Professional Documents
Culture Documents
Peraturan-peraturan Tambahan
Guna pakai untuk perlumbaan yang diadakan di Litar Tetap atau Litar Sementara.
Regulasi dalam Bahasa Malaysia adalah untuk penerangan sahaja, jika terdapat sebarang
keraguan mengenai perkataan atau istilah kejuaraan di dalam buku peraturan Bahasa
Malaysia, maka penggunaan istilah yang terdapat di dalam regulasi Bahasa Inggeris
adalah tepat.
1. NAMA ACARA :
PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship 2009
2. PENGELOLA-PENGELOLA :
Kelab Sukan Motor Pulau Pinang (PMSC)
No.10 York Road,
10450 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 604-226 0355
Fax : 604-226 2059
PENGANJUR ACARA :
Safe Aim Mutual Sdn Bhd
No.7, Jalan SC 2, Pusat Perindustrian Sg Chua,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 603-8733 8787
Fax : 603-8733 1122
3. DIIKTIRAF OLEH :
Persatuan Automobil Malaysia (AAM) – Sukan Bermotor
Lot No.P1102, FA1,
Tropic Shopping Centre, Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-7710 9121
Fax : 603-7710 0121
4. JENIS ACARA :
Lepas beramai-ramai khusus untuk perlumbaan motosikal
5. TARAF :
Kebangsaan
6. BIDANG KUASA
Acara ini dijalankan di bawah peraturan-peraturan perlumbaan kebangsaan daripada
AAM. Peraturan-peraturan tambahan daripada AAM dan semua peraturan-peraturan
semasa yang dikeluarkan oleh pihak penganjur secara bertulis, yang mempunyai sama
kuasanya dengan peraturan-peraturan tersebut di atas, serta tertakluk kepada syarat-
syarat di bawah NCR.
47 • SUPPLEMENTARY REGULATIONS
8. KELAYAKAN PELUMBA-PELUMBA :
Kejohanan ini terbuka cuma kepada penunggang-penunggang rakyat Malaysia yang mesti
mempunyai lesen perlumbaan kelas Kebangsaan A (digredkan), B (digredkan Novis) dan
C (Novis) yang dikeluarkan oleh AAM atau AAM/MAM.
8.1 Kelas Expert : Semua pelumba mestilah mempunyai lesen
perlumbaan Kebangsaan ‘A’, ‘B’ dan ‘C’ yang sah, dikeluarkan oleh
AAM atau AAM/MAM dan mesti tidak melebihi umur 45 tahun.
8.2 Kelas Novis : Semua pelumba mestilah mempunyai lesen
perlumbaan Kebangsaan ‘B’ atau ‘C’ yang sah dikeluarkan oleh AAM atau AAM/
MAM dan tertakluk kepada kategori-kategori atau kelas-kelas berkenaan dan mesti
tidak melebihi umur 45 tahun.
8.3 Kelas Wira epg : Kejuaraan ini terbuka cuma kepada penunggang-
penunggang rakyat Malaysia yang mesti mempunyai lesen perlumbaan
Kebangsaan ‘B’ atau ‘C’ sahaja yang sah dikeluarkan oleh AAM atau AAM/MAM
dan berusia 13 tahun hingga 17 tahun sahaja. Peserta mestilah melepasi umur
13 tahun sebelum atau pada 1hb Januari 2009.
8.4 Kelas Pelumba Persendirian: Kejuaraan ini terbuka cuma kepada penunggang-
penunggang rakyat Malaysia yang mesti mempunyai lesen perlumbaan
Kebangsaan ‘B’ atau ‘C’ sahaja yang sah dikeluarkan oleh AAM atau AAM/MAM
dan berusia 17 tahun hingga 45 tahun sahaja sebelum atau pada 1hb Januari
2009.
8.5 Semua pelumba DIMESTIKAN memakai pelindung belakang Plastik Keras
berskala penuh.
8.6 Semua pelumba mesti membeli perlindungan Insuran tertinggi ditawarkan AAM
atau AAM/MAM.
9.1.3 Roda-roda aloi tetulang dibenarkan dengan berat kasar minimum untuk:
DEPAN 6.0 kg
BELAKANG 6.5 kg
(Berat kasar aloi termasuk brek cakera, tayar, tiub (jika ada), rim dan hab
tidak termasuk gegancu (Sprocket) dan hab gegancu (Sprocket Hub)).
9.1.4 Perkara-perkara berikut SAMA SEKALI TIDAK BOLEH di ubah:
9.1.4.1 Jenis enjin, jumlah silinder, lejang omboh dan injap.
9.1.4.2 Bahan dan pengacuan silinder, kepala silinder, kotak engkol
dan kotak gear.
9.1.4.3 Bahan-bahan untuk bahagian dalaman enjin selain dinyatakan.
9.1.4.4 Bahan-bahan, pengacuan dan bentuk penutup kotak engkol.
9.1.4.5 Bahan-bahan, dimensi dan bentuk aci engkol.
9.1.4.6 Tangki bahan api (tidak termasuk lubang kemasukan dan pili
bahan api).
9.1.4.7 Nisbah gear utama dan jumlah gear. Jumlah maksima gear
yang dibenarkan hanya 4 sahaja.
9.1.4.8 Badan kerangka, lengan buai belakang dan sistem suspensi
belakang.
9.1.4.9 Badan kerangka mestilah asli sepertimana dikeluarkan oleh
pengeluar dan dihomologasi.
9.1.4.10 Fork depan dan braket bawah lengkap.
9.1.4.11 Aci engkol tidak boleh digilap.
9.1.5 Perkara-perkara berikut BOLEH DIUBAH, tetapi mestilah mematuhi
spesifikasi am. (Ini adalah untuk penjelasan sahaja. Alat-alat lain yang
tidak disenaraikan di bawah Per. 9.1.4 dan 9.1.5 boleh diubah atau
diganti. Menukar spesifikasi bermakna modifikasi, menukar ganti atau
menanggalkan alatan).
