You are on page 1of 23

PRAKTIKAL 1 EKOSISTEM TANAH - BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN Tujuan: Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan

makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berbeza. Teori: Kehidupan terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik ini membentuk satu jaringan ekosistem. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat

mempertahankan keseimbangannya. Spesis ialah kumpulan organisma semula jadi yang berpotensi untuk saling membiak antara satu sama lain bagi menghasilkan zuriat yang subur. Populasi pula membawa maksud kumpulan individu daripada jenis yang sama yang menduduki sesuatu kawasan pada sesuatu ketika. Komuniti pula dua atau lebih populasi daripada dua organisma berbeza yang hidup dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ekosistem ialah kitaran bahan yang menghubungkan organisma dalam satu komuniti dengan komuniti yang lain dan juga dengan persekitaran. Biosfera pula keseluruhan zon bumi, air dan atmosfera yang wujudnya hidupan. Kesemua ini saling bergantung dan

bersandaran antara satu sama lain bagi memastikan ekosistem alam sentiasa seimbang dan dapat memenuhi keperluan organisma yang ada di muka bumi. Saling kebergantungan ini contohnya persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-perumah. Selain itu, biota ini juga turut saling bertindak dengan

persekitaran fizikal dan kimia di sekeliling. Hipotesis:

Lapisan horizon O tanah mempunyai bilangan makrofauna yang banyak. Pembolehubah: Dimanipulasi Bergerak balas Dimalarkan Bahan dan radas: Sampel tanah, Larutan formalin, Corong tulgren, Kaki retort, Bikar, Lampu, : : : Jenis tanah Bilangan dan jenis makrofauna Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna

Corong turas, Kain kasa, Piring petri, Forseps, Kanta pembesar, Mikroskop

Prosedur:

Rajah 1

Rajah 2

1.

Dua sampel tanah iaitu Horizon O dan Horizon A daripada dua kawasan yang berlainan telah diambil.

2.

Tanah itu telah diambil di kawasan berumput, kawasan yang mempunyai tumbuhtumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza.

3.

Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. Beg plastik itu dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Jenis tanah dan ciri-ciri tempat pengambilan tanah direkodkan di dalam Jadual 1.

4. 5. 6.

Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam Jadual 2. Tanah daripada lokasi yang sama dicampur bersama sepenuhnya. Tanah dimasukkan ke dalam saluran Tulgren seperti gambar Rajah 1. Tanah tersebut telah dibiarkan selama tiga hari.

7.

Bikar yang mengandungi etanol telah dikeluarkan dan makrofauna yang terperangkap diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 3.

8.

Tanah telah dimasukkan ke dalam Saluran Baermann seperti dalam Rajah 2 dan dibiarkan selama tiga hari.

9. 10.

Sebuah bikar yang mengandungi air diletakkan di bawah saluran tersebut. Selepas tiga hari, saluran Baermann dibersihkan menggunakan jarum dan makrofauna kecil yang terperangkap di dalam bikar air diperhatikan dengan menggunakan mikroskop.

11. 12.

Pemerhatian telah direkodkan dalam Jadual 4. Daripada beg plastic, sampel tanah horizon O dan horizon A yang diukur jumlahnya telah diperhatikan di bawah mikroskop atau kanta pembesar.

13.

Fauna yang dapat dijumpa telah diasingkan ke dalam piring petri yang bersih untuk dikenalpasti.

14.

Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri. Pemerhatian direkodkan dalam Jadual 5.

15.

Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per liter tanah dan leaf litter serta bilangan individu daripada setiap kumpulan leaf litters.

