You are on page 1of 193

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

TAJUK 1 ALAM BELAJAR


Sinopsis
Bab ini menjelaskan konsep alam belajar dari segi psikososial, fizikal dan
komuniti pembelajaran. Bab ini juga menghuraikan pengalaman langsung
pembelajaran kanak-kanak dan membincangkan konsep main dan
kepentingan bermain dalam proses pembelajaran. Peranan main dalam
proses pembelajaran adalah sangat penting. Tidak dapat dinafikan
bahawa kanak-kanak belajar melalui proses bermain. Main boleh
dikategorikan kepada permainan sosial dan permanian kognitif. Main ialah
asas yang kukuh kepada pembelajaran bahasa, berfikir secara logik dan
kreatif serta mematuhi peraturan dan cara hidup. Guru wajar
memanfaatkan proses main untuk menghasilkan pembelajaran yang
berkesan. Perancangan yang rapi amat diperlukan untuk mendapatkan
kesan yang baik. Ciri-ciri main selaras dengan ciri-ciri pembelajaran
berkesan yang merangkumi aspek-aspek penglibatan aktif, motivasi
intrinsik, bebas untuk memilih, menyeronokkan, proses penyesuaian,
penerokaan dan simulasi. Kesimpulannya, alam belajar merupakan
suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak
dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep alam belajar.
2. Menghuraikan elemen-elemen fizikal, psikososial dalam mewujudkan
persekitaran yang kondusif.
3. Menjelaskan konsep main dalam proses pembelajaran kanak-kanak.
4. Menerangkan peranan dan kepentingan bermain dalam proses
pembelajaran.
5. Menghubungkaitkan pengalaman belajar kanak-kanak dengan konsep
pengalaman langsung
1
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
KERANGKA TAJUK
Rajah 1.1: Kerangka Tajuk Alam Belajar
2
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.0 KONSEP ALAM BELAJAR
FIKIRKAN...
Pada pandangan anda, apakah aspek-aspek dalam alam belajar yang
mempengaruhi perkembangan seorang pelajar dari segi fizikal, emosi,
intelek dan rohani?
Antara aspek-aspek yang telah anda kenalpasti, manakah yang paling
penting dan kritikal sekali? Mengapa?
Alam belajar dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan atau suasana belajar
yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat
perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada
tahu.
1.1 ALAM FIZIKAL
Fizikal boleh diibaratkan sebagai guru yang kedua bagi seseorang
pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran
seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam
pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan, hasil kerja pelajar akan
mewujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan
meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka, gaya off-set,
gaya seminar dan gaya kluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan
pelajaran mereka.
Lima susunan bilik darjah yang biasa digunakan oleh guru:
3
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
a. Gaya Auditorium
b. Gaya Bersemuka
4
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
c. Gaya off-set
d. Gaya Seminar
5
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
e. Gaya Kluster/ Berkelompok
FIKIRKAN...
Cuba anda renungkan soalan berikut: Adakah sesebuah bilik darjah hanya terdiri
daripada meja dan kerusi sahaja? Sebuah bilik darjah bukan hanya terdiri
daripada meja dan kerusi sahaja tetapi perlu mengambilkira aksesori-aksesori
untuk sentuhan peribadi (personal touch) seperti;
pokok-pokok pasu
gambar-gambar
papan-papan kenyataan
o poster / carta pendidikan
o hal-ehwal umum
o kata-kata hikmah
o sudut bacaan
6
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
o jadual-jadual : waktu / bertugas / dan lain-lain.
1.2 Psikososial
Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang
kondusif , tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu
seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam
persekitaran sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan
mudah didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil
berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-
keperluan psikososial murid-murid yang diajar.
Rajah1. 2: Faktor Psikososial
7
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.3 KOMUNITI PEMBELAJARAN
Konsep kedua alam belajar yang penting dalam pembentukan murid berkaitan
dengan komuniti pembelajaran. Biasakah anda dengar istilah sekolah sebagai
komuniti pembelajaran? Apakah yang anda faham dengan konsep tersebut?
Komuniti pembelajaran merujuk kepada sekumpulan manusia yang
belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat lagi menggalakkan
dengan adanya dialog, maklumbalas, refleksi dan penurunan kuasa. Ciri-ciri satu
komuniti pembelajaran;
Kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif;
Penglibatan murid-murid dalam pembelajaran koperatif bersama rakan
sebaya mereka;
Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial;
Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran.
Bilik darjah sebagai komuniti pembelajaran berpegang pada prinsip-prinsip ;
Tanggungjawab ke atas pengetahuan dan kawalan terhadap ilmu yang
akan diperoleh diperkongsikan bersama;
Pembelajaran menitikberatkan pemahaman;
Kolaborasi antara murid-murid dengan guru bagi memikirkan alternatif
penyelesaian masalah;
FIKIRKAN...
Perlaksanaan komuniti pembelajaran melibatkan kedua-dua pihak;
8
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
pihak sekolah
semua warga sekolah
1.3.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran
terhadap perkembangan dan pembelajaran individu. Elemen-elemen dalam
setiap sistem dalam model Bronfenbrenner ialah seperti berikut:
a. Mikrosistem.
Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara
langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik,
rakan-rakan, jiran dan guru.
b. Mesosistem.
Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem
boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan
rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-
sekolah, rumah jiran, sekolah-jiran.
c. Ekosistem.
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung
tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan
kepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
Contoh sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-
peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak
langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
d. Makrosistem.
9
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan
masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik
beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan
yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-
pekerjaan yang penting
e. Kronosistem.
Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini
lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-
kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di
persekitaran rumah.
Rajah 1.3: Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner
10
Sistem Krono
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi
Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid.
PERBINCANGAN
Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru?
1.3.2 Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada
guru.
Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan
rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu
pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang
tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh
pelajar tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk
tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah.
Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan
pembelajaran murid secara mutlak.
REHAT
1.4 PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM
PEMBELAJARAN MURID-MURID
1.4.1 Konsep dan Peranan Main
Konsep main boleh dijelaskan sebagai tingkah laku dinamik, aktif dan konstruktif
uang telah disebatikan dalam diri kanak-kanak. Ia merupakan satu keperluan
11
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
dalam alam kanak-kanak, dari peringkat bayi sehingga peringkat remaja
(Brewer, 2001, m.s 144)
Sudah tentu anda masih ingat pengalaman bermain semasa anda di bangku
sekolah. Pengalaman tersebut masih meninggalkan perasaan kegembiraan,
kebebasan dan emosi yang menenangkan jiwa. Sebenarnya dari perseptif
psikologi, kesemua perasaan ini member kesediaan kognitif kepada individu
tersebut untuk belajar pada tahap optimum. Maka sebagai pendidik, kita harus
bawa keseronokan ini dalam bilik darjah.
Bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Melalui
bermain, kanak-kanak belajar berkenaan diri sendiri dan hubungan dengan alam
persekitarannya. Main adalah proses di mana pembelajaran berlaku, main ialah
tugas belajar kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu-bapa, orang dewasa dan
guru perlu meahami perana dan kepentingan main dalam proses pembelajaran
kanak-kanak di sekolah rendah. Tanpa pengetahuan dan kefahaman tentang
konsep ini, main dianggap tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang
masa dan tenaga sahaja.
1.4.2 Pengalaman Langsung Melalui Bermain
Cara pembelajaran terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang dunia mereka
adalah melalui pengalaman langsung. Ibu bapa tidak akan berkata, Jangan
tengok labah-labah ini, baca buku tentang labah-labah.
Seseorang akan memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain berdasarkan
pengalaman mereka. Kanak-kanak mungkin mempunyai pengalaman langsung
yang terhad, guru dan ibu bapa harus mengatur peluang untuk kanak-kanak
mengalaminya. Oleh itu proses pembelajaran adalah lebih berkesan bagi kanak-
kanak yang masih dalam peringkat perkembangan Operasi Konkrit (7-12 tahun)
untuk mengalami persekitaran pembelajaran yang berunsurkan hands-on,
12
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
penglibatan dan eksperintial. Pengalaman langsung yang paling asas dan
semula jadi ialah bermain.
Contoh-contoh pengalaman langsung yang boleh diimplementasikan
merentasi topik dan bahantara yang berbeza-beza ialah;
- projek pembelajaran berkumpulan;
- pendidikan luar;
- kerja lapangan;
- amali;
- lawatan sambil belajar;
- drama, dll.
Layari Internet
[Rujukan:http://www.timesofmalta.com/articles/view/20101103/local/children-get-
first-hand-experience-of-traffic-control]
PERBINCANGAN
Senaraikan tiga peranan main yang signifikan dalam proses pembelajaran.
I. _________________________________
II. _________________________________
III. _________________________________
13
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.5 KEPENTINGAN MAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK
1.5.1 Mengapa bermain?
Mengikut Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana:
a. Main memberikan peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea,
perasaan dan emosi
b. Main dapat mewujudkan perasaan teneng dan menghiburkan hati
c. Main menyediakan saluran untuk kanak-kanak menggunakan tenaga
yang berlebihan
d. Main membolehkan kanak-kanak menyediakan diri kea rah kedewasaan
atau kematangan
e. Main memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaiakan
pelbagai bentuk masalah (kognitif, motor, social) yang menyumbang
kepada perkembangan intelek
f. Main membudayakan proses pembelajaran termasuk mengulang, latihan,
latih tubi. Peniruan, penerokaan, penemuan,perkaitan, membuat huraian,
rumusan, mensintesisi dan menguji
g. Main membantu dalam pembentukan jati diri, ketrampilan diri, pemupukan
nilai murni seperti motivasi intrinsic, penglibatan, ketahanan, kemahiran
interpersonal, keyakinan diri dan berani bertindak.
1.5.2 Kepentingan dan Faedah Bermain
Secara umum, bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan
fizikal, perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif dan perkembangan
bahasa.
a. Perkembangan Fizikal
14
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui
bermain. Kemahiran motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti
seperti berlari bebas, melompat, memanjat, menendang, mengangkat,
membaling dan menyambut (bola). Ini member kesedaran kepada kanak-
kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuan.
Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat
mengembangkan kemahiran motor halis dan koodinasi mata-tangan.
Kemahiran manipulative dapat dibina melalui aktiviti seperti mencucuk
benang ke dalam manik, jigsaw puzzles, mengikat reben, kraftangan dan
membentuk menggunakan doh.

b. Perkembangan sosioemosi
Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang
lain secara positif, menajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik,
mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan
bertolak ansur. Mereka dapat belajar menangguh kehendak semerta diri
(delayed gratification) untuk mencapai matlamat jangka panjang. Dengan itu
main member peluang kepada kanak-kanak membina konsep kendiri yang
positif, keyakinan diri serta melahirkan sentiment dan menstabilkan emosi.
Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doctor dan pesakit atau
menaiki bas olok-olok member latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai
pengethuan dari pesekitaran seta membantu perkembangan kemahiran
bersosialisasi. Permainan imaginative seperti ini memberikan latihan kepada
15
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
kepada kanak-kanak mengenali alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama
untuk mencapai matlamat kumpulan.
c. Perkembangan Kognitif dan Bahasa
Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif
seperti mengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati,
membezakan, meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan.
Aktiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permaiana dam, puzzle,
teka -teki, nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran
bahasa, matematik dan sains serta berfikir secara logic dan kreatif. Kanak-
kanak juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam
persekitaran yang relaks, semulajadi dan seronok.
1.6 JENIS-JENIS MAIN
16
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 1.4: Jenis-jenis main
FIKIRKAN
Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Terdapat 2 kategori main iaitu
permainan sosial yang diutarakan oleh Parten(1932) dan permainan kognitif
pula dipelopori oleh Piaget (1962).
a. Main Sosial (Social Play)
Kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau dalam lingkungan
kawasan permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan.
17
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Jenis-jenis main sosial:
Unoccupied Play
Main Pemerhati (Onlooker Play)
Main Solitari (Solitary Play)
Main Selari (Parallel Play)
Main Gabungan (Associative Play)
Main Koperatif (Cooperative Play)
Unoccupied Play(Perlakuan tidak menentu)
- Murid berada dalam lingkungan kawasan permainan tetapi tidak bermain
Main Solitari (Solitary Play)
- Murid bermain secara perseorangan / bersendirian tanpa menghiraukan rakan
sekelilingnya.
18
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Main Pemerhati (Onlooker Play)
- Penglibatan murid dalam permainan ini adalah minima atau tidak langsung
tetapi lebih suka memerhati rakan-rakan mereka bermain.
Main Gabungan (Associative Play)
- Murid bermain secara kumpulan menggunakan peralatan yang sama tetapi
tiada matlamat dan peranan juga tidak ditentukan.
19
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Main Koperatif (Cooperative Play)
- Murid bermain dalam satu kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai satu
matlamat. Kanak-kanak diberi peranan dan objek khusus dan mereka mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
b. Main Kognitif(Cognitive Play)
Murid menggunakan bahan konkrit/maujud untuk memperolehi pengetahuan dan
meningkatkan perkembangan kognitif, psikomotor, sosioemosi dan kreativiti.
Jenis-jenis main kognitif :
Main Fungsian (Functional Play)
Main Fantasi (Fantasy Play)
Main Berperaturan (Games & Rules)
Main Konstruktif (Constructive Play)
Main Dramatik (Dramatic Play)
Main Fungsian (Functional Play)
20
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kanak-kanak menggunakan sensori motor dan tubuh badan melakukan sesuatu
aktiviti seperti melompat atau memanipulasi objek yang melibatkan pengulangan
pergerakan.
Main Fantasi (Fantasy Play)
Kanak-kanak menggunakan imaginasi dan main peranan untuk mencipta aktiviti-
aktiviti baru di luar dunia ini berasaskan imaginasi dan daya kreativiti mereka
seperti mengambil kotak untuk mewakili sebagai kereta )
21
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Main Berperaturan (Games and Rules)
Kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan (polis sentri,
dam, ketingting)
Main Konstruktif (Constructive Play)
Kanak-kanak bermain menggunakan bahan untuk membina pengetahuan dan
mengenali dunia mereka (cipta istana pasir, binaan,memasak)
Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)
Melibatkan interaksi verbal di antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-
watak dalam aktiviti ini.
22
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Dua kategori main sosiodrama :
Main yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik
Main sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanak.
1.7 CIRI-CIRI MAIN
a. Motivasi intrinsik (intrinsic motivation)
Keinginan untuk bermain berlaku secara semulajadi dan datang dari dalam diri
individu itu sendiri. Seringkali kanak-kanak bermain untuk keseronokan dan
kepuasan diri, bukannya disebabkan oleh ganjaran luar.
b. Bebas untuk memilih (freedom of choice)
Main tidak boleh dipaksa. Pemilihan jenis permainan harus datang dari
keputusan kanak-kanak sendiri. Kanak-kanak sendiri pilih apa, cara dan bila
hendak bermain. Dengan itu kanak-kanak dapat meneroka cara bermain serta
menjelajah alam sekeliling serta menyesuaikan dirinya dengan
persekitarannya. Peranan guru ialah untuk menyediakan persekitaran yang
memberangsangkan dengan sekatan yang minima.
23
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
c. Proses penyesuaian yang menyeronokkan (pleasure adaptation)
Semasa bermain kanak-kanak melalui proses penyesuaian diri dengan
persekitaran, peraturan, budaya, keperluan hidup dan lain-lain peranan yang
dijangkakan. Main sosiodrama atau simbolik seperi main perang, doktor,
kahwin dan lain-lain menyediakan peluang kepada kanak-kanak membuat
penyesuaian yang menyeronokkan berdasarkan budaya hidup di dalam atau
luar masyarakatnya.
d. Penglibatan Aktif (active involvement)
Apabila kanak-kanak bermain, pergerakan badan diperlukan. Mereka
menggunakan motor kasar dan motor halus. Mereka juga membuat
manipulasi terhadap bahanbahan. Mereka melibatkan diri secara aktif
berinteraksi dengan rakan dan persekitaran.
e. Penerokaan (exploration)
Kedua-kedua jenis main, sosial dan kognitif, terdapat ciri penerokaan seperti
meneroka alat permainan, tempat permainan, cara berkomunikasi, dan
persekitaran. Setiap peristiwa/ bahan/ rakan merupakan pengalaman baru dan
mempunyai kelainan
Membuka dan memasang alat permainan merupakan penerokaan. Kanak-
kanak meneroka cara menggunakan fungsi alat permainan dengan efisien.
Aktiviti berlari, memanjat, melompat dan membuai di taman permainan
merupakan penerokaan persekitaran fizikal dari segi ruang, jarak, kelajuan
dan arah.
f. Simulasi (Simulation)
Main merupakan bentuk simulasi jika ia dilakukan menyerupai situasi sebenar.
Lakonan dan main peranan yang disediakan dengan kostum dan props yang
mirip kepada senario sebenar dapat memberi kefahaman dan penghayatan
pelakon (kanak-kanak) merasakan watak yang dimainkan.
24
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1.7.1 Bermain Dalam Persekitaran Sekolah Rendah (Brewer, 2001)
Konsep main dalam persekitaran sekolah rendah adalah berbeza dengan
persekitaran prasekolah. Kadang-kadang guru berpendapat peluang
pembelajaran akademik mungkin terjejas jika kanak-kanak sekolah rendah
menghabiskan masa untuk bermain. Sebenarnya main membantu dalam
perkembangan kebolehan akademik mereka. Apa yang penting ialah
kebijaksanaan guru untuk mengenal pasti pengalaman main yang bersesuaian
dengan peringkat umur kumpulan kanak-kanak tertentu.
Kanak-kanak sekolah rendah belajar daripada aktiviti main seperti membuat
binaan daripada pelbagai bahan, mencipta alat/mainan daripada bahagian-
bahagian terbuang, mereka robot dan model, yang lebih berbentuk penerokaan,
pengujian hipotesis secara saintifik. Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang
untuk berbual, memberi pendapat, mempertahankan idea, memujuk dan
memberi penerangan. Pengalaman mainan pupet atau lakonan muzikal
menyediakan kanak-kanak untuk memperkembangkan bahasa lisan serta
menyalurkan idea secara simbolik yang merupakan asas kepada kemahiran
membaca. Guru perlu memastikan terdapatnya peluang, masa, bahan-bahan
dan juga peraturan yang bersesuaian untuk mengendalikan aktiviti main sambil
belajar.
Aktiviti bermain dalam persekitaran sekolah rendah boleh dilihat sebagai satu
kontinum yang bermula daripada main bebas kepada main terancang kepada
main terkawal.
a. Main Bebas (Free Play)
Main bebas merupakan tingkah laku yang dimotivasikan secara intrinsik, aktif
dan menyeronokkan, tanpa matlamat nyata. Kanak-kanak memilih daripada
kepelbagaian bahan yang ada untuk main bebas. Peranan guru ialah untuk
25
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
menyediakan persekitaran yang memberangsangkan dengan sekatan yang
minima.
b. Main Terancang (Guided Play)
Main terancang mempunyai unsur-unsur main bebas tetapi unsur-unsur
berkenaan telah dirancang oleh guru dengan rapi untuk mencapai matlamat
tertentu. Guru mengenal pasti bahan tertentu dan kanak-kanak membuat pilihan.
Aktiviti ini dijalankan bawah bimbingan guru. Contohnya, dalam subjek
matematik, guru menggunakan permainan Monopoli untuk memperkukuhkan
pembelajaran konsep nombor, tambah, tolak dan kemahiran membuat
keputusan.
c. Main Terarah (Directed Play)
Permainan ini ditetapkan oleh guru seperti yang diarah atau ditetapkan mengikut
peraturan atau undang-undang. Guru memberi arahan dan kanak-kanak
menyempurnakan tugasan tersebut, contohnya, nyanyian sambil melakukan aksi
seperti Kalau rasa gembira tepuk tangan, mainan dalam bulatan seperti Follow
the leader dan sebagainya.
1.7.2 Peranan Guru Dalam Proses Main
Guru memilih pengalaman main untuk disepadankan dengan matlamat program
Jika matlamat menekankan penemuan mainan bebas
Jika guru ingin pelajar mempamerkan kemahiran khusus mainan terarah
Adalah perlu bagi guru perlu
membuat pemerhatian tentang kelakuan kanak-kanak, memberi bantuan
di mana dan jika perlu.
menyediakan persekitaran yang kaya dan aktiviti perlu ditukar dan diubah
susunannya dari semasa ke semasa
26
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
merangsang main dengan menunjukkan minat dan sokongan terhadap
tindakan kanak-kanak
bertindak balas terhadap minat kanak-kanak atau berkongsi pengalaman.
Hormati pemikiran kanak-kanak dan sistem peraturannya.
kemukakan soalan-soalan fokus, berikan maklumat bila dikehendaki oleh
kanak-kanak.
mencelah pada masa yang sesuai. Pencelahan tidak berbentuk halangan
untuk mematikan semangat dan minat kanak-kanak
menilai untuk mengesan perkembangan dan keperluan kanak-kanak,
merekodkan tingkahlaku, pencapaian dan perkembangan kanak-kanak
dari aspek fizikal, emosi, intelek, sosial dan bahasa. Data-data yang
diperolehi dijadikan asas perancangan bagi setiap individu
PERBINCANGAN
Aktiviti
27
Anda telah pun belajar tentang kepentingan main dalam dunia kanak-kanak. Dan
fungsinya kepada perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Terdapat 2 kategori
main iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah
dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional
untuk setiap kategori.
Permainan Sosial Permainan Kognitif
Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepada
perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.
Jenis Permainan Traditional:
Perkembangan intelek Perkembangan sosioemosi Perkembangan fizikal
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
TUGASAN
Dalam kumpulan empat orang, buat pemerhatian ke atas kanak-kanak yang
sedang bermain sama ada di pusat prasekolah atau di rumah. Sediakan satu
laporan bertulis yang merangkumi aspek-aspek di bawah:
i. Apakah jenis main yang anda perhatikan?
ii. Siapakah kanak-kanak yang terlibat?( jantina, umur, hubungan antara
mereka)
iii. Di manakah aktiviti ini berlangsung?
iv. Apakah perasaan kanak-kanak yang sedang bermain dan bagaimana
ianya dikenalpasti?
28
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
v. Apakah faedah aktiviti main ini kepada kanak-kanak dari segi
fizikal,intelek dan sosio-emosi.