9.1.5.1 Menukar nisbah mampatan dibenarkan.
9.1.5.2 Melaras karburetor, menambah atau menukar saiz corong
udara.
9.1.5.3 Lubang kemasukan tangki bahan api bagi meningkatkan
tekanan bahan api boleh diubahsuai tetapi tidak boleh diubah
kedudukan tempatnya.
9.1.5.4 Menukar paip bahan api dan pili bahan api.
9.1.5.5 Menukar paip ekzos dan alat perendam, tetapi mesti
mempunyai penyenyap bunyi. Panjangnya mestilah tidak
melebihi tayar belakang.
9.1.5.6 Bahan-bahan untuk cakera klac dan spesifikasi spring-spring,
klac tangan dibenarkan.
9.1.5.7 Nisbah gear adalah bebas.
9.1.5.8 Alat penghidup dan alat-alat berkaitannya boleh ditanggalkan.
9.1.5.9 Mengubahsuai atau menanggalkan kotak penapis udara, abah-
abah wayar dan wayar-wayar kawalan.
9.1.5.10 Menanggalkan meter kelajuan (termasuk kotak gear meter dan
kabel).
49 • SUPPLEMENTARY REGULATIONS
9.2.3 Roda-roda aloi tetulang dibenarkan dengan berat kasar minimum untuk:
DEPAN 6.0 kg
BELAKANG 6.5 kg
(Berat kasar aloi termasuk brek cakera, tayar, tiub (jika ada), rim dan hab
tidak termasuk gegancu (Sprocket) dan hab gegancu (Sprocket Hub)).
9.2.4 Perkara-perkara berikut SAMA SEKALI TIDAK BOLEH di ubah:
9.2.4.1 Jenis enjin, jumlah silinder, lejang omboh dan injap
9.2.4.2 Bahan dan pengacuan silinder, kepala silinder, kotak engkol
dan kotak gear.
9.2.4.3 Bahan-bahan untuk bahagian dalaman enjin selain dinyatakan.
9.2.4.4 Bahan-bahan, pengacuan dan bentuk penutup kotak engkol.
9.2.4.5 Bahan-bahan, dimensi, bentuk aci engkol dan rod
penghubung.
9.2.4.6 Tangki bahan api (tidak termasuk lubang kemasukan dan pili
bahan api).
9.2.4.7 Nisbah gear utama dan jumlah gear. Jumlah maksima gear
yang dibenarkan hanya 4 sahaja.
9.2.4.8 Badan kerangka, lengan buai belakang dan sistem suspensi
belakang.
9.2.4.9 Badan kerangka mestilah asli sepertimana dikeluarkan oleh
pengeluar dan dihomologasi.
9.2.4.10 Fork depan dan braket bawah lengkap.
9.2.4.11 Aci engkol tidak boleh digilap.
9.2.5 Perkara-perkara berikut BOLEH DIUBAH, tetapi mestilah mematuhi
spesifikasi am. (Ini adalah untuk penjelasan sahaja. Alat-alat lain yang
tidak disenaraikan di bawah Per. 9.2.4 dan 9.2.5 boleh diubah atau
diganti. Menukar spesifikasi bermakna modifikasi, menukar ganti atau
menanggalkan alatan).
9.2.5.1 Menukar nisbah mampatan dibenarkan.
9.2.5.2 Melaras karburetor, menambah atau menukar saiz corong
udara.
9.2.5.3 Lubang kemasukan tangki bahan api bagi meningkatkan
tekanan bahan api boleh diubahsuai tetapi tidak boleh diubah
kedudukan tempatnya.
9.2.5.4 Menukar paip bahan api dan pili bahan api.
9.2.5.5 Menukar paip ekzos dan alat perendam, tetapi mesti
mempunyai penyenyap bunyi. Panjangnya mestilah tidak
melebihi tayar belakang.
9.2.5.6 Bahan-bahan untuk cakera klac dan spesifikasi spring-spring,
klac tangan dibenarkan.
9.2.5.7 Nisbah gear adalah bebas.
55 • SUPPLEMENTARY REGULATIONS
9.2.6 BERAT
Berat minimum motosikal separuh kering tanpa bahan api bersama
pelumba dengan kelengkapan perlumbaan adalah 135kg
If the combined weight is less than 135kgs, when the maximum motor
cycle weight is already 95kgs or more, there will not be any additional
weight penalty. Semua alat tambah berat yang dipasang pada motosikal
hendaklah dipasang dengan selamat. Rantai atau sproket tidak dibenarkan
digunakan sebagai alat berat tambahan melainkan ianya telah dimemateri
dengan selamat pada motosikal.
* Berat separuh kering ialah: Motosikal bersedia untuk berlumba tanpa
bahan api. Jika mengguna pelincir istimewa, ia dianggap sebagai
bahan api.
9.2.7 BAHAN API
Bahan api digunakan mestilah PETRONAS Primax Tanpa Plumbum dan
akan dibekalkan oleh penganjur di litar perlumbaan. Bahan penambah dan
sebagainya tidak dibenarkan.
9.2.8 Perkara-perkara berikut MESTI DIUBAH sekiranya motosikal yang
dihomologasi itu tidak mematuhi syarat:
9.2.8.1 Motosikal mestilah dilengkapi dengan suis pemati enjin yang
berfungsi (boleh dicapai dengan tangan semasa memegang
pemegang hendal). Suis pemati enjin MESTI bewarna merah –
‘Jenis dua terminal’ disarankan diletakkan dibahagian kiri
pemegang hendal.
9.2.8.2 Menanggalkan alat-alat keselamatan, iaitu tongkat-tongkat
cermin pandang belakang, tempat pijak tambah dan lampu-
lampu isyarat belokan.
