You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : Ke- _______ : ___________ :_______________ HINGGA ___________ :

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL

Bilangan Jurnal

: Ke- __4_____

Minggu Praktikum

: ____4_______

Tarikh Peristiwa / Kejadian :_19 Ogos 2013__ HINGGA _23 Ogos 2013_

Tajuk Jurnal

: Disiplin Di Dalam Makmal

1. Masalah /Peristiwa: Masalah ini sering berlaku kepada saya sewaktu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam Makmal Sains. Rata- rata murid tidak mengendahkan peraturan-peraturan yang seharusnya dipatuhi seperti jangan berlari di dalam makmal, jangan membuat bising di dalam makmal serta jangan membuang sampah di dalam makmal. Rata-rata murid juga tidak menyimpan kembali kerusi selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran lalu meninggalkan kerusi tidak tersusun di dalam makmal.

2.Analisis : Perkara ini mungkin terjadi berikutan guru tidak memberikan sebarang peneguhan atau peringatan kepada murid samada sebelum, semasa atau selepas sesi pengajaran. Ini kerana guru tidak pernah menegur tindak tanduk murid yang tidak menyusun semula kerusi sebelum meninggalkan makmal. Tambahan lagi, akibat daripada kesuntukan masa kerana sesi pengajaran telah tamat, guru membiarkan sahaja murid untuk segera kembali ke kelas bagi mengelakkan mereka lewat untuk matapelajaran sesterusnya.

3. Cadangan Tindakan Susulan : Diharapkan agar selepas ini guru melaksanakan tindakan berikut bagi membantu untuk mendisiplikan murid sewaktu di dalam makmal : 1) memberikan kerja rumah tambahan kepada mereka yang tidak menyusun kerusi ataupun membuang sampah di dalam makmal.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


2) guru memberikan peneguhan negatif ( teguran ) kepada murid sekiranya mereka tidak mengemaskan makmal sebelum keluar daripada makmal. 3) guru memperuntukkan satu minit daripada waktu pengajaran supaya murid boleh mengemas kerusi dan mengutip sampah sebelum beredar daripada makmal 4) Guru tidak membenarkan sesiapa pun keluar sehingga makmal berada dalam keadaan yang kemas, teratur dan bersih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Masalah perlu diatasi dengan secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, murid-murid mungkin akan terbiasa dengan tingkah laku ini dan keadaan makmal mungkin menjadi tidak teratur.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................

You might also like