Keputusan : i. Jenis lokasi Ciri-ciri lokasi Jenis tumbuhan Warna tanah Kekeringan/kelembapan Kepadatan tanah Tekstur tanah Lokasi 1 Pokok rambutan Coklat muda Kering Kurang padat Tanah pamah Lokasi 2 Pokok mangga Coklat Sedikit lembap Kepadatan sederhana Tanah pamah

ii. Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 ; Kumpulan Bilangan @ Lokasi 1 Makrofauna besar Cacing Siput babi Lipan Ulat gonggok 1 0 1 0 Makrofauna kecil Semut merah Semut hitam Kutu tanah 5 2 3 0 5 2 1 2 0 1 Bilangan @ Lokasi 2

iii.

Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah Kumpulan Makrofauna Cacing Semut merah Bilangan 2 1

Semut hitam Kutu tanah Siput babi

1 2 1

iv.

Pemerhatian melalui mikroskop Makrofauna Kumpulan

Nematod

v.

Kriteria makrofauna Makrofauna Bilangan kumpulan per liter tanah Bilangan kumpulan cacing per liter tanah Bilangan kumpulan semut per liter tanah Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah Bilangan kumpulan siput babi per liter tanah Bilangan kumpulan lipan per liter tanah Bilangan kumpulan ulat gonggok per liter tanah Lokasi 1 4 1 7 3 0 1 0 Lokasi 2 5 1 5 3 2 0 1

Perbincangan : 1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa adanya

perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk menjelaskan perbezaan tersebut.

Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup. Contohnya, habitat paus adalah di dalam laut, habitat buaya adalah perairan payau, habitat monyet dan harimau adalah hutan, habitat pohon bakau adalah kawasan air pasang surut dan sebagainya. Istilah habitat dapat juga digunakan untuk menunjukkan tempat sekelompok organisma dari berbagai spesies yang membentuk suatu komuniti. Daripada keputusan yang diperolehi, tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah yang lain. Tanah Lokasi 2 diambil dari kawasan bawah pokok mangga yang sedikit lembap. Dalam ekosistem ini lantai tanah ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung, di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai tanah.

2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah.

Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut. Jenis organisma Bakteria Ciri dan peranan organisma kepada tanah Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen,fosforus dan sulfur di dalam tanah Aktinomisit Kulat Penting dalam proses pereputan sisa organik Penting dalam pereputan bahan organik : bersimbiosis dengan akar tumbuhan

Cacing Tanah

Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah. Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya. Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkantanah

Nematod Alga

Membantu pereputan bahan organik Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis

3.

Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh :kulat, nematod), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir; dimana ia bermula dan berakhir (contoh : di bahagian atas rantai makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organisma di bahagian atas mati?

Organisma-organisma individu dari kompnen biosis berkemandiri sama ada dengan menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain. Tumbuhan hijau dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis kerana adanya pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga dari matahari. Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakan tumbuhan. Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Setiap organisma

masing-masing menjadi pemangsa dan mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan pula merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan. Dalam sebarang komuniti, setiap pengguna biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai pemangsa (pengguna) yang lain. Berdasarkan rajah di atas, tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atau organisma autotrof. Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang pertama Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan detritus. Dengan itu, mereka telah menyumbang kepada penguraian dan

kitaran zat makanan. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik, dan juga hidup dalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran dengan penghantar bawahan. Jika organisma di bahagian atas iaitu burung dan tikus telah mati, tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi melalui rantai makanan tersebut. Di sini, ulat akan memainkan peranan penting mereka sebagai pengurai semulajadi. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Namun begitu, hampir 85% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut semak ini berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari.

4.

Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan organisma yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini? Mikrofauna adalah haiwan kecil dan organisma uniselular yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Kebiasaanya mikrofauna berukuran lebih kecil daripada 0.1mm, manakala mesofauna pula berukuran di antara 0.1mm dan 2mm. Mikrofauna boleh ditemui di seluruh duni, begitu juga dengan mesofauna seperti cacing tanah, arthropods dan nematode yang besar. Kebanyakkan mikrofauna dipanggilcryptozoa, haiwan yang tidak dapat

digambarkan oleh sains. Fungsi utama kedua-dua organisma ini adalah untuk mengurai kebanyakan benda hidup secara semula jadi.