9.2.8.3 Semua palam saliran mestilah diikat dengan dawai. Semua
bahagian paip tekanan minyak luar mestilah didawaikan
dengan selamat.
9.2.8.4 Saiz maksimum karburetor ialah 24mm. Ukuran 24mm
diukur selepas injap rerama pada liang masukan campuran
udara. Liang masukan campuran udara MESTI berbentuk
bulat (bentuk bujur TIDAK dibenarkan)
9.2.8.5 Semua hos pernafasan mestilah mempunyai tangki tadahan
terletak ditempat mudah dicapai dan mestilah dikosongkan
sebelum setiap perlumbaan dimulakan. Tangki tadahan
hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 250cc.
9.2.8.6 Tayar adalah bebas. Motosikal perlumbaan
perlu mempunyai sekurang-kurangnya 60% (dari baru) atau
2.5mm ketebalan bunga sebelum memulakan perlumbaan.
Ketebalan diukur pada kawasan yang paling terhakis pada
tayar tersebut.
59 • SUPPLEMENTARY REGULATIONS
9.3.3 Roda-roda aloi tetulang dibenarkan dengan berat kasar minimum untuk:
DEPAN 6.0 kg
BELAKANG 6.5 kg
(Berat kasar aloi termasuk brek cakera, tayar, tiub (jika ada), rim dan hab
tidak termasuk gegancu (Sprocket) dan hab gegancu (Sprocket Hub)).
9.3.4 Perkara-perkara berikut SAMA SEKALI TIDAK BOLEH di ubah:
9.3.4.1 Jenis enjin, jumlah silinder, lejang omboh dan injap
9.3.4.2 Bahan dan pengacuan silinder, kepala silinder, kotak engkol
dan kotak gear.
9.3.4.3 Bahan-bahan untuk bahagian dalaman enjin selain dinyatakan.
9.3.4.4 Bahan-bahan, pengacuan dan bentuk penutup kotak engkol.
9.3.4.5 Bahan-bahan, dimensi, bentuk aci engkol dan rod
penghubung.
9.3.4.6 Tangki bahan api (tidak termasuk lubang kemasukan dan pili
bahan api).
9.3.4.7 Nisbah gear utama dan jumlah gear. Jumlah maksima gear
yang dibenarkan hanya 4 sahaja.
9.3.4.8 Badan kerangka, lengan buai belakang dan sistem suspensi
belakang.
9.3.4.9 Badan kerangka mestilah asli sepertimana dikeluarkan oleh
pengeluar dan dihomologasi.
9.3.4.10 Fork depan dan braket bawah lengkap.
9.3.4.11 Penukaran sistem brek belakang (cth. Dari jenis drum ke jenis
cakera)
9.3.4.12 Magneto mesti kekal asli.
9.3.4.13 Saiz injap MESTI kekal asli seperti dihomologasi.
Walaubagaimanapun, saiz maksimum dibenarkan adalah
25mm.
9.3.5 Perkara-perkara berikut BOLEH DIUBAH, tetapi mestilah mematuhi
spesifikasi am. (Ini adalah untuk penjelasan sahaja. Alat-alat lain yang
tidak disenaraikan di bawah Per. 9.3.4 dan 9.3.5 boleh diubah atau
diganti. Menukar spesifikasi bermakna modifikasi, menukar ganti atau
menanggalkan alatan).
9.3.5.1 Menukar nisbah mampatan dibenarkan.
9.3.5.2 Melaras karburetor, menambah atau menukar saiz corong
udara.
9.3.5.3 Lubang kemasukan tangki bahan api bagi meningkatkan
tekanan bahan api boleh diubahsuai tetapi tidak boleh diubah
kedudukan tempatnya.
9.3.5.4 Menukar paip bahan api dan pili bahan api.
9.3.5.5 Menukar paip ekzos dan alat perendam, tetapi mesti
mempunyai penyenyap bunyi. Panjangnya mestilah tidak
melebihi tayar belakang.
9.3.5.6 Bahan-bahan untuk cakera klac dan spesifikasi spring-spring,
klac tangan dibenarkan.
9.3.5.7 Nisbah gear adalah bebas.
61 • SUPPLEMENTARY REGULATIONS
9.3.6 BERAT
Berat minimum motosikal separuh kering tanpa bahan api bersama
pelumba dengan kelengkapan perlumbaan adalah 135kg
9.4.3 Roda-roda aloi tetulang dibenarkan dengan berat kasar minimum untuk:
DEPAN 6.0 kg
BELAKANG 6.5 kg
(Berat kasar aloi termasuk brek cakera, tayar, tiub (jika ada), rim dan hab
tidak termasuk gegancu (Sprocket) dan hab gegancu (Sprocket Hub)).
9.4.4 Perkara-perkara berikut SAMA SEKALI TIDAK BOLEH di ubah:
9.4.4.1 Jenis enjin, jumlah silinder, lejang omboh dan injap.
9.4.4.2 Bahan dan pengacuan silinder, kepala silinder, kotak engkol
dan kotak gear.
9.4.4.3 Bahan-bahan untuk bahagian dalaman enjin selain dinyatakan.
9.4.4.4 Bahan-bahan, pengacuan dan bentuk penutup kotak engkol.
9.4.4.5 Bahan-bahan, dimensi, bentuk aci engkol dan rod
penghubung.
9.4.4.6 Tangki bahan api (tidak termasuk lubang kemasukan dan pili
bahan api).
9.4.4.7 Nisbah gear utama dan jumlah gear. Jumlah maksima gear
yang dibenarkan hanya 4 sahaja.
9.4.4.8 Badan kerangka, lengan buai belakang dan sistem suspensi
belakang.
9.4.4.9 Badan kerangka mestilah asli sepertimana dikeluarkan oleh
pengeluar dan dihomologasi.
