You are on page 1of 12

HABA PEMBENTUKAN DAN HUKUM HESS

HABA PEMBENTUKAN
Haba yang dibebaskan atau diserap apabila 1 mol bahan itu terbentuk dari unsur-unsurnya di bawah keadaan piawai. Contoh:

Haba (entalpi) pembentukan piawai bagi air : -285.5 kJmol-1 apabila 1 mol air cecair terbentuk dari hidrogen dan oksigen dalam keadaan bergas, 285.5 kJ haba dibebaskan (eksotermik).
Simbol Hf

* membantu ahli sains meramalkan kestabilan bahan.

Kestabilan Sebatian
Haba pembentukan piawai bagi sebatian mewakili tenaga yang dipindah dari atau kepada persekitaran.
Berlaku apabila ikatan kimia dalam unsur pecah dan ikatan baru terbentuk. Nilai Hf sebatian = kestabilan penguraian kepada unsur-unsur. Sebatian membebaskan haba tinggi dan mempunyai nilai Hf paling negatif biasanya PALING STABIL tidak mudah terurai menjadi unsurunsur. Sebatian menyerap haba dan nilai Hf paling positif TIDAK STABIL

mudah terurai ketika dipanaskan sedikit atau keadaan biasa.

Sebatian mengandungi entalpi positif yg tinggi boleh bertindak balas sangat reaktif dan meletup.
Contoh:

Mekuri fulminat Hg(ONC)2 mempunyai haba pembentukan +269kJ digunakan dalam letupan.

PENGIRAAN PERUBAHAN ENTALPI TINDAK BALAS


Kegunaan entalpi pembentukan piawai Hf : untuk menghitung perubahan

entalpi dalam tindak balas kimia.


Perubahan entalpi piawai bagi tindak balas = hasil tambah Hf bagi hasil hasil tambah Hf bagi bahan tindak balas. = Hf (hasil) - Hf (bahan tindak balas)

Contoh: Hf karbon monoksida = -110kJmol-1

Hf karbon dioksida = -393.5 kJmol-1 Hitungkan nilai Hf bagi tindak balas, CO(g) + O2(g) CO2(g)
Penyelesaian: CO(g) + O2(g) CO2(g) (-110) (0) (-393.5) Hf = (-393.5) (-100 + 0) = (-393.5) + 100 = -293.5 kJmol-1
* Perhatian: entalpi pembentukan piawai bagi unsur , diberi nilai SIFAR pada keadaan piawai

HUKUM HESS
Germain Henri Hess (saintis Swiss) : haba yang dibebaskan atau diserap dalam sesuatu tindak balas adalah sama dan tidak bergantung kepada proses tindak balas. Proses tindak balas melibatkan langkah atau secara terus-menerus. Hukum Hess:

Haba yang dibebaskan atau diserap semasa perubahan kimia tidak bergantung kepada jalan perubahan itu disempurnakan.

Rajah menunjukkan bahawa bahan A bertindak balas menjadi B melalui dua cara: Secara terus menerus melibatkan haba tindak balas Hr
Melalui 3 langkah :

~ bahan A bertindak balas menjadi X ~ X bertindak balas menjadi Y ~ Y bertindak balas menukar ke B yang melibatkan haba tindak balas H1, H2, H3.

Mengikut Hukum Hess,

Hr = H1 + H2 + H3
Contoh Hukum Hess tindak balas karbon dan oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida

Aplikasi Hukum Hess


Untuk mengira entalpi tindak balas yang tidak dapat diukur secara langsung. Mengikut Hukum Hess:
H3 = H1 + H2 H1 = H3 - H2 (H3 dan H2 dapat diketahui melalui eksperimen) Maka, H1 dapat dikira. Soalan: Hitungkan H bagi tindak balas S(p) + 1O2 (g) SO3(g) Diberi, 1) S(p) + O2(g) SO2(g) 2) SO2(p) + O2(g) SO3(g)

H1= -297 kJ H2 = -99 kJ

Penyelesaian:

Persamaan 1 + Persamaan 2 S(p) + 1O2 (g) SO3(g) Jadi, H1 + H2 = -297 + (-99) kJ = -297 99 kJ = -396 kJ

Terima Kasih
Disediakan Oleh :
Haslinda bt Alau Jessica Bong Mezenah bt Peli Norhasmawati bt Rosli Rhonia bt Mudah

You might also like