Bentangkan hasil pemerhatian anda dengan menggunakan persembahan
Powerpoint yang merangkumi gambar foto, grafik, klip video dan sebagainya.
LATIHAN
UJI MINDA
1. Apakah tiga aspek alam belajar yang difikirkan penting dalam
pembentukan murid yang menyeluruh?
2. Apakah empat elemen aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan
merangkumi?
3. Apakah bentuk penyusunan bilik darjah yang anda syorkan sekiranya
anda ingini murid-murid anda berkolaborasi dalam kumpulan kecil bagi
pembincangan secara kelas?
4. Jikalau anda merancang untuk mengendalikan pembelajaran bercorak
kadar kendiri dan beisifat individu, apakah cara-cara penyusunan bilik darjah
yang sesuai bagi anda membentuk stesen-stesen pembelajaran?
29
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5. Sedarkah anda bahawa sesebuah bilik darjah bukan hanya terdiri
daripada meja dan kerusi sahaja? Anda juga perlu memberi perhatian kepada
aksesori-aksesori yang akan memberi sentuhan peribadi. Apakah sentuhan
peribadi yang dimaksudkan?
6. Ahli-ahli teoris berpendapat bahawa persekitaran fizikal yang kondusif
boleh diibaratkan sebagai guru kedua dalam bilik darjah! Apakah kepentingan
persekitaram fizikal yang kondusif?
7. Apakah itu komuniti pembelajaran?
8. Bilik darjah yang beroperasi sebagai komuniti pembelajaran, apakah
prisip-prinsip yang perlu dipegang?
9. Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, cuba anda jelaskan apakah antara
pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru.
10. Pengalaman langsung berpegang kepada prinsip pembelajaran
eksperiential. Pengalaman langsung boleh diimplementasi secara meluas
merentasi topik dan bahantara berbeza-beza, antaranya termasuk ....................
TAMAT BAB 1
RUJUKAN
Elizabeth, W & Jane, A. (2005). Play, learning and the early childhood
curriculum. (2
nd
ed). London: Paul Chapman.
Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (9
th
ed). New Jersey: Prentice
Hall.
30
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
TAJUK 2 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Bab ini menghuraikan tentang konsep asas pengajaran dan
pembelajaran, jenis-jenis pembelajaran dan prinsip-prinsip pembelajaran
Gagne.
Terdapat lapan peringkat dalam proses pembelajaran Gagne. Sembilan
langkah pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne ialah menarik
perhatian; maklum pelajar tentang objektif, merangsang ingatan kambali
pengetahuan sedia ada/pembelajaran lepas; mengemukakan bahan
rangsangan; memberikan maklum balas tentang prestasi; menilai prestasi;
merangsang penyimpanan dan pemindahan pembelajaran.
31
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Mengikut Model Ewell (1997), terdapat lapan prinsip pembelajaran, iaitu,
penglibatan aktif, perkaitan dan corak/konstruktivisme, pembelajaran
informal, pengalaman langsung, situasi mendesak (compelling situation),
maklum balas berterusan, suasana yang menyeronokkan dan refleksi.
Bab ini juga akan mengenali jenis-jenis pembelajaran. Mengikut Gagne,
terdapat lima jenis pembelajaran yang berbeza, iaitu, kemahiran intelek,
maklumat verbal, strategi kognitif,kemahiran psikomotor dan sikap.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran.
2. Menghuraikan prinsip-prinsip pengajaran
3. Mengenalpasti jenis-jenis pembelajaran.
4. Membandingbeza antara prinsip pembelajaran Ewell dan jenis pembelajaran
Gagne.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
32
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 2.1: Kerangka Tajuk Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
PERBINCANGAN
33
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Apakah yang anda faham tentang pengajaran dan pembelajaran? Senaraikan
beberapa aspek penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
2.0 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
Bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk
menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,
menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar
untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.
Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran? Mari kita lihat
definisi pembelajaran.Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai
perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia
mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan
pengalaman. Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman
menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau
tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak
sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak
sedar. Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986)
yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk,
pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan,
kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku.Pembelajaran juga
merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan
perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk
pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985). Bagi Gagne,
pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan
seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai
secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Ahli psikologi
34
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran. Ahli teoris
behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkah
laku yang dapat diperhatikan. Pendukung teori kognitif pula menekankan tentang
proses mental yang terlibat semasa pembelajaran berlaku tetapi tidak dapat
diperhatikan.
Memberikan arahan-arahan kepada atau berkongsi pengetahuan dengan
orang lain.
Sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Merupakan suatu diagnostik dan preskriptif.
FIKIRKAN...
Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep
pengajaran dan pembelajaran?
2.1 KONSEP PEMBELAJARAN
Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi
menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman
organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.
35
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LAYARI INTERNET
Pelajar diminta mencari maklumat tentang prinsip pembelajaran melalui laman
berikut: http://www.intime.uni.edu/model/learning/lear.html. Seterusnya paparkan
prinsip-prinsip pembelajaran dalam satu bentuk pengurusan grafik.

2.2 TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling
mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis
pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar
telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.
Proses Pembelajaran Gagne
Teori Gagne (1985) menerangkan bahawa minda manusia memproses
maklumat seperti komputer. Terdapat lapan peringkat dalam proses mengubah
maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari (learned knowledge).
Peringkat 1:
Motivasi
Merupakan prasyarat yang diperlukan untuk
pembelajaran berlaku.
Yelon dan Weinstein (1997:294) menyatakan bahawa
motivasi merupakan satu motif yang menyebabkan
seseorang bertindak dalam cara tertentu.
Zindi, Peresuh dan Mpofu (1995:111) dalam
Commonwealth of Learning (2002) mendefinisikan
motivasi sebagai satu proses atau kuasa dalaman
organisma yang mendesak sesuatu untuk bertindak.
Peringkat 2
Memberikan
Pelajar akan belajar jika mereka mendengar dan
menumpukan perhatian kepada pengajaran yang
36
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Perhatian:Memastika
n Perhatian Pelajar
disampaikan.
Guru harus memberikan perhatian sepenuhnya
kepada cara atau strategi untuk memastikan pelajar
memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran.
Peringkat 3 & 4
Perolehan dan
Ingatan
Dalam proses pembelajaran, aspek yang amat penting
ialah memori.
Sesuatu yang dipelajari harus diingati dan oleh itu,
guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang
dapat membantu pelajar mengingati perkara yang diajar.
Peringkat 5
Ingat Kembali dan
Retrieval
Maklumat yang disimpan akan diingat kembali dan
digunakan.
Retriveal merujuk kepada proses mengesan maklumat
yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar
(Yelon dan Weinstein, 1977).
Bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru perlu
mudah difahami dan ini memudahkan maklumat diingat
kembali oleh pelajar.
Peringkat 6 -
Generalisasi
Maklumat yang diingat kembali akan digunakan dalam
situasi-situasi baru.
Pemindahan pembelajaran berlaku dan ini merupakan
proses pembelajaran yang amat penting.
Pengajaran dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat
mengaplikasi apa-apa yang telah dipelajari dalam situasi
baru di dalam atau di luar sekolah
Peringkat 7 - Prestasi
Indiktator seperti aktiviti dan respons pelajar boleh
menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku.
Guru boleh mempengaruhi cara pelajar memberikan
37
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
respons dan maklumat ini dapat diperoleh dengan
mengemukakan soalan-soalan secara lisan atau bertulis
kepada pelajar.
Peringkat 8
Maklum Balas dan
Peneguhan
Dalam peringkat ini, pelajar telah mencapai
maklumatnya.
Tahap ini merupakan tahap di mana motivasi perlu
diberikan setelah pelajar mencapai objektif
pembelajaran.
Berdasarkan respons pelajar terhadap soalan, guru
perlu memberikan maklum balas tentang prestasi
mereka untuk memaklumkan tentang prestasi pelajar
serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
Implikasi Proses Pembelajaran Gagne terhadap Pengajaran
a. Menarik Perhatian
Guru menarik perhatian pelajar dengan mengarah pelajar kepada topik
pengajaran.
Cara untuk merangsang pelajar seperti merangsang naluri ingin tahu
pelajar, memotivasi pelajar, memberikan cabaran kepada pelajar,
menggunakan anekdot, teka-teki, humor, dan gambar untuk menarik
perhatian pelajar.
Contohnya guru menunjukkan pelbagi jenis segitiga menggunakan
slide Powerpoint.
b. Memaklumkan Pelajar tentang Objektif Pelajaran
Pelajar dimaklumkan tentang objektif pelajaran supaya mereka sedar
tentang matlamat pengajaran.
Pelajar lebih bersedia dan mempunyai pemikiran yang perlu untuk
pelajaran yang akan dilalui.
38
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Bagi memperjelas matlamat pengajaran kepada pelajar, guru boleh
menerangkan tujuan kandungan, mengemukakan matlamat untuk
pelajar memilih dan meminta pelajar memilih matlamat sendiri.
Contohnya guru menanyakan soalan apakah ciri segitiga sama?
c. Merangsang Ingatan Kembali terhadap Pengetahuan Sedia Ada
Antara caranya ialah ujian pra atau beberapa soalan yang mencungkil
pengetahuan mereka untuk memperoleh maklumat tentang
pengetahuan sedia ada pelajar.
Hubung kait antara maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada
akan memudahkan proses pembelajaran.
Pelajar lebih mudah untuk mengekod dan menyimpan maklumat
dalam ingatan jangka panjang jika terdapat perkaitan dengan
pengetahuan peribadi dan pengetahuan.
Contohnya guru mengajak pelajar mengimbas kembali pelbagai
definisi segitiga.
d. Kemukakan Kandungan
Kandungan ini perlu dikelompokkan dan diorganisasikan secara
sistematik dan bermakna sebelum diterang dan didemonstrasikan.
Guru perlu menggunakan pelbagai cara dan media kerana terdapat
pelbagai gaya pembelajaran.
Pelajar lebih mudah mengingati gambar atau grafik berbanding
perkataan.
Contohnya guru memberi takrifan segitiga sama.
e. Membimbing Pembelajaran
Untuk membantu pelajar mengekod maklumat dalam ingatan jangka
panjang.
Antara strategi yang boleh digunakan termasuklah penggunaan
contoh, kes-kes kajian, perwakilan dan pengurusan grafik serta
penggunaan mnemonik, analogi dan sebagainya.
39
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Guru juga boleh menggalakkan pelajar membuat perbandingan antara
konsep atau prinsip atau menggunakan cara aliran untuk
menggambarkan kandungan.
Pelajar dibimbing untuk melibatkan diri secara aktif
Contohnya guru menunjukkan cara bagaimana melukis segitiga sama.
f. Melaksanakan Perlakuan
Pelajar dikehendaki untuk melatih kemahiran atau tingkah laku baru.
Memberikan peluang untuk mengesahkan bahawa pelajar menguasai
pengetahuan yang betul dan ulangan latihan ini memanjangkan jangka
masa penyimpanan pengetahuan
Guru boleh menggunakan latihan bertulis, soalan-soalan, dan ujian.
Pelajar diberikan peluang untuk melatih dan mengaplikasi kemahiran
baru dalam situasi yang berbeza.
Contohnya guru meminta murid menghasilkan lima contoh segitiga
yang berlainan
g. Memberikan Maklum Balas
Maklum balas perlu spesifik dan serta-merta tentang pembelajaran.
Latihan dalam pelajaran dapat mengesan kefahaman pelajar tentang
pembelajaran.
Bimbingan dalam bentuk soalan dan jawapan merupakan maklum
balas formatif.
Contohnya guru menyemak semua contoh murid untuk mengenalpasti
jawapan yang salah atau betul.
h. Menilai Perlakuan dan Prestasi
Pembelajaran akan diakhiri dengan memberikan ujian pos atau
pentaksiran akhir untuk menilai penguasaan pengetahuan dan
kemahiran yang diajar.
Dijalankan tanpa bimbingan tambahan dan secara umumnya tahap
penguasaan antara 80% hingga 90% boleh diterima.
40
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Peringkat ini boleh dianggap sebagai peringkat penilaian sumatif atau
ujian pos.
Contohnya guru mesti memaklumkan skor yang diperolehi dan
mengadakan aktiviti pemulihan jika perlu.
i. Merangsang Ingatan dan Pemindahan Pembelajaran
Guru memberi contoh tambahan dan latihan-latihan untuk menambah
baik pemahaman pelajar terhadap pembelajaran yang telah dikuasai.
Proses ini akan memastikan pelajar dapat memindahkan pengetahuan
yang dipelajari ke dalam situasi-situasi baharu.
Contohnya guru menunjukkan kad gambar objek-objek dan meminta
murid mengenalpasti objek segitiga.
2.3 PRINSIP PRINSIP PEMBELAJARAN
PRINSIP PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL (1997)
Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip
pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan
kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah.
a. Penglibatan Aktif
Mengikut Ewell (1997) the learner is not 'receptable of knowledge, but rather
creates his or her learning actively and uniquely Dalam hal ini pelajar perlu
membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran
guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepada mereka.
Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan
bahan pembelajaran supaya dapat kembali mengingat maklumat yang
diperlukan.Mayer (2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif.
Pelajar yang terlibat dengan aktif dalam proses pembelajaran mampu
menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan, memberikan pengertian
baru kepada sesuatu topik,dan berkebolehan untuk menghubung kait apa yang
telah dipelajari kepada konteks yang baru ( Ewell 1997)
41
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
b. Perkaitan dan Corak
Mengikut Ewell (1997) involves actively creating linkages among concepts, skill
elements,people and experiances (p.7) Prinsip ini menerangkan bagaimana
pelajar mempunyai peluang membina, menentu, menguji dan membina corak
serta perkaitannya daripada situasi pembelajaran. Melalui pembelajaran ini,
pelajar dapat mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti
pembelajaran yang mempunyai kaitan dan bentuk yang tertentu. Mengikut
Woolfolk (2004), pelajar membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan
pelajar juga membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan
pada masa hadapan.
c. Pembelajaran Informal
Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja ataupun pada
waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di manamana sahaja serta pada bila-bila
masa. Pembelajaran informal membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di
luar bilik darjah melalui interaksi dengan persekitaran. Sebagai contoh program
lawatan sambil belajar dapat memberi peluang kepada pelajar belajar sesuatu
yang baru. Pembelajaran informal merupakan pembelajaran implisit iaitu
pengetahuan diperoleh akibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai
cara daripada rakan sebaya, orang yang lebih dewasa atau persekitaran.
d. Pengalaman Langsung
Melalui pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai
pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau
fenomena yang ingin dikaji. Aktiviti seperti ini membantu pelajar membentuk
pemahaman terhadap apa-apa yang dipelajari. Pengalaman langsung dalam
konteks yang sebenarnya amat diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan
atau andaian yang salah tentang sesuatu. Pelajar dapat menemukan dan
meneroka serta mengalaminya sendiri dan bukannya melalui pembacaan,
pendengaran atau maklumat dari orang lain.
42
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
e. Situasi Mendesak.
Prinsip pembelajaran jenis ini mengandaikan bahawa pembelajaran optimum
berkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan
masalah yang memerlukan penyelesaian tertentu. Sekiranya pengajaran adalah
dalam situasi yang mendesak dengan pengalaman secara langsung dengan
sesuatu yang benar-benar berlaku, maka pembelajaran tersebut akan lebih
mencabar dan menarik bagi pelajar tersebut. Hal ini berlaku disebabkan terdapat
satu keseimbangan antara cabaran dengan peluang dalam mana-mana situasi
pembelajaran. Jika pelajar menghadapi satu situasi yang kompleks, ini akan
memotivasikannya untuk mencari jalan penyelesaian.
f. Maklum Balas Berterusan
Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang
kesesuaian tindakan serta respon mereka. Maklum balas yang berkesan harus
bersandarkan kepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu
dilakukan serta merta supaya pelajar tidak melakukan kesilapan. Pelajar boleh
mendapatkan maklum balas daripada guru dan rakan-rakannya tentang
prestasinya dan dengan cara ini mereka dapat meningkatkan kemampuan
prestasinya.
g. Sesuatu yang menyeronokkan.
Pembelajaran perlu merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Menurut Ewell
(1997) maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada
dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan
padu daripada guru secara peribadi. Persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan
banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran.
h. Refleksi
43
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Refleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan
implikasinya terhadap diri kita. Ia merupakan satu usaha bermakna untuk
menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran,membantu mengimbangkan
kepercayaan kita dengan keperluan pelajar (Noraiti, Boon & Sharifah, 2009)
Pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan
kemahiran penilaian kendiri dan untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan
yang perlu dibaiki.
LATIHAN
AKTIVITI
Anda telah mempelajari beberapa prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh
Ewell (1997). Sila jawab soalan berikut :
1.Terangkan dengan ringkas dua contoh aktiviti pengalaman langsung dan
faedahnya.
a) Aktiviti : ______________________________________________________
Faedah : _____________________________________________________
b) Aktiviti : ______________________________________________________
Faedah : ______________________________________________________
2. Senaraikan 5 contoh aktiviti pembelajaran aktif yang boleh dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
a) ___________________________________________________________
b) ___________________________________________________________
c) ___________________________________________________________
d) ___________________________________________________________
e) ___________________________________________________________
44
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3. Menurut Ewell(1997) salah satu prinsip pembelajaran ialah pembelajaran
harus sesuatu yang menyeronokkan. Dengan contoh yang sesuai berikan 2
aktiviti yang dapat menimbulkan keseronokan kepada pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti Contoh
1 1
2 2
2.4 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
Sekarang mari kita melihat pula jenis-jenis pembelajaran yang dikemukakan oleh
Gagne (1985). Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai a change in
human disposition or capability, which persist over period of time and which is
not simply ascribe to processes of growth. Dalam bukunya, Gagne (1985) telah
mencadangkan lima jenis pembelajaran utama yang mana setiap satunya
memerlukan cara pengajaran yang berbeza. Kelima-lima jenis pembelajaran
tersebut ialah :
a. Kemahiran intelek
Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan procedural seseorang
individu. Gagne (1985) telah menganalisis satu episod pembelajaran yang terdiri
daripada pelajar, suatu situasi rangsangan yang merupakan episod-episod yang
merangsang deria pelajar dan satu tindakan atau respons yang terhasil akibat
45
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
rangsangan.Antara kategori kemahiran intelek yang dikemukakan oleh Gagne
ialah :
a) Pembelajaran Isyarat - dimana individu bertindak balas terhadap terhadap
sesuatu signal.
b) Pembelajaran Hukum - melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang
berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian.Melalui pembelajaran ini, pelajar
dapat menerangkan konsep, menggunakan rumus,prinsip dan membuat
generalisasi.
c) Pembelajaran Konsep - iaitu kebolehan untuk mengklafikasikan objek dan
peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu.
d) Pembelajaran Diskriminasi - belajar membezakan benda mengikut ciri
tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam
ingatan.
e) Penyelesaian Masalah - pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,
rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam
sesuatu situasi baru.
f) Rantaian satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan respons
dikuasai
g) Asosiasi Verbal satu pembelajaran rantaian berbentuk verbal
Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugasan menunjukkan pembelajaran
berlaku secara berperingkat (hierarchy) iaitu bergerak daripada peringkat paling
mudah kepada peringkat paling kompleks.Perkara penting dalam hierarki ini
ialah mengenal pasti prasyarat yang harus disempurnakan untuk memudahkan
cara pembelajaran pada setiap peringkat.
b. Maklumat Verbal
Pembelajaran jenis ini merujuk kepada kebolehan seseorang mengungkap
sesuatu peristiwa atau fakta sama ada secara lisan atau tulisan.Untuk
membolehkan seseorang individu dapat melakukan sedemikian, dia perlu
46
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
mempunyai kemahiran intelek dalam mengungkap atau menyebut sesuatu
pernyataan, konsep,prinsip-prinsip atau prosedur.
c. Strategi kognitif
Strategi kognitif pula merupakan kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat
mengawal sendiri proses -proses dalaman seperti memberi perhatian,
belajar,mengingat dan memikir sesuatu.Untuk membolehkan kemahiran intelek
ini diperoleh, pelajar perlu menguasai pelbagai strategi seperti strategi
mengingat, strategi berfikir dan strategi mengingat kembali perkara yang telah
dipelajari.
d. Kemahiran Psikomotor
Merupakan kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan
dengan tepat dan betul. Pembelajaran jenis ini melibatkan beberapa tahap iaitu
pelajar akan belajar urutan yang berkenaan, kemudian mengamalkan
pergerakan psikomotor tersebut dan akhirnya pemurnian pergerakan tersebut
berasaskan maklum balas daripada persekitaran mereka.
e. Sikap
Gagne (1985) menyatakan sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang
mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. Sikap seseorang dapat diperlihatkan
melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.Sikap boleh dipelajari dan dikuasai
melalui pengalaman dan pemerhatian.Untuk memupuk sikap yang diingini, guru
perlu mengaitkan kejayaan dengan sikap yang tertentu atau penggunaan model
yang boleh memupuk sertai mengukuhkan tingkah laku positif.Selain itu, perlu
pengukuhan supaya tingkah laku yang diingin dapat dimanifestasi.
47
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
Anda telah mempelajari Prinsip Pembelajaran Ewwel (1997) dan jenis
pembelajaran mengikut Gagne(1985).Dengan menggunakan pengurusan grafik di
bawah, banding bezakan prinsip pembelajaran Ewell (1997) dengan jenis
pembelajaran mengikut Gagne (1985). Masukkan latihan ini ke dalam folio anda.
48
PRINSIP PENGAJARAN
MENGIKUT
EWELL (1997)
JENIS PEMBELAJARAN
MENGIKUT GAGNE (1985)
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
49
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
UJI MINDA
1. Menurut HILL (2002), bagaimana sesuatu pembelajaran akan berlaku dalam diri
seseorang?
2. Nyatakan LAPAN PERINGKAT oleh Gagne dalam proses mengubah maklumat
kepada pengetahuan yang dipelajari.
3. Gagne, Wager, Golas dan keller (2005:195) telah menggariskan sembilan langkah
pengajaran yang berkait dengan proses pembelajaran. Nyatakan SEMBILAN
LANGKAH pengajaran tersebut.
4. Pada pendapat anda, apakah cara atau media yang boleh digunakan oleh guru
untuk mempelbagaikan gaya pembelajaran?
5. Senaraikan LAPAN PRINSIP pembelajaran mengikut Model Ewell
6. Terangkan secara ringkas SATU contoh aktiviti pengalaman langsung dan
faedahnya.
7. Mengikut Ewell (1997:6),
the learner is not a receptacle of knowledge, but rather creates his or her
learning activity actively & uniquely.
Apakan yang dimaksudkan dengan ayat diatas?
8. Apakah itu pembelajaran informal? Berikan SATU contoh.
9. Mengikut Gagne (1985), terdapat lima jenis pembelajaran yang berbeza. Nyatakan.
10. Maklumat verbal merujuk kepada kebolehan individu menyatakan sesuatu fakta
atau set peristiwa secara lisan atau bertulis. Berikan satu contoh pembelajaran
maklumat verbal.
TAMAT BAB 2
50
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rujukan
Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2
nd
ed). Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Woolfolk,A. E (2008) Educational psychology(10th ed). Boston,MA:Allyn and
Bacon.
http://hagar.up.ac.za/catts/learner/tyna/gagne.html
www.intime.uni.edu/model/learning/lear.html
51
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
TAJUK 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Sering kali kita menolak teori sebagai sesuatu yang ideal dan tidak dapat
dipraktikkan, sebenarnya teori ialah hasil daripada kajian saintifik yang
telah disah terima sebagai sesuatu prinsip atau asas yang boleh dijadikan
panduan pelaksanaan. Kita akan meninjau secara dasarnya teori sosial
dan humanisme agar kita dapat memanfaatkannya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam bab ini, kita akan menjelaskan konsep teori
behavioris, sosial, humanis dan kognitif.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan konsep penting dalam teori-teori pembelajaran yang
memperkukuhkan pengetahuan pedagogi.
2. Menghuraikan tentang teori-teori pembelajaran behavioris, kognitif dan
konstruktivis, humanis dan teori pembelajaran sosial.
3. Menjelaskan prinsip-prinsip asas pelaziman klasik dan pelaziman operan dan
implikasinya kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
berkeperluan khas.
4. Menganalisis teori behavioris secara PMI dan merumuskan implikasi teori
behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran.
5. Menjelaskan prinsip-prinsip teori pembelajaran sosial dan humanis serta
implikasinya kepada proses pembelajaran dan pengajaran
52
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
KERANGKA KONSEP