9.4.4.10 Fork depan dan braket bawah lengkap.
9.4.4.11 Penukaran sistem brek belakang (cth. Dari jenis drum ke jenis
cakera)
9.4.4.12 Magneto mesti kekal asli.
9.4.4.13 Saiz injap MESTI kekal asli seperti dihomologasi.
Walaubagaimanapun, saiz maksimum dibenarkan adalah
25mm.
9.4.5 Perkara-perkara berikut BOLEH DIUBAH, tetapi mestilah mematuhi
spesifikasi am. (Ini adalah untuk penjelasan sahaja. Alat-alat lain yang
tidak disenaraikan di bawah Per. 9.3.4 dan 9.3.5 boleh diubah atau
SUPPLEMENTARY REGULATIONS • 66
9.4.6 BERAT
Berat minimum motosikal separuh kering tanpa bahan api bersama
pelumba dengan kelengkapan perlumbaan adalah 135kg
10. PENYERTAAN
Semua penyertaan yang diterima akan dipertimbangkan oleh penganjur dan promoter
selepas mengambil kira kesesuaian kenderaan dan pelumba-pelumba. Pihak penganjur
boleh menolak penyertaan atau kenderaan atau pelumba tanpa memberi sebarang sebab
dan keputusan mereka adalah muktamad. Yuran penyertaan akan dikembalikan
sepenuhnya kepada penyertaan yang ditolak.
10.1 Kelas: Expert
Penyertaan dibuka sekarang dan akan ditutup pade hari Rabu, 4 hari sebelum
hari perlumbaan. Bagaimanapun, apabila bilangan maksimum 50 penyertaan
diterima, penyertaan akan ditutup. Penyertaan lewat sehingga waktu Pendaftaran
(Sabtu) boleh diterima (sila rujuk Per. 11 Yuran Penyertaan). Sebaik penyertaan
diterima, tiada perubahan akan dibenarkan kecuali dibuat secara bertulis kepada
‘Clerk of the Course’ satu jam sebelum bermula Pendaftaran dengan yuran
tambahan sebanyak RM50.00. Pihak penganjur berhak menolak sesuatu
penyertaan. Jika penyertaan itu ditolak, yuran penyertaan akan dikembalikan
sepenuhnya
10.2 Kelas: Novis
Penyertaan dibuka sekarang dan akan ditutup pada hari Rabu, 4 hari sebelum
hari perlumbaan. Bagaimanapun, apabila bilangan maksimum 70 penyertaan
diterima, penyertaan akan ditutup.
10.3 Kelas: Wira epg
Penyertaan dibuka sekarang dan akan ditutup pada hari Rabu, 4 hari sebelum
hari perlumbaan. Bagaimanapun, apabila bilangan maksimum 48 penyertaan
diterima, penyertaan akan ditutup.
10.4 Kelas Persendirian
Penyertaan dibuka sekarang dan akan ditutup pada hari Rabu, 4 hari sebelum
hari perlumbaan. Bagaimanapun, apabila bilangan maksimum 24 penyertaan
diterima, penyertaan akan ditutup. Tiada sebarang logo penaja dibenarkan di
motosikal dan juga sut perlumbaan. Pakaian mestilah kosong tanpa sebarang logo
penaja dan seumpamanya pada baju atau uniform yang dipakai. Hanya pelekat
yang dibekalkan penganjur wajib dilekatkan pada motosikal seperti Lampiran 22.
10.5 Klasifikasi Anugerah Pasukan Terbaik:
Kelas Expert 130 / Kelas Novis 115
Anugerah Pasukan Terbaik dibuka kepada semua pasukan dalam kelas Expert dan
Novis sahaja dan mesti memegang lesen penyertaan pasukan AAM. Sesebuah
pasukan dibenarkan mendaftar 2 pelumba sahaja pada setiap masa bagi kelas
Expert dan Novis dan boleh mendaftar lebih dari satu pasukan. Kombinasi
pelumba dalam kelas Expert mestilah pemenang lesen perlumbaan Kebangsaan‘A’
,’ B’ dan ‘C’ sahaja. Manakala bagi kelas Novis, pelumba mestilah pemegang
lesen perlumbaan Kebangsaan ‘B’ atau ‘C’ sahaja. Untuk pelumba, mata
kejuaraan yang dikumpul kedua-dua pelumba dalam pasukan akan diambil kira
untuk perhitungan keputusan Anugerah Pasukan Terbaik. Sekiranya pasukan ingin
menukar pelumba di pertengahan musim, pasukan dibenarkan berbuat demikian
merujuk kepada syarat-syarat berikut:
1. Pelumba tidak dapat berlumba atas sebab-sebab perubatan – RM50.00.
2. Menukar pelumba – RM200.00
71 • SUPPLEMENTARY REGULATIONS
Sekiranya pelumba menukar pasukan, dia tidak lagi layak mnyertai Anugerah
Pasukan Terbaik dan mata kejuaraan yang dipungut sebelum penukaran
pasukan akan kekal dengan pasukan pertama/lama. Sebarang mata kejuaraan
yang dikumpul dengan pasukan baru tidak akan diambil kira untuk pasukan
baru. Semua pencalonan pelumba mesti dibuat sebelum 6.00 pm pada hari
pendaftaran pelumba sebelum bermulanya Pusingan 1 musim 2009.
Pertukaran tidak boleh dibuat selepas pencalonan pelumba disempurnakan
dan akan kekal untuk sepanjang musim kecuali terdapat perubahan rasmi.
10.6 Penganjur mempunyai hak pada bila-bila masa untuk tidak membenarkan
seseorang pelumba, pemilik pasukan, mekanik atau ahli berkaitan, jika didapati
melanggar tatacara Kejuaraan dan/atau berkelakuan tidak baik semasa Kejuaraan,
walaupun teleh diterima penyertaannya, dari menyertai Kejuaraan.
10.7 Semua pasukan berdaftar hanya dibenarkan untuk menyertai kelas Wira epg dan/
atau Novis sahaja ataupun kelas Novis dan/atau Expert sahaja.