5.

Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi, dan juga kesihatan tanah. Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah . Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan biologi. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara semulajadi adalah melalui kawalan biologi. Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakan

6.

Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi tanah di dalam ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan?

Biota tanah menyumbang kepada kesihatan tanah. Tanah yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi adalah yang terbaik untuk proses pertanian. Biota tanah ini memainkan peranan utama di semua peringkat dalam makanan mikro web di mana tenaga dipindahkan dari satu organisma yang lain dan sebagai nutrien akibat dikitar semula melalui persekitaran tanah

Kesimpulan : Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah. Lokasi 2 mempunyai lebih banyak bilangan makrofauna berbanding dengan Lokasi 1. Lampiran:

AMALI 2 TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN Tujuan : Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

Teori : Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratusratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian ekosistem. Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbezaiaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalan pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu yang samadi sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatukumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka kemumgkinan besar ia mempunyai ciriciri yang sama dengan individu dalam spesies itu. Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.

TUGASAN Seorang ahli sains telah tiba di bulan dan semasa tempoh lima minit yang diperuntukkan untuknya, beliau telah mengumpul beberapa haiwan dari permukaan bulan. Haiwan tersebut telah dibawa balik ke bumi dan akan menjadi sebahagian

MoonMorphs

Keputusan : Kump.Spesis A Ciri-ciri Umum Memiliki abdomen yang besar. Mempunyai kepala, mata, Moonmorf 1,16,17,24,27

tangan dan ekor. Memiliki abdomenbadan yang bercorak. Mempunyai kepala,mata, tangan, kuku, abdomen, jari dan kak Memiliki tangan yang bercorak. Mempunyai kepala, mata, abdomen, tangan dan ekor Memiliki abdomen yang panjang. Mempunyai kepala, sesungut dan tangan Mempunyai kepala yang berbentuk. Mempunyai kepala, abdomen, tangan dan ekor

2,3,4,5,12,18,22,23

6,9,10,11,21

19,20,26,29

7,8,13,14,15,25,28

HAIWAN BULAN MOONMORF

A Mata bercantum 1.15 Mata tidak bercantum 17.24 27 Tajam 3.12

B Tumpul 2.4 Itik 22 Katak 5,18,22 Y 6,11, 21 HAIWAN BULAN MOONMORF

C Bentuk ekor V 9 10

D Sesungut dan ekor

E Bentuk kepala

Bercantum berekor panjang

Terpisah dan berekor pendek

u pendek 7

panjang
25

8,13,14

pendek

panjang

28

pendek

20

19,26,29

Perbincangan : 1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain? Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik tidak diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corak pada bahagian tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kesemuahaiwan tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesis A,Spesis B, Spesis C, Spesis D dan Spesis E. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam sepsis tersebut? Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampir sama. Untuk spesis A, haiwan tersebut memiliki bahagian abdomen yang besar,bagi spesis B, mereka memiliki perut yang bercorak, spesis C mempunyai tangan yang bercorak, spesis D pula memiliki abdomen yang panjang dan spesis E mempunyai bentuk kepala yang berbentuk. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu yang sangat rendah? Jika menerima variasi individu yang sangat tinggi, untuk satu spesis hanya akan mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya, manakala jika menerima variasi yang sangat rendah pula satu spesis akan mempunyai bilangan haiwan yang terlalu banyak. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru? Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih sepsis yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut.

2..

3.

4.

5.

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu? Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk Bermain diri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jika terdapat keperluan dan peluang yang wujud, variasi membolehkan sesetengah individu mengeksplotasi sumber yang ada di habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental. Variasi berlakudisebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Variasi yang dipengaruhi olehfaktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakalavariasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal. Mengapakah spesis Moonmorf ini dipanggil morfospesis? Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang merujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesis Moonmorfdikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Morfospesis merupakan kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu dalam megelaskan sesuatu spesis. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini. Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal. Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana maklumat yang diperolehi amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam. Spesis ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat seperti sifat fizikal.