Rajah 3.1: Kerangka Tajuk Teori-teori Pembelajaran
53
Implikasi teori-teori pembelajaran
terhadap pengajaran-pembelajaran dan
terhadap kanak-kanak berkeperluan khas
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
PENGENALAN
Pernahkah anda mengenali dan membaca hasil penemuan bagi tokoh-tokoh
yang berkaitan dengan teori pembelajaran seperti Jean Piaget, Jerome Seymour
Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey.
FIKIRKAN...
Apa tanggapan dan persepsi anda terhadap gambar-gambar di atas? Apakah
yang anda fikirkan? Adakah anda pernah melihat sebelum ini? Mungkin anda
pernah mempelajarinya sewaktu mengikuti kursus perguruan diperingkat sijil
perguruan sebelum ini. Berikan respon anda.
54
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3.0 TEORI PEMBELAJARAN
Satu lagi alat yang boleh digunakan untuk memahami proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih mendalam adalah melalui teori. Teori boleh diertikan
sebagai satu set prinsip dan definisi (Kerlinger, 1986, as cited in Noriati, Boon
& Sharifah Fakhriah, 2009).
Sehubungan dengan itu, dengan berbekalkan fahaman yang mendalam tentang
satu-satu teori, maka individu mampu menghasilkan satu cara penyelesaian
yang baru yang kreatif dan berinovasi semasa menghadapi masalah sesuatu
fenomena. Seperti yang telah anda ketahui, pembelajaran adalah merupakan
satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran
dan pengalaman yang akan mengakibatkan perubahan tingkah laku,
pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan seseorang individu (Ormrod,
1995). Dengan erti kata lain, pembelajaran sebenarnya ialah satu proses yang
memberi tumpuan kepada belajar yang mampu membawa perubahan
menyeluruh kepada seseorang individu. Oleh itu, bagaimana kita boleh
mengaitkan teori dengan pembelajaran? Bagaimana pula teori pembelajaran
boleh membantu kita sebagai individu atau sebagai guru,khasnya?
Sebenarnya, teori pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia dan
haiwan belajar (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajaran
berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara
menyelesaikan masalah pembelajaran. Di samping itu, ahli-ahli psikologi
pendidikan telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan
beberapa teori.
55
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
PERBINCANGAN
Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki
membuat catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori
pembelajaran serta hasil penemuannya. Kemudian anda harus memberikan
komen terhadap hasil penemuan tokoh berkenaan.
Tokoh Ujikaji Hasil Dapatan Komen
Burrhus F. Skinner
(1904 1990)
Kotak Skinner.
Seekor tikus yang
sedang
melompat-lompat
disekeliling kotak
tiba-tiba menekan
butang yang akan
mengeluarkan
seketul
makanan.Tanpa
membuang masa
tikus itu akan
mengulangi
menekan butang
tersebut untuk
mendapatkan
makanan.
Albert Bandura
(1925 sekarang)
Kajian patung
Bobo yang
berfokuskan
kepada pola
tingkahlaku
berhubung kait
dengan
tingkahlaku
agresif .
56
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Ivan Petrovich
Pavlov
(1849 - 1936)
Melatih anjing
untuk
mengeluarkan air
liur apabila
kedengaran bunyi
loceng.(konsep
rangsangan dan
gerakbalas)
Abraham Maslow
( 1908- 1970)
Hirarki keperluan
Maslow.Keperluan
Fisiologi,
keselamatan,
kasih sayang,
harga diri dan
penyempurnaan
kendiri.
Jean Piaget
(1896- 1980)
Kanak-kanak aktif
membentuk
kefahaman
terhadap
persekitaran
melalui empat
tahap
perkembangan
kognitif.
Lev Vygotsky
( 1896- 1934)
Kebolehan intelek
adalah spesifik
kepada budaya di
mana kita
dipelihara dan
dibesarkan.
Kebanyakan
daripada apa yang
kita berfikir dan
cara berfikir
dipengaruhi oleh
budaya.
3.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
57
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh
diperhatikan (secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap
perubahan tersebut. Teori ini diwakili dengan perkataan Rangsangan- Gerak
balas (R-G). Perkaitan antara Rangsangan, Organisma dan Gerakbalas boleh
diringkaskan dalam Rajah 3.2.
Rajah 3.2 Kesan rangsangan kepada organisma dan gerakbalas yang
diperhatikan.
Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris termasuklah :-
i. Sebahagian besar daripada tingkah laku manusia dipengaruhi oleh rangsangan
(R) dari persekitaran,
ii. Pembelajaran ialah hasil dari kejadian yang boleh diperhatikan
iii. Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku
iv. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan dan tindak balas berlaku
dalam masa yang dekat
v. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behavioris
vi. Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.
Antara contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan ialah
i. loceng yang berbunyi di sekolah untuk menandakan pertukaran waktu, rehat
atau balik.
ii. cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guru
iii. individu yang fobia selepas mengalami sesuatu kejadian yang menakutkan
iv. sitcom televisyen yang menyebabkan penonton ketawa walaupun tidak lucu.
58
Rangsangan
(R)
Rangsangan
(R)
Organisma
Organisma
Gerakbalas
(G)
Gerakbalas
(G)
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 3.3 Tokoh-tokoh teori behavioris
(Sumber: Noriati, Boon, dan Sharifah Fakriah, 2009, p 49)
PERBINCANGAN
Berdasarkan Input 2 di atas cuba anda perhatikan rangsangsan yang diberikan
dan apa pula gerakbalas anda terhadap rangsangsan ini? Mengapa anda
bertindak sedemikian? (Rangsangan, R) Apa G anda?
59
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

(Rangsangan, R) Apa G anda?
3.2 TEORI PELAZIMAN KLASIK
Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1849-1936).
Ivan Pavlov (1849- 1936)
Berbangsa Rusia
Belajar fisiologi di Universiti Leibzig, Jerman
Pemenang Hadiah Nobel: Fisiologi Pencernaan
60
?
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 3.4 Eksperimen pelaziman klasik Pavlov
Nama Pavlov memang sinonim dengan gambar di atas Apa sebenarnya konsep dan
eksperimen yang diperkenalkan oleh Pavlov?
.
Cuba perhatikan Rajah 3.5 sebelum kita pergi lebih lanjut tentang Pelaziman Klasik
Pavlov.
Rajah 3.5 Konsep-konsep penting dalam pelaziman klasik
61
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Konsep-konsep penting dalam Pelaziman Klasik
Rangsangan
Rangsangan nuetral: Semua objek, perkara atau peristiwa yang tidak ada
hubungan langsung dengan diri kita, oleh itu tiada respon dari kita.
Rangsangan semulajadi: Semua objek,perkara atau peristiwa yang ada
hubungan semula jadi, maka respon semula jadi akan diberikan
Rangsangan terlazim: Rangsangan yang terhasil apabila rangsangan nuetral
digabungkan dengan rangsangan semulajadi untuk menghasilkan gerakbalas
yang serupa dengan rangasangan semulajadi
Gerak balas
Gerakbalas semulajadi (juga dikenali sebagai gerakbalas pantulan): dimiliki
oleh semua organisma yang mempunyai siatem saraf. Contoh, air liur yang
meleleh apabila melihat makanan yang enak, kelipan mata apabila terdapat
gangguan.
Gerakbalas terlazim: Gerakbalas yang berlaku hasil dari rangsangan terlazim
Teori Pavlov
Bagi Pavlov, minda manusia adalah seperti kotak hitam yang tidak boleh
dibuka; yang
hanya boleh kita perhatikan ialah rangsangan yang masuk dan gerak balas atau
respons yang keluar sebagai reaksi kepada rangsangan. Pelaziman klasik
(classical conditioning) ialah sejenis pembelajaran yang berlaku apabila
organism dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral
dengan rangsangan semulajadi. Pavlov melakukan eksperimen dengan
anjingnya. Perhatikan rajah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ekperimen
Pavlov
62
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Penerangan rajah dan eksperimen Pavlov
Gambar 1:
Makanan (food) ialah rangangan semula jadi (unconditioned stimulus).
Organisma akan memberi gerak balas semulajadi (unconditioned response)
kepada rangsangan semulajadi
Gambar 2.
Loceng (bell) ialah Rangsangan neutral (Nuetral stimulus). Tiada sebarang
gerak balas atau reaksi dari organism
Gambar 3
Apabila loceng (rangsangan neutral) digabungkan dengan makanan
(rangsangan semulajadi), juga akan menghasilkan gerak balas semulajadi.
Gerakbalas atau reaksi ini adalah sama seperti apabila hanya makanan
(rangsangan semulajadi diberikan). Kombinasi loceng dan makanan diberi
berulang kali kepada anjing untuk mendapatkan
gerakbalas yang sama.
Gambar 4
Hanya loceng dibunyikan (tanpa makanan) tetapi tetap mendapat respon atau
reaksi yang sama. Kini, loceng berfungsi sebagai rangsangan terlazim
(conditioned stimulus) dan reaksi anjing ialah gerak balas terlazim
(conditioned response)
63
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Oleh itu, pembelajaran dalam pelaziman klasik berlaku apabila organisma dapat
mengaitkan dua rangsangan, iaitu rangsangan neutral dengan rangsangan
semula jadi. Menurut pelopor teori ini, manusia juga mempamerkan tingkah laku
ini. Oleh itu, pembentukan tingkah laku pembelajaran di bilik darjah boleh
dilakukan melalui kombinasi rangsangan yang diberikan oleh guru. Contohnya
bunyi loceng yang diberikan berulang kali telah menyebabkan semua murid di
sekolah tahu bunyi loceng menandakan pertukaran waktu, rehat atau balik.
Terdapat 3 tingkahlaku yang boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik.
Penghapusan (extinction)
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (conditioned stimulus)
diberikan berulang kali tanpa rangsangan semula jadi (unconditioned stimulus).
Dalam erti kata ujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan
melibatkan proses melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan
rangsangan semulajadi. Contohnya perasaan takut terhadap guru mata
pelajaran dan guru matematik boleh dikurangkan sekiranya pelajar tersebut
mendapat guru matematik yang memahami kelemahannya, pandai
menggunakan strategi dan kaedah P& P yang sesuai.
Generalisasi
Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan terlazim dengan
bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anjing akan tetap
melelehkan air liur sekiranya anjing tersebut mendengar bunyi wisel yang hampir
sama dengan bunyi loceng. Hal ini kerana telah berlaku pemindahan
pembelajaran (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Ini juga bermakna,
pelajar yang takut kepada guru matematik yang tegas,
Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila organisma hanya member respons atau gerak balas
tertentu sahaja. Contohnya, anjing tidak akan member gerakbalas kepada bunyi
64
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
lain selain dari bunyi loceng. Bunyi-bunyi lain selain dari bunyi loceng ialah
rangsangan neutral.
Teori Pelaziman Klasik J.B Watson (1878-1956).
Watson percaya semua perbezaan tingkah laku individu adalah disebabkan oleh
perbezaan pengalaman pembelajaran. Watson juga melihat psikologi sebagai
kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal). Beliau
pernah berkata,
Give me a dozen healthy infants, well-formed, and my own specified world to
bring them up in and I'll guarantee to take any one at random and train him to
become any type of specialist I might select - doctor, lawyer, artist, merchant-
chief and, yes, even beggarman
and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations
and the race of his ancestors. (Watson, 1924, as cited in Classical Conditioning,
n.d)
65
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Watson terkenal dengan eksperimennya bersama seorang bayi berumur 11
bulan yang diberi nama Little Albert. Seperti gambarajah di atas, Albert diberi
bermain dengan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan
sebarang rasa takut pada tikus ini, malah boleh bermain dengannya. Namun,
beberapa saat selepas memperkenalkan tikus putih tersebut, Watson mengetuk
penukul pada palang besi yang tergantung di belakang Albert. Bunyi hentaman
tersebut menyebabkan bayi terkenaan menangis dengan kuat. Kejadian tikus
bersama ketukan penukul ini diulangi sebanyak 7 kali selama 7 minggu berturut-
turut dan setiap kali Albert akan menangis ketakutan. Akhirnya, Albert akanterus
mengangis apabila melihat tikus putih, walaupun tidak dirirngi oleh bunyi ketukan
penukul. Watson telah membuktikan bahawa Little Albert telah mengaitkan tikus
putih dengan bunyi hentaman yang menakutkan. Malah bayi berkenaan juga
menunjukkanrasa takut terhadap apa-apa sahaja yang berbulu dan berwarna
putih (generalisasi). Di samping itu, Watson juga menunjukkan perkaitan antara
pelaziman klasik dengan fobia. Pemerhatian ke atas Little Albert 10 hari selepas
pelaziman menunjukkan rasa takut yang berkurangan (penghapusan), namun
rasa takut ini berkekalan selepas sebulan. Watson juga mengatakan bahawa
kanak-kanak mempunyai tiga reaksi emosi yang asas iaitu rasa takut, marah dan
sayang.
Oleh itu, dalam bilik darjah, guru boleh memastikan pembentukan emosi
positif di
66
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
kalangan pelajarnya. Suasana bilik darjah yang mesra, adil, dan berdisiplin dapat
membentuk persekitaran psikososial yang positif, yang seterusnya
mempengaruhi emosi pelajar.
PERBINCANGAN
1.Tahukah anda mengapa seekor gajah yang besar boleh kekal terikat pada
sebatang pokok yang kecil sedangkan gajah berkenaan mempunyai tenaga yang
mencukupi mengheret beberapa batang balak sekaligus?.
2. Cuba anda baca kembali eksperimen yang dilakukan oleh Watson terhadap
Little Albert. Bolehkah anda kenal pasti yang mana ialah rangsangan semulajadi
(unconditioned stimulus), gerakbalas semulajadi (unconditioned response),
rangsangan nuetral yang kemudian menjadi rangsangan terlazim (conditioned
stimulus) dan gerakbalas terlazim (conditioned response)?
3.3 TEORI PELAZIMAN OPERAN
Teori Pelaziman Operan (Operant Conditioning) merupakan satu bentuk
pembelajaran yang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dan
gerakbalas. Perkaitan ini boleh diperkuatkan atau diperlemahkan melalui
peneguhan atau dendaan. Teori ini perkenalkan oleh B.F. Skinner.
67
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Teori Pelaziman Operan E.L. Thorndike (1987-1949)
Tenaga pengajar di Teachers College,
Universit Columbia Banyak membuat
kajian tentang proses pembelajaran
connectionism
Ujikaji yang dilakukan oleh Thorndike adalah yang berhubung dengan hubungan
atau connection antara rangsangan dengan gerakbalas yang akan menjadi
kukuh jika kesan tingkah laku tersebut menyeronokkan atau memuaskan.
BUAT NOTA
Sila buat rujukan tentang eksperimen Thorndike dengan seekor kucing
yang cuba melepaskan diri sangkar.
Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dan gerakbalas akan
menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif. Dalam hal ini, masa yang
diambil oleh kucing untuk melepaskan diri dari kurungan menjadi semakin
singkat apabila terdapat makanan (ganjaran) selepas berjaya melepaskan diri.
Berdasarkan ini, Thorndike telah memperkenalkan Tiga Hukum Pembelajaran.
68
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
a. Hukum Kesan:
Sesuatu gerak balas yang dikuti dengan kesan yang menyeronokkan dan
memuaskan akan menyebabkan gerak balas tersebut diulang. Namun, sekiranya
berlaku kesan yang tidak memuaskan, maka gerak balas tidak akan diulangkan.
Secara ringkasnya,
=
=
Rajah 3.8: Hukum Kesan
Dengan kata lain, Hukum Kesan mengatakan guru hendaklah menyediakan
suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada rasa berjaya. Sekiranya
guru tidak kedekut dengan pujian, pelajar akan berasa puas hati dan gembira.
b. Hukum Latihan
Hukum Latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat
dan mengulang dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak
dipelajari atau diulangi. Oleh itu, hubungan R-G yang positif boleh diperkukuhkan
sekiranya dibuat berulang kali. Sebaliknya, hubungan R-G akan menjadi lemah
jika tidak diulangi. Dalam situasi bilik darjah pula, hukum ini menggalakkan guru-
guru memberi latihan dalam perlbagai bentuk, latihtubi dan mengaplikasikan
kemahiran dengan lebih kerap
69
Rangsangan
positif
Gerak balas
Gerak balas
diulangi
Rangsangan
negatif
Gerak balas
Gerak balas tidak
diulangi
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
c. Hukum Kesediaan
Hukum ini memberi perhatian kepada kesediaan organisma dari segi kognitif
(pengetahuan lepas), afektif (perasaan, kecenderungan dan minat) dan
psikomotor (fizikal). Bagi Thorndike, sekiranya tiada persediaan yang mencukupi
akan membawa kepada kekecewaan. Contohnya,
Pelajar bersedia, guru bimbing dengan baik kesan positif pada pelajar, pembelajaran
berlaku
Pelajar bersedia, tiada bimbingan dari sesiapa kesan negatif pada pelajar,
pembelajaran tidak berjaya
Pelajar belum bersedia, dipaksa untuk belajar kesan mengecewakan, pembelajaran
tidak berjaya.
Oleh itu, mengikut hukum ini, guru perlu memastikan pelajar ada kesediaan yang
diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Pelajar
boleh mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan
sekiranya perkara yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.
Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner (1904- 1990).
Kelulusan ijazah pertama dalam Bahasa
Inggeris daari Kolej Hamilton, New York.
Ijazah Sarjana dan kedoktoran dalam
psikologi dari Universiti Harvard. Salah
sebuah dari bukunya yang popular ialah
Walden II, sebuah fiksyen tentang prinsip
behaviorisnya.
70
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat yang membawa kepada sama
ada tingkah laku baharu, tingkah laku lama diteruskan atau diulanginya atau
sebaliknya. Bagi pelopor pelaziman operan, kesan-akibat mempunyai perkaitan
rapat dengan ganjaran dan hukuman. Oleh itu, tingkah laku baharu yang diingini
boleh dibentuk melalui ganjaran dan peneguhan atau hukuman dan dendaan.
Skinner merumuskan pelaziman operannya seperti Rajah 3.9
Rajah 3.9 Pembelajaran Behavioris mengikut Skinner
Diterjemahkan dari Behavioural, (n.d). p.2.
Jadual 3.1: Pembelajaran dan perubahan tingkah laku
Peristiwa Awal
(Antecedents)
Rangsangan luaran yang
menyebabkan kita untuk bertindak.
71
Peristiwa
awal
Peristiwa
awal
Kesan-
akibat
Kesan-
akibat
Tingkah
laku
Tingkah
laku
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Tingkah laku
(Behavior)
Untuk ahli behavioris, tingkah laku
dibahagikan kepada dua kategori, yang
diingini atau yang tidak diingini. Ahli
Behavioris juga berpendapat, persepsi
ialah segala-galanya. Contoh,
keinginan seorang guru supaya
pelajarnya menyiapkan kerja rumah
bukan keinginan seorang peljar
berkenaan untuk berbuat demikian.
Kesan akibat
(Consequences)
Kesan dan akibat ialah motivasi yang
akan menetukan sama ada
meningkatkan atau menurunkan
kemungkinan sesuatu gerak balas
berulang semula.
Skinner membuktikan teori peneguhannya dengan Peti Skinner. Rajah di
bawah menunjukkan Peti Skinner.
Rajah 3.10 Peti Skinner
Dalam ujikajinya, Skinner memastikan tikus hanya akan mendapat makanan
apabila tuil (lever) suis ditekan. Tikus akan melakukan cuba-jaya (trial and error),
72
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
menghidu dan mencari-cari sehingga tertekan suis, lampu terpasang dan
akhirnya mendapat makanan (ganjaran). Selepas itu, Skinner juga mengenakan
kejutan elektrik (fungsi shock grid dalam gambarajah) apabila suis ditekan.
Ringkasan uji kaji Peti Skinner boleh diperhatikan dalam Jadual 3.1
Jadual 3.2 Contoh ringkasan uji kaji dalam Peti Skinner
Tingkah laku
Awal
Tingkah laku/
Tindakan
Kesan
Tindakan
Teknik Kesan
Tingkah
Laku
Rawak Tertekan tuil
suis
Makanan
keluar
Peneguhan Diteruskan
Terlazim Menekan tuil
suis
Makanan
keluar
Peneguhan Diteruskan
Terlazim Menekan tuil
suis-lampu
menyala
Makanan
tidak
keluar
Penguhan
positif
Diteruskan
Terlazim Menekan tuil
suis-kejutan
elektrik
Makanan
tidak keluar
Peneguhan
negatif
Tidak
diteruskan
Terlazim Menekan tuil
suis-kejutan
elektrik
Makanan
tidak
keluar
Hukuman Tidak
diteruskan
Sumber: Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009, p.58
Konsep Peneguhan dan Hukuman mengikut Skinner
Jadual 3.3 : Konsep peneguhan dan hukuman mengikut Skinner
73
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Konsep Jenis Penerangan Contoh
Peneguhan Positif Kemungkinan
tingkah laku
diteruskan apabila
tingkah laku diikuti
dengan
rangsangan
yang
menyenangkan
(ganjaran)
Pelajar
menyiapkan
tugasan
mengikut masa
yang ditetapkan,
guru memuji.
Pujian guru akan
menyebabkan
murid
meneruskan usaha
cemerlangnya
Negatif Kemungkinan
tingkah laku akan
diulangi apabila
rangsangan yang
tidak
menyenangkan
ditiadakan
Guru sering
menegur seorang
pelajar yang tidak
berpakaian
kemas. Akhirnya,
pelajar
menjaga
kebersihan dirinya
dan
guru tidak lagi
berleter dan
mengkritik pelajar
berkenaan.
Pelajar
mengekalkan
kekemasan
dirinya.
Hukuman Beri Kemungkinan
tingkah laku
diulangi berkurang
apabila rangsang
diberikan.
Pelajar ditangkap
merokok di
sekolah oleh itu dia
dirotan.
Tarik Kemungkinan
tingkah laku
diulangi berkurang
hasil dari
rangsangan yang
selesa ditarik balik
Pelajar didapati
tidak
menyiapkan kerja
rumah, oleh
itu dia tidak
dibenarkan untuk
keluar berehat.
74
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Di samping Jadual 3.3 di atas, Skinner telah memperincikan Peneguhan Positif
dan membahagikan lagi kepada kategori mengikut Jadual 3.4
Jadual 3.4 Jadual peneguhan positif
Peneguhan Jenis Contoh
Berterusan Guru beri ganjaran bagi
setiap langkah
pelajar semasa membuat
aktiviti sehingga
pelajar selesai
Berkala nisbah tetap Berdasarkan isi
kandungan
Bagi setiap 5 soalan,
pelajar dapat menjawab
dengan betul, satu token
akan diberikan.
Token boleh ditukar
dengan aktiviti atau
benda yang disukai
Berkala Nisbah
Berubah
Untuk menjawab soalan
guru, pelajar perlu
mengangkat tangan.
Peluang untuk
menjawab soalan tidak
dapat dijangka.
Berkala Selang Masa
Tetap
Berdasarkan
masa
Pelajar menghadapi ujian
pada setiap akhir bulan
Berkala Selang
Berubah
Pelajar tidak tahu bila
guru akan memberi
ujian pop.
3.4 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
a. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,
Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan
jelas
75
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai
b. Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran
Objektif hendaklah khusus
c. Buat analisis tugasan
Pastikan tugasan yang diber sesuai dengan kemampuan pelajar
Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya mudah
difahami
d. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat
Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari mudah
kepada sukar.
e. Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai
Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan
tingkahlaku
Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai
f. Aplikasi Hukum Kesediaan
Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada
Sediakan situasi yang merangsangkan
Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi pelajar
g. Aplikasi hukum latihan
Banyakkan pengulangan dan latih tubi
Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai
h. Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat
Adakan aktiviti pengukuhan
Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai
i. Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai
Amalan rutin belajar
Amalan rutin keceriaan
Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
76
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3.5 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Albert Bandura
Pelopor Teori
Pelopor teori pembelajaran sosial ialah Albert Bandura. Beliau merupakan ahli
psikologi kelahiran Kanada dan berkhidmat di Universiti Stanford mulai tahun
1953 hingga sekarang. Teori Pembelajaran Sosial dikenali juga sebagai teori
pembelajaran peniruan dan juga sebagai pembelajaran pemerhatian atau
modeling menekankan faktor sosial di mana manusia berfikir dan bertingkahlaku
melalui pemerhatian dan meniru tingkahlaku yang menghasilkan ganjaran.
Pembelajaran sosial menurut Albert Bandura melibatkan hubungan pengaruh
tiga unsur iaitu persekitaran, individu (kognitif) dan tingkah laku.(Ormrod, 2008)
Bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang mengandungi
tiga faktor utama, iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran (lihat Rajah
3.11). Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi
pembelajaran. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil
interaksi antara faktor dalam diri dan persekitaran.
77
Individu
Individu
Persekitaran
Persekitaran
Tingkah Laku
Tingkah Laku
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 3.11 Pengaruh tiga unsur dalam pembelajaran sosial
Melalui satu kajian ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka
menonton video tentang orang dewasa, Bandura mendapati bahawa kanak-
kanak akan meniru perlakuan orang dewasa tersebut. Kajian yang dinamakan
kajian Patung Bobo memperlihatkan bagaimana kanak-kanak yang melihat
perlakuan ganas orang dewasa memukul patung Bobo bertindak serupa apabila
diberi peneguhan. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru,
orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru.
Kesimpulan daripada kajian yang dilakukan oleh Bandura mendapati kanak-
kanak suka meniru tingkah laku yang diperhatikan terutama tingkah laku yang
mendapat peneguhan.
Menurut teori ini, terdapat beberapa cara peniruan yang boleh dilakukan iaitu :
a. Peniruan secara langsung
78
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Peniruan secara langsung terjadi apabila seseorang melihat orang lain (model)
melakukan sesuatu dan meniru kelakuan itu. Contohnya apabila guru
menunjukkan cara menendang bola, pelajar akan menirunya secara langsung.
b. Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan
Peniruan sekat lakuan ialah peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan
tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Contohnya
murid boleh meniru kawan mereka bersorak di padang tetapi tidak boleh meniru
kawan mereka bersorak di dalam bilik darjah. Peniruan tak sekat lakuan pula
melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi. Contohnya
pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.
c. Peniruan Elisitasi
Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan.Dalam proses elitasi seseorang
akan terus lakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah
mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut. Contohnya timbul keinginan di
hati Kamal untuk membantu bapanya membasuh kereta setelah melihat Badrul
membantu bapanya membasuh kereta.
Langkah-Langkah Pembelajaran Peniruan
a.Tumpuan Perhatian
Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model berulang
kali.
b.Penyimpanan dalam Ingatan
Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar.
Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya
proses mengenkod, menyimpan dan mendekod.
c.Pengeluaran
Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam bentuk
perlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran
tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.
d.Motivasi dan Peneguhan