10.8 Pelumba yang menyertai kelas Pelumba Persendirian MESTI tidak mempunyai
lesen pasukan.
10.9 Logo yang tidak berkenaan tidak dibenarkan diletakkan pada sut perlumbaan,
melainkan Yuran Decal telah dibayar. (Hanya melibatkan pelumba yang beraksi
bagi kelas Expert, Novis dan Wira epg sahaja kecuali “Kelas Pelumba
Persendirian”)
Pihak penganjur berhak menolak sesuatu penyertaan. Jika penyertaan itu ditolak, yuran
penyertaan akan dikembalikan sepenuhnya.
13. HADIAH-HADIAH.
Pemenang Pusingan – AKHIR:
13.1 Kelas Expert, (setiap satu)
Pertama RM1500.00 + Piala
Ke – 2 RM1000.00 + Piala
Ke – 3 RM700.00 + Piala
Ke – 4 RM400.00
Ke – 5 RM350.00
Ke – 6 RM300.00
Ke – 7 RM250.00
Ke – 8 RM200.00
NOTA: Hadiah-hadiah wang tunai kepada pemenang bagi Kelas Expert, Kelas Novis,
Kelas Wira epg dan Kelas Persendirian masing-masing akan diberikan seperti
diatas dalam perlumbaan akhir. Pihak penganjur berhak menyemak semula
hadiah-hadiah sekiranya terdapat kurang daripada dua belas (12) peserta
mengambil bahagian dalam mana-mana perlumbaan akhir. Walaubagaimanapun,
piala-piala hanya akan diberi sehingga ke kedudukan ke-3 dalam semua kelas
bagi setiap acara akhir.
73 • SUPPLEMENTARY REGULATIONS
Semua Kelas:
(Khusus untuk pelumba persendirian yang berjaya mengumpul mata kejuaraan
tertinggi keseluruhan. Pelumba tersebut mestilah tidak pernah mewakili mana-
mana pasukan pada musim tersebut.)
Expert RM1000.00
Novis RM700.00
Wira epg RM500.00
KEDUDUKAN MATA
1 25
2 20
3 16
4 13
5 11
6 10
7 9
8 8
9 7
10 6
11 5
12 4
13 3
14 2
15 1
Jumaat
0800 - 0930 Pendaftaran Semua Pelumba
0945 Taklimat Pelumba Semua Pelumba
1015 - 1030 Expert A Latihan Bebas (15 min)
1040 - 1055 Expert B Latihan Bebas (15 min)
1105 - 1120 WIRA epg Latihan Bebas (15 min)
1130 - 1145 Novis A Latihan Bebas (15 min)
1155 - 1210 Novis B Latihan Bebas (15 min)
1220 - 1230 Perlumbaan Satu Pengeluar 1 Latihan Bebas (10 min)
1240 - 1250 Perlumbaan Satu Pengeluar 2 Latihan Bebas (10 min)
1250 - 1415 REHAT dan SOLAT 1 jam 25 min
1420 - 1430 Kelas Persendirian Latihan Bebas (10 min)
1440 - 1455 WIRA epg Ujian Masa (15 min)
1505 - 1520 Novis A Ujian Masa (15 min)
1530 - 1545 Novis B Ujian Masa (15 min)
1555 - 1610 Expert A Ujian Masa (15 min)
1620 - 1635 Expert B Ujian Masa (15 min)
1645 - 1655 One Make Race 1 Ujian Masa (10 min)
1705 - 1715 One Make Race 2 Ujian Masa (10 min)
1725 - 1735 Privateer Ujian Masa (10 min)
SUPPLEMENTARY REGULATIONS • 76
Sabtu
0915 Kelas Persendirian Sarinagn- 8 Pusingan
0940 WIRA epg Sarinagn- 8 Pusingan
1005 Perlumbaan Satu Pengeluar 1 Sarinagn- 8 Pusingan
1030 Perlumbaan Satu Pengeluar 2 Sarinagn- 8 Pusingan
1055 Novis A Sarinagn- 10 Pusingan
1120 Novis B Sarinagn- 10 Pusingan
1145 Expert A Sarinagn- 10 Pusingan
1210 Expert B Sarinagn- 10 Pusingan
1235 Kelas Persendirian AKHIR- 10 Pusingan
1305 WIRA epg AKHIR- 10 Pusingan
1335 - 1415 REHAT (PIT WALK) 40 min
1420 Perlumbaan Satu Pengeluar 1 AKHIR- 10 Pusingan
1450 Perlumbaan Satu Pengeluar 2 AKHIR- 10 Pusingan
1520 Novis AKHIR- 12 Pusingan
1600 Expert AKHIR- 15 Pusingan
* Jarak perlumbaan dan aturcara akan disahkan semasa taklimat pelumba pada setiap
pusingan Kejuaraan dan boleh dibuat pindaan pada bila-bila masa.
