You are on page 1of 2

Kesan Jangka Panjang Gout Kepada Buah Pinggang Anda

Gout adalah satu bentuk dari jenis artritis yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam darah anda. Kebiasaannya gout akan menyerang sendi-sendi pada satu masa yang akan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat, bengkak dan ketegangan. Serangan akut ini akan berlaku selama beberapa hari jika dirawat dengan segera, atau ianya boleh berlanjutan selama beberapa minggu. Ada sesetengah dari individu yang mengidap gout hanya mengalami sekali serangan dan ada sesetengahnya pula boleh mengalami beberapa kali serangan berulang. Masa diantara serangan-serangan itu pula boleh berlaku secara berbeza-beza dari beberapa minggu kepada lebih dari setahun. Jika anda mengalami serangan gout lebih dari satu atau dua kali dalam setahun, gout tersebut dianggap kronik. Gout ditahap kronik boleh menyebabkan kerosakan kepada sendi anda atau pun tophi, atau dikenali sebagai chronic tophaceous gout. Gout di tahap kronik juga boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Menurut laman web Artritis Foundation, penyakit gout adalah penyakit yang boleh dikawal melalui kaedah rawatan yang betul.

Kerosakan Sendi
Kandungan asid urik yang terkumpul di dalam darah akan membentuk kristal yang kecil dan tajam. Kristal-kristal yang kecil dan tajam ini akan mendiam di sekitar dalam sendi anda. Walaupun sendi yang paling biasa diserang gout ialah jari-jari kaki, namun banyak sendi-sendi lain yang boleh terjejas.

Menurut laman web National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases , gout juga boleh menyerang di bahagian buku lali, tumit, lutut, pergelangan tangan, jari dan juga siku. Asid urik yang bertukar menjadi kristal ini akan menyebabkan keradangan pada sendi-sendi anda. Keradangan yang berlaku secara berterusan akan menyebabkan kerosakan pada sendi, menyebabkan kecacatan dan menghadkan pergerakan anda.

Tophi

Tophi adalah satu lagi kesan daripada asid urik. Bintik-bintik kecil dan berkapur ini boleh dilihat di mana-mana bahagian bawah kulit dan juga di cuping telinga. Walaupun secara umunya tophi tidak menyakitkan, tetapi ia boleh membengkak ketika berlakunya serangan gout akut.

Batu Karang
Satu lagi kesan jangka panjang akibat gout ialah pembentukan batu karang. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan kristal urate berkumpul di dalam buah pinggang di mana fungsi buah pinggang ialah mengeluarkan asid urik yang berlebihan. Jika tidak dirawat dengan segera, keadaan ini akan menyebabkan fungsi buah pinggang anda akan terjejas. Walaupun mengekalkan berat badan membantu anda menangani apa sahaja jenis artritis, termasuk gout, penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan asid urik tertumpu di dalam buah pinggang, di mana keadaan itu akan menyebabkan batu karang

You might also like