79
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang
lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan. Model dalam teori
Pembelajaran Sosial Bandura dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
i. Model Sebenar / Model hidup
Model ini merujuk kepada model sebenar atau model langsung seperti tingkah
laku manusia, haiwan atau objek yang ditiru.
ii. Model simbolik
Model simbolik merujuk kepada langkah kerja atau prosedur.Model ini boleh
dalam bentuk bahasa atau bentuk visual (gambar, carta aliran, gambar
rajah).Termasuk dalam kategori ini ialah watak dalam cerita, tokoh sejarah serta
tingkah laku watak watak yang ditonton dan didengar melalui media dan
televisyen.
3.6 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran
a. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian
guru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani.
b. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role
model kepada pelajar.
c. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru
dengan cepat.
d. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model.
e. Guna model sebenar yang mungkin terdiri daripada rakan sebaya yang
mempunyai ketokohan yang tinggi dan sesuai untuk ditiru.
f. Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus
berusaha dan dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti yang mereka
lakukan.
g. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main
peranan dan simulasi
h. Guru perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah
laku yang diingini.
80
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
AKTIVITI
Muat turun maklumat daripada internet mengenai pembelajaran sosial atau
modeling dan rumuskan semua isi yang bekaitan dalam bentuk peta konsep.
Masukkan ke dalam portfolio anda.
3.7 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK
Pendekatan humanistik melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi
dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Bagi humanistik, manusia
dilihat sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berbeza
dengan haiwan. Humanistik percaya bahawa manusia bertindak atas dasar
keperluan, motivasi, minat dan nilai, dengan itu individu itu harus dilihat sebagai
satu entiti. Pendekatan humanistik terhadap pendidikan menekankan keunikan
setiap individu dengan mengiktiraf persepsi, pengalaman dan pendekatan
terhadap pembelajaran yang berbeza. Ini bererti pendekatan ini memberi
tumpuan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran
kendiri pelajar.
Apakah objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik? Lima
objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner,
1991).
i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain.
ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan
perkara yang dipelajari.
iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.
iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.
v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.
81
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Apakah prinsip-prinsip pendekatan pembelajaran humanistik? Gagne dan
Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanistik seperti
berikut:
i. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara
yang ingin diketahui oleh mereka.
ii. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak
pengetahuan.
iii. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih
bermakna, namun pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang
ditetapkan.
iv. Perasaan adalah sama penting dengan fakta.
v. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam
seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.
Antara tokoh-tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John
Holt, Malcolm Knowles dan lain-lain. Dua tokoh utama bagi pendekatan
pembelajaran humanistik ialah Carl Rogers dan Abraham Maslow. Kita meninjau
secara ringkas pandangan kedua-dua tokoh ini.
Carl Rogers (1902-1989)
Carl Rogers
Carl Rogers (1902-1989) dilahirkan di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat. Beliau
terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien serta
psikoterapi yang bukan bersifat mengarah. Pada mulanya beliau belajar teologi
dan kemudiannya beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan.
Carl Rogers berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan
82
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan yang
baik, jika dijurus ke arah yang betul akan berkembang secara positif, baik rohani
dan jasmani.
Bagi Rogers, insan yang sempurna memiliki kualiti berikut:
i. Berfikiran terbuka terhadap pengelaman dunia. Dapat membuat tanggapan
yang betul tentang pengalamannya.
ii. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini
bukan semalam atau esok.
iii. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat
iv. Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke arah tindakan sendiri.
v. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat
kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.
Dalam pembelajaran, Rogers memberi penekanan kepada hubungan
personel antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Oleh itu teori humanistik
mengutamakan
pembelajaran berpusatkan pelajar.Prinsip umum pembelajaran bagi Rogers
adalah:
Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya
dapat membimbing pembelajarannya.
Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia
merasakan dirinya terancam dan sebaliknya akan menjadi tenang jika
tiada ancaman.
Bagi Rogers, pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa
tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu dan pengalaman
pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya.
Rogers menyarankan agar menerima semua pelajar sebagai individu yang
memiliki potensi dan yang sedang berkembang. Dalam pendidikan Rogers
terkenal dengan teori pembelajaran pengalaman (experiental learning). Menurut
Rogers semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar.
Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidakupayaan pelajar tetapi puncanya
suasana pembelajaran yang kurang sesuai.
83
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Dalam menyediakan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar,
guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran, membekalkan sumber
pembelajaran yang sesuai, mengimbangkan komponen intelektual dan emosi
berkaitan dengan pembelajaran, dan berkongsi perasaan dan idea dengan
mereka.
Rogers mengkategorikan pembelajaran kepada dua bentuk.
1. Pembelajaran Kognitif
2. Pembelajaran pengalaman
Pembelajaran Kognitif dianggap kurang bermakna kerana melibatkan
pembelajaran mata pelajaran akademik semata-mata. Melibatkan proses belajar
di dalam bilik darjah, membaca dan membincang tentang pengalaman dan hasil
kerja orang lain. Pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi pengetahuan.
Pembelajaran jenis ini mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar. Oleh itu
pembelajaran pengalaman melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha,
penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Pembelajaran
pengalaman merupakan belajar melalui proses membuat. Pelajar terlibat secara
aktif dalam pembelajaran, yang merangkumi merancang, membuat kajian,
menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil dan kesan yang
memberangsangkan. Melalui proses ini pelajar meneroka, mencari jalan
penyelesaian, membuat uji kaji, kajian dan sebagainya. Melalui proses membuat
sendiri, dalam kumpulan terutamanya, pelajar akan belajar bekerjasama, berfikir,
merancang, menghayati nilai, dan memupuk sikap yang baik. Secara langsung
pelajar belajar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
Abraham Harold Maslow (1908-1970)
84
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika
Syarikat. Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki
Keperluan yang diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah
diterbitkan dalam Motivation and Personality pada tahun 1954. Beliau juga
digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik. Maslow telah menghasilkan dengan
teori perkembangan manusia terutamanya teori keperluan. Maslow
mengutarakan pemeringkatan keperluan manusia yang perlu dipenuhi sebelum
manusia mencapai potensi diri.
85
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 3.12: Hirarki keperluan Maslow
(Sumber Teori Pembelajaran, n.d)
3.8 Hiraki Keperluan Maslow
Menurut Hiraki Keperluan oleh Maslow, keperluan manusia boleh disusun
mengikut satu hierarki yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan
keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri, kognitif, estetik dan berakhir
dengan penyempurnaan kendiri.Keperluan yang paling asas sekali bagi manusia
ialah memenuhi keperluan fisiologi terlebih dahulu. Jika tidak seseorang itu akan
berasa kurang selesa dan bimbang.
Apabila keperluan fisiologi dipenuhi, seseorang itu akan memberi
tumpuan kepada memenuhi keperluan keselamatan dan perlindungan.
Seterusnya bagi memenuhi keperluan untuk kasih sayang dan dipunyai.
Termasuk dalam keperluan ini adalah keperluan untuk berkawan, sokongan
86
Keperluan
Perkembangan
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
keluarga, keahlian kumpulan tertentu dan perhubungan yang intim. Peringkat
seterusnya bagi memenuhi aras keempat iaitu keperluan penghargaan diri di
mana seseorang itu berusaha bagi mendapatkan pengiktirafan orang lain yang
dimanifestasi dalam bentuk penerimaan, prestij, status, kompetensi, keyakinan
diri dan sebagainya.
Individu akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi
kecenderungannya dalam akademik atau seni estetik yang diminatinya.
Peringkat akhir adalah keperluan penyempurnaan kendiri yang melibatkan
keinginan berterusan untuk memaksimumkan
potensi diri, umpamanya cuba merealisasikan bakat dan kebolehan agar menjadi
individu yang menyeluruh dan sempurna. Keseluruhannya menurut Maslow
keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu
bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru,
memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk
melakukan yang terbaik.
Maslow membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian iaitu
keperluan kekurangan (deficiency needs) dan keperluan perkembangan
(being / growth needs). Keperluan kekurangan perlu dipenuhi peringkat demi
peringkat sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan perkembangan.
Sekiranya keperluan kekurangan belum dapat dipenuhi, menurut Maslow
keperluan perkembangan tidak akan bermakna. Apabila keperluan kekurangan
telah dipenuhi, seseorang itu tidak bermotivasi untuk memenuhinya, tetapi akan
bergerak ke hirarki yang lebih tinggi. Berbeza dengan keperluan perkembangan,
seseorang itu tidak akan jemu memenuhinya dan terus berusaha untuk
mengembangkan lagi minat dan kecenderungannya dalam akademik atau seni
estetik yang dicapainya. Ini seterusnya membawa kepada penyempurnaan
kendiri, iaitu mencapai potensi yang menyeluruh. Apakah Implikasi Teori
Keperluan Maslow dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
Seorang guru, perlu memberi perhatian agar pelajar dapat belajar dengan
baik berdasarkan hirarki keperluan.
87
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
i. Memastikan keperluan fisiologi pelajar telah dipenuhi, seperti makan
minum, waktu rehat, cahaya dan pengudaraan bilik darjah yang baik.
ii. Memastikan keselamatan terjamin, seperti keadaan fizikal bilik darjah,
tiada ancaman buli, peraturan dan rutin harian yang sesuai, wujudnya
semangat setia kawan dan dinamika kumpulan.
iii. Sentiasa yakin bahawa setiap pelajar adalah insan yang ada potensi.
Layani pelajar secara individu.
iv. Tugasan yang diberi biarlah sesuai dengan keupayaan pelajar supaya
pelajar berjaya membuatnya. Kejayaan pelajar akan menimbulkan rasa
berjaya dan meningkatkan harga diri pelajar. Beri peneguhan dan
pengiktirafan bagi hasil kerja pelajar. Setelah kita mengenali dan
memahami Pendekatan Humanistik, dapatkah anda fikirkan implikasinya
terhadap pengajaran dan pembelajaran ?
3.9 Implikasi Pendekatan Humanistik terhadap pengajaran dan
pembelajaran
Secara umum dapatlah disenaraikan secara ringkas implikasi Pendekatan
Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran:
i. Fokus pengajaran adalah kepada pelajar dan bukannya subjek. Dalam
memberi pengajaran subjek tertentu, utamakan pelajar dan kemudiannya
pada mata pelajaran.
ii. Melayan pelajar sebagai insan kemudian barulah melayani mereka
sebagai pelajar.
iii. Menerima setiap pelajar tanpa syarat. Layani perbezaan individu mengikut
potensi dan keupayaan masing-masing.
iv. Membantu pelajar menentukan matlamat yang realistik.
v. Sentiasa melibatkan pelajar dalam aktiviti kumpulan, seperti pembelajaran
koperatif. Ini dapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi.
vi. Guru sebagai fasilitator bagi aktiviti kumpulan.
vii. Untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik kepada pelajar,
guru hendaklah menjadi dirinya teladan.
88
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
viii. Sentiasa memberi ganjaran kepada gerak balas pelajar.
ix. Isi pelajaran yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan aras
pemikiran, gaya pembelajaran dan keperluan pelajar.
x. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang ingin dipelajari hendaklah
ditentukan oleh pelajar. Ini bagi meningkatkan motivasi pelajar.
xi. Perancangan pengajaran perlu mengambil kira minat, kecenderungan,
kesediaan belajar dan perbezaan individu.
xii. Aktiviti/ program pemulihan dapat membentuk konsep kendiri yang positif
bagi pelajar yang lemah.
xiii. Perasaan dan amalan saling hormat-menghormati dapat membantu
pembelajaran berkesan.
xiv. Percaya bahawa semu pelajar boleh belajar jika tempoh masa
mempelajarinya mencukupi.
3.9 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Apakah konstruktivisme? Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat
pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima
pengetahuan.
Dua orang tokoh asas konstruktivisme:
1.Jean Piaget - Teori Konstruktivisme ( pskologi/individu/kognitif).
89
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
2. Lev Vygotsky - Teori Konstruktivisme sosiaI.
3.9.1 Teori Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif
- Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan
berlaku secara berperingkat.
- Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang
bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.
Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema. Justeru,
pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku ialah skema
90
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
91
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
- Maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif
melalui proses adaptasi.
Proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat
baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema
dengan persekitaran. Ini dinamakan equilibrasi.
Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses, iaitu asimilasi dan
akomodasi.
1. Asimilasi - Serap masuk maklumat serupa skema.
2. Akomodasi - Ubah suai skema sebelum maklumat baharu dapat
diserap.
Melalui proses adaptasi, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa
diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu.
92
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3.9.2 Teori Konstruktivisme Sosial
- Dipelopori oleh Lev Vygotsky (1896-1934).
- Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang
secara sistematis, logikal serta rasional bantuan dan bimbingan verbal
orang lain.
- Dalam konteks sosial inilah individu berkongsi dan saling membina
pengetahuan baru.
Zon Perkembangan Terdekat(ZPD)
Menurut Vygotsky, isi pelajaran mudah dikuasai pelajar jika berasaskan
skema ataupun pengetahuan sedia ada.
Merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh
pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang
lebih mahir.
Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut
dikatakan berada pada zon bawah.
Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan
orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD.
Isi pelajaran yang berada di luar zon aras bawah bermakna tidak berlaku
pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran.
Isi pelajaran yang berada di luar zon aras atas, tidak akan dapat dikuasai
pelajar walaupun dengan bimbingan orang lain.
- Cara membantu:
- Teknik scaffolding , iaitu proses membimbing & membantu pembelajaran.
93
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
- Teknik yang boleh digunakan untuk scaffolding ialah penjelasan verbal, soal
jawab, prompting, cueing dan tanda isyarat yang lain. Ormrod (2008)
mencadangkan guru mengaplikasi scaffolding sebagaimana berikut:
1. Galakkan pelajar bertanya dan beri jawapan yang munasabah bagi soalan
mengapa dan bagaimana yang ditimbulkan pelajar.
2. Minta pelajar membuat jangkaan terhadap perkara yang akan berlaku
apabila membuat uji kaji di dalam kelas.
3. Guna analogi untuk membantu pelajar mengaitkan konsep dan idea
baharu kepada pengetahuan sedia ada mereka.
4. Sertakan model simbolik atau model sebenar untuk membantu pelajar
membuat rumusan tentang sesuatu entiti atau fenomenon.
5. Beri penjelasan sesuai dengan aras kognitif pelajar.
6. Minta pelajar membuat refleksi dan mengaitkan isi pelajaran yang telah
dipelajari.
Prinsip-prinsip Konstruktivisme
1. Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar.
2. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.
3. Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.
4. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses
scaffolding.
5. Pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka.
6. Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia
ada .
7. Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga
tercapai pemahaman baharu.
8. Interaksi sosial membantu & menyokong pembelajaran.
9.Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan berasaskan alam
nyata.
94
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
10. Guru dan rakan pelajar berperanan sebagai fasilitator pembelajaran.
11. Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik membantu
aplikasi dan pembinaan pengetahuan baharu.
12. Interaksi dan pengaruh sosial membawa kepada pemikiran aras tinggi.
13.Persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh contoh khusus
membantu pemahaman.
14. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.
Implikasi Teori Konstruktivisme kepada Pengajaran
1. Memandangkan pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar belajar
melalui proses membuat atau beraktiviti, maka guru hendaklah
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil
kita keupayaan pelajar.
2. Guru hendaklah mengenal pasti ZPD pelajar melalui penyediaan
beberapa aktiviti yang berkaitan.
3. Gunakan ZPD pelajar untuk memastikan pembelajaran berkesan dapat
berlaku.
4. Pilih pelajar yang lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum
menguasai.
5. Galakkan pelajar menggunakan private speech semasa berfikir dan
menyelesaikan masalah.
6. Guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber yang
boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan membina pemahaman
baharu.
7. Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar.
Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman
berasaskan konteks sebenar, simulasi dan sebagainya boleh
dimanfaatkan.
95
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
8. Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras
bahasa pelajar. Sertakan contoh yang pelbagaikan dalam sesi
perbincangan.
9. Adakah gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk
mewujudkan interaksi yang berkualiti. Melalui aktiviti dan perbincangan
dalam kumpulan, pelajar dapat berkongsi idea,mendapat pemahaman
yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran
3.10 IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP
PEMBELAJARAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
Kita telahpun melihat implikasi teori-teori pembelajaran kepada pelajar aliran
perdana. Bagaimana pula teori-teori ini boleh membantu pelajar berkepeluan
khas? Dalam konteks di Malaysia, pelajar berkeperrluan khas ialah kanak-kanak
yang mengalami down syndrom, perkembangan lewat. Austistik, disleksia,
tumpuan singkat (AD), hiperaktif dan slow learner. Perlu ditegaskan juga, setiap
kategori pelajar berkeprrluan khas mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu,
proses pembelajaran mereka perlu disediakan dalam bentuk yang mudah dan
disesuaikan mengikut kkeperluan mereka.
Implikasi Teori-teori Pembelajaran.
a. Modifikasi tingkah laku boleh dilakukan melalui aplikasi Teori Behavioris
terutamanya Pelaziman Operan. Teknik peneguhan, Hukum Kesediaan, Latihan
dan Hukum Kesan boleh digunakan. Antarnya termasuklah;-
i. Perbanyakkan pengulangan, latihan dan latih tubi
ii. Beri peneguhan dalam bentuk hadiah, secara verbal sama ada pujian atau
ganjaran lain yang lain yang akan mengukuhkan tingkah laku
iii. Tetapkan matlamat yang realistik yang sesuai dengan pelajar keperluan
iv. Aplikasikan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan token, kontrak,
dendaan, dan pengasingan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.
96
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
b. Melalui Teori Sosial pula, pelajar boleh mengikuti dan meniru tingkah laku
yang diperhatikan melalui modeling. Contoh aplikasi yan boleh dilakukan
termasuklah:-
i. Gunakan model tingkah laku seperti model sebenar dan model simbolik
ii. Kukuhkan tingkah laku model agar pelajar mengikut tingkahlaku yang
dikukuhkan
.c. Melayani pelajar keperluan khas berdasarkan keperluan mereka seperti yang
dikehendaki oleh Teori Humanistik.Sediakan persekitaran pembelajaran yang
menyerupai persekitaran pelajar normal
Kenal pasti keupayaan pelajar dan sediakan rancangan pendidikan individu
Gunakan pendekatan pelbagai deria (multi sensory) seperti mendengar, melihat,
membuat, berbincang dan merasa Perlu juga diberi perhatian kepada pelajar
berkeperluan khas yang bermasalah penglihatan dan pendengaran yang
memerlukan pendekatan khusus bagi kekurangan yang dialami
LATIHAN
97
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
UJI MINDA
1.) Dalam teori pembelajaran behavioris terdapat 2 jenis teori perlaziman.
Namakan.
2.) Terdapat 3 jenis rangsangan dan 2 jenis gerak balas dalam teori
pembelajaran behavioris.Namakan.
3.) J.B.Watson membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak
balas emosi yang asas, apakah tiga tindak balas emosi asas itu?
4.) Huraikan maksud Peneguhan dan hukuman dalam teori pelaziman operan
B.F.Skinner.
5.) Namakan 2 jenis hukuman dalam teori pelaziman operan B.F.Skinner.
6.) Nyatakan dua orang tokoh asas konstruktivisme.
7.) Nyatakan antara 3 prinsip dalam konstruktivisme sosial.
8.) Apakah 2 tahap perkembangan murid yang dikemukakan oleh Lev
Vygotsky.
9.) Apakah 2 proses yang dikatakan oleh Jean Piaget tentang untuk mmbuat
adaptasi dengan persekitaran kita?
10) Nyatakan peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif.
TAMAT BAB 3
98
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
RUJUKAN
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
Ormrod, J. E. (2008). Educational Psychology: Developing Learners (6th ed.).
Uppersaddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Slavin, R.E. (2005) , Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood
Cliff:Prentice Hall Ltd
Woolfolk, A. (2004) Educational Psychology (9
th
ed) New Jersey: Prentice Hall
www. funderstanding.com
http://tip.psychology.org
99
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
TAJUK 4
MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH
PENGAJARAN
Sinopsis
Tajuk ini membincang tentang model pengajaran seperti model
pengajaran behaviorisme dan model pemprosesan maklumat. Kandungan
dalam tajuk ini telah menghuraikan konsep dan ciri-ciri model
behaviorisme dan model pemprosesan maklumat serta implikasinya
dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, dalam tajuk ini juga
menerangkan dan membincangkan tentang model sosial dan model
personal serta membanding dan membezakan perbezaan antara kedua-
dua model ini. Tajuk ini juga akan membincangkan beberapa pendekatan
pengajaran seperti pendekatan induktif,deduktif, pendekatan elektif,
pendekatan dan pendekatan tematik. Terdapat empat jenis strategi
pengajaran, iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid, berasaskan
bahan dan berasaskan tugasan. Dari segi kaedah dan teknik pengajaran
pula, terkandung lima jenis, iaitu sumbang saran, bercerita, perbincangan,
demonstrasi dan penyelesaian masalah. Dalam pedagogi bestari pula,
terdapat tujuh jenis strategi pengajaran dan pembelajaran, iaitu
pengajaran direktif, pengajaraan mediatif, penagajaran generatif,
pengajaran melalui pemerhatian, pengajaran kontekstual, pengajaran
metakognitif dan kajian masa depan.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menganalisis model-model pengajaran
2. Menyatakan implikasi model-model pengajaran terhadap pengajaran
dan pembelajaran
3. Membezakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
100
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
4. Menyatakan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pedagogi
Bestari
101
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
KERANGKA TAJUK
102
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 4.1: Kerangka Konsep Model-model Pengajaran
4.0 MODEL-MODEL PENGAJARAN
1 Model pemprosesan maklumat
1 Model behavioral
1 Model sosial
1 Model personal
4.1 Model Pemprosesan Maklumat
Model pemprosesan maklumat berfokus pada naluri semulajadi kita untuk
memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah berikut.
i. Kepekaan terhadap masalah yang timbul
ii. Pemerolehan dan penyusunan maklumat
iii. Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
iv. Pengembangan konsep yang berkenaan
Pengajaran konsep Inkuiri
1 Dikenali sebagai teknik tinjau siasat
1 Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan yang berorientasikan masalah
1 Menimbulkan minat dan daya kreativiti serta daya refleksi dalam kalangan
pelajar
1 Melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
Pengendalian teknik inkuiri ialah:
i. Proses mengenali masalah
103
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
ii. Mengkaji ramalan
iii. Mengumpul maklumat
iv. Menganalisis
v. Membuat rumusan
Ekspositori
1 Ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci
1 Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian
maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-
murid dalam kelas
1 Kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui
penerangan, bercerita, demontrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.
1 Dalam konteks ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu
dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan
mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod
mereka.
Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah
dihuraikan seperti berikut:
i. Menerang, menginterprestasi dan menghuraikan idea daripada buku teks
ii. Menerang sambil membuat tunjukcara cara melukis atau membina
bentuk-bentuk geometri
iii. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan
kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari
iv. Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar
4.2. Model Behavioral
1 Berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran
berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson
1 Dikenali sebagai teori pembelajaran sosial atau modifikasi tingkahlaku dan
terapi tingkahlaku
104
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1 Antara strategi yang tergolong di dalam model ini ialah pengajaran
langsung dan pembelajaran masteri
Pengajaran Langsung (Direct Instruction)
1 Satu strategi yang berarahkan guru di mana guru akan menyampaikan isi
pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan
serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah
demi langkah.
Langkah-langkah mengendalikan pengajaran yang menggunakan strategi
pengajaran langsung :
i. Kenalpasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai
ii. Rangsangkan minat murid-murid terhadap apa yang akan disampaikan
iii. Tinjau semula pengetahuan dan kemahiran lalu yang perlu dikuasai bagi
memudahkan kefahaman mereka
iv. Tinjau semula praktis tersebut melalui kuiz yang akan dijawab mereka.
v. Beri kerja rumah bertujuan mengukuhkan kefahaman mereka
Pembelajaran Masteri
1 Kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum
berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta
kemahiran yang akan dipelajari
1 Pembelajaran masteri berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid
boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan
penuh berkeyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang
mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
(Bloom,1968)
Prinsip-prinsip pembelajaran masteri.
Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar guru.
105
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan di
susun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid.
Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua
murid mencapai objektif /hasil pembelajaran
Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh
menguasai apa-apa yang diajar .
Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan
mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza
Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar
dalam masa yang singkat.
4.3 Model Sosial
1 Model ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat serta-
merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah
1 Antara model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah
pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan
murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap
pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk
rakan-rakan yang lain.
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
1. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
2. saling berinteraksi secara bersemuka,
3. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
4. kemahiran koperatif,
5. dan pemprosesan kumpulan
106
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing
dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan
pemprosesan kumpulan digalakkan.
Main Peranan
1 Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting.
1 Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
1 Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip,
dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan situasi kepada pelajar lain
supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang
dimainkan secara spontan.
1 Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.
Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya
atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman
dan sebagainya.
Simulasi
1 Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir
menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi
sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
1 Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar
seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan
individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
1 Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
107
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang
kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
1 Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan
menulis.
1 Dapat mewujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber
motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. 4 Model Personal
1 Menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan
mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai
kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.
Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
Langkah-langkah model synthetics
1. Sediakan maklumat
2. Kemukakan analogi
3. Gunakan analogi peribadi untuk mencipta konflik bertentangan
(compressed)
4. Bandingkan konflik bertentangan dengan subjek
5. Kenal pasti perbezaan
6. Semak semula subjek asal
7. Reka analisis langsung yang baharu
8. Buat penilaian
Ringkasnya, model synectics digunakan untuk jump start proses kreatif
dan mencari pandangan baharu dalam penyelesaian masalah
108
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
Aktiviti
Jenis Model
Pengajaran
Contoh Huraian Implikasi
terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran
dalam
bilik darjah
1.Model
pemprosesan
Maklumat
Inkuiri
Ekspositori
2. Model
Behavioral
Pengajaran
Langsung
Pembelajaran
Masteri
3. Model Sosial Pembelajaran
Koperatif
109
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Main Peranan
dan Simulasi
4. Model Personal Synectics
4.5 PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI
PENGAJARAN
A. Pendekatan
- Cara mendekati sesuatu (bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar
berdasarkan objektif jangka panjang.)
B. Strategi Pengajaran
- Kemahiran merancang dan uruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk
mencapai hasil pembelajaran.
C. Kaedah Pengajaran
- Cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pengajaran dan alat
bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran.
D. Teknik Pengajaran
- Kemahiran/cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada
pelajar dari segi langkah dalam aktiviti pembelajaran.
- Penyampaian bahan pengajaran untuk mempercepatkan penanggapan
pelajar.
110
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
4.6 DEFINISI, JENIS dan PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN
Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat
beberapa pendekatan yang boleh diguna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan
induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.
i. Pendekatan Dan Strategi Integratif/Kesepaduan
Penggabungjalinan
o Proses penyampaian beberapa kemahiran
o Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai,
mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang,
bercerita, berlakon dan sebagainya.
o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
o Ciri-ciri gabugjalin:
Integrasi beberapa kemahiran
Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
Kemahiran utama menjadi fokus
Organisasi kemahiran fleksibel
Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara
satu sama lain.
o Cara mengguna gabungjalin
Mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan
Kemahiran utama diberi fokus
Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk
kukuhkan kemahiran utama
111
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan
pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua
peringkat pelajaran
Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah
dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan
pencapaian murid.
Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang
sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan
kemahiran yang berikutnya secara logikal.
Penyerapan
o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua
atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran
o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi
mata pelajaran bahasa.
o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani dan Muzik
juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan
secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan.
o Penerapan nilai murni, kurikulum akademik disepadukan dengan
kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak
formal.
Ciri-ciri penyerapan :
Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan
Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses
penggabungjalinan.
112
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
ii. Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Induktif
Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat
generalisasi/kesimpulan
Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir
maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan
Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh khusus ikan emas, udang, sotong, berudu
o Memerhati dan mengkaji bernafas melalui insang
o Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air
mempunyai insang untuk bernafas.
Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
o Sediakan contoh-contoh yang sesuai
o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk
mencari kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang
sama
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
o Sediakan alat bantu mengajar
o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu
dan sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik
membawa kepada kesimpulan umum.
113
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
iii. Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Deduktif
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang
kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam
/mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan
yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh
khusus.
Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripada rumus, hukum,
peraturan
Proses pengajaran:
o Prinsip/rumus
o Kaedah deduktif
o Aplikasi rumus/prinsip
o Mendapat rumus baru, prinsip baru dan sebagainya..
o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan
bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.
iv. Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Eklektik
o Eklektik bermakna bercampur
o Gabungan pendekatan digunakan
o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif
o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o Boleh menggunakan strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid,
berpusatkan bahan atau berpusatkan tugasan
o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan
v. Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Tematik
114
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pokok perbicaraan/topik utama contoh tema alam semula jadi, tema
perpaduan kaum dan sebagainya.
Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
Tema yang sama dibincangkan oleh
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi
o kumpulan pelbagai kebolehan
o sama kebolehan
Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil
kumpulan
Membuat rumusan
vi. Pendekatan Dan Strategi Pengajaran Masteri (Mastery
Learning)
Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap
Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
Faktor pencapaian murid:
o Kebolehan asas
o Kuantiti dan kualiti pengajaran/pembelajaran
o Kebolehan memahami pengajaran
o Daya usaha pembelajaran berterusan
o Masa pembelajaran
Strategi pengajaran adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
Pilih kaedah dan teknik yang berkesan
115
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian
sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan
pelajaran.
Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapai objektif diberi aktiviti
pengayaan.
LATIHAN
AKTIVITI
Berdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti untuk
setiap jenis pendekatan
Jenis
Pendekatan
Prinsip Pembelajaran Contoh aktiviti
Induktif Mengajar dari spesifik ke
umum
Deduktif Mengajar dari umum ke
spesifik
Integratif Mengintegrasi isi
kandungan dan
kemahiran ke dalam satu
Pelajaran
116
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Eklektif Kombinasi deduktif,
induktif atau integratif
Tematik Mengajar pelajaran
mengikut satu tema
sahaja
4.7 DEFINISI, JENIS DAN PRINSIP-PRINSIP STRATEGI
Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan sebagai kebijaksanaan
memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh
menghasilkan pencapaian yang optimum.
Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi Pemusatan guru
Strategi Pemusatan murid
Strategi Berasaskan bahan
Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti
Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru
Guru memainkan peranan penting
Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
Kepimpinan guru secara autokratik
Pencapaian objektif guru diutamakan
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk
mengingat/menghafal.
Interaksi di antara murid adalah pasif.
117
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kaedah keseluruhan kelas.
Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
Kaedah dan Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan,
kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.
Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Murid
Murid memainkan peranan penting
Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi
pendapat,
Objektif pencapaian murid diutamakan
Perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang
Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami dan membuat
kesimpulan,
Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur,
tolong-menolong)
Kaedah kumpulan/perbezaan dan minat murid dipupuk,
Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
Kaedah dan Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan,
penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan
kecil dan sebagainya..
Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran
Bahan pelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan
untuk mencapai objektif pengajaran.
Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan
pembelajaran
118
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran
diutamakan
Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam
kemahiran, kefahaman dan berdikari.
Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk
melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dan
sebagainya..
Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan
pelajaran
Kaedah dan Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku
rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video,
televisyen, projektor, dan sebagainya..
Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Tugasan/Aktiviti
Guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang
kepada pelajar untuk berlatih atau mengaplikasi apa-apa yang dipelajari. Antara
kriteria yang diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti ialah:
Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada maklumat utama topik yang
ingin diajar.
Berdasarkan matlamat pengajaran, pelbagai aktiviti boleh disediakan.
Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat
refleksi, bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu.
Aktiviti juga harus berkait dengan peristiwa atau isu semasa.
Aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika
menginginkan impak yang sepenuhnya.
Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar
pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti. Pelajar hendaklah jelas tentang
matlamat yang ingin dicapai.
119
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Apabila pelajar mula melaksanakan aktiviti, guru memantau kemajuan dan
menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli dengan refleksi
atau perbincangan. Guru menyemak dan memberi maklum balas umum tentang
prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama.
4.8 Kaedah dan Teknik Pengajaran
A. Sumbang saran
Persekitaran pembelajaran yang aktif adalah penting.
Pelaksanaan persekitaran pembelajaran aktif adalah dengan
membahagikan pelajar ke dalam kumpulan kecil dan pelajar boleh
berinteraksi serta belajar secara harmoni di samping mewujudkan iklim
pembelajaran, di mana perkongsian idea/ maklumat boleh berlaku.
Apakah itu sumbang saran?
Satu teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu
tahap kreativiti tinggi diperoleh dalam pembelajaran yang diingini. ( Orlich
et al. (2007))
Satu teknik perbincangan yang kreatif untuk mendapatkan beberapa idea
daripada sesuatu kumpulan dalam masa yang terkawal.
Aktiviti perbincangan, di mana ahli dalam kumpulan besar mengemukakan
seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah .
Setiap ahli digalakkan untuk memberi idea dan idea itu akan dikaji dengan
teliti. Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan
perbincangan. Keputusan yang dicapai merupakan keputusan kumpulan.
Sumbang saran bertujuan melatih pelajar mengemukakan idea atau
pandangan yang bernas.
Guru meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengemukakan pendapat di
hadapan orang ramai dan memupuk semangat berkongsi idea serta
menerima pendapat orang lain. Ini juga dapat dapat memupuk sifat-sifat
sosial dan menggalakkan perkembangan mental pelajar.
120
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Prinsip-prinsip sumbang saran
1. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar.
2. Suasana perbincangan harus kondusif dan tidak formal untuk
menggalakkan perbincangan.
3. Pelajar diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea
atau pendapat.
4. Pelajar dilarang untuk membuat kritikan atau menilai idea semasa
sumbang saran. Penilaian idea dibuat pada peringkat akhir.
5. Semua pendapat/idea dicatat dan huraian orang lain adalah dibenarkan.
6. Pelajar digalakkan untuk mengembangkan satu-satu idea agar melahirkan
pandangan yang baharu.
7. Masa untuk mengemukakan idea adalah terkawal supaya ahli-ahli boleh
digalakkan berfikir secara pantas.
Pelaksanaan Sumbang saran
1 Melibatkan seluruh kelas, tetapi jika tempoh masa untuk perbincangan
adalah pendek, bilangan pelajar di dalam kelas seharusnya kecil.
1 Kelas boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
1. Tajuk perbincangan dikemukakan kepada pelajar dengan jelas oleh ketua
kumpulan.
2. Menentukan satu cara untuk merekod semua idea( grafik/carta)
3. Setiap pelajar diberikan peluang untuk mengemukakan idea secara
giliran.
4. Setiap idea / pendapat dibincangkan.
5. Rumusan idea dibuat hasil daripada persetujuan semua pelajar dalam
kumpulan.
Peraturan dalam sesi sumbang saran:
1. Semua idea kecuali jenaka harus diterima dan dicatatkan.
2. Tiada kritikan terhadap mana-mana idea / cadangan.
3. Ahli kumpulan harus menambah idea rakan-rakan.
121
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
4. Ketua kumpulan harus cuba menggalakkan semua ahli untuk
mengemukakan idea serta memberikan peneguhan positif.
5. Kualiti idea tidak begitu dipentingkan. Namun, ahli digalakkan untuk
berfikir secara kreatif dan berintelek.
Kelebihan sumbang saran:
Semua pelajar melibatkan diri dalam mengemukakan idea.
Mengalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar.
Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif.
Nilai-nilai murni dipupuk dan wujudnya unsur hormat-menghormati idea
atau pendapat orang lain.
Sumbang saran adalah kurang sesuai untuk pelajar yang lemah kerana
mereka tidak dapat memberikan idea. Mereka akan berasa kecewa dan
rendah diri jika idea mereka ditolak pada akhir sesi sumbang saran.
Orlich et al. (2007) menyarankan agar sumbang saran merupakan satu
proses pencetusan idea dan harus dilanjutkan. Contoh, idea yang dijana
dalam sumbang saran digunakan sebagai satu asas untuk perbincangan
yang lain.
B. Bercerita
o Satu susunan kejadian yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau
diciptakan.
o Dianggap sebagai satu cabang seni dan memainkna peranan yang penting
sebagai sumber hiburan rakyat.
o Teknik ini bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar
selain melatih pelajar tentang pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa
terutamanya kemahiran lisan seperti mendengar dan bertutur.
o Pelajar dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan melalui teknik ini.
o Pemikiran pelajar juga dapat menjadi lebih matang dengan mendengar cerita
secara kritis.
122
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Prinsip-prinsip teknik bercerita
Sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar. Topik perlu berkait dengan
objektif pembelajaran.
Suasana bilik mesti kondusif.
Bahan bantu mengajar boleh digunakan untuk menghidupkan suasana
penceritaan.
Bahasa mudah digunakan agar semua pelajaran dapat memahami.
Soalan turut dikemukakan untuk memwujudkan interaksi.
Gerak- geri darI segi isyarat lisan dan tanpa lisan hendaklah sesuai
dengan isi cerita.
Aktiviti susulan dijalankan untuk berbincang tentang nilai-nilai murni yang
terkandung dalam cerita.
Cara bercerita
Guru bercerita keseluruhan dan pelajar mencatat urutan perisitiwa.
Guru bercerita keseluruhan cerita dan pelajar menceritakan semula.
Guru menceritakan awal cerita dan pelajar meramalkan kesudahan cerita.
Guru menceritakan bahagian akhir cerita dan pelajar membina permulaan
cerita.
Pelajar diminta mendengar rakaman cerita dan pelajar menceritakan
semula.
Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bebas memilih cerita dan
bercerita secara lisan.
Guru boleh meminta pelajar membina cerita sendiri berdasarkan bahan
rangsangan dan menceritakannya.
Langkah pelaksanaan teknik bercerita
Persediaan awal
- Cerita yang dipilih mesti menarik dan sesuai dengan objekitif,kebolehan
dan minat pelajar.
123
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
- Tidak begitu panjang dan mempunyai saspens dan kecindaan.
- Penyediaan bahan bantu mengajar.
Semasa bercerita
- Kemahiran verbal
Nada suara harus sesuai dengan situasi tertentu. Intonasi suara harus
dipadankan dengan cerita. Pencerita dikehendaki menggunakan ayat
yang mudah.
- Kemahiran bukan verbal.
Gerak mata mengambarkan situasi. Mimik muka mengambarkan emosi.
Gerak badan digunakan untuk menghidupkan sesuatu watak.
Selepas bercerita dan aktiviti susulan
- Sesi perbincangan diadakan.
- Menguji kefahaman pelajar tentang cerita melalui soalan konvergen dan
divergen.
- Contoh aktiviti susulan:
o Membina soalan berdasarkan cerita yang didengar.
o Meringkaskan cerita secara lisan atau bertulis.
o Melakonkan cerita dalam main peranan atau pantomin.
o Latihan memperkayakan perbendaharaan kata.
o Melukis gambar watak berdasarkan cerita.
o Menulis semula cerita dalam bentuk puisi.
C. Perbincangan
Satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar.
Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara pelajar secara
bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang
merangkumi kandungan,kemahiran,sikap dan proses-proses
pembelajaran.
124
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Orlich et al(2007) berpendapat bahawa perbincangan merupakan teknik
yang boleh meningkatkan kemahiran dan pemikiran pelajar.
Tiga objektif:
Meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar membina kefahaman
kandungan.
Merangsang penglibatan.
Membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi dan proses
pemikiran.
Pelaksanaan sesi perbincangan
Proses dan interaksi
Proses komunikasi amat penting untuk menjayakan perbincangan.
Penglibatan pelajar dalam perbincangan merupakan sebahagian daripada
proses perbincangan.
Peranan dan tanggungjawab
Guru berperanan sebagai fasilitator dimana beliau akan membimbing
pelajar dengan kemahiran,memberi bahan dan peluang kepada palajar.
Guru juga perlu bergerak ke tiap-tiap kumpulan untuk
mendengar,memerhati, dan menggalakkan setiap pelajar untuk
melibatkan.
Setiap kumpulan terdapat seorang ketua dan pencatat. Peranan ini boleh
digilirkan.
Kepemimpinan
Ketua kumpulan mempunyai autoriti dan sebagai jurucakap.
Atribut seorang ketua kumpulan:
+ Populariti
+ tahap pencapaian akademik
+ kemahiran sosial
+ kebolehan berfikir dan bertutur.
Kejeleketan
125
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
the we attitude dimana ahli kumpulan mesti saling menyokong dan
mempunyai rasa bangga terhadap kumpulan.
D. Demonstrasi
Satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti
mengikut prosedur.
Dalam proses ini terdapat komunikasi lisan secara langsung daripada
guru kepada pelajar.
Teknik ini bertujuan memberikan peluang kepada pelajar agar benar-
benar memahami perkara yang hendak dipelajari melalui prosedur yang
ditunjukkan.
Membolehakan pelajar menguasai sesuatu perkara dengan lebih mudah
dan ia juga dapat meningkatkan ingatan pelajar terhadap terhadap
sesuatu perkara.
Demonstrasi boleh digunakan untuk:
- Menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan
- Menimbulkan minat dalam sesuatu topik
- Menyediakan model untuk kemahiran mengajar
- Mengubah kadar pembelajaran pelajar.
Demonstrasi yang baik memerlukan objektif dan kandungan yang
teliti,penerangan yang jelas,tumpuan dari pelajar,rumusan ,dan aktiviti
susulan dalam memperkukuhkan kefahaman pelajar.
Pelaksanaan:
1. Guru menentukan topik serta menyediakan alatan atau bahan.
2. Langkah-langkah yang perlu diikuti dituujukkan.
3. Gerak balas diberikan untuk setiap persoalan.
4. Guru menyoal demi pemahaman pelajar.
5. Urutan perlu dicatatkan supaya tiada perkara penting yang ditinggalkan.
126
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
6. Guru meminta pelajar mengulangi langkah dan pelajar akan
mempraktikan apa yang dipelajari.
Kelebihan demontrasi:
Memperkenalkan bahan pembelajaran baharu kepada pelajar melalui
penglihatan dan pendengaran.
Pelajar boleh menguasai kemahiran baru
Memotivasikan pelajar kerana konsep dan prinsip ditunjukkan secara
ilustrasi.
E. Penyelesaian masalah
Suatu proses inkuiri dimana pelajar mencari jawapan untuk soalan yang
relevan kepada mereka.
Teknik ini berasaskan falsafah konstruktivisme dimana pelajar melibatan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran.
Peranan guru dalam teknik ini adalah mewejudkan persekitaran yang
membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti kelas atau
penerokaan internet.
Proses penyelesaian masalah
Pelajar mengenal pasti masalah
Menjelaskan isu-isu
Mencadangkan cara untuk memperoleh maklumat-maklumat yang
diperlukan
Menilai idea dan rumusan.
Langkah-langkah menyelesaikan masalhOrlich et al(2007)
Menyedari masalah
127
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Mengenalpasti masalah
Mendefinisi semua masalah
Menentukan had masalah
Membuat analisis
Mengumpulkan data yang relevan
Menguji dan menilai data
Membuat sintesis
Membuat generalisasi
Melaporkan keputusan
Contoh pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan penyelasaian
masalah:
Sesi soal jawab berdasakan kesusasteraan
Aktiviti pengayaan
Aktiviti geografi
Aktiviti kajian tempatan
TOC( theory of constraint)
Satu lagi perspektif daripada pengajaran.
Membolehkan pelajar menerangkan masalah dan mencipta penyelesaian
kreatif,menganalisis, berfikir melalui akibat terhadap tindakan dan idea-
idea serta mengaplikasi apa-apa yang dipelajari sehingga mencapai
keputusan.
Merupakan satu alat berfikir dan komunikasi yang amat efekti
Vishalache Balakrishnan(2002)
Teknik ini bukan sahaja menghafal tetapi merangsang pemikiran.
TOC perlu menyokong salah satu daripada tiga objektif iaitu:
A. Apa yang akan diubah?
B. Apa yang hendak diubah?
128
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
C. Bagaimana membuat perubahan?
4.9 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pedagogi
Bestari
Pengajaran Direktif
Pengajaran Direktif bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan
menguasai maklumat sebagai asas untuk membaca dan menaakul secara
kritis.
Pelajar dikehendaki untuk meniru kemahiran yang disampaikan oleh guru
Melibatkan penggunaan latih tubi, praktis, pembelajaran masteri dan
pengajaran langsung.
Pendekatan yang bercorak autoritarian, di mana guru sebagai punca
maklumat.
Pelajar adalah pasif dan bergantung pada guru untuk membekalkan
maklumat dan penyelesaian masalah.
Pengajaran mengikut langkah demi langkah dari segi topik demi topik
berdasarkan analisis tugasan.
Proses utama ialah menarik perhatian pelajar, memberikan motivasi,
menggunakan pengurusan grafik dan cara ekspositori untuk
menyampaikan kandungan utama serta pengetahuan relevan kepada
pelajar
Penggunaan contoh-contoh, bahan bantu visual dan tunjuk cara untuk
menerangkan konsep yang konkrit dan abstrak digalakkan dalam
pengajaran langsung (penyampaian maklumat secara sehala).
Pengajaran direktif adalah berdasarkan strategi berpusatkan guru dan
pembelajaran secara tradisional.
Pengajaran Mediatif
Membolehkan pelajar belajar menilai pandangan berbeza terhadap isu-isu
kontroversi, menghormati pandangan orang lain dan menggunakan
proses-proses alternatif
129
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Guru merupakan pengantar yang mengemukakan soalan-soalan dan isu
yang dapat merangsang naluri ingin tahu pelajar selain menggalakkan
inkuiri serta mengakibatkan pelajar menemukan keputusan
Guru harus mengelakkan daripada membuat penghakiman terhadap idea
yang dikemukakan oleh pelajar.
Guru harus menyokong dan melatih pelajar untuk membentuk dan
menguji-uji idea-idea sendiri.
Pelajar digalakkan untuk menaakul secara induktif dan deduktif untuk
mengemukakan penerangan yang lengkap dengan bukti yang logikal.
Mereka diberi peluang untuk mengorganisasi dan mengawal proses-
proses pemikiran tinggi dalam pengajaran mediatif.
Pelajar dilatih untuk menggunakan kemahiran yang telah dikuasai bagi
menyelesaikan masalah dengan sendiri.
Pelajar diberikan kesedaran tentang apa-apa yang dipelajari oleh mereka
dan ini akan memudahkan mereka mencapai kawalan kendiri sebagai
cara aktif mereka cipta kemahiran penyelesaian masalah.
Lama-kelamaan, pelajar akan kurang bergantung kepada guru dan
berdikari.
Model pembentukan konsep Taba
Model pembentukan konsep Taba membina idea dan konsep
berlandaskan pengetahuan sedia ada pelajar serta pengetahuan kini.
Pelajar diajar untuk membuat pemerhatian, membentuk inferens yang
berbeza berdasarkan pemerhatian dan mengumpulkan data berasaskan
persamaan yang sedia ada
Kemudian, pelajar akan membentuk kategori-kategori dan label-label
untuk data bagi menghasilkan satu sistem konseptual.
Dalam proses ini, pelajar memperkembangkan kemahiran pemikiran.
Strategi mediatif melalui inkuiri
130
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Inkuiri direka bentuk untuk mengajar pelajar bagaimana menyiasat
masalah dan soalan berdasarkan fakta serta pemerhatian.
Model inkuiri berdasarkan kepada lima langkah berikut:
1. Mengenal pasti soalan/ masalah
2. Membuat hipotesis
3. Mengumpul data
4. Menganalisis data
5. Membuat generalisasi
Dengan menggunakan naluri ingin tahu pelajar, ini akan membantu
pelajar mendekati masalah dengan penuh keyakinan apabila meneroka
dan mencari penyelesaian, berkebolehan untuk menemukan kerelevenan
fakta serta dapat meningkatkan proses ingatan pelajar apabila mereka
menyepadu bahan ke dalam struktur kognitif dan mudah diingat kembali
Peranan guru dalam strategi mediatif melalui inkuiri adalah untuk
mewujudkan situasi yang bermasalah, mengadili prosedur inkuiri,
memberikan respons kepada pertanyaan pelajar, membantu pelajar
menentukan fokus dalam inkuiri dan memudah cara perbincangan dalam
situasi bermasalah
Pengajaran Generatif
Dapat membantu pelajar cipta pengetahuan dan membentuk cara baru
serta kreatif untuk menyelesaikan masalah
Bertujuan: meransang imaginasi pelajar dengan penggunaan metafora
/situasi aneh
Guru akan mengelak daripada membuat perhakiman agar tidak
mengongkong kreativiti pelajar
Strategi ini membantu pelajar bertindak dalam situasi-situasi tertentu dan
menggunakan kecerdasan pelbagai.
Perkara ini merangkumi alat-alat seperti sumbang saran, synthetics,
pemikiran lateral dan kreativiti melalui reka bentuk
131
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pengajaran generatif boleh digunakan untuk ekspresif serta membentuk
penyelesaian masalah bukan rutin dan inkuiri
Pelajar diberi kebebasan dan menggunakan kreativiti mereka
Pengajaran Melalui Pemerhatian
Berlaku apabila pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain
melakukan tingkah laku
Tingkah laku seseorang pemerhati dipengaruhi oleh akibat secara
positif/negatif dan ini dinyatakan peneguhan vicarious /dendaan vicarious
terhadap tingkah laku model (Ormrod, 2008)
Menurut Bandura, terdapat 4 proses dalam pembelajaran, iaitu
1. Proses memberikan perhatian
-pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri signifikan tingkah laku
yang ingin dipelajari
2. Proses ingatan
mengorganisasikan pemerhatian agar dapat mengingat perkara yang
diperhati
3. Proses reproduksi motor
melakukan pergerakan fizikal sebenar melalui proses cuba jaya secara
berulang
4. Proses motivasi
menerima ganjaran supaya mereka akan melakukan tingkah laku yang
dipelajari
Pelajar diberi peluang untuk memerhati dan memodelkan tingkah laku
akan membawa peneguhan positif
Guru harus menggalakkan pembelajaran kolaboratif kerana pembelajaran
berlaku dalam konteks persekitaran dan sosial
Pengajaran Kontekstual
132
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan
situasi sebenar dan memotivasi pelajar untuk membuat kaitan antara ilmu
yang dipelajari dengan kehidupan sebenar
Guru digalakkan untuk memilih dan mereka cipta persekitaran
pembelajran yang menyepadukan pelbagai bentuk pengalaman, iaitu
sosial, fizikal dan psikologi dalam proses pencapaian hasil pembelajaran
yang diingini
Pelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak
dengan aplikasi dalam dunia sebenar
Dalam pembelajaran secara konteksual, pelajar digalakkan mengalami 5
teknik pembelajaran : Strategi REACT
Strategi REACT
(R-relate) menghubung kait: di mana pelajar belajar dalam konteks
menghubung kait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup
(E-experiencing) mengalami: pembelajaran melalui penerokaan,
penemuan dan mereka cipta idea.
(A-apply mengaplikasi): pengetahuan dalam situasi lain
C-cooperate) bekerjasama: dalam memberikan maklum balas dan
berkomunikasi dengan ahli kumpulan serta guru
(T-transfering) memindahkan: pengetahuan sedia ada dengan
menggunakan daripada apa-apa yang tahu
contoh aktiviti: pembelajaran eksperiental, sesi hand-on dan minds-on,
seminar, bengkel
Pengajaran Metakognitif
Pengajaran tentang proses pemikiran terhadap apa yang kita tahu &
apa yang kita tidak tahu
133
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Flavell (1976): pengajaran metakognitif sebagai pengetahuan terhadap
proses-proses kognitif seperti ciri-ciri relevan maklumat
Metakognisi menerangkan sebab kanak-kanak yang berbeza umur
menangani tugasan pembelajaran dalam pelbagai cara
Metakognisi melibatkan pemantauan aktif dan pengawalan proses-proses
kognitif. Pengajaran metakognitif meransang kesedaran pelajar tentang
perkara yang diketahui oleh mereka & yang tidak diketahui mereka untuk
menyelesaikan masalah
Menurut Dirkes (1985), strategi Asas Metakognitif:
o Menghubungkaitkan maklumat baharu dengan maklumat lama
o Memilih strategi-strategi berfikir
o Merancang, memantau dan menilai proses berfikir
Cara membina tingkah laku metakognitif pelajar:
Penggunaan jurnal, di mana pelajar membuat refleksi terhadap pemikiran
mereka, sedar tentang keraguan, ketidaksejajaran dan komen tentang
bagaimana mengatasi kesukaran
Pelajar diajar untuk membuat rancangan untuk pelbagai aktiviti
pembelajaran
Selepas aktiviti, guru boleh membimbing pelajar membuat semakan
aktiviti , mengumpulkan data tentang proses berfikir dan perasaan
Kemudian, kumpulan mengklasifikasikan idea-idea berkait, mengenal
pasti strategi berfikir yang digunakan
Akhirnya, menilai kejayaan, mengenal pasti strategi yang sesuai untuk
kegunaan masa depan serta mencari pendekatan yang lebih baik