Saturday
0800 - 0930 Pendaftaran Semua Pelumba
0945 Taklimat Pelumba Semua Pelumba
1015 - 1030 Expert A Latihan Bebas (15 min)
1040 - 1055 Expert B Latihan Bebas (15 min)
1105 - 1120 WIRA epg Latihan Bebas (15 min)
1130 - 1145 Novis A Latihan Bebas (15 min)
1155 - 1210 Novis B Latihan Bebas (15 min)
1220 - 1230 Perlumbaan Satu Pengeluar 1 Latihan Bebas (10 min)
1240 - 1250 Perlumbaan Satu Pengeluar 2 Latihan Bebas (10 min)
1300 - 1340 REHAT dan SOLAT 40 min
1345 - 1355 Kelas Persendirian Latihan Bebas (10 min)
1405 - 1420 WIRA epg Ujian Masa (15 min)
1430 - 1445 Novis A Ujian Masa (15 min)
1455 - 1510 Novis B Ujian Masa (15 min)
1520 - 1535 Expert A Ujian Masa (15 min)
1545 - 1600 Expert B Ujian Masa (15 min)
1610 - 1620 Perlumbaan Satu Pengeluar 1 Ujian Masa (10 min)
1630 - 1640 Perlumbaan Satu Pengeluar 2 Ujian Masa (10 min)
1650 - 1700 Kelas Persendirian Ujian Masa (10 min)
77 • SUPPLEMENTARY REGULATIONS
Ahad
0915 Kelas Persendirian Sarinagn- 8 Pusingan
0940 WIRA epg Sarinagn- 8 Pusingan
1005 Perlumbaan Satu Pengeluar 1 Sarinagn- 8 Pusingan
1030 Perlumbaan Satu Pengeluar 2 Sarinagn- 8 Pusingan
1055 Novis A Sarinagn- 10 Pusingan
1120 Novis B Sarinagn- 10 Pusingan
1145 Expert A Sarinagn- 10 Pusingan
1210 Expert B Sarinagn- 10 Pusingan
1235 Kelas Persendirian AKHIR- 10 Pusingan
1305 WIRA epg AKHIR- 10 Pusingan
1335 - 1415 REHAT (PIT WALK) 40 min
1420 Perlumbaan Satu Pengeluar 1 AKHIR- 10 Pusingan
1450 Perlumbaan Satu Pengeluar 2 AKHIR- 10 Pusingan
1520 Novis AKHIR- 12 Pusingan
1600 Expert AKHIR- 15 Pusingan
* Jarak perlumbaan dan aturcara akan disahkan semasa taklimat pelumba pada setiap
pusingan Kejuaraan dan boleh dibuat pindaan pada bila-bila masa.
18. KEPUTUSAN-KEPUTUSAN
Keputusan-keputusan akan dipamerkan di papan kenyataan Paddock dan di Race Control
pada akhir setiap perlumbaan. Pengumuman keputusan-keputusan akan dibuat melalui
sistem hebahan awam. Keputusan-keputusan yang telah dicetak akan kekal rasmi,
setengah jam setelah dipamerkan sekiranya tidak ada sebarang bantahan rasmi terhadap
keputusan-keputusan tersebut, tertakluk kepada mesyuarat akhir Juri/Steward.
* Sekiranya hari berikutnya merupakan hari cuti, maka tempoh tamat pembayaran
rayuan jatuh pada sehari selepas hari cuti tersebut.
Nota : Semua bayaran di atas mestilah tunai dalam Ringgit Malaysia semasa
mengemukakan surat bantahan.
21.4 Diakhir setiap latihan kelayakan dan perlumbaan akhir setiap kelas, motosikal
yang terpilih akan ditempatkan dikawasan pemeriksaan dalam tempoh masa 40
minit bergantung kepada sebarang bantahan
21.5 Dalam satu masa maksima hanya dua orang mekanik akan dibenarkan berada di
kawasan kawalan teknikal untuk membantu ‘technical scrutineer’ semasa
motosikal diperiksa.
21.6 Penalti melanggar peraturan yang terkandung dalam Per.9 Kelayakan Motosikal
Regulasi dan Kategori-Kategori adalah seperti berikut:
Kesalahan kali pertama : Denda RM1,000 + dibatalkan dari penyertaan
pusingan tersebut.
Kesalahan kali kedua : Denda RM5,000 + dibatalkan + dihalang dari
menyertai 1 pusingan selepas itu.
Kesalahan kali ketiga : Denda RM10,000 + dibatalkan dan kesemua mata
Kejuaraan yang dikumpul akan ditolak.
Kesemua Denda mesti dibayar kepada AAM dalam tempoh 7 hari bekerja
atau peserta akan dibatalkan dari Kejuaraan untuk tahun tersebut.
Nombor dari 11 – 100 untuk Kelas Expert, 2 – 100 Kelas Novis, 11 – 100 untuk Wira
epg dan 11 – 100 untuk Kelas Persendirian akan ditentukan untuk semua penyertaan
berdasarkan pendaftaran yang lebih awal kecuali nombor 1-10 untuk Kelas Expert dan
juga Wira epg. Apabila nombor telah ditetapkan, TIADA perubahan boleh dibuat walau
dengan apa sebab sekalipun.
SUPPLEMENTARY REGULATIONS • 80
Rajah Posisi Pelekat – Yuran Dekal Dibayar (Hadapan, Sisi Kiri dan Sisi Kanan)
24. INSURAN
Insuran Liabiliti Awam akan disediakan oleh AAM.
SUPPLEMENTARY REGULATIONS • 82
Semasa bendera merah ditunjukkan, pelumba yang telah berhenti berlumba tidak akan
diklasifikalikan. Selepas 2 minit bendera merah ditunjukkan, pelumba yang tidak berada
di garisan mula/tamat dengan menunggang motosikal tidak akan diklasifikasikan.
28. ACARA
Lihat Peraturan-Peraturan Tambahan (ASR) yang dikeluarkan untuk acara itu.
Bendera Biru
Ditunjuk dengan mengibar, isyarat memintas, bendera biru memberitahu pelumba
itu bahawa dia akan dipintas oleh satu atau lebih pelumba yang lebih pantas.
Semasa sesi latihan, pelumba mestilah mengekalkan laluannya dan bergerak perlahan
bagi memberi laluan pelumba yang lebih pantas memintas. Semasa perlumbaan,
pelumba telahpun ketinggalan. Pelumba mesti memberi laluan kepada pelumba-pelumba
berikutnya untuk memintas dengan segera. Sekiranya pelumba melanggar peraturan ini,
penalti berikut boleh dikenakan:
Denda, pembatalan atau pengguran mata kejuaraan.
SUPPLEMENTARY REGULATIONS • 84
Bendera Kuning
Ditunjuk dengan mengibar pada setiap barisan di grid permulaan memaklumkan
bahawa perlumbaan ditangguhkan. Ditunjuk dengan mengibar di pos marshal bendera.
