You are on page 1of 3

LAPORAN KESELURUHAN AKTIVITI PERKHEMAHAN II & KEMBARA SOSIAL BIG BERTEMPAT DI SK DATUK BANDAR, DEBAK BETONG.

Pada 10-12 oktober 2011 (Isnin-Rabu) yang lalu, semua guru pelatih dari Kumpulan PISMP Ambilan Januari 2010 telah diwajibkan untuk menghadiri aktiviti Perkhemahan II & Kembara Sosial BIG bertempat di SK Datuk Bandar, Debak Betong. PISMP Sains Ambilan Januari 2010 juga merupakan salah satu kumpulan yang telah melibatkan diri dalam BIG tersebut. Pada hari pertama iaitu 10 Oktober 2011, semua guru pelatih yang terlibat dalam program Bina Insan Guru (BIG) berkumpul di auditorium TAZA, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.) Encik Michael Tarang telah memastikan semua guru pelatih sudah tiba di auditorium TAZA sebelum mengagihkan makanan-makanan seperti roti kepada kami sebagai bekalan dalam perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam. Selepas itu, beliau membenarkan kami memakan sarapan pagi di kafeteria sebelum bertolak. Kami bertolak pada pukul 9 pagi dan tiba di SK Datuk Bandar, Debak kira-kira pada pukul 2 petang. Selepas semua orang tiba, kami telah disambut dengan mesra oleh penduduk tempatan Debak. Selepas itu, kami pun berkumpul di dalam Dewan Semarak dan membuat persediaan bagi Majlis Perasmian Program BIG dan Ramah Mesra Masyarakat Setempat. Selepas menyanyikan lagu Negaraku, kami mendengar ucapan alu -aluan Tuan Rumah Encik Rapaiee bin Bulat, Guru Besar, SK Datuk Bandar dan diikuti oleh ucapan Y.B Adun N.30, Encik Mohd. Razi bin Sitam. Ucapan mereka diikuti dengan acara penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Semua guru pelatih telah dipanggil satu demi satu dan diserahkan kepada keluarga angkat mereka.

Semua anak angkat berangkat ke rumah ibu bapa angkat masing-masing selepas minum petang. Para guru pelatih telah berkumpul di Dewan Semarak pada pukul 6.30 petang untuk makan petang. Pada hari kedua, kami berkumpul di Dewan Semarak pada pukul 0830. Taklimat mengenai kerja-kerja amal di sekolah diberi oleh Guru Besar. Tugas untuk melukis mural di sekitar kawasan sekolah telah diagihkan mengikut kumpulan. Kumpulan kami iaitu PISMP Sains telah ditugaskan untuk melukis mural di sekitar bangunan asrama perempuan dan asrama lelaki. Guru Besar juga telah memperkenalkan seorang guru Pendidikan Seni untuk menghulurkan bantuan beliau jika kami memerlukannya. Tanpa membuang masa lagi, kami telah bermula dengan tugas kami masing-masing. Kaum perempuan kumpulan kami melukis mural di asrama perempuan manakala kaum lelaki melukis mural di asrama lelaki. Atas kerjasama semua, kami berjaya untuk menyempurnakan tugas kami pada pukul 3 petang. Kami telah bertolak ke Betong dan tiba di situ pada pukul 3.30 petang. Kami telah bersiar-siar di situ selama satu jam. Kami telah berkesempatan untuk membeli hadiah bagi keluarga angkat kami di kedai runcit Betong sebagai tanda terima kasih kami kepada keluarga angkat kami. Kami balik dari Betong dan tiba di SK Datuk Bandar kira-kira pada pukul 5.30 petang. Sebaik sahaja tiba, semua orang balik ke rumah keluarga angkat untuk mandi dan bersiap bagi aktiviti malam nanti. Malam ini merupakan malam jumpa mesra antara ibu bapa angkat dan anak angkat. Dapat dilihat bahawa semua guru pelatih telah menjalin hubungan yang intim dengan keluarga angkat mereka. Kami telah menyaksikan persembahan-persembahan yang

dipersembahkan oleh keluarga angkat kami hingga pada pukul 11 malam lebih. Pada

pukul 11 malam, persembahan malam pun habis dan kami pun balik ke rumah masingmasing. Pada hari terakhir, semua ibu bapa angkat dan anak angkat berkumpul di Dewan Semarak tepat pada pukul 9 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan sayonara daripada Ketua Rombongan dan diikuti dengan ucapan daripada wakil ibu bapa angkat dan Guru Besar, SK Datuk Bandar, Debak. Majlis telah diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Hakimi bin Hassim. Selepas penyampaian hadiah cendarahati, kami telah dijemput untuk menyaksikan pertunjukan silat yang dipersembahkan oleh murid-murid di sekolah ini. Kami berasa begitu ghairah dan kagum dengan kemahiran dan semangat murid-murid sekolah ini bersilat. Kemudian, kami telah mengambil gambar bersamasama dengan semua pihak yang terlibat di depan Sk Datuk Bandar. Kami minum pagi bersama-sama dengan keluarga angkat kami sebelum bertolak. Keluarga angkat kami telah memberikan hadiah kepada kami untuk dijadikan kenangan.Kami mengucapkan terima kasih kepada keluarga angkat kami yang selama ini menjaga kami dengan penuh kasih sayang. Kami telah berjanji akan bertemu lagi pada masa hadapan dan akan mengirim balik gambar-gambar yang telah diambil. Pada pukul 11 pagi, kami berkumpul sekali lagi dan memasuki bas untuk bersedia bertolak balik ke IPG Kampus Batu Lintang. Suasana pada masa itu adalah begitu menyedihkan dan terdapat ramai guru pelatih yang tidak tahan dengan kesedihan perpisahan itu sehingga mengalirkan air mata mereka bersama-sama dengan keluarga angkat mereka. Kami telah tiba di institut kami pada pukul 4 petang. Walaupun kami semua letih dengan aktiviti selama tiga hari ini, namun kami tetap berasa gembira dan puas dengan pengalaman yang baru ditimba.

You might also like