Kajian Masa Depan
134
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan
pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan (PPK,2001).
Kauffman: memberi pelajar pemahaman tentang isu-isu penting ,
masalah-masalah dan peluang-peluang yang akan dihadapi serta
mengajar kemahiran-kemahiran yang perlu untuk sentiasa pandang ke
hadapan.
Terdapat 4 prinsip dalam kajian masa hadapan:
o Prinsip perubahan,
o prinsip pandangan jauh,
o prinsip perancangan strategik,
o prinsip pengupayaan
Pelajar kini perlu berpandangan jauh supaya dapat membuat keputusan
dengan bijak dalam menangani perubahan dan kesan krisis.
Mereka perlu dibekal dengan kemahiran tersebut agar tidak dilanda
kebimbangan apabila menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.
Faedah menggunakan kajian masa depan sebagai strategi ialah
1. Merangsang pemikiran pelajar secara krisis dan kreatif.
2. Pelajar dapat menangani cabaran serta berupaya untuk
menyelesaikannya.
3. Menyemai keyakinan diri pada pelajar utk menghadapi apa-apa jua
cabaran.
4. Memberikan peluang kepada pelajar merancang dan membuat keputusan
semasa menyelesaikan masalah.
5. Pelajar dapat melibatkan diri dan peluang untuk mengemukakan idea
mereka semasa menyelesaikan masalah.
6. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar ke arah
pencapaian hasil pembelajaran.
7. Suasana bilik darjah menarik dan menyeronokkan kerana murid libat diri
dalam proses pembelajaran.
135
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
8. Pelbagai gaya pembelajaran dapat digunakan berdasarkan kepada
kumpulan murid.
9. Tiga kemahiran dipelajari = membuat ramalan
menjangka akibat
mengendalikan perubahan
Tiga cara pengajaran melalui kajian masa depan
Guna matriks pengajaran,
Menyisipkan kajian masa depan
Menggunakan unsur kajian masa depan sebagai induksi/susulan
pengajaran.
Integrasi Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan & Pembelajaran
Kita harus melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan.
Pelajar perlu bertindak efektif, dilengkapi dengan kemahiran berfikir dan
belajar seumur hidup agar dapat menguasai dan memproses maklumat
dalam masyarakat dan dunia yang berteknologi tinggi ini.
Dalam P&P sekolah bestari, kemahiran generik seperti kemahiran
komunikasi, kemahiran belajar, memudah cara, berfikir dan strategi lain
membantu pencapaian membaca dan pemikiran secara krisis dalam
kalangan pelajar.
Kemahiran generik murid terpancar dalam kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah melalui pengajaran dan amalan.
Kemahiran generik berunsurkan kemahiran, kecekapan, dan
keterampilan. Elemen-elemen dalam kemahiran generik merupakan
kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan karier dan
peribadi; kemahiran utama berfokuskan kepada keupayaan,
menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan;
kemahiran yang boleh dipindahkan ke tempat kerja.
Dalam konteks pendidikan, kemahiran generik perlu ada pada pelajar
untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.
136
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kemahiran berkomunikasi kebolehan menyata,menghurai, menjawab
soalan, berucap dan menulis.
Kemahiran guna teknologi melibat penggunaan alat-alat, memahami
dan menggunakan kaedah saintifik serta prinsip-prinsip teknologi dalam
pengendalian alat-alat.
Kemahiran merancang dan mengelola aktiviti merangkumi penggunaan
masa dan sumber serta berupaya untuk menentukan keutamaan dan
mengawasi pencapaian diri.
Kemahiran menyelesaikan masalah mengenalpasti masalah,
menganalisasi masalah, memperoleh maklumat, berfikir secara lateral dan
kreatif serta membuat pilihan.
Kemahiran generik yang disepadukan dalam kurikulum pedagogi bestari
akan meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses P&P.
Antara strateginya:
Memberikan tugasan bercorak tinjauan perpustakaan, dan aktiviti
berpengalaman eksperiential.
Pelajar dilibatkan secara langsung dalam perancangan dan pelaksanaan
aktiviti agar mereka dapat libat diri dalam pemikiran kreatif dan kritis untuk
membina keyakinan dan harga diri pelajar.
TAMAT BAB 4
Rujukan
Arends,R.L.(2001). Learn to teach. Boston:Mc-Graw Hill.
Bennett, N., Wood, E. & Roger, S. (1997). Teaching through play:Teachers
thinking & classroom practice. Buckingham: Open University Press.
137
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2
nd
ed). Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd
Joyce, B.,Weil,M.,& Calhoun,E. (2003) Models of teaching (7th ed.) Englewood
Cliffs,NJ: Prentice-Hall.
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan
Alam Belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
TAJUK 5
PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN,
MOTIVASI DAN GAYA PEMBELAJARAN,
PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
KONDUSIF
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, kita dapat mengenal pasti dan menguasai konsep
perbezaan individu dan aspek-aspek perbezaan individu. Oleh itu,
perbezaan individu dapat dikaitkan dengan kesan terhadap pembelajaran.
Dalam tajuk ini kita akan berusaha untuk memahami persamaan individu
dari segi psikologi dan secara khusus, dan apakah ciri-ciri psikologikal yang
berbeza antara mereka. Tajuk ini juga mendorong kita untuk meningkatkan
kemajuan diri dengan menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai
berdasarkan tahap kecerdasan murid. Tambahan pula, perlakuan insan
yang mempunyai kecerdasan emosi dapat dipamerkan sewaktu
138
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
mengendalikan bilik darjah sehingga dapat dicontohi oleh murid. Di
samping itu, suasana bilik darjah yang mesra yang mempamerkan
kesedaran sosial yang tinggi dapat dibina selepas pembelajaran ini.
Tambahan pula, pembelajaran ini mampu mendorong pelajar ke arah
kemahiran berfikir sewaktu melaksanakan pengajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan aspek-aspek perbezaan individu.
2. Menyenaraikan sifat-sifat utama setiap jenis kecerdasan pelbagai.
3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran murid.
4. Mendefinisikan dua jenis motivasi.
5. Membezakan nilai pencapaian, nilai instrinsik dan nilai minat yang mendorong
seseorang murid.
6. Menghuraikan teori-teori yang berkaitan motivasi dalam pembelajaran
7. Membuat refleksi tentang aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran bilik
darjah.
8. Melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran
kondusif.
KERANGKA KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA
PEMBELAJARAN
139
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 5.1a Kerangka Konsep Perbezaan Individu dan Gaya Pembelajaran
KANDUNGAN ISI
PENGENALAN
FIKIRKAN...
140
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Lihat di sekeliling anda. Apakah perbezaan atau persamaan yang anda lihat
antara diri anda dan keluarga anda serta rakan-rakan anda ? Pada hakikatnya
memang mustahil untuk mendapat dua orang individu yang sama. Akan tetapi
terdapat juga beberapa ciri yang serupa antara manusia. Oleh itu sebagai
seorang guru, kita harus memahami perbezaan individu dalam kalangan pelajar
dan memberi perhatian tentang hal ini di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
5.0 PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN
Menurut (Borich & Tombari,1997),perbezaan individu adalah variasi yang boleh
diperhatikan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan individu dalam aspek
temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan
anak-anak
Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid
dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya
pembelajaran,etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat serta
minat.
Woodcock (2000) membahagikan perbezaan individu kepada 2 jenis :
I. Interindividu
II. Intraindividu
Perbezaan intraindividu perbezaan dalam individu yang dipengaruhi oleh
masa, tempat dan keadaan.
Perbezaan interindividu perbezaan yang terdpt antara seseorang individu
dengan individu yang lain. Perbezaan antara individu adalah dalam pelbagai
bentuk dan perkara yang memberikan kesan terhadap cara mereka bertindak
141
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
balas terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan seharian mereka. Malah cara
setiap murid memberikan tindak balas terhadap pengajaran guru adalah
berbeza.
Terdapat murid yang sangat responsif, menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pengajaran guru, tekun serta melaksanakan setiap tugasan dalam
jangka masa yang ditetapkan oleh guru. Namun, ada juga kalangan pelajar yang
lambat memahami pengajaran guru, leka, pasif, dan lambat menyiapkan
tugasan. Ahli psikologi kebanyakannya bersetuju bahawa terdapat 2 faktor
utama yang mendorong kepada perbezaan individu, iaitu faktor persekitaran
dan faktor baka.
Faktor persekitaran setiap individu adalah berbeza dan mempengaruhi
personaliti seseorang. Pengalaman awal kanak-kanak banyak mempengaruhi
perkembangan dan pembesarannya. Perkara ini semua mempunyai pengaruh yg
kuat terhadap diri seseorang. Antara elemen persekitaran yang mempengaruhi
seseorang manusia ialah : latar belakang keluarga, orang yang berada di
sekelilingnya, rakan sebaya, persekitaran tempat tinggal, didikan dan media
massa.
Faktor baka pula berkaitan dengan keturunan seseorang individu. Faktor baka
jelas mempengaruhi perbezaan interindividu dari segi fizikal dan rupa paras.
Raut wajah anak-anak mirip wajah ibu atau bapa mereka dari segi warna kulit,
bentuk mata, hidung, ketinggian dan lain-lain.
5.1 Kecerdasan
Dalam proses pembelajaran, perbezaan individu mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap pencapaian murid dalam akademiknya. Adakah kecerdasan
seseorang itu diwarisi atau kecedasan itu dapat dipupuk melalui persekitaran?
Menurut Wooffolk(1998), sukar untuk memisahkan kecerdasan dalam baka atau
kecerdasan dalam persekitaran dan pengalaman. Kebanyakan ahli psikologi
142
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
percaya bahawa keturunan dan persekitaran sama-sama memainkan peranan
dalam menentukan tahap kecerdasan individu.
Alfred Binet (dalam Brody) dari Perancis turut membincangkan konsep
kecerdasan. Menurut Binet, perbezaan individu semakin ketara pada peringkat
proses kognitif. Dengan bantuan rakannya , iaitu Simon, pada tahun 1905, item
ujian Binet diterbitkan.
Antara aspek yang terkandung dalam ujian Binet (Vialle et al., 2000) ialah:
1) Daya ingatan
2) Imaginasi
3) Perhatian
4) Pemahaman
5) Keupayaan mencadang
6) Nilai estetika
7) Nilai moral
8) Kekuatan tubuh badan dan semangat diri
9) Kemahiran psikomotor
10)Kemahiran menghubungkaitkan ruang
Binet telah menyusun item tersebut dengan memberi skala mengikut aras
kesukaran dengan memberi lima item bagi setiap satu kumpulan mengikut umur.
Binet akan mengira keupayaan berfikir kanak- kanak menurut umur. Hasil Ujian
mendapati kanak-kanak yang cerdas mempunyai keupayaan berfikir setanding
dengan kanak-kanak yang lebih dewasa, manakala kanak-kanak yang kurang
cerdas merupakan golongan yang keupayaan berfikirnya sama dengan kanak-
kanak yang lebih muda. Item ujian Binet telah diguna pakai di Amerika Syarikat
dan telah digunakan untuk mengenalpasti kumpulan murid cerdas dan kumpulan
murid lembam.
Dari semasa ke semasa, pemahaman terhadap konsep kecerdasan berubah
selari dengan perkembangan dalam penyelidikan berhubung kecerdasan.
Permahaman traditional terhadap konsep kecerdasan (Intelligence Quotient=IQ)
143
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
yang berfokus kepada keupayaan dalam membaca, menulis dan mengira
berkembang terus sehingga melibatkan keupayaan dalam hubungan sosial
(Social Quotient=SQ) dan kecerdasan emosi (Emotional Quotient=EQ)
5.1.1 Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner (1983) bangkit dengan konsep Kecerdasan Pelbagai
(Multiple Intelligence) .Lapan kecerdasan pelbagai Gardner dapat dijadikan
panduan kepada guru dalam mendorong pembelajaran murid serta merangsang
murid untuk membina masa depan mereka berdasarkan kelebihan yang dimiliki
oleh mereka. Kecerdasan pelbagai Gardner dapat dimanafaatkan oleh guru
dengan menterjemahkannya dalam pelakuan pembelajaran yang mendorong
kerjaya murid. Guru boleh mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam
kalangan muridnya dengan merancang aktiviti dan tugasan yang sepadan
dengan murid. Hal ini ditunjukan seperti dalam jadual -
Domain
Kecedasan Contoh Perlakuan Pilihan Kerjaya
Aktiviti Dalam
P&P
Kecerdasan
Linguistik
Kemampuan
menggunakan perkataan
secara berkesan sama ada
secara lisan atau tulisan,
termasuk - kebolehan
memanipulasikan ayat,
gaya bahasa dan
pengucapan dengan baik
dan sempurna.
Penyair
Pemidato
Ahli politik
Wartawan
Perbahasan
Perbendaharaan
kata
Ucapan formal
Penulisan kreatif,
jurnal, diari, puisi,
Bacaan
Bercerita
Kecerdasan
Visual
Spatial
Kebolehan mencipta
gambaran mental dan
mengamati dunia visual.
Berkepekaan terhadap
warna, garis, bentuk dan
ruang.
Pengukir
PelukisArkitek
Juruterbang
Melukis
Mengecat
Garis rentuk dan
ruang
Mencipta gambaran
mental
Imaginasi aktif
Peta minda
144
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kecerdasan
Muzik
Kemampuan untuk
menggemari,
mendiskriminasi dan
meluahkan perasaan
melalui muzik.
Kecenderungan ini
termasuk kepekaan
terhadap ritma,
melodi atau kelangsingan
suatu hasil muzik
Penggubah lagu
Penyanyi
Persembahan
muzik
Bunyi vokal
Bunyi instrumental
Nyanyian
Drama lagu.
Kecerdasan
Logik -
Matematik
Kebolehan menggunakan
nombor,
menaakul,mengenal pasti
pola abstrak, perkaitan,
sebab dan akibat (logik)
Melibatkan pemikiran
saintifik,
termasuk pemikiran secara
heuristik,induktif dan
deduktif, membuat
inferens,
mengkategori,generalisasi,
perhitungan dan pengujian
hipotesis.
Saintis
Ahli matematik
Penggunaan simbol
Urutan nombor
Perkaitan sebab
dan akibat (logik)
Penyelesaian
masalah
Pengurusan grafik
Pengiraan
Kecerdasan
Fizikal
/Kinestatik
Berkaitan dengan
pergerakan dan kemahiran
fizikal seperti
koordinasi,keseimbangan
dan
kelenturan badan.