Bendera ini memaklumkan ada bahaya dihadapan. Pelumba mesti memandu perlahan
dan bersedia untuk berhenti. Memotong adalah dilarang sehinggalah ke tempat di mana
bendera hijau ditunjukkan.
Sekiranya pelumba melanggar peraturan ini semasa sesi latihan, masa yang direkod pada
pusingan tersebut akan dibatalkan.
Semasa pusingan pemeriksaan litar terakhir, bendera mesti dikibarkan pada setiap pos
marshal bendera yang ditempatkan semasa latihan, ‘warm-up’ dan perlumbaan.
pos marshal bendera yang ditempatkan semasa latihan, ‘warm-up’ dan perlumbaan.
Bendera Hitam
Bendera ini direka untuk menyampaikan arahan kepada seorang pelumba sahaja dan ia
dipamerkan secara statik di garisan mula/tamat bersama dengan nombor pelumba itu.
Pelumba itu mestilah berhenti di paddock pada akhir lap semasa dan tidak boleh bermula
semula. Sekiranya pelumba melanggar peraturan ini, penalti berikut boleh dikenakan:
Denda, pembatalan, pengguguran mata kejuaraan atau penggantungan.
Sebaik sahaja lap permulaan berlansung, semua kru akan kembali ke pit atau paddock.
Pihak penganjur berhak tidak membenarkan masuk kesebarang kawasan di bawah bidang
kuasanya tanpa memberi sebarang sebab. Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan
menyebabkan pelumba itu dikeluarkan daripada perlumbaan.
Bagi tujuan keselamatan, kesemua pelumba mestilah menunggang dengan meletakkan
kedua-dua belah tangan di bar hendal pada setiap masa, kegagalan berbuat demikian
akan menyebabkan pelumba dikenakan tindakan.
Merokok di dalam kawasan pit dan paddock atau sekitarnya adalah dilarang sama sekali.
Meminum apa-apa minuman beralkohol atau memabukkan dengan cara lain (misalnya
dadah) adalah ditegah samasekali dan mana-mana pelumba atau kru didapati melakukan
kesalahan tersebut akan didenda.
Tidak dibenarkan untuk menguji motosikal dalam lingkungan 10km radius daripada
SUPPLEMENTARY REGULATIONS • 86
tempat perlumbaan
33. PIT
Semua pembaikan dan pelarasan kepada mesin semasa perlumbaan mestilah dilakukan
di kawasan khas yang ditetapkan di paddock dan tidak boleh melebihi jam 10:00 malam.
Menjadi tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan kru pitnya mengetahui semua
peraturan pit. Pelumba-pelumba akan memasuki paddock daripada pintu-pintu masuk
yang ditetapkan dengan kelajuan rendah. Mana-mana pelumba ditangkap menunggang
secara tidak bertanggungjawab di dalam pit dan paddock akan disingkirkan daripada
perlumbaan. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan berada di pit/
paddock.
Tanggungjawab setiap tetamu jemputan bagi pasukan yang berkontrak yang diberikan pas
kebenaran sepusingan mesti ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang ahli pasukan. Pas
kebenaran sepusingan mesti dipamerkan di pit/paddock/litar pada setiap masa oleh
seorang tetamu sahaja.
34.1 Berikut adalah senarai pas kebenaran yang disediakan berdasarkan jumlah 1
pelumba untuk pasukan yang berkontrak dengan perlumbaan, cth. Pasukan
berkontrak yang mempunyai khemah pasukan tajaan.
Pit/Paddock/Grid Permulaan
Tetamu Pasukan = 6 pas setiap khemah pasukan setiap pusingan (Pas
Sepusingan) Akses: Kawasan Tetamu sahaja
Pas Parkir = Maksimum 8 Pas Parkir tahunan setiap pasukan + 2 pas
parkir sepusingan setiap pusingan
Pas Tambahan = Pasukan berkontrak dibolehkan untuk membeli pas
Hospitaliti tambahan, maksimum 8 unit setiap pusingan
pada harga RM150 setiap pas. Notis seminggu awal
diperlukan bagi membuat tempahan pas tersebut.
34. 3 Berikut adalah senarai pas kebenaran yang disediakan berdasarkan jumlah 1
pelumba untuk pasukan, bagi pelumba yang berdaftar untuk perlumbaan tersebut.
Promoter berhak untuk menolak atau menarik balik pas, sekiranya ada keraguan.
35. PENGIKLANAN
Iklan pada motosikal cuma dibenarkan dengan syarat-syarat berikut:
35.1 Pihak penganjur/promoter berhak menanggalkan sebarang dekal, yang tidak
disahkan semasa menyerahkan penyertaan.
35.2 Mana-mana pengiklanan yang dicatkan akan dianggap sebagai dekal.
35.3 Pengiklanan yang bertentangan dengan penaja perlumbaan adalah dibenarkan
seperti berikut:
Dekal yang bertentangan dengan Penaja Utama ialah RM500.00 setiap
penyertaan setiap motosikal.
35.4 Penyertaan-penyertaan dan pelumba-pelumba yang tidak menolak produk penaja
mestilah menyediakan satu tempat yang boleh dilihat dengan jelas di hadapan
dan di kedua belah motosikal yang dikhaskan untuk nombor penyertaan bersama-
sama dekal Penaja Utama yang disediakan.
35.5 Nombor pertandingan dan pelekat penaja yang disediakan mesti dipamerkan serta
tidak boleh dirosakkan, ditutup dan dipadam. Keingkaran untuk mematuhi
peraturan ini boleh mengakibatkan pelumba dikecualikan untuk berlumba dan
pembatalan dari kejohanan.
SUPPLEMENTARY REGULATIONS • 88
35.6 Pihak penganjur berhak membuang sebarang iklan yang kurang sopan dimata
umum.
