You are on page 1of 3

PEMERHATIAN Pemerhatian bermaksud kemahiran yang menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan

maklumat tentang objek dan fenomena. Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu pemerhatian kualitatif, pemerhatian kuantitatif dan pemerhatian perubahan. Dalam eksperimen ini, deria penglihatan digunakan untuk menjalankan pemerhatian kualitatif dan pemerhatian perubahan. Pemerhatian kualitatif ialah pemerhatian yang melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini direkodkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan. Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat. Manakala, pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku khasnya berkaitan dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia. Perubahan ini boleh diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif. Dalam eksperimen ini, perkara-perkara yang perlu diperhatikan adalah perubahan pertumbuhan daun bijih benih, iaitu bilangan helai daun yang tumbuh sepanjang eksperimen, saiz daun bijih benih, warna daun bijih benih, ketinggian batang bijih benih dan pertumbuhan bijih benih.

MEMBUAT INFERENS Membuat kesimpulan awal yang munasabah , yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa. Biasanya kesimpulan awal ini, dibuat berdasarkan pengalaman yang lalu. Sebelum eksperimen dijalankan, murid-murid membuat kesimpulan awal bahawa semakin banyak bilangan bijih benih dalam satu bekas, semakin sengit persaingan untuk mendapat keperluan asas seperti air dan ruang dengan memerhatikan perubahan pertumbuhan daun anak benih.

Mengawal pemboleh ubah Mengenal pasti dan mengendali semua faktor atau pembolehubah yang boleh memberi kesan kepada hasil eksperimen. Hanya satu pembolehubah sahaja yang diubah secara sistematik sepanjang eksperimen sementara pembolehubah lain ditetapkan untuk menjamin kebolehpercayaan keputusan eksperimen.

Pemboleh ubah dimanipulasikan atau yang sengaja diubah secara sistematik untuk menghasilkan perubahan kepada pemboleh ubat yang lain adalah bilangan biji benih hijau. Dengan mengubah bilangan biji benih hijau, tahap persaingan antara satu sama lain terhadap keperluan asas yang terhad akan berubah, sama dengan pemboleh ubah bergerakbalas, iaitu ketinggian anak benih dalam eksperimen ini. Pemboleh ubah bergerakbalas perlu sentiasa diperhatikan sepanjang eksperimen untuk menentukan kesimpulan eksperimen pada akhir peringkatnya.

Pemboleh ubah malar atau tetap bermaksud pemboleh ubah yang dikekalkan, tanpa perubahan sepanjang eksperimen dijalankan, termasuk kuantiti air yang disiram (50ml), jenis biji benih yang digunakan dan tempat letak pasu bunga.

Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Untuk eksperimen ini, hipotesisnya ialah, semakin banyak bijih benih dalam pasu, semakin rendah ketinggian anak benih, dimana hipotesis ini akan dikaji dengan eksperimen yang dirancang untuk membuktikannya. Hipotesis ini akan

membimbing pelajar menentukan segala pemboleh ubah, merancang langkah eksperimen dan menjadi satu panduan untuk kesimpulan eksperimen.

Mengeksperimen Mengeksperimen bermaksud merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu. Untuk menjalankan eksperimen ini, kaedah atau langkah eksperimen perlu dihasilkan supaya dapat menyediakan segala alat dan bahan yang diperlukan, dan memastikan eksperimen dapat dijalankan dengan berlancar. Matlamat eksperimen ini adalah untuk mengkaji kesan persaingan antara anak benih dengan membekalkan segala keperluas asas pertumbuhan yang sama. Untuk mencapai matlamat tersebut, satu situasi persaingan di dalam eksperimen perlu dihasilkan, di mana dua pasu disediakan, satu pasu ditanam dengan 2 anak benih, dan 18 anak benih ditanam dalam pasu yang kedua. Kedua-dua pasu diletakkan di persekitaran yang sama, di mana cahaya matahari, udara, kelembapan serta air disiram yang didedah adalah sama. Dengan situasi tersebut, kesan persaingan dapat diperhatikan atau dikaji dengan memerhati pertumbuhan anak benih dalam kedua-dua pasu. Selepas aktiviti dijalankan, pertumbuhan anak benih akan dikaji berdasarkan ukuran ketinggian mereka dengan menggunakan benang dan pembaris. Sementara itu, saiz dan warna batang, tumbuhan, daun juga diperhatikan. Dengan memperalatkan segala pemboleh ubah yang digunakan, bilangan anak benih dalam pasu akan menentukan tahap persaingan dan juga pertumbuhan anak benih secara langsung. Selepas segala data dikumpulkan, data dipersembahkan dalam bentuk jadual, membandingkan semua data tersebut, menghasilkan pembincangan dan akhirnya membuat kesimpulan berdasarkan tujuan, matlamat serta hipotesis eksperimen ini.

You might also like