Menggunakan anggota
badan untuk meluahkan
idea dan perasaan.
Penari
Ahli gimrama
Peninju
Pemain badminton
Tarian kreatif
Drama
Main peranan
Aktiviti jasmani
Latihan fizikal
Pemain sukan
Seni pertahanan
diri.
Kecerdasan
Intrapersonal
Berpengetahuan kendiri
dan
berkebolehan untuk
menilai diri sendiri.
Penulis
Kaunselor
Ahli falsafah
Strategi pemikiran
Proses emosi
Disiplin diri
Amalan pemusatan
145
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Mempunyai gambarann
yang tepat tentang diri
sendiri,
kesedaran terhadap
mood dalaman,kehendak,
motivasi, kemarahan,
dorongan
dan kemampuan untuk
mendisipIinkan diri dan jati
diri.
Kecerdasan
Interpersonal
Kemampuan untuk
mendiskriminasi antara
pelbagai
petanda interpersonal dan
kebolehan untuk
berkomunikasi dengan
berkesan
Ahli politik
Peniaga
Pengacara
Usahawan
Komunikasi antara
individu
Latihan empati
Latihan kolaboratif
Memberi maklum
balas
Strategi
pembelajaran
kooperatif dan
sedia bekerja sama
Kecerdasan
Naturalis
Mengenali, menyusun dan
mengkategorikan pelbagai
jenis flora dan fauna
Petani
Ahli botani
Ahli biologi
Perancang Bandar
Geologist
Lawatan sambil
belajar
Rajah 5.1b. : Domain Pelbagai Kecerdasan Gardner dan pengaplikasianya
dalam P&P
5.1.2 Kecerdasan Emosi
146
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Cukup sempurnakah manusia sekiranya hanya memiliki kecerdasan akal?
Dalam kecerdasan pelbagai seperti yang dikemukakan oleh Gardner
sebenarnya tersirat banyak elemen emosi.Emosi ditakrifkan sebagai perasaan
sama ada gembira, sedih, marah, takut, dan sebagainya. Menurut Daniel
Goleman(1995), seorang tokoh terkenal dalam bidang pengurusan emosi
menyatakan bahawa kecerdasan emosi merujuk kepada Kemampuan kita untuk
mengenalpasti perasaan kita, memotivasi diri, dan membina ketahanan dalaman
sehingga berupaya menyusun jiwa masing-masing. Juga mengalami kepuasan
diri semasa berdepan dengan cabaran seharian.
Coleman membahagikan keupayaan manusia dalam mengurus emosi kepada
dua bentuk iaitu kompetensi personal dan kompetensi sosial.
Komponen Huraian ringkas
147
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kompetensi Peribadi
Kesedaran kendiri Merangkumi aspek aspek seperti : Kesedaran emosi
kendiri, kesedaran mengenai kekuatan dan kelemahan
diri, keyakinan diri, penghormatan kendiri dan
kesejahteraan kendiri demi menikmati kehidupam yang
bahgia dengan penuh kesyukuran
Pengurusan Kendiri Mencakupi aspek-aspek seperti: kawalan emosi kendiri,
kebolehpercayaan, keluwesan dan ketekunan
Motivasi kebdiri Meliputi aspek-aspek seperti: inovatif, berorientasikan
pencapaian, inisiatif, dan optimis
Kompetensi Sosial
Kesedaran sosial Merangkumi aspek aspek seperti : empati,
berorientasikan perkhidmatan, kesedaran
organisasi,dan kemampuan melayani kepelbagaian
mengikut keperluan pelanggan
Kemahiran sosial Mencakupi aspek-aspek seperti: Kemahiran
berkomunikasi, kepimpinan berinspirasi, mempunyai
pengaruh untuk memujuk dengan menggunakan
pelbagai cara dan strategi positif, berkolaborasi dan
berpasukan, menjadi pemangkin perubahan dan
pengurusan konflik
Rajah 5.2. : Komponen-komponen dan sub komponen Kecerdasan emosi
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengintegrasikan
elemen kecerdasan emosi dalam pengajaran dan pembelajaran.Semua objek
dapat diselitkan dengan elemen kecerdasan emosi. Pengintegrasikan elemen
kecerdasan emosi dapat dilaksanakan sama ada secara tersurat apabila bahan
yang dipelajari oleh murid mengandungi elemen tersebut, atau secara tersirat
apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggalakkan murid
mempraktikkan kecerdasan emosi.
5.1.3 Kecerdasan Emosi dan Spiritual
148
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Sejak kebelakangan ini, banyak yang berpendapat bahawa kecerdasan emosi
tidak akan berkesan tanpa kecerdasan spiritual. Elemen spiritual ialah kekuatan
dalaman yang lebih berperanan besar dalam menguruskan emosi seseorang.
Pendekatan kecerdasan emosi dan spiritual (Emosional Spiritual Quotient =
ESQ) semakin hebat diperkatakan yang akan mengukuhkan kompetensi dalam
mengurus emosi.
AKTIVITI
FIKIRKAN...
149
Manusia Kecerdasan akal = IQ
Manusia Manusia = EQ
Manusia Tuhan = SQ
Manusia IQ + EQ + SQ = ESQ
APA ITU ESQ???
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Victor E. Frankl di dalam bukunya Mans Search for Meaning menekankan
keperluan manusia untuk mencari makna dan nilai dalam kehidupan. Pemikiran
ini telah menyebabkan kepentingan IQ + EQ ditambah pula dengan kepentingan
SQ (Spiritual Quotient). SQ merupakan elemen pertama untuk membawa
manusia ke arah pencarian makna dan nilai.
Kecerdasan spiritual (SQ) mula diperbincangkan dan diperkatakan apabila ahli
saraf, iaitu Ramachandran dari California University menemukan God Spot
dalam otak manusia sebagai pusat spiritual yang terletak di antara jaringan saraf
dan otak. God spot itu terdapat nilai manusia yang tertinggi. Pemisahan antara
EQ dengan SQ akan wujud dan menyebabkan manusia membahagikan
kehidupan mereka kepada dua iaitu EQ untuk hubungan sesama manusia
manakala SQ ialah hubungan dengan Tuhan. Dengan ada pemisahan itu,
perlakuan manusia akan tidak seimbang.
Danah Zohar dan Ian Marshall (2000) mengemukakan takrifan kecerdasan
spiritual sebagai kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna atau nilai bagi
meletakkan perlakuan dan kehidupan kita dalam konteks makna yang luas dan
kaya serta kecerdasan untuk menilai tindakan kita lebih bermakna daripada yang
lain. SQ merupakan landasan bagi memanfaatkan IQ dan EQ. Pada zaman ini,
ramai manusia kaya dengan IQ dan hasilan IQ telah membolehkan manusia
untuk memperoleh kedudukan, pangkat, dan darjat. Melalui EQ, hubungan
dengan manusia lain terjalin dengan baik. Darjat dan kedudukan yang diperoleh
turut dipengaruhi oleh EQ yang mantap. Namun tanpa SQ pencarian makna
dan nilai dalam kehidupan adalah kabur.
Peranan Guru Mengintegrasikan ESQ dalam Pengajaran dan Pembelajaran turut
penting.
150
Cuba anda fikirkan bagaimana sesorang guru dapat meningkatakan tahap
kecerdasan emosi dalam kalangan murid-murid mereka?
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Guru perlu merancang dengan teliti setiap rancangan pengajarannya
untuk menerapkan elemen ESQ kepada murid.
Setiap kandungan pelajaran perlu ditekankan dengan pengetahuan dan
amalan berhubung dengan kecerdasan emosi dan spiritual.
Contoh :
1. Penggunaan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran
2. Pendekatan dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Penggunaan multimedia
4. Aktiviti di luar bilik darjah
5.1.4 Gaya Pembelajaran
Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Gaya
pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima dan memproses
maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza. Teori berhubung gaya
pembelajaran menekankan kepada sebanyak mana murid belajar dan
memperoleh pengalaman pembelajaran bergantung pada gaya pembelajaran
dan bukan persoalan tentang pelajar itu hebat atau pintar.
Ahli psikologi pendidikan menjalankan kajian berhubung gaya pembelajaran
manusia dan hasil kajian mereka adalah berasaskan faktor warisan, cara didikan
dan persekitaran. Setiap individu mempunyai peluang untuk menerima dan
memproses maklumat dalam cara yang berbeza. Perbezaan dalam melakukan
sesuatu itu diklasifikasikan seperti:
151
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1. Penerima konkrit dan abstrak
Penerima konkrit akan menerima maklumat melalui pengalaman,
tindakan, merasa, perasaan dan melakukan. Manakala penerima
abstrak mengambil maklumat melalui analisis, pemerhatian dan
berfikir.