6.

7.

Pratikal 3 Pemulihan Ex-Situ Tugasan 1

Di dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga orang pelajar, sediakan persembahan selama 10 minit di mana anda menjelaskan bagaimana survival satu haiwan atau tumbuhan yang anda perhatikan yang sedang dibantu oleh pemuliharaan ex situ. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah memberi fokus kepada pemuliharaan dan pemeliharaan gajah. Pemuliharaan ex situ yang dijalankan di sini adalah bertujuan untuk mengekang berlakunya kepupusan kepada spesis haiwan tersebut. Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikas bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan.

Peta lokasi

gambar 1: pusat konservasi gajah kebangsaan

Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Kawasan ini dibina pada tahun 1989 dengan suasana yang menyamai habitat asal bagi spesis gajah (Gambar 2). Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Dapat dilihat, melalui usaha konservasi ini, gajah-gajah yang terbiar dan

yang telah kehilangan habitat dapat dibantu dan diselamatkan dari ancaman mangsa pemburuan dan kematian.

Gambar 2

Sejak 20 tahun yang lalu, sebanyak lebih daripada 450 ekor gajah liar berjaya dipindahkan di mana proses pemindahan ini adalah bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Pusat ini juga memelihara anak- anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup. Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran Melindungi yang kurang daripada gajah Asia secara 1,200 ekor gajah langsungnya liar di Semenanjung Malaysia.

membantu melindungi ribuan jenis spesies

lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. Di sini, terdapat juga gajah yang dilatih bagi menghiburkan para pelawat (Gambar 3). Di sini, pelawat diberi peluang untuk merasai pengalaman memberi

makan (Gambar 4) dan menunggang gajah. Para pelawat juga digalakkan untuk menonton dokumentari yang berkaitan dengan pemindahan gajah.

Gambar 3

gambar 4

Melalui

program

pendidikan

sebegini,

adalah

diharapkan

kesedaran

untuk

memelihara dan memulihara flora dan fauna dapat diterapkan dengan lebih mendalam kepada masyarakat.

Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting di dalam

kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyegarkan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin keharmonian hidup. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

TUGASAN 2 Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi 300 patah perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuh mengenai tujuan praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan senaraikannya di bahagian lampiran pada akhir laporan dengan format yang betul. Apakah julat diversiti yang hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepadasesetngah kumpulan dan mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan. Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah merit pemuliharaan ex situ?

Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situ adalah satu-satunya strategi konservasi yang wajar? Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk membawa kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian? Apakah kesan tindakan tersebut?

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurut laman web

http://www.wildlife.gov.my/, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi terhadap hidupan
adalah

perlindungan
Jabatan

liar
untuk

di Malaysia.
merancang,

Peranan

fungsi Konservasi

Ex-situ

PERHILITAN

mengurus, mengendali dan menyelaras program yang menyumbang ke arah konservasi dan

dan aktiviti pembiakan

spesies hidupan liar

komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan. Pemuliharaan ini

dijalankan di beberapa tempat yang telah saya lawati seperti di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah dan juga Taman Rusa di Bukit Rengit.

Pusat

Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Pahang. Kuala Gandah menjadi tarikan kerana wujudnya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Di sini terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah yang berumur 70 tahun. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk dengan lebih lanjut gajah di mengenai haiwan hutan. ini serta memberi mempelajari pengalaman

menunggang

persekitaran

Menurut jangkaan, terdapat hanya

kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau Elephus Maximus yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempatberfungsi memindahkan gajah

tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dengan baik. Antara yang menarik di Taman Rusa ialah semasa sesi memberi
makan rusa. Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan tarikan lain seperti burung merak, burung unta dan sunbear. Merentasi kawasan perlindungan Rusa, Taman Alam

Laporan amali sce 3107 Kump sains 2 kohort 1

Mezenahpeli

Page 23

You might also like