya sempat mengutip empat buah buku skrap yang berwarna-warni. Aktiviti dapat membantu murid-murid untuk memahami tarian dengan lebih dalam.

Tarikh : 28 Mac 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina Refleksi: Saya berasa gembira kerana semua ahli telah menghadiri perjumpaan kali ini. Jurulatih telah mengajar tarian kipas cina. Disebabkan ini kali pertama murid-murid terdedah dengan tarian kipas cina. Jurulatih bermula dengan mengajar cara membuka dan menutup kipas cina. Walaupun ia sangat mudah tetapi apabila membuka dan menutup dilakukan semasa menari, ia adalah susah dan sangat memerlukan teknik yang tertentu. Saya dapati ada murid-murid yang masih belum mahir bermain dengan kipas.

Tarikh : 11 April 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina Refleksi: Pada perjumpaan ini, terdapat empat orang murid tidak dapat hadiri disebutkan pertandingan bercerita. Latihan tarian kipas cina perlu dijalankan tanpa empat murid-murid tersebut. Saya telah nampak ada peningkat pada murid dalam memainkan kipas cina. Jurulatih mengajar mereka untuk menari sambil memainkan kipas cina. Saya mendapati bahawa ada beberapa orang murid belajar tarian ini dan mengingati langkah dengan sangat cepat. Maka saya bercadang untuk mengatur mereka yang mahir untuk mempersembahankan tarian kipas cina pada malam jamuan akhir tahun.

Tarikh : 23 April 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina Refleksi: Jurulatih telah memulakan latihan dengan membuat ulang kaji apa yang diajar pada perjumpaan lepas. Ada beberapa orang murid telah lupa langkah tarian yang dibelajar pada latihan lepas. Jurulatih perlu ajar semula langkah tarian yang diajari pada latihan lepas. Selain itu, jurulatih juga perlu mengajar empat orang murid secara asing kerana mereka tidak hadir pada perjumpaan yang lepas. Saya telah mengingatkan murid-murid untuk melatihkan tarian yang dipelajari semasa di rumah supaya jurulatih tidak perlu mengulangkan tarian yang sama dalam setiap perjumpaan.

Tarikh : 9 Mei 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina Refleksi: Jurulatih sambungkan tarian kipas cina dengan memainkan muzik. Murid-murid ada

yang kelam kabut tidak dapat mengikut rentak muzik. Jurulatih telah memperlahankan latihan. Latihan dijalankan secara berperingkat. Pada akhir perjumpaan, saya nampak semua murid boleh menguasi apa yang telah diajar oleh jurulatih. Saya rasa ada beberapa orang murid memang berpotensi dalam tarian kipas cina. Nama murid yang berpotensi telah pun dibagi kepada jurulatih.

Tarikh : 16 Mei 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina Refleksi: Guru besar telah menghadiri perjumpaan ini. Semua murid berasa gementar disebabkan kehadiran guru besar. Ada beberapa orang murid membuat kesalahan yang besar apabila menari di atas pentas kecil. Guru besar telah memberi galakkan dan nasihat kepada murid-murid sebelum beredar dari bilik kebudayaan. Selepas guru besar beredar, murid-murid berlatih seperti biasa. Jurulatih memberitahu murid-murid telah pun menunjukkan kemajuan yang sangat ketara.

Tarikh : 30 Mei 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina (intensif) Refleksi: Dalam perjumpaan ini, jurulatih membuat latihan intensif dengan murid-murid. Muridmurid menunjukkan apa yang mereka pelajari selama ini. Jurulatih tidak mengajar tarian. Saya telah menangkap gambar keadaan murid-murid semasa mereka membuat latihan intensif. Saya rasa semua ahli adalah sudah mahir dalam tarian kipas cina ini.

You might also like