Professional Documents
Culture Documents
Pengurusan Makmal Sains
Pengurusan Makmal Sains
7.0 Objektif
Bab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang: Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya yang melibatkan pembelian bahan dan alat sains. Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di dalam makmal. Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam makmal. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal sains. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains.
7.1 Pengenalan
Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan makmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sains sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalam makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.
Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.
3. 4. 5. 6.
7.
Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan. Periksa kemudahan dalam setiap makmal bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun hadapan. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahanbahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.
Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tngan dilakukan oleh Pengetua. Pertimbangan sebelum pembelian: 1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah. 2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa: Kuantiti banyak, lebih murah. Bahan kimia, jangan beli banyak. Masa pembelian: Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan segar. Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum. Cari pembekal yang murah: Harga mahal dari pembekal alatan sains. Beli dari syarikat yang belum terkenal. Beli dari kedai biasa.
3.
4.
1.
2.
3.
Meminta Sebut harga Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat. Pemilihan pembekal Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. Borang pesanan Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya. Simpan salinan pesanan
4. 5.
Nota hantaran
Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar. Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran. Failkan nota bersama-sama dokumen lain.
6.
Penerimaan barangan
Pembekal menghantar barangan. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.
7.
Invois
Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran
Ciri-ciri stor utama Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan hantaran bahan/alat. Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli. Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong, antara lorong dan antara rak.
Contoh: Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3. Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.
Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok. Kad-kad Stok i. Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang disimpan di dalam stor. ii. Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok. iii. Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu itemitem pakai habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (itemitem tahan lama).
1996 25/3
26/4
1996 19/3
1.5kg
26/4
R&R
2.0kg
0.5kg
1.5kg
a) Bahan kimia tak organik Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. Label pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam.
b) Bahan kimia organik Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain. Abaikan penambahan ortho, para, di, tri. Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan api dilarang. c) Bahan kimia cecair yang mengkakis Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan lantai.
d)
Logam alkali
Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara. Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.
e) f) g) h)
b) c) d) e) f) g)
Bahan/alat plastik
Jauhkan dari punca panas. Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat. Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa. Disimpan dalam almari bertingkap cermin. Carta ditutup dengan helaian plastik lutsinar. Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula. Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil. Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak debu. Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.
Bahan-bahan logam Bahan bantu mengajar Pelbagai item kecil Model-model yang besar Mikroskop
Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja yang selamat.
GURU
Merancang aktiviti makmal dengan baik.Memberi arahan yang jelas termasuk langkah keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan
PELAJAR
Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari kimia peralatan dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum. Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakanrakan semasa di makmal.
Peraturan am. Arahan keselamatan Prosedur kecemasan rawatan Pelupusan Peralatan khusus Persediaan guru
Kebersihan Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah hendaklah disediakan. Rancangan untuk keadaan kecemasan Pastikan pelajar tahu prosedur menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Pencahayaan dan pengudaraan Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal. Panduan keselamatan Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan guru dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah keselamatan bila perlu. Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik berada dalam keadaan baik. Pelupusan bahan sisa Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang betul. Rawatan kecemasan Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan.
Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai tanggungjawab tambahan, iaitu: Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan, Rancangan tindakan untuk keadaan cemas
AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN JANGAN CEMAS TAHU PUNCA KEMALANGAN TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL
7.7.1
Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal dapat membantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian.
a an Kimia
Tanggalkan pakaian dan barang-barang yang terkena ba an. as dengan air mengalir selama 1 minit.
Jika l ka, bal tkan dengan pembal t yang steril nt k mengelakkan infeksi.
Kebakaran Ringan
Asid
Basuh dengan air. Sapukan larutan natrium bikarbonat 1 %. Basuh dengan air. Basuh dengan air. Sapukan asid asetik 1 %. Basuh dengan air. Basuh dengan air. Sapukan larutan ammonia cair (1 bahagian ammonia : 15 bahagian air)
Alkali
Bromin
Buang logam dengan menggunakan penyepit. Rendam dalam air selama 20 minit. Natrium dan Keringkan dan balut dengan pembalut yang steril. Kalium
Fosforus
7.7.2
KERACUNAN
Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya bahan-bahan kimia tertentu terhadap kesihatan: Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut. Asbestos : Debunya menyebabkan barah paru-paru. Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun. Asid sulfurik pekat : Amat mengkakis. Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melalui kulit; merosakkan hati, ginjal dan sum-sum tulang; menyebabkan barah. Kalium : Meletup bila dicampurkan dengan air. Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata. Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut dengan segera. Piridina : Amat beracun; meruap; menyebabkan kemandulan pada lelaki. Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati dan ginjal; meresap melalui kulit. Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati
4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan letupan yang berbahaya. Cara mencairkan asid pekat ialah:
CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN SAMBIL MENGACAUNYA. JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN AIR KEPADA ASID KUAT
2. 3. 4.
b)
c) d)
Rawatan secara kimia Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri ialahberbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutralkan dan dicairkan sebelum dibuang. Garam-garam logam, terutamanya logam yang paling berbahaya di dalam makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna dan membuang bahan ini. Pembuangan bersama-sama sampah Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula. Penanaman Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah yang berdekatan
Dipanjangkan oleh Azmi b. Hussin, Pembantu Makmal Kanan. Kolej Mara Seremban