2. Pemproses yang aktif dan reflektif
Pemproses yang aktif menggunakan maklumat yang diperoleh
melalui pengalaman sebagai asas berfikir. Pemproses yang
reflektif menjadikan pengalaman sebagai asas untuk membuat
renungan(refleksi) dan terus memikirkan perkara tersebut.
Field Independence
Rajah 5.1c. : Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran
152
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Gaya Pembelajaran Kognitif Medan Bersandar (FD) dan Medan Bebas(FI)
Murid yang bersifat Field Dependence
Memproses maklumat secara global dan kurang memberi perhatian
kepada butiran yang terperinci.
Berorientasikan sosial, lebih responsif kepada ganjaran dan dendaan.
Gemar kerja kumpulan dan lebih peka terhadap orang lain.
Hanya menerima maklumat tanpa berusaha untuk membuat sebarang
penstrukturan semula.
Murid yang bersifat Field Independence
Lebih analatikal, berminat terhadap perincian dan butiran.
menyusun semula maklumat agar selaras dengan kehendaknya.
bersifat individualistik dan cenderung kepada ke arah kendiri.
Gaya Pembelajaran
Field Dependence Field Independence
Mempersepsikan secara global Mempersepsikan secara analitikal
Mengkategorikan konsep secara
umum.
Mengkategorikan konsep secara
khusus.
Berorientasikan sosial. Orientasi yang tidak bersifat peribadi.
Lebih di pengaruhi oleh kritikan. Kurang dipengaruhi oleh kritikan.
Perlu penentuan matlamat dan
pengukuhan luaran.
Mempunyai matlamat dan
pengukuhan yang ditentukan
sendiri.
Rajah 5.1d. : Banding beza Antara Field Dependence dan Field Independence

LAYARI INTERNET
153
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
http://www.eltnewsletter.com/back/June2002/art1022002.htm
5.1.5 Model Gaya Pembelajaran Kolb
Pada tahun 1984, David Kolb telah menerbitkan model gaya pembelajaran Kolb.
Teori pembelajaran Kolb mengutarakan empat jenis gaya pembelajaran yang
berasaskan kitaran pembelajaran empat tahap. Mengikut beliau, secara
semulajadi, setiap individu mempunyai kecenderungan kepada satu jenis gaya
pembelajaran. Akan tetapi, sapanjang melalui tahap perkebangan hidup, kita
berupaya mengintergrasikan keempat-empat gaya pembelajaran tersebut. Gaya
pembelajaran Kolb digambarkan seperti rajah di bawah.
Rajah 5.1e. : Gaya Pembelajaran Kolb
5.1.6 Gaya Pembelajaran Pelbagai kecedasan
Terdapat satu pendekatan baru berhubung dengan gaya pembelajaran, iaitu
yang berdasarkan kecerdasan pelbagai. Merupakan pasukan yang terulung
154
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
yang membina satu inventori soalan untuk membentuk gaya pembelajaran
seseorang.
Berpendapatan bahawa semua orang mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Membahagikan gaya pembelajaran kepada 2 kelompok iaitu pelajar global dan
pelajar analitis. Pelajar global lebih suka persekitaran belajar yang fleksibel
sementara pelajar analitis pula lebih suka persekitaran belajar yang berstruktur
dan formal.
Umumnya, terdapat 7 jenis utama pelajar seperti berikut:
1. Pelajar visual.
2. Pelajar auditori.
3. Pelajar taktik/kinestetik.
4. Aktivis.
5. Reflektor.
6. Teoris.
7. Pragmatis.
Jadual berikut menjelaskan ciri-ciri bagi setiap gaya pembelajaran berdasarkan
kecerdasan pelbagai.
Gaya
Pembelajaran
Ciri-ciri
Visual (spatial)
Murid ini berkata Nak tengok, nak
tengok.
Mereka menjalankan pembelajaran melalui
penglihatan.
Mereka perlu menatap wajah guru yang
menyampaikan isi pelajaran yang menarik
dengan bantuan:
1. Bahasa isyarat
2. Imej gambar-gambar
3. Paparan visual
- ilustrasi
- tranparensi
155
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
- video
- carta
Auditori (auditory
musical)
Murid ini berkata Beritahu saya!
Mereka menjalankan pembelajaran melalui
pendengaran.
Mereka belajar dengan lebih berkesan
melalui kuliah, perbincangan dan
mendengar pendapat orang lain.
Bagi mereka, intonasi suara, pitch, kelajuan
adalah sangat penting.
Mereka juga mendapat banyak manfaat
melalui
1. Aktiviti bercerita
2. Membaca teks
3. Menggunakan pita perakam.
Pelajar Taktik (Bodily-
Kinesthetic)
Murid ini berkata Saya nak buat!
Mereka menjalankan pembelajaran melalui
pergerakan, merasa, menyentuh,
menyusun, mereka mencipta dan membuat.
Mereka belajar dengan lebih berkesan
melalui pendekatan hands-on, yakni
meneroka dan menyiasat secara aktif
persekitaran fizikal.
Mereka jarang duduk diam dengan lebih
lama.
Aktivis Mereka lebih suka mengambil bahagian
dengan aktif dalam proses pembelajaran.
Melibatkan diri dalm proses pembelajaran
dengan rela, tiada sebarang paksaan.
Melibatkan diri dalam pelajaran secara
peribadi
Menganggap ilmu sebagai kepunyaan
peribadinya
Reflektor Mereka gemar berfikir dan mengkaji semula
maklumat yang diperolehi supaya dapat
disesuaikan ke dalam kerangka
pengetahuan yang sedia ada.
156
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kadangkala terlalu banyak renungan akan
merugikan masa dan kurang mencapai
hasil pembelajaran.
Teoris
Mereka sentiasa mencari bukti supaya
dapat membuat generalisasi bagi hukum-
hukum dan teori-teori.
Contohnya dalam bidang:
1. Matematik
2. Sains
3. Seni halus
4. Agama
5. Falsafah
Mereka sentiasa cuba menganalisis dan
mensintesiskan data, mengorganisasikan
konsep dan prinsip serta mencadangkan
idea-idea dan hubungan-hubungan.
Pragmatis Mereka sentiasa ingin mengetahui
bagaimana sesuatu perkara berfungsi.
Mereka menganggap pembelajaran adalah
suatu proses membina semula
pengalaman.
Mereka mampu menyelesaikan masalah
secara bijak.
Rajah 5.1f. : Gaya Pembelajaran Berdasarkan Model Dunn dan Dunn
5.1.7 Implikasi perbezaan individu dan gaya pembelajaran terhadap P&P
1. Penentuan hasil pembelajaran
hasil pembelajaran hendaklah berasaskan keupayaan dan kemampuan
murid
guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang sesuai dengan
muridnya, iaitu mengikut kemampuan murid.
hasil pembelajaran bagi murid yang cerdas perlu lebih tinggi arasnya
berbanding kumpulan yang lemah
157
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
guru boleh menyediakan tugasan murid yng pelbagai aras bagi
memastikan semua murid mendapat manfaat.

2. Kepelbagaian strategi dan kaedah P & P
guru sentiasa menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua murid mencapai hasil
pembelajaran masing-masing.
3. Kepelbagaian bahan dan peralatan mengajar
bagi murid yang kurang berminat untuk belajar, guru boleh mendorong
pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik.
mewujudkan pusat pembelajaran di satu sudut di luar bilik darjah seperti
bahan-bahan hidup (daun, bunga, ikan, burung atau arnab) dan elemen-
elemen persekitaran (awan, matahari, langit, bukit-bukau dan
sebagainya).
4. Penyampaian guru
guru wajar menjadikan diri mereka sebagai seorang penghibur yang
berbakat
158
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER
Kecerdasan Pekerjaan Sifat-sifat Utama
Logik Matematik Saintis, pakar statistik
ahli nuklear, ahli kaji
bintang
Linguistik/Bahasa Pengarang,penyair,
wartawan, pemidato, ahli
politik
Muzikal Penggubal lagu,
penyanyi,
pemain alat-alat muzik
Ruang (Spatial) Pelaut, juruterbang,
pelukis
Kinestetik badan Penari, ahli sukan, ahli
Gimnastik
Interpersonal Juru jual, kaunselor, guru
Intrapersonal Ahli ulama, ahli falsafah,
ahli psikologi dan ahli
teologi.
.
159
Howard Gardner telah memperkenalkan 8 jenis kecerdasan. Di bawah adalah
jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.
Cuba layari internet dan lengkapkan sifat-sifat utama untuk setiap jenis
kecerdasan
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
160
UJI MINDA
1. Sila nyatakan lapan kecerdasan pelbagai Gardner.
2. Sila cadangkan aktiviti dalam P&P untuk murid yang mempunyai
kecerdasan Naturalist.
3. Apakah maksud gaya pembelajaran?
4. Nyatakan tujuh jenis utama pelajar.

5. Bagaimana kumpulan pelajar visual menjalankan pembelajaran?
6. Apakah yang sangat penting bagi pelajar auditori memahami makna tersirat
apabila mereka mendengar sesuatu?
7. Bincangkan dgn rakan anda sama ada anda ialah intraindividu atau
interindividu.
8. Bincangkan dgn rakan, anda dlm mana satu kategori pemikiran.
9. Pada zaman sekarang, kes-kes salah laku murid semakin berleluasa.
Pada pandangan anda, mengapakah murid melakukan perbuatan tersebut.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rujukan
Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2
nd
ed). Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2001) Belajar cara belajar. Kuala Lumpur:
PPK.
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan
Alam Belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
Teori Pembelajaran, (n.d). Retrieved on October 21, 2009 from
http//:limuna.ipislam.edu.my.
Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (9
th
ed). New Jersey: Prentice
Hall.
161
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.2 MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN
Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan
sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Keadaan dalaman yang
meransang, mengarah dan mengekal tingkah laku. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang
membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, di samping menjadikan
proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan
menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993). Santrock (2008) mengatakan
motivation is the reason why people behave theway they do. Motivated behavior
is energized, directed, and sustained. Motivasi adalah kuasa yang
menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.
Rajah 5.2a Kerangka Motivasi Pembelajaran
162
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.2.1 Jenis-Jenis Motivasi
Secara amnya, terdapat dua jenis teknik motivasi yang boleh digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, iaitu teknik
motivasi intrinsik dan teknik motivasi ekstrinsik
Motivasi intrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang
pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. Dengan
itu, teknik motivasi intrinsik berkait rapat dengan sifat semula jadi seseorang
dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran. Motivasi intrinsik juga
berkait rapat dengan aktiviti yang merupakan ganjaran dan berasal daripada
gerakan dalaman.
Antara cara yang sesuai untuk mendorong pelajar secara intriksik ialah:
i. Rangsangkan pelajar untuk mencari pengetahuan.
163
Rajah 5.2b: Jenis-jenis motivasi
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
ii. Gunakan strategi-strategi seperti kejutan, raguan, kekeliruan dan konflik
untuk mengekalkan naluri ingin tahu.
iii. Gunakan pelbagai medium persembahan seperti persembahan ICT,
demontrasi dan main peranan.
iv. Minta pelajar menentukan matlamat sendiri
v. Gunakan teknik permainan dan simulasi
Pada amnya, motivasi intrinsik menekankan kepada galakan untuk kebebasan
belajar berasaskan minat dan keseronokan belajar. Ini membawa kesan
pembelajaran yang lebih berkekalan oleh pelajar tanpa paksaan walaupun belum
diajar oleh guru.
Motivasi Ekstrinsik direkacipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan
dendaan. Punca motivasi wujud daripada persekitaran (Woolfolk, 2006).
Motivasi ekstrinsik merupakan galakan atau tarikan yang berpunca daripada
persekitaran. Maka motivasi ekstrinsik berkait dengan unsur luaran yang tidak
semula jadi dengan pembelajaran. Ganjaran yang nyata seperti pujian, hadiah,
markah, gred, wang, penghargaan diberkan kepada mereka yang berjaya
mencapai prestasi baik atau melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti yang
diamanakkan.
Dalam keadaan tertentu, motivasi ekstrinsik mungkin merupakan bentuk motivasi
yang paling sesuai untuk pencapaian akademik atau tingkahlaku produktif
contohnya dalam mengalih pelajar kea rah kejayaan pembelajaran dan tingkah
laku produktif di dalam bilik darjah.
164
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pendekatan Motivasi
Rajah 5.2c: Pendekatan Motivasi Pembelajaran
5.2.2 Pendekatan Behaviorisme
Motivasi dari perspektif behaviorisme amat berkait rapat dengan prinsip, di mana
tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan
tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, malahan dendaan. Untuk
memotivasikan pelajar, kita mesti mengiktiraf dan memberikan peneguhan
kepada kejayaan mereka serta membantu mereka menimbangkan nilai dan
manfaat peribadi terhadap pembelajaran mereka.
Kajian menunjukkan aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui
peneguhan ekstrinsik. Namun, pelakuan akan merosot jika penenguhan itu
dihentikan. Peneguhan ekstrinsik sebegini akan memberikan kesan jika pelajar
mempunyai tanggapan bahawa peneguhan sebagai mengawal atau
memanipulasi, bukan sebagai merangsang penambahbaikan dan kemajuan
(Ormrod, 2008)
165
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Apabila ingin menggunakan peneguhan ekstrinsik, pendidik harus pastikan
bahawa peneguhan itu sememangnya perlu, iaitu pelajar berkenaan tidak
mempunyai keinginan intrinsik untuk menguasai kemahiran akademik dan
tingkah laku bilik darjah yang amat diperlukan untuk kejayaan pelajar.
Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan
kompetensi pelajar bertambah baik sehingga pelajar akan mula berpandangan
bahawa aktiviti tersebut memang sesuai untuk mereka melibatkan diri demi
kebaikan mereka sendiri. Oleh yang demikian guru harus secara konsisten
memberikan ganjaran kepada sesuatu tingkah laku yang diharapkan dan ini
secara tidak langsung akan membentuk kebiasaan dalam diri pelajar (pelaziman)
untuk bertindak dengan cara yang tertentu.
5.2.3 Pendekatan Humanis
Pendekatan Humanis menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan
kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri. Manusia dilahirkan dengan
kecenderungan semula jadi serta keperluan untuk berusaha mencapai potensi
yang optimum. Manusia didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana
penyempurnaan kendiri, iaitu semua manusia mempunyai keinginan dalaman
untuk mencapai segala yang diinginkan oleh mereka.
166
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Antara pengkaji teori humanis adalah Maslow (1997) yang membuat kajian
mengenai peranan keperluan dalam menentukan motivasi. Menurut Maslow,
keperluan merupakan keadaan deprivasi yang memotivasikan seseorang untuk
bertindak terhadap sesuatu matlamat, sama ada keperluan fisiologi, psikologi,
emosi atau intelek.
Pendekatan humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang seperti
kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan kendiri, pencapaian kendiri dan
autonomi dan memberi penekanan terhadap individu yang mempunyai kawalan
dalaman tentang proses-proses hidup sendiri.
Matlamat pendekatan humanistik untuk merangsang pengalaman pelajar supaya
mereka akan mengurangkan tabiat mempertahankan diri dan bertindak lebih
terbuka terhadap pembelajaran daripada persekitaran. Dengan demikian, pelajar
dapat mengawal diri sendiri dan tidak dipengaruhi oleh lokus kawalan luaran.
Antara strategi yang boleh digunakan oleh pendidik untuk memingkatkan
motivasi secara pendekatan humanis adalah:
a. Membantu pelajar menimba kejayaan, terutama sekali tugasan
yang mencabar.
b. Memberi pelajar mekanisme konkrit supaya mereka dapat melihat
kemajuan masing-masing dari semasa ke semasa.
c. Mengurangkan persaingan dan elakkan wujudnya situasi-situasi
dimana pelajar dinilai secara kurang adil dalam kalangan rakan
sebaya.
d. Menggalakkan pelajar mencari makna dalam pembelajaran secara
aktif.
e. Menggalakkan pelajar menentukanmatlamat sendiri.
Ahli humanis juga menyatakan perlunya hubungan rapat/ keakraban antara guru,
ibu bapa dengan pelajar kerana keadaan ini akan mewujudkan motivasi intrinsik
yang tinggi. Penglibatan dan sokongan autonomi yang tinggi akan meningkatkan
kompetensi, tanggungjawab dan pencapaian pelajar. Secara tidak langsung
167
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
pelajar akan bermotivasi untuk melaksanakan tugasan atau aktiviti yang
diberikan.
Pendekatan Kognitif
Pendekatan Kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara
menusia berfikir tentang mereka dan persekitaran. Arah dimana tingkah laku
diambil boleh diterangkan berdasarkan 4 pengaruh iaitu:
Keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur
dan konsisten.
Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan
berjaya.
Faktor-faktor di mana seseorang percaya akan menghasilkan
kejayaan/kegagalan.
Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.
Dalam teori kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu intrinsik,
bermotivasi, dan meneroka untuk menyelesaikan masalah sebagai suatu bentuk
tingkah laku penyesuaian. Untuk memotivasikan pelajar, kita harus merangsang
naluri ingin tahu dan menyokong kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk
berjaya.
Terdapat 2 jenis teori kognitif yang akan dibincangkan iaitu:
Teori Atribusi Weiner
Teori Ekspektansi x Nilai
5.2.4 Teori Atribusi Weiner
168
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Bernard Weiner
Teori Atribusi Weiner (Weiner, 1980, 1992), merupakan teori kontemporari yang
berpengaruh terhadap implikasi untuk motivasi akademik. Teori ini menegaskan
pelajar akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini.
Penekanan ditumpukan kepada persepsi pekajar yang mempengaruhi cara
mereka mentafsir kejayaan / kegagalan usaha mereka yang turut
mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk mengulangi tingkah laku yang
sama. Menurut Weiner, atribut boleh wujud dalam 3 dimensi:
a. Lokus (lokasi di mana penyebab itu berada)
b. Stabiliti ( penyebab boleh berubah atau tidak)
c. Kawalan (sejauh mana murid-murid kita bertanggungjawab ke atas
kejayaan atau kegagalan mereka untuk mengawal situasi pembelajaran
yang sedang dilalui.
Terdapat empat faktor yang akan mempengaruhi motivasi dalam pendidikan
seperti yang diringkaskan dalam jadual di bawah:
Jadual 5.2d: Ciri-ciri Atribut berhubung dengan dimensi atribut.
169
Atribut Lokus (lokasi
penyebab)
Stabiliti
(penyebab)
Kawalan (situasi
pembelajaran)
Kebolehan Di dalam murid -murid Stabil Luar kawalan
Usaha Di dalam murid -murid Tidak stabil Dalam kawalan
Nasib Di luar murid-murid Tidak stabil Luar kawalan
Aras kesukaran
tugasan
Di luar murid-murid Stabil Luar kawalan
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar antara lain adalah seperti
berikut:
1. Guru perlu membantu pelajar memastikan mereka percaya bahawa
mereka adalah kompeten. Kegagalan hanya berlaku sekali-sekala
adalah disebabkan oleh nasib dan usaha yang tidak mencukupi
dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan.
2. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, usaha dilipat-
gandakan.
3. Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan mereka boleh berjaya.
Elakkan daripada situasi pelajar berulang kali gagal kerana ini akan
menyebabkan mereka berasa tidak kompeten.
4. Bantu pelajar memahami bahawa tingkah laku mereka akan
membawa mereka ke tahap kejayaan /kegagalan.
5. Merangsang konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada
usaha sebagai faktor kejayaan.
5.2.5 Teori Ekspektansi x Nilai
Victor Vroom
Menurut Victor Vroom, kita biasanya dimotivasikan untuk melakukan sesuatu
berasaskan kepada apa yang kita anggapkan sebagai impak ke atas tindakan
kita.
170
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil daripada tindakan yang kita ambil,
seterusnya akan bertindak mengikut cara yang akan membawa kepada kejayaan
serta pemberian ganjaran yang paling besar sekali.
Teori Ekspektansi x nilai berpandangan bahawa motivasi ialah gabungan antara
dua elemen penting, iaitu nilai dan ekspektansi. Dengan perkataan lain
motivasi merupakan fungsi ekspentasi seseorang untuk mencapai matlamat dan
nilai yang diletakkan pada matlamat tersebut. Motivasi adalah hasil harapan dan
nilai, jikalau mana-mana antara faktor ini adalah sifar, maka tidak akan wujud
motivasi untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat. Dengan itu guru perlu
memastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang membolehkan
pelajar memperolehi kejayaan.
Dua konsep yang penting:
a. Nilai tugasan yang dipersepsikan/persoalan
Nilai ini berdasarkan kepercayaan kognitif peribadi setiap individu dan ini
termasuklah matlamat, nilai dan minat mereka
b. Ekspektansi
Merupakan kepercayaan tentang kompetensi peribadi serta kebolehan
individu terhadap tugasan
Menurut teori ini, adalah perlu bagi seseorang guru
merangsang pelajar untuk menghargai nilai pendidikan sebagai satu cara
meningkatkan taraf hidup mereka
memberikan semangat tentang nilai pendidikan dengan membawa model
yang berjaya untuk berkongsi kejayaan
menekankan bahawa model yang berjaya kini ialah pelajar yang tidak
begitu cemerlang pada masa dahulu
pastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang membolehkan
pelajar memperoleh kejayaan
LAYARI INTERNET
171
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
www.wmc.ac.uk/flm/motivation/vroom.html
5.2.6 Pendekatan Sosio-budaya
Pendekatan sosio-budaya adalah gabungan antara pendekatan behaviorisme
dengan kognitivisme. Bandura(1977), telah menyarankan betapa pentingnya
pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious. Peneguhan vikarious dan
peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri individu
terhadap sesuatu tugas untuk membawa motivasi ke tahap yang lebih tinggi.
Efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan tentang kompetensi peribadi kita
dalam sesuatu bidang. Ianya dipengaruhi oleh:
a. pengalaman lampau
b. pengalaman vicarious
c. input lisan daripada pihak luar terhadap kepercayaan kebolehan individu
menyempurnakan tugas
d. gerak hati fisiologikal dan emosi
Persepsi efikasi kendiri membantu dalam menentukan bagaimana individu
menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh. Ini boleh
merangsang pencapaian manusia dan mempengaruhi pilihan seseorang
terhadap tindakan selanjutnya.
Individu berkecendurungan untuk memilih tugas yang mereka fikir mereka rasa
kompeten dan yakin dan mengelakkan tugas yang mereka tidak berkebolehan.
Semakin tinggi efikasi kendiri, semakin berusaha dan tekun seseorang pelajar.
Kepercayaan efikasi kendiri juga mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi
seseorang. Pelajar yang mempunyai kompetensi peribadi yang tinggi akan
menghadapi tugas yang mencabar.,melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif,
merangka matlamat yang lebih mencabar dan mengekalkan komitmen dan
meningkatkan usaha semasa menghadapi kegagalan. Pelajar begini biasanya
dapat pulih dengan cepat selepas sesuatu kegagalan dan mengatribusikan
172
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
kegagalan kepada usaha yang kurang mencukupi/kurang dari segi pengetahuan
dan kemahiran yang dikuasai.
Efikasi tinggi membantu dalam mewujudkan ketenangan apabila menghadapi
tugas dan aktiviti yang sukar. Individu yang mempunyai efikasi rendah akan
percaya bahawa sesuatu perkara lebih sukar daripada yang sebenarnya dan ini
akan mewujudkan kebimbangan, stres, kemurungan.
Dalam pendekatan ini, adalah penting sebagai seorang guru
Meningkatkan efikasi kendiri pelajar dengan membantu mereka merangka
matlamat realistik
Merancang aktiviti yang sesuai dengan kebolehan mereka
173
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rujukan
Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2
nd
ed). Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2001) Belajar cara belajar. Kuala Lumpur:
PPK.
Maslow, A.H.(1970). Motivation and Personality (2
nd
ed). New York: Harper and
Row
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan
alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
Ormrod, J.E. (2008), Educational Psychology: Developing Learners. New Jersey:
Merill Prentice Hall.
Teori Pembelajaran, (n.d). Retrieved on October 21, 2009 from
http//:limuna.ipislam.edu.my.
Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (9
th
ed). New Jersey: Prentice
Hall.
www.wmc.ac.uk/flm/motivation/vroom.html
174
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI
Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku
Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori
Pembelajaran Sosial-kognitif. Dengan merujuk nota kuliah dan carian internet
isikan jadual di bawah.
Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi
Konsep Idea Utama Huraian
Perspektif tentang
Motivasi
Behaviorisme
Humanistik
Kognitif
Sosial-
Kognitif
175
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
UJI MINDA
1. Apakah motivasi ?
2. Nyatakan perbezaan utama antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
3. Apakah motivasi intrinsik?
4. Apakah motivasi ekstrinsik?
5. Apakah cara-cara untuk merangsang motivasi intrinsik?
I. Kegunaan gred
II. Memberikan pujian spesifik
III. Menggunakan permainan dan simulasi
IV. Merangsang keinginan untuk memperoleh pengetahuan
V. Menggalakkan pelajar menentukan matlamat sendiri.
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, IV dan V
D III, IV dan V
6. Ali memperoleh tujuh A dalam peperiksaan akhir tahun dan dia
mengatribusikan kejayaan kepada galakan dan dorongan yang diberikan oleh ibu
bapa dan gurunya. Atribusi terhadap kejayaannya didasarkan kepada
A satu lokus kawalan yang stabil
B satu lokus kawalan luaran
C satu lokus kawalan dalaman
7. Apakah yang ditekankan dalam pendekatan humanistik?
8. Apakah matlamat pendekatan humanistik?
176
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
9. Nyatakan lima strategi meningkatkan motivasi secara pendekatan humanis.
10. Apakah yang ditegaskan dalam Teori Atribusi Weiner?
11. Nyatakan 4 peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar.
12. Apakah 3 aspek yang telah disarankan oleh Bandura melalui Pendekatan
sosiobudaya.
5.3 PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
KONDUSIF
PENGENALAN
Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling
mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda
sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah?
Cuba anda lakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran
pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi
sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah
yang selesa.
FIKIRKAN...
Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah aspek-aspek
lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif?
177
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Rajah 5.3a Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan
sekiranya tiga perkara ini dipatuhi iaitu strategu umum, membentuk dan
mengekalkan prosedur dan peraturan serta meningkatkan kerjasama murid.
Rajah 5.3b: Persekitaran Pembelajaran yang kondutif
178
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.3.1. Strategi umum
a. Strategi Autoritatif
Guru boleh menggunakan strategi autoritatif seperti ibu bapa dengan
memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk
berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan. Di samping itu, memupuk sikap
tolak ansur dalam kalangan mereka. Walaupun prihatin, guru perlu
menetapkan batasan-batasan tertentu, jika difikirkan perlu. Ini bagi
memastikan murid-murid menjadi lebih aktif serta mempunyai kawalan
kendiri.
b. Mengurus Aktiviti Kumpulan Secara Berkesan.
Dalam memastikan pengurusan yang berkesan dalam bilik darjah, cara
pengurusan seelok-eloknya merangkumi tugas-tugas seperti berikut:
Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah agar lebih mudah
mengesan tingkah laku yang kurang sesuai dan tidak melampaui
batas.
Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.
Sebagai contoh, semasa bergerak dari satu meja ke meja yang lain
sambil membimbing murid-murid menyiapkan latihan, guru juga
perlu menyedari apa yang sedang dilakukan oleh murid-murid lain.
Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan untuk
memastikan agar tumpuan murid-murid tidak terjejas semasa
pertukaran guru antara sesi pengajaran.
Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran yang mencabar tetapi
berada dalam tahap kebolehan mereka dan skop sukatan
pelajaran. Tindakan ini penting untuk merangsang murid
menyiapkan tugas yang diberi secara berdikari tanpa pengawasan
yang terlalu rapi.
179
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5.3.2. Membentuk dan Mengekalkan Prosedur dan Peraturan
Apa itu prosedur? Prosedur memerihalkan bagaimana aktiviti-aktiviti
dilaksanakan di bilik darjah. Membentuk dan mengekalkan prosedur perlu ada
untuk menjamin proses P&P yang lancar.
Enam bidang yang dipertimbangkan apabila menjalankan rutin ialah:-
I. rutin pentadbiran misalnya mengambil rekod kedatangan murid
II. pergerakan murid keluar masuk kelas seperti keluar ke tandas atau ke
bilik guru
III. pengurusan bilik darjah- membersihkan bilih darjah
IV. rutin pengajaran dan pembelajaran (P&P)- mengumpul tugasan
V. interaksi antara murid dan guru misalnya cara guru menarik perhatian
murid dalam pengajaran
VI. interaksi antara murid seperti saling memberi bimbingan
Secara ringkas, peraturan menyenarai tindakan murid yang dibenar atau dilarang
dalam bilik darjah. Peraturan biasanya ditampal di tempat yang strategik dalam
bilik darjah. Peraturan bilik darjah yang dibentuk seelok-eloknya konsisten dan
koheren (ada kesinambungan) dengan peraturan sekolah serta mematuhi
prinsip-prinsip pembelajaran. Contoh panduan peraturan adalah seperti:
Bersopan sepanjang masa. Gunakan perkataan terima kasih, minta
maaf.
Hormati harta benda orang lain. Minta kebenaran orang lain sebelum
menggunakan harta benda rakan.
Jangan tolak,pukul atau mencederakan orang lain.
180
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Patuhi Peraturan dalam Bengkel
5.3.3. Meningkatkan Kerjasama murid
Terdapat tiga strategi yang boleh digunakan.
a . Membina hubungan yang positif dengan murid.
Guru hendaklah benar-benar mengambil berat tentang kebajikan murid yang
diajar di samping pencapaian akademik mereka. Seringkali guru asyik
hendak menyempurnakan sukatan pelajaran sehingga mengabaikan
keperluan sosio-emosi murid. Antara strategi yang boleh dijadikan panduan
oleh guru dalam membina hubungan adalah seperti:
Tanyakan murid secara peribadi mengenai perasaan pada hari
berkenaan.
Tuliskan nota ringkas yang mengandungi kata-kata motivasi.
Tingkatkan kekerapan memanggil nama murid-murid semasa sesi
pengajaran.
Maklumkan kepada mereka bahawa anda bersedia memberi sokongan
moral, jika perlu.
Jadikan seorang pendengar aktif dan tumpukan perhatian kepada apa
yang diperkatakan oleh mereka.

b. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
181
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Murid seharusnya diberi peluang untuk bersama-sama membentuk
prosedur dan peraturan bilik darjah.Secara tidak langsung, komitmen
mereka terhadap peranan mereka sebagai murid akan bertambah. Antara
yang boleh dipertimbangan yang boleh dilakukan adalah :
Melibatkan murid dalam perancangan dan pelaksanaan program dan
aktiviti dalam bilik darjah.
Memberi galakan mereka untuk menilai tingkah laku mereka.
Jangan menerima alasan yang diberi.
Beri peluang untuk murid melibatkan diri.
c. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang sesuai.
Berikut adalah garis panduan:
Pilih pengukuhan yang berkesan. Guru perlu kenal pasti
pengukuhan mana yang sesuai bagi setiap murid.
Gunakan galakan dan pembentukan tingkahlaku secara berkesan.
Ganjaran harus diberi bagi penambahbaikan yang diperhatikan
walaupun agak kecil.
Gunakan ganjaran untuk maklumkan penguasaan pembelajaran,
bukan mengawal tingkah laku.
Kesimpulannya, persekitaran kelas haruslah kondusif untuk proses pembelajaran
dan pengajaran yang berkesan dan lancar. Peranan guru adalah mewujudkan
suasana bilik darjah dimana murid dapat mengambil bahagian dengan konsisten
dalam aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan. Selain itu, hanya terdapat
182
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
sebilangan kecil sahaja yang akan bersifat disruptif dan mengganggu perjalanan
licin sesi pembelajaran.
Oleh itu, amat penting untuk kita teruskan dengan usaha agar dapat
merealisasikan hasrat tersebut. Strategi mewujudkan ciri-ciri bilik darjah yang
kondusif termasuklah:
i. Perancangan yang teliti agar murid terus berminat untuk
melaksanakan aktiviti P&P. (Menepati kecerdasan pelbagai murid)
ii. Menyesuaikan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan dan
minat murid.
iii. Bersiap sedia menghadapi kerenah dan tingkah laku murid serta
mengatasi tingkah laku yang menggangu perjalanan P&P sebelum
murid mempengaruhi rakan-rakannya yang lain.
iv. Menyediakan aktiviti yang mendorong penglibatan murid.
v. Susunan kelas yang memudahkan interaksi guru dengan murid.
vi. Bina suasana bilik darjah yang mewujudkan perasaan dihargai dan
kepunyaan serta mampu memotivasikanmurid.
vii. Menetapkan peraturan bagi mengurangkan salah laku murid.
viii. Merancang aktiviti yang menekankan tugasan tingkah laku.
ix. Memantau perlakuan dan aktiviti murid secara berterusan.
x. Menambah baik bimbingan terhadap murid.
xi. Susunan meja guru dan murid memudahkan guru berinteraksi dengan
murid.
xii. Guru mudah dan mesra dalam berinteraksi dengan murid, nilai
penyayang dan prihatin guru dapat menarik minat murid untuk berada
di dalam bilik darjah
xiii. Wujudkan perasaan kemasyarakat dalam kalangan murid.
xiv. Memberikan penghargaan dan ganjaran atas usaha-usaha serta sikap
positif murid.
xv. Memaklumkan aktiviti dan tugasan yang akan diberikan kepada murid
lebih awal supaya murid bersiap sedia.
183
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
xvi. Memberikan pilihan kepada murid untuk menentukan masa yang
diperlukan bagi menyudahkan tugasan dan bagaimana untuk
melaksanakan tugasan mereka.
TAMAT BAB 5
Rujukan
Chong L.K. (2011) Murid dan Alam Belajar (2
nd
ed). Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd
Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan Alam Belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.
The classroom A Community of learners. [Online]. Diperolehi:
http://www.project-approch.com/foundation/class.htm. [2008,Mei10]
Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (9
th
ed). New Jersey: Prentice
Hall.
184
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
LATIHAN
SOALAN ANEKA PILIHAN
1.Tujuan utama main ialah memperkembangkan potensi kanak-kanak dari aspek
jasmani, intelek dan sosio emosi secara seimbang dan menyeluruh. Melalui main
simbolik dan main sosio dramatik, kanak-kanak dapat
(A) membentuk kemahiran fizikal
(B) membentuk kemahiran intelek
(C) membentuk kemahiran berfikir kritis
(D) menguasai persediaan untuk kehidupan harian
2. Dalam satu sesi pengajaran Pendidikan Jasmani Cikgu Asmah telah
menayangkan video yang menunjukkan cara melakukan servis dalam permainan
badminton. Berdasarkan penyataan di atas, kita dapat merumuskan bahawa
Cikgu Asmah telah melaksanakan sesi pengajarannya dengan kaedah tunjuk
cara jenis
(A) Model statik
(B) Model hidup
(C) Model persepsi
(D) Model simbolik
3. Menurut teori pembelajaran behaviouris, jika sesuatu tingkah laku hendak
digalakkan, ianya perlu dijalankan melalui
(A) Pelaziman
(B) Kerja amal
(C) Kesediaan belajar
(D) Pemulihan semerta
4. Bandura menyatakan bahawa pembelajaran boleh berlaku melalui peniruan.
Susunkan langkah-langkah pembelajaran peniruan mengikut urutan yang betul.
185
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
I. Memberi perhatian kepada tingkah laku yang mudah ditiru
II. Mendapat kepuasan, ganjaran atau peneguhan selepas tingkah laku itu
selesai dilakukan
III. Melakukan tingkah laku itu seperti yang dilihat
IV. Menyimpan tingkah laku yang diperhatikan dalam fikiran
(A) I IV III II
(B) II IV III I
(C) III I IV II
(D) IV III II I
5. Teori Humanis yang diperolehi oleh Abraham Maslow memberi penekanan
kepada beberapa prinsip penting berkaitan dengan aspek kemanusiaan.
Apakah aspek-aspek yang wajar dipraktikkan oleh seseorang guru berdasarkan
teori tersebut?
II. Pemberian gred
III. Peningkatan daya cipta murid
IV. Peningkatan minat dan motivasi murid
V. Bertanggungjawab di atas segala tindakan yang dilakukan
VI. Penumpuan pembelajaran yang mengutamakan bimbingan guru
(A) I,II dan III sahaja
(B) I,II dan V sahaja
(C) II,III dan IV sahaja
(D) III,IV dan V sahaja
6. Bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkara-perkara berikut kecuali
(A) perkembangan fizikal
(B) perkembangan intelek
(C) perkembangan sosioemosi
(D) perkembangan sikap bersaingan
186
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
7. Dalam pembelajaran aktif, pengetahuan tidak disampaikan kepada pelajar
secara langsung tetapi pelajar harus membina pengetahuan sendiri. Mana satu
aktiviti yang berikut tidak merupakan pembelajaran aktif?
(A) Main peranan
(B) Bahas
(C) Latih Tubi
(D) Kajian Kes
8. Baca empat situasi pembelajaran dalam jadual di bawah dengan teliti.
Cik Laila memastikan kerja-kerja muridnya diperiksa dan diberi maklumbalas
yang sepatutnya agar mereka dapat membaiki bidang kelemahan masing-
masing.
Jamilah mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam tutorial Power Point
cara menyelitkan tayangan video klip dalam persembahan slaidnya.
Azilah, seorang pelajar pendidikan jarak jauh membuat Ujian Pra dan Ujian
Pasca dalam Unit Pembelajaran sebagai cara memantau kemajuan dirinya
dalam kursus tersebut.
Cikgu Ali menentukan dengan jelas objektif pembelajaran pada awal pengajaran
supaya pelajarnya tahu kriteria pembelajaran yang perlu dicapai.
Model pengajaran yang tepat menjelaskan keadaan di atas ialah
(A) model sosial
(B) model personal
(C) model behavioris
(D) model pemprosesan maklumat
187
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
9. Di antara kemahiran berikut yang manakah diterapkan dalam kurikulum
sekolah bestari?
I. kemahiran kreatif
II. kemahiran berfikir
III. kemahiran peribadi
IV. kemahiran ICT
V. kemahiran bekerjasama
(A) I, II dan III sahaja
(B) I, II dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja
10. Strategi pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari lebih berpusatkan
pelajar.
Apakah tujuan utama perubahan itu?
(A) Ramai murid dalam kelas
(B) Adanya sumber teknologi
(C) Dapat memenuhi kehendak pelajar dan ibu bapa
(D) Pembelajaran akan menjadi berkesan dan bermakna
11. Berikut adalah jadual peranan dan sifat guru dan pelajar dalam pembelajaran
bestari.
Peranan Guru Peranan Pelajar
Pembimbing Belajar secara aktif
Sokongan psikologi Menggunakan budaya berfikir
Menentukan hala tuju Menggunakan kemahiran
penyelesaian masalah
Membina kemahiran sosial X
188
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
Pilih jawapan yang sesuai sekali untuk tanda (X).
(A) menguasai kemahiran ucapan awam
(B) menggunakan ICT dalam tugasan
(C) bekerjasama dengan rakan-rakan sebaya
(D) menghormati guru dan kawan
12. Dalam pendekatan behavioris, pembelajaran berlaku disebabkan aktiviti
pelaziman.
Berdasarkan pernyataan di atas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
paling sesuai berbentuk
(A) latih tubi
(B) bercerita
(C) demonstrasi
(D) uji kaji
13. Pendekatan humanistik dalam pengajaran berfokuskan kepada unsur-unsur
minat dan keperluan asas manusia. Oleh itu, guru yang bersifat humanis
mempunyai ciri-ciri berikut, kecuali
(A) menggalakkan pemerolehan pengetahuan
(B) menggunakan strategi berpusatkan pelajar dan individu
(C) membimbing muridnya untuk berusaha ke arah kecemerlangan dan
kesempurnaan
(D) mengetahui bahawa kandungan pemeblajaran seharusnya dirancang untuk
memenuhi keperluan individu
14. Cikgu Hasnah ingin meningkatkan kemahiran motor halus murid-muridnya.
Aktiviti bermain yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut ialah
(A) main doh
189
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
(B) main masak-masak
(C) main Laga Ayam Jantan
(D) main Polis dengan Pencuri
15. Berikut ialah ciri-ciri yang terdapat dalam main kecuali
(A) berpasukan
(B) memberi keseronokan
(C) bermotivasi secara intrinsik
(D) bebas dipilih oleh peserta yang bermain
16. Seorang guru mendapati sekumpulan murid Tahun 5 masih tidak
menyiapkan tugasan Pendidikan Kesihatan yang diberikan pada minggu lepas.
Beliau berkata, Kamu semua tidak dibenarkan bermain bola sepak semasa
Pendidikan Jasmani sehingga kamu menyiapkan tugasan yang diberi.
Teknik modifikasi tingkah laku yang digunakan oleh guru tersebut ialah
(A) Pengasingan
(B) Peneguhan positif
(C) Peneguhan kendiri
(D) Peneguhan negatif
17. Konsep-konsep penting dalam Teori Humanistik ialah seperti berikut kecuali
(A) kebebasan belajar apa yang diminati
(B) kebajikan & keperluan murid diutamakan
(C) perkembangan potensi individu dengan sepenuhnya
(D) permainan dipentingkan dalam pengajaran pembelajaran
18. Apakah persamaan antara pengajaran dan pembelajaran?
(A) Pembelajaran mengutamakan interaksi guru manakala pengajaran
mengutamakan interaksi murid
(B) Pengajaran merupakan proses untuk memberi kemudahan kepada
pembelajaran
190
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
(C) Pengajaran berlaku secara formal manakala pembelajaran secara formal dan
tidak formal
(D) Pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti untuk mengubah tingkah laku
guru dan murid
19. Pembelajaran Bestari memerlukan seseorang murid mempunyai kemahiran
generik seperti berikut kecuali
(A) kemahiran berfikir
(B) personaliti yang unggul
(C) mempunyai kemahiran belajar
(D) kebolehan menilai dan mentafsir
20. Gagne menyenaraikan sembilan perisitiwa pengajaran yang berlaku dalam
proses pembelajaran. Yang manakah perisitwa yang terakhir dalam senarai ini?
(A) menilai prestasi murid
(B) mendapatkan perhatian murid
(C) merangsangkan pembelajaran sedia ada
(D) memperkukuhkan ingatan dan pemindahan ke konteks lain
21. Konsep Sekolah Bestari merujuk kepada
(A) sekolah yang mempunyai ramai bilangan cerdik pandai.
(B) sebuah sekolah yang lengkap dengan kemudahan komputer.
(C) pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada teknologi maklumat.
(D) pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang berlandaskan
teknologi untuk memenuhi keperluan murid.
Pelajar belajar mengikut aras kebolehan sendiri, belajar mengikut unit demi unit,
berpindah ke kemahiran atau isi kandungan yang lain apabila sudah menguasai
191
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
kemahiran atau kandungan sebelumnya. Pelajar belajar dalam masa yang cukup
dan fleksibel.
22. Merujuk kepada pernyataan di atas, guru sedang melaksanakan
(A) pembelajaran masteri
(B) pengajaran kontekstual
(C) pengajaran berasaskan projek
(D) struktur pembelajaran koperatif
23. Manakah antara di bawah ini bukan tunjang pembelajaran bestari?
(A) pembelajaran akses kendiri
(B) pembelajaran kadar kendiri
(C) pembelajaran terarah kendiri
(D) pembelajaran kesedaran kendiri
.
24. Berdasarkan pernyataan ini, gaya pembelajaran pelajar ini dipengaruhi oleh
faktor
(A) emosi
(B) fisiologi
(C) sosiologi
(D) persekitaran
Menurut Dunn & Dunn, pelajar ini suka belajar dalam keadaan yang diselangi
visual, auditori, ada kinestetik dan pada ketika waktu tertentu seperti pagi, petang
atau malam dan sebagainya
25. Cikgu Seroja mendapati beberapa orang muridya begitu petah bercakap
dalam memberi pendapat tentang tajuk yang dibincangkan.
Mengikut teori Pelbagai Kecerdasan, ini menunjukkan murid-murid tersebut
mempunyai kecerdasan
192
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
(A) Ruang
(B) Linguistik
(C) Kinestetik
(D) Interpersonal
TAMAT
193

You might also like