You are on page 1of 69

BAHASA VISUAL BANDINGAN

JEPUN
PENSYARAH: ENCIK ZAKARIAH BIN ABD GHANI
TARIKH PERSEMBAHAN 22 JANUARI 2008

KETUA: MOHD LUKHMAN BIN HASHIM


PEMBENTANG: NURUL AYUNI BINTI AZIZAN

PENCATIT: NUR SARAH BINTI ABDULLAH

FALSAFAH
Fokus pada peranan dan sumbangan Shintoisme dan agama serta budaya yang lain seperti Confucianisme dan Buddhisme dalam pembentukan Tamadun Jepun tradisional. Menurut falsafah Confocius, lukisanlukisan adalah mengenai dewa-dewa dan makhluk-makhluk dari kepercayaan tradisional.

Arca-arca Buddha yang besar diperbuat daripada batu dan diletakkan di tokongtokong. Menurut konsep Buddhisme, catan-catan berasal dari Jepun berdasarkan perhubungan di antara manusia dengan alam semula jadi.

PENGARUH
Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar. Anime, manga, fesyen perfileman, kesusasteraan, permainan video dan muzik Jepun menerima sambutan hangat di seluruh dunia, terutama di negara-negara Asia yang lain. Pemuda Jepun gemar mencetus trend baru dan kegemaran mengikut gaya mereka mempengaruhi fesyen dan trend seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian geir kepada barang-barang pengguna elektronik yang baru, di mana gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk pengedaran seluruh dunia.

KARTUN
Di Malaysia, kartun dan animasi ini juga turut mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia. Mereka ini terpengaruh dengan imej ala kartun ukiyo-e(seni cetakan kayu jepun). Kartun dan karikatur ialah seni lukis yang terbentuk menerusi kaedah pengurangan, perlebihan dan pengubahsuaian rupa pada sesuatu subjeknya untuk tujuan humor, satira, hiburan dan lain-lain.

PAKAIAN (KIMONO)
Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya wanita amat menggemari corak bunga-bungaan. Corak bunga seperti bunga sakura telah dijadikan salah satu sumber ilham bagi pereka fesyen. Pelbagai jenis dan bentuk pakaian diolah daripada kimono untuk dijadikan fesyen baru. Hal ini turut menjadi salah satu fesyen kegilaan kaum wanita di Malaysia.

Blaus

BAJU TIDUR

BONSAI
Rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina mempercayai adanya tuah dengan memelihara bonsai ini. Mengikut kepercayaan kaum ini, tuah yang dimaksudkan ialah dari segi kekayaan.

SENI LANDSKAP

Contoh taman atas bumbung yang terdapat di Jepun

Landskap secara menegak bertingkat dengan tanaman merambat pada bangunan Menara Plaza IBM Kuala Lumpur. Malangnya usaha-usaha ini terlalu minimum untuk memberi kesan yang besar pada keseluruhan bangunan (Yeang K.1989). (sumber: www.hbp.usm.my/ventilation/penghijauan menegak.htm)

Menara Pejabat Perbandaran Nara, Tokyo, Jepun oleh Ken Yeang menerapkan konsep penghijauan secara menegak (tanaman ditanam secara berlingkar sekeliling bangunan dari bahagian bawah bangunan hingga ke bahagian puncak bangunan) (Yeang K. 1994) (sumber:www.hbp.usm.my/ventilation/peng hijauan menegak.htm)

LATAR BELAKANG DALAM PELBAGAI BUDAYA


Budaya Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon yang kukuh dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Mula-mulanya China dan Korea banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budaya Yayoi sekitar 300SM. Gabungan tradisi budaya Greece dan India, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejak abad ke-6 Masihi, dilengkapkan dengan pengenalan agama Buddha mazhab Mahayana. Sejak abad ke-16, pengaruh Eropah menonjol, disusuli dengan pengaruh Amerika Syarikat yang mendominasi Jepun setelah akhirnya Perang Dunia II.

