You are on page 1of 2

JURANG AKADEMIK ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Sejak dahulu lagi, senario jurang akademik antara lelaki dan perempuan sudah wujud. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah perkara ini sering menjadi topik kajian dan perbahasan oleh kebanyakan pihak. Pada pandangan saya, perbezaan tahap atau jurang yang timbul dalam kalangan lelaki dan perempuan disebabkan oleh faktor- faktor yang tertentu. Perkara ini juga telah disokong dengan dapatan kajian daripada beberaoa pihak yang mengatakan bahawa jurang ini wujud disebabkan oleh faktor jenis persekolahan dan juga gaya pembelajaran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan lelaki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Kedua- dua pihak ini mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran bagi golongan lelaki biasanya tertumpu kepada gaya visual dan kinestetik. Kebanyakan lelaki lebih cenderung untuk belajar dalam suasana yang tidak formal berbanding dengan pelajar perempuan. Hal ini kerana, suasana pembelajaran yang formal telah mengekang pergerakan murid- murid atau dengan kata lain membuatkan murid- murid menjadi pasif. Oleh hal yang demikian, ianya telah menjadi punca jurang akademik yang rendah dalam kalangan memandangkan sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah menjurus kepada suasana yang formal. Ini membuatkan murid- murid lelaki tidak dapat memberikan fokus yang penuh di dalam kelas. Selain itu, berbanding dengan murid- murid perempuan, golongan lelaki lebih berminat atau cenderung untuk belajar dengan menggunakan perlatan visual seperti komputer dan juga tayangan video. Oleh sebab itu, tidak hairanlah sekiranya di sekolah- sekolah yang tidak mempunyai kemudahan- kemudahan tersebut, jurang akademik antara lelaki dan perempuan menjadi lebih ketara.

Kesimpulannya, jurang akademik antara lelaki dan perempuan telah bermula sejak di bangku persekolahan lagi. Oleh itu, satu tindakan yang drastik mestilah diambil bagi mengurangkan jurang tersebut. Salah satu pihak yang memegang peranan paling penting dalam merealisasikan perubahan tersebut ialah insan yang bergelar guru. Setiap guru mestilah mengenal pasti gaya pembelajaran murid- murid masing- amsing seterusnya memilih dan mengaplikasikan stratergi dan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Sekiranya perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya, tidak mustahil jurang akademik antara lelaki dan perempuan akan berkurang malah dihapuskan sama sekali.

You might also like