35.7 Peserta dan pelumba yang enggan meletakkan dekal yang bibekalkan oleh
penganjur/promoter akan dikenakan penalti dan/atau digugurkan dari kejohanan.
35.8 Semua jenis pengiklanan baru pada motosikal perlumbaan mestilah mendapat
kelulusan dari promoter sebelum bermulanya setiap pusingan. Kegagalan berbuat
demikian akan mengakibatkan penalti ditahan berlumba dan/atau dikecualikan
dari perlumbaan.
35.9 Sebarang iklan (-iklan) mengenai perlumbaan oleh pelumba/peserta/penaja
pasukan atau pihak-pihak berminat mestilah dikemukakan kepada penganjur/
promoter bagi mematuhi Klausa 131 pada ‘International Sporting Code’ dan
Klausa 148 pada NCR daripada AAM.
35.10 Kelulusan untuk pengiklanan oleh pihak promoter hanya akan dikeluarkan seawal-
awalnya, 24 jam selepas waktu dikemukakan. Pihak promoter tidak
bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam mengeluarkan iklan yang
telah diluluskan sekiranya penyertaan lewat dikemukakan.
35.11 Semua iklan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan mestilah mengandungi
tajuk penuh acara tersebut (iaitu, PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix
Champianship 2009). Tajuk acara mestilah boleh dilihat dan mestilah tidak
kurang daripada satu per sepuluh daripada panjang iklan tersebut. Iklan ini juga
mestilah mengandungi logo badan pengiktiraf, AAM dan Promoter (Safe Aim
Mutual Sdn Bhd).
35.12 Pasukan berkontrak dengan Kejohanan boleh memiliki khemah pasukan ekslusif
di paddock, melainkan perlumbaan dilangsungkan di litar sebenar dimana pit
individu akan disediakan. Setiap pasukan hanya dibenarkan mempunyai 2 (dua)
khemah maksimum sekiranya pasukan peserta/pelumba itu mempunyai 3 (tiga)
penyertaan atau lebih. Bayaran bagi sebuah khemah ialah RM18,000.00 dan
RM35,000.00 untuk dua khemah bagi kesemua pusingan. Bayaran ini termasuk
kos pemasangan, penyimpanan dan pengangkutan khemah-khemah tersebut di
setiap tempat perlumbaan melainkan perlumbaan yang dilangsungkan di litar
sebenar.
Dimensi bagi setiap khemah pasukan adalah seperti berikut:
Lebar - 12 kaki Panjang - 20 kaki Tinggi - 8 kaki.
* Kos penyediaan khemah-khemah ini ditanggung sendiri oleh pasukan
tersebut. Platform yang disediakan oleh setiap pasukan akan ditandakan
berdasarkan pasukan tersebut.
Penganjur/promoter tidak akan bertanggungjawab sebarang kerosakan khemah
dan platform dilakukan oleh pasukan.
35.13 Pasukan / Penaja Pasukan tidak dibenarkan untuk memaparkan, mengiklankan,
atau memberi contoh dan menjual sebarang bentuk produk atau servis di kawasan
paddock. Denda akan dikenakan kepada pasukan diatas pelanggaran arahan ini
dan/atau dikeluarkan atau dibatalkan penyertaai dari acara.
35.14 Gadis litar pasukan mestilah memakai pakaian bertema pasukan dengan berseluar
panjang pada setiap masa, terutama ketika di grid permulaan. Pasukan akan
diberitahu sekiranya di venue-venue tertentu tiada gadis litar dibenarkan.
35.15 Segala bentuk paparan jenama tembakau (secara langsung atau tidak) adalah
dilarang sama sekali ketika acara.
36.16 Logo yang tidak berkenaan tidak dibenarkan diletakkan pada sut perlumbaan,
melainkan Yuran Decal telah dibayar kecuali kelas Pelumba Persendirian.
89 • SUPPLEMENTARY REGULATIONS
36. PENANGGUHAN
Atas budi bicara pihak penganjur, perjumpaan atau sebahagian daripadanya, boleh
ditangguhkan atau dibatalkan. Sekiranya berlaku pembatalan terus atau penangguhan
lebih daripada 48 jam, yuran penyertaan akan dipulangkan sepenuhnya, tetapi peserta-
peserta tidak berhak menuntut daripada penganjur atas kerugian atau perbelanjaan yang
terlibat. Peserta-peserta dan pelumba-pelumba mestilah ada memiliki lesen perlumbaan
sah yang dikeluarkan oleh Persatuan Otomobil Malaysia AAM atau AAM/MAM dan
mestilah menjadi ahli:
a. Mana-mana kelab yang bergabung dengan AAM/MAM.
b. Kelab-kelab lain yang diluluskan oleh AAM/MAM.
Nota : Semua lesen mestilah diserahkan kepada Secretary of the Meet serta merta
selepas ‘signing-in’ untuk disimpan dengan selamat. Lesen-lesen itu akan
dikembalikan serta merta selepas acara disempurnakan.
39. MAKLUMAT AM
39.1 Perubatan:
Pelumba-pelumba yang terlibat dalam kemalangan semasa acara-acara dijalankan
mestilah diperiksa semula oleh Panel Perubatan yang di iktiraf oleh AAM sebaik
sahaja dikeluarkan daripada hospital di mana dia dirawat. Laporan perubatan
pelumba daripada hospital di mana dia dirawat akan dikemukakan kepada AAM
Motorsport Department dan laporan ini akan diedarkan kepada Panel Perubatan
yang terdiri daripada minimum 3 (tiga) orang doktor untuk keputusan mereka.
39.2 Kawalan Dadah
Selaras dengan keperluan AAM, ujian-ujian anti dadah akan diadakan ke atas 2 –
18 pelumba secara rambang semasa acara dijalankan. Kaedah yang digunakan
akan disahkan oleh AAM.