Jepun turut mengembangkan budaya yang original dan unik, dalam seni (ikebana, origami, ukiyo-e), kraftangan (anak patung, tembikar, persembahan (boneka bunraku, tarian tradisional, kabuki, noh, raku-go), dan tradisi (permainan Jepun, onsen, sento, majlis teh, kebun Jepun), serta makanan Jepun yang unik sekali.

IKEBANA
Ikebana berasal daripada perkataan ikenobo. Ikebana- kado the way of flowers. Merupakan gubahan bunga yang berasaskan ranting atau daun yang panjang serta bilangan bunga yang sedikit. Bekas gubahan bunga ini merupakan elemen penting dalam gubahan.

Gubahan ranting yang berbentuk segitiga mewakili syurga, bumi dan lelaki. Seni gubahan ini diadaptasi daripada upacara atau ritual kematian orang Buddha yang berkaitan dengan semangat orang mati. Selepas abad ke-15, ikebana mencapai status seni dalam bidang keagamaan. Ia terus menjadi kekuatan simbolik dan psikologi dalaman manusia.

ORIGAMI
Di Jepun, Origami dikatakan bermula semenjak Zaman Heian (741-1191) dikalangan kaum sami Shinto sebagai penutup botol sake (arak beras) ketika istiadat penyembahan, wanita dan kanak-kanak. Ketika itu potongan kertas menggunakan pisau adalah diterima. Bentuk terkenal pada zaman Kamakura (1185-1333) ialah noshi. Ini adalah kependekan untuk perkataan noshiawabi, daging tiram nipis yang dijemur, yang dianggap sebagai hidangan istimewa orangorang Jepun.

Noshi dianggap sebagai membawa erti ucapan bertuah kepada penerima dan biasanya lipatan ini tidak menggunakan kertas tanpa dipotong. Bagaimanapun semenjak Zaman Muromachi (1338-1573) penggunaan pisau untuk memotong bentuk kertas telah dihentikan. Origami telah berkembang dan menjadi satu cara memisahkan orang kelas atasan dengan orang bawahan. Samurai mengikut ajaran Ise sementara orang biasa mengikut ajaran Ogasawara. Oleh kerana terdapat pertikaian tentang kewujudan kesenian origami semenjak Zaman Heian oleh beberapa pihak disebabkan ketiadaan bukti, origami hanya boleh dikatakan wujud secara pastinya di Jepun selepas 610.

UKIYO-E
Ukiyo-e lebih dikenali sebagai pictures of the floating world atau gambar yang menggunakan teknik cetakan timbul. Ia merupakan salah satu jenis cetakan kayu jepun. Motif yang selalu digunakan dalam cetakan ini ialah landskap, cerita dongeng dan teater rakyat.

CATAN
Lebih kurang dengan catan Cina. Terpengaruh dengan gaya lukisan dari Barat iaitu menggunakan teknik yang jelas (bold) Lebih mengutamakan ruang. Garisan terkawal tapi bermakna.

Memperincikan alam semulajadi seperti haiwan & tumbuh-tumbuhan. Menggunakan teknik kespontanan berus.

CATAN LANDSKAP
Menumpukan kesan alunan serta pergerakan sapuan berusnya. Kespontanan sapuan berus terbentuk menerusi bantuan media yang bersifat basah serta cair. Kespontanan sapuan berus juga dapat dikaitkan dengan seni kaligrafi.

KALIGRAFI
Terpengaruh dengan Zen Buddhism iaitu prinsip pencerahan. Mempunyai persamaan dengan seni kaligrafi Cina. Dilakukan secara spontan. Salah satu cara yang amat penting untuk menunjukkan perbezaan karyanya berbanding dengan karya dari negara lain.

Shuku dan Iwai Congratulations Yume Dream

Gi Justice

Makoto
Sincerity and good faith

SENI BINA
Prinsip Seni bina Jepun adalah lebih kurang sama dengan seni bina China. Ia mempunyai nilai kecantikan dan tahap kesenian yang amat tinggi. Seni bina Jepun sebenarnya dipengaruhi oleh seni bina purba China. Penggunaan warna merah banyak digunakan dalam seni bina Jepun. Seni bina Jepun berkonsepkan keunikan yang tersendiri iaitu, struktur atap yang menaik ke atas,berbatu dan mempunyai 2 atap yang di bina untuk memudahkan urusan membaiki sekiranya berlaku kerosakan.

Ia juga menggunakan bahan-bahan yang terbaik secara keseluruhan seperti penggunaan kayu untuk dijadikan bangunan. Seni bina Jepun adalah seni bina Pra kemodenan. Kebanyakkan arkitek Jepun mengikut lakaran kuil mengikut unsur-unsur kesenian yang asli. Selain itu ia menggunakan lantai seramik dan kayu. Bangunan Jepun adalah seni yang terbaik dalam teknologi dan konsep yang formal.

Dalam seni bina moden, besi baru dan binaan konkrit di bina dengan kuat berbanding seni tradisional Jepun. Di samping itu, bangunan seni bina Jepun moden juga adalah bangunan pencakar langit.

SENI TAMAN JEPUN (LANDSKAP JEPUN)


Kayu (timber) Banyak di gunakan didalam rekabentuk oriental Jepun dan Cina (Duckboard/decking). Imejnya sesuai untuk digunakan di taman rimba dan pusat peranginan terutamanya di negara tropikal. Kayu keras (hardwood) mempunyai daya ketahanan yang lama (Kempas, Keruing, Balau, Balau Merah- 15 tahun ke atas).

Pasir (sand) - Amat sesuai untuk digunakan di taman permainan kanak-kanak (minimum 300mm). - Merupakan ciri utama perlandskapan Jepun. - Rekabentuk perlu mengambil kira pengecualian binatangbinatang seperti anjing dan kucing atas faktor higenik.

Rumput (grass) - Permukaan lembut yang popular dalam rekabentuk. - Tidak sesuai untuk kegunaan kenderaan berat ataupun kegunaan pejalan kaki yang intensif. - Biasanya digunakan di pelbagai kawasan seperti taman bunga dan taman permainan.

BONSAI
Bonsai ialah sejenis tumbuhan yang ditanam dalam pasu kecil yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dari sudut seni. Berasal dari Chinese penjing. Ia digunakan sebagai pelindung kepada tumbuhan yang lebih kecil darinya.

MAJLIS MINUM TEH


Majlis ini telah menjadi sebahagian daripada majlis penting di negara Jepun. Majlis ini mementingkan kualiti teh serta bekas yang digunakan. Terdapat dua jenis teko yang digunakan dalam acara ini iaitu dobin dan kysu.

Dobin ialah sejenis teko besar yang digunakan untuk merebus herba bagi tujuan rawatan dan untuk membancuh teh yang berkualiti rendah. Kysu pula ialah sejenis teko yang digunakan untuk membancuh teh yang berkualiti tinggi.

MAKANAN (SUSHI)
Sushi ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi.

Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dua Kedua.

PAKAIAN (KIMONO)
Kimono ( secara literal bermaksud "sesuatu yang dipakai") merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian rasmi negara Jepun. Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada setiap jenis pakaian, tetapi kini perkataan tersebut dikaitkan secara khususnya dengan pakaian tradisional penuh yang digunakan kaum perempuan, lelaki dan kanak-kanak.

Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu.

Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya (kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan) dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, di mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki (tabi).

RUJUKAN
en.wikipedia.org/wiki/bonsai en.wikipedia.org/wiki/ikebana ms.wikipedia.org/wiki/kimono ms.wikipedia.org/wiki/sushi ms.wikipedia.org/wiki/origami www.japonic.com/art www.flickr.com/photos www.art.com/japanese art/ calligraphy.htm www.country-dance.com/odori www.yahoo.com/images

Hajjah Nazli Haji Abbas, Haji Ariffin Haji Othman, Encik Idris Salleh, En.W.Yaakob W.Omar, Encik Mohd Nor Zawawi dan Encik Yunus Abdullah, Pendidikan Seni, Penerbit Tinta Seni Seberang Takir, Terengganu 1987. Rujukan daripada senior-